• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,307,084 orang
  • Kandungan Blog

Tuan Guru Hj Abu Bakar b Osman dilantik sebagai Mudir Pondok Pasir Tumboh yang baru

Tuan Guru Hj Abu Bakar b Osman merupakan anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu. Beliau dilahirkan pada tanggal 30/8/1953

Beliau mendapat pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Kg. Telaga, Kuala Berang, Terengganu bermula dari darjah 3 hingga darjah 6. Walau pun jarak antara rumahnya dengan sekolah agak jauh iaitu lebih 4 kilometer tetapi beliau hanya berjalan kaki.

Beliau mula belajar di Pondok Pasir Tumboh, Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1968 iaitu selepas banjir besar tahun 1967. Beliau hanya belajar di Pondok Pasir Tumbuh hingga mendirikan rumah tangga dengan anak Tuan Guru Hj. Mustafa salah seorang pengasas pondok ini.

Minat yang mendalam dalam ilmu Nahu membolehkan dalam masa tiga bulan sahaja beliau dapat menguasai ilmu Nahu dan seterusnya dapat mengajar kitab nahu bermula dengan Matan Ajrumiah.

Kini beliau dipertanggungjawab untuk mengganti kuliah tafsir al-Jalalain yang pernah dibaca oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim b Abu Bakar

Beliau telah mendiri rumahtangga pada tahun 1975 dengan Che Salma binti Tuan Guru Hj Mustafa setelah bertunang selama dua tahun dan mendapat 6 orang anak di mana anaknya yang sulung mati setelah dilahirkan.

Anak beliau ialah :

  1. Siti Ruhaila kelulusan Universiti Islam Antarabangsa dan kini berkhidmat sebagai guru di Sarawak
  2. Sa’adatul Mardhiah kelulusan Universiti Malaya dan kini berkhidmat sebagai guru di Sabah
  3. Mohd Taufiq kelulusan Universiti Darul Iman, Terengganu dan kini berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  4. Pauzul Hanif kelulusan Universiti Islam Antarabangsa dan kini berkhidmat sebagai Arkitek
  5. Anak bongsu beliau Nur Wahida kelulusan Universiti Sains Malaysia dan kini berkhidmat sebagai Doktor gigi dan pembedahan di Hospital Terengganu

Jawatan yang pernah disandang ialah

  1. Imam Muda Masjid Mukim Terusan Limbat, Pondok Pasir Tumboh hingga tahun 2010
  2. Bendahari Pondok Pasir Tumboh hingga tahun 2011
  3. Pengerusi Lajnah Pelajaran Pondok Pasir Tumboh hingga tahun 2008
  4. Bendahari Pusat Pembangunan Pondok Berhad mula tahun 2000 – 2020
  5. Penguasa 2 Pondok Pasir Tumboh mulai 2012-2023

Manakala jawatan yang sedang beliau sandang sekarang ini iaitu

  1. Bendahari Masjid Mukim Terusan Limbat, Pondok Pasir Tumboh
  2. Ajk Pusat Pembangunan Pondok Berhad
  3. Ahli jawatankuasa Kulliyyah Pondok Darulnaim
  4. Penguasa 1 Pondok Pasir Tumboh mulai 2023

Tokoh Murabbi Pondok Pasir Tumboh bagi tahun 1436H/2015M

Pemergian al-Marhum Tuan Guru Hj Wan Mohamed Pondok Pasir Tumboh suatu kehilangan besar buat umat

Sesungguhnya para ulama telah mewaqafkan kehidupannya untuk meraih ilmu sebanyak mungkin. Justeru tidak hairanlah mereka dikurniakan kedudukan yang cukup istimewa di sisi Allah SWT. Allah sendiri telah membuat satu pertanyaan:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”

(Surah al-Zumar: 9)

Takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum Tuan Guru Dato’ Hj Muhammad bin Wan Osman, mudir Madrasah Diniah Bakriah Pondok Pasir Tumboh

Semoga sumbang bakti beliau khususnya dalam menyebarkan ilmu agama dan mengkader para ulamak diganjari dengan ganjaran yang banyak.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Tuan Guru Dato’ Hj Muhammad dan menempatkan beliau bersama para solehin.

Pemergian al-Marhum dalam usia 85 tahun merupakan suatu kehilangan besar buat umat di mana beliau antara guru yang paling lama berkhidmat di madrasah ini.

Lahir di Kampong Tendong Pasir Emas Kelantan pada tahun 1938.

Bersekolah hinga ke darjah empat sebelum melanjutkan pelajaran ke pondok.

Mula belajar pondok pada tahun 1954 di Pondok Selehor Tumpat Kelantan.

Belajar dengan anak murid Tok Selehor iaitu Tuan guru Hj Abbas selama setahun.

Kemudian Tuan Guru belajar dengan menantu Tok Selehor yang bernama Tuan Guru Hj. Awang b Hitam.

Pada tahun 1964 Tuan Guru Wan Mohammad berpindah ke Pondok