• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,245,133 orang
  • Kandungan Blog

Muliakan martabat guru

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Dalam Islam, Rasulullah mendidik kita agar menghormati bahkan memuliakan guru.

Dalam sebuah hadis, al-Imam Ahmad menjelaskan bagaimana Rasulullah SAW mendidik sahabat memberikan hak dan penghormatan kepada guru.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Bukanlah di kalangan umatku mereka tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak kecil dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami.” Hadis Riwayat Imam Ahmad

Perhatikan hadis ini bagaimana Rasulullah SAW mendidik sahabat supaya saling menghormati di kalangan orang tua dan muda bahkan wajib memberikan penghormatan pada guru.

Oleh itu, kita dapati sahabat Nabi SAW dulu sangat memuliakan guru mereka. Urwah ibn Mas’ud menceritakan bagaimana sahabat sangat menitikberatkan soal adab ketika berinteraksi dengan guru.

Kata beliau: “Para sahabat bercakap dengan suara yang rendah (sopan) ketika bertutur dengan Baginda SAW serta tidak menajamkan pandangan mereka (merenung dengan tajam) kerana menghormati Rasulullah.” Hadis Riwayat Imam al-Bukhari

Pertuturan dan mimik muka antara perkara yang amat dijaga sahabat. Mereka tidak meninggikan suara di sisi guru dan mereka tidak menarik muka apabila berhadapan guru.

Malah menurut Saidina Anas, sahabat berhati-hati ketika datang untuk bertemu dengan Rasulullah SAW sehingga Anas menggambarkan bahawa: “Sesungguhnya pintu rumah Rasulullah SAW itu diketuk dengan kuku.”

Kenyataan ini menggambarkan bagaimana sahabat bimbang mengganggu Rasulullah SAW sehingga mereka mengetuk pintu rumah Rasulullah SAW dengan perlahan sekali.

Ulama mengangkat kedudukan guru

Sekiranya kita meneliti karya ulama pula, kita dapati betapa mereka sangat menitik beratkan soal adab bersama guru. Al-Imam al-Ghazali pernah menegaskan bahkan meletakkan kedudukan guru lebih mulia daripada kedudukan ibu bapa.

Kata al-Imam al-Ghazali bermaksud: “Sesungguhnya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya. (al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din)

Beberapa karya ulama terdahulu juga merekodkan
kisah sarjana Muslim terdahulu sangat menjaga adab mereka dengan guru.

Antaranya al-Imam Abu Hanifah. Abu Hanifah dikatakan tidak berani melunjurkan kakinya ke arah rumah gurunya iaitu al-Imam Hammad sekalipun jarak di antara rumah Abu Hanifah dengan Hammad jauh. Perhatikan di sini betapa tingginya penghormatan Abu Hanifah kepada gurunya sekalipun guru tersebut tidak ada di depan mata beliau.

Al-Imam al-Syafi’i pula direkodkan sebagai berkata: Sekiranya berada di hadapan al-Imam Malik, aku menyelak buku aku secara perlahan kerana bimbang mengganggu urusan beliau.”

Guru tidak maksum, boleh ditegur

Benar, guru juga seorang manusia yang melakukan kesilapan. Jangan kita terlalu ghairah membetulkan kesalahan guru dalam keadaan kita sebenarnya memburukkan lagi situasi.

Jalan terbaik menangani perkara seperti ini dengan berbincang secara berhemah. Beberapa ulama silam sendiri pernah menegur guru mereka yang melakukan kesilapan. Namun mereka menegurnya dengan beradab. Ini sekali gus memberi contoh yang baik buat anak pelajar.

Sebagai contoh al-Imam al-Daraqutni dikatakan pernah mendapati kesalahan dilakukan gurunya al-Imam al-Anbari. Namun beliau sangat menghormati gurunya dan segan menegurnya secara berhadapan.

Beliau menggunakan orang tengah dalam menangani isu ini. Akhirnya kesilapan yang berlaku dapat diperbaiki tanpa mengaibkan mana-mana pihak. Begitu juga dengan insiden yang berlaku pada hari ini.

Sekiranya ibu bapa mempunyai isu yang ingin diketengahkan berhubung masalah di sekolah, maka berbincang dengan pengurusan sekolah agar setiap masalah diselesaikan dengan baik dan bijaksana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: