• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,346,631 orang
  • Kandungan Blog

Pentadbiran

PUSAT PENTADBIRAN
Madrasah ini mempunyai sebuah pejabat di mana ia digunakan untuk pentadbiran madrasah, pendaftaran pelajar, mesyuarat, menyambut tetamu dan beberapa tugas berkaitan. Ia dikendali oleh petugas tetap dibantu oleh Lajnah Penerangan & Penerangan, Lajnah Pelajaran dan ahli jawatankuasa Majlis Syura Pelajar

Majlis Syura Pelajar (MSP) sendiri turut mempunyai pejabat untuk beroperasi dalam menguruskan pentadbiran peringkat pelajar. Jawatankuasa muslimat turut mempunyai pejabat tersendiri bagi mengawal dan mengurus bahagian muslimat

Begitu juga Lajnah Perhubungan dan Penerangan diberikan ruang pejabat khusus bagi memudahkan pergerakan aktiviti dan program yang dijalankan dari masa ke semasa

Bagi melicinkan pembangunan dan pentadbiran maka pihak madrasah telah memberikan pejabat khas bagi Jawatankuasa Khas Pembangunan Pondok untuk menggerakan gerak kerja bahagian ini

Pihak madrasah turut merancang untuk membina bilik guru bagi memudahkan sebarang aktiviti pengajaran di mana setakat ini guru hanya menggunakan pejabat pentadbiran bagi semua aktiviti yang bersangkutan

KOMUNITI PENDUDUK

Madrasah ini mempunyai jumlah bilangan penduduknya seramai 1000 orang sebagaimana maklumat di bawah :

* 500 orang penduduk termasuk guru dan keluarga serta orang tua dan kelamin
* 400 orang pelajar lelaki
* 100 orang pelajar perempuan

KELUASAN DAN PENEMPATAN

Ia  merangkumi kawasan seluas 10 ekar dengan tanah wakaf milik madrasah seluas ¾  ekar manakala selebihnya milik persendirian. Ia menampung lebih kurang 800 unit rumah dan pondok di mana ia terbahagi kepada beberapa kawasan yang merangkumi :

* Rumah Tuan Guru, tenaga pengajar dan keluarga
* Pondok orang-orang tua
* Pondok pelajar lelaki
* Pondok pelajar perempuan

*Asrama pelajar lelaki

*Asrama pelajar muslimat
* Pondok keluarga
* Pejabat pentadbiran
* Masjid dan surau-surau untuk pengajian
* Tanah perkuburan Islam

Struktur Organisasi Sesi 1445/1447H

JEMAAH PENGUASA

Penguasa 1                         :               Tuan Guru Hj Abu Bakar b Hj Osman

Penguasa 2                         :               Ustaz Hj Ahmed Khairi b Hj Muhammed

Penguasa 3                         :               Ustaz Hj Sobri b Hj Mustafa

Setiausaha Agong            :               Ustaz Hj Ahmad Shairazi b Hj Atiqullah

Bendahari Agong             :               Ustaz Hj Mohamed b Talib

JEMAAH TADBIR

Pengerusi                            :               Ustaz Hj Abdul Halim b Hj Abdul Ghani

Timb. Pengerusi                :               Ustaz Wan Ali Syabramallisi b Hj Wan Muhammad

Setiausaha                          :               Ustaz Hj Baharuddin b Deraman

Bendahari                           :               Ustaz Hj Syuib b Omar

  1. Lajnah Pelajaran dan Pendidikan

Pengerusi            :               Ustaz Hj Abdul Halim b Hj Abdul Ghani

Timbalan              :               Ustaz Abdullah b Mohd Nor

  1. Lajnah Akhlak dan Ibadat

Pengerusi            :               Ustaz Sofian b Hj Awang

Timbalan              :               Ustaz Mustafa b Mat Desa

  1. Lajnah Keselamatan dan Keamanan

Pengerusi            :    Ustaz Hj Baharuddin b Deraman

Timbalan              :  Ustaz Wan Ali Qusyairi b Hj Wan Muhammad

4. Lajnah Kebersihan dan Pembangunan

Pengerusi            :               Ustaz Hj Suhaimi b Hj Ismail

Timbalan              :               Ustaz Sulaiman b Ibrahim

  1. Lajnah Ekonomi dan Kewangan

Pengerusi            :            Ustaz Mohd Fadhli b Abdullah

Timbalan              :              Ustaz Hj Ahmad Baihaki b Hj Atiqullah

  1. Lajnah Hal Ehwal Muslimat

Pengerusi            :            Ustazah Hidayah bt Hj Awang

Timbalan              :              Ustazah Rosidah

48 Respons

  1. assalamualaikum….saya ingin mendalami ilmu agama d pondok pasir tumbuh…saya ingin tahu adakah pelajar boleh membawa telefon bimbit ke sana….supaya memudahkan untuk hubungi keluarga ataupun mempunyai hal yg tidak dii ngini berlaku…..sila beri jawapan secepat yg mungkin…..

  2. syukran laman yang berfaedah

  3. assalamualaikum..
    sy seorang pelajar universiti brhasrat utk mendalami ilmu agama. pada bln 7 sy akan brcuti selama 2 bulan. Bolehkah sy ambil kursus @ kelas agama di pondok ini selama sy cuti nanti..

  4. assalamu’alaikum.. saya dari negara Brunei Darussala..
    saya amat berminat untuk menambah ilmu agama saya di Pondok Pasir Tumboh ni.. cuma pertanyaan saya bolehkah saya mulakan pengajian di bulan 12 (december) ni?? dan bolehkah orang yang bukan berkerakyatan malaysia mengikuti penbelajaran di sana??

    dipohonkan jawapan dari pihak tuan sekalian .. terima kasih.. assalamu’alaikum..

  5. salam..nk tya,bile kemasukan pljr?

  6. yg ni semuanya lelaki sahaja jer yg boleh masuk>>>>

  7. mcm mn nk download audio ceramah?

  8. salam..muslimin je ? muslimat?

  9. salam..boleh ke masuk pondok ini untuk 1 bulan sahaja semasa cuti sem..

  10. as’salammualaikum, saya pelajar universiti, berminat hendak belajar arab secara mendalam melalui kitab2 lama(matan jurumiyah/matan al-fiyah) di pondok secara konsisten…. bagaimana pondok ni boleh membantu?

  11. assalamualaikum , sy pelajar pra universiti , kami dkhndki mbuat mini thesis bedasarkan subjek yg di ambil ,dan sy berhasrat untuk membuat projek tentang sejarah penubuhan madrasah ini ..blh tahu , adakah pihak madrasah ini akn memberi kerjasama yg baik terhadap kumpulan kami ,? sebab kami tak pernah bt apa2 projek sblum ni ..dan ini bru pertama kali ..

  12. salam..sy berminat nk mndalami ilmu agama dgn lbih mendalam.bagaimana nk mohon kemasukan ye????

  13. Salam…. Saya ibu tunggal, umur 29 tahun & mempunyai seorang anak lelaki berumur 8 tahun. Saya berminat untuk mendalami ilmu agama terutama pengajian pondok, tetapi saya juga perlu bekerja untuk mencari nafkah keluarga & menyara perbelanjaan sekolah anak saya. Saya juga memerlukan tempat tinggal dalam kawasan pondok.
    Adakah saya layak untuk mengikuti pengajian pondok secara sambilan?

  14. assalamualaikum, saya nak belajar di pondok pasir tumdoh, saya nk jadi hamba ALLLAH yg bertaqwa dan mentaatiya, tapi saya buta huruf tak boleh baca jawi,arab dan baca alquran, gumana buleh ka?

  15. salam… boleh ke saya nak daftar masuk pada bulan 11/13 ni? dan bolehkah saya hanya belajar selama 1 bulan 16 hari? kerana tarikh last skolah menengah pada tahun ini ialah 14/11.

    • Assalamu’alaikum Wr Wb. Saya dari Indonesia, hendak bertanya. Di pondok ini mengaji kitab” apa saja ya? Mohon kiranya sudi ustadz beritahu saya susunan kurikulumnya 🙏🏻

  16. boleh tak jelaskan cara pemakaian untu masuk ke pondok itu?

  17. Assalammualaikum… saya ingin menghantar anak perempuan saya yang berumur 15 tahun (tengah tunggu keputusan RMR sekarang). Bilakah tarikh pengambilan baru dan bagaimana saya boleh memasukkan anak perempuan saya itu dan juga berapakah yuran yang perlu dibayar. Saya harap mendapat jawapan yang segera dari pihak tuan. Terima kasih.

  18. assalamualaikum. adakah madrasah ini menawarkan stam? kemana hala tuju yang boleh pelajar lepasan madrasah ini? saya berminat tetapi masih perlu berfikir panjang. saya berumur 19 tahun

  19. assalamualaikum.saya berumur 18tahun dan ingin belajar secara agama.macam mana saya nak mohon ye?

  20. Asalamualaikum, saya mohon untuk share semua rencana yg ada di blog ini untuk diri dan keluarga saya

  21. assalammualiakum.. saya duduk di perak .. bolehkah saya daftar bulan 8 ni.. saya nak belajar ilmu agama lebih mendalam

  22. Assalamualaikum, saya dari pelajar menengah kebangsaan, saya berumur 15tahun. Boleh tak saya hendak membuat permohonan di sekolah agama ini pada tahun hadapan? Dan bagaimana saya hendak memohon? Harus pergi ke sekolah ini untuk berdaftar?

  23. Assalamualaikum tuan. sy berminat nak masuk sekolah pondok. tpi dalam tempoh 3bulan mcm tu. sy nak belajar baca alQuran ,jawi dan mendalami agama. boleh kah Bantu sy than?

  24. assalamualaikum….pondok nie dae tahfiz x ?

  25. assalamualaikum..saya amirul dari klang..saya nk mengaji dn nk belajar tentg hukum2 islam..

  26. Mengingati ALLAH,ingin belajar dari awal tentang agama Islam

  27. salam
    brapa lamakah sekiranya ingin mempelajri bhasa arab di pondok ni
    t.kasih

  28. Assalamualaikum….
    Suami sy nak masuk kelas agama ni…macam mana ye nak daftarnya?Boleh msg @ wassap sy 017 7793711

  29. ada ke mana2 nmbor telifon ofis yang saya boleh hubungi untuk sebarang pertanyaan?

  30. Assalamualaikum.. tuan bolehkah saye memohon bantuan untuk saye menyambung prngajian di ipta dari pihak tuan? Bagaimana ya?

  31. Assalamualaikum..saya nak video video kuliah ustaz Azrie membahaskan kitab tajul urus dari awal hingga akhir. Bagaimana cara saya mendapatkannya? Dan boleh saya dapatkn profile ustaz azrie.

  32. Assalamualaikum.. Bila kamasukan belajar di madrasah ni? Ada number telefon yang saya boleh hubungi?

  33. Assalamualaikum,sye nk tnye sye nk masuk kn adik bagaimana nk daftar??

  34. Assalamualaikum. Nama saya Muhammad firdaus.Dari kuantan.saya ingin bertaya satu soalan.tarikh tutup kemasukan januari bila?Saya cuma risau kalau hasrat saya tak kesampaian.

  35. Assalamualaikum….
    Anak saya berumur 18th…Tlh menghafaz sebanyak 19JUZ…
    Nama Irsyad bin Ismail
    Blh ke beliau meneruskan pengajian Al-Quran atau kitab di albakariah

  36. Salam. Boleh Senarai ilmu yg diajarkan?

  37. Sy berumur 52 tahun. Masih sihat dan mahu belajar agama sepenuh masa. Apa sy masih boleh belajar dipondok ini?

  38. Pendaftaran untk 2018 mcm mana ye??

  39. Assalamualaikum. Boleh saya tahu tentang pondok ni?

  40. assalamualaikum…tuan guru, boleh kongsi maklumat details utk kemasukkan sekolah pondok ini. Boleh hubungi saya segera.

  41. Assalamualaikum…
    Di mana lokasi pondok ini.
    Bagaimana untuk saya mendaftar.
    Saya lelaki berumur 43 tahun. Adakah syarat2 khusus ?
    Terima kasih

  42. Saya pesara kerajaan, masih berkeluarga. Sy mahu mendalami ilmu agama di madrasah ini. Bolehkan saya belajar secara part time? Bolehkah saya menyewa pondok utk saya tinggal secara mingguan… kerana sy terpaksa pulang jenguk keluarga seminggu sekali. Mohon beri pencerahan tentang jadual pengajian dan kemudahan penginapan utk pelajar kategori seperti saya ini. Tq

  43. Maaf sy nk tnya mcm mna nk dftar pelajar pondok?

Tinggalkan komen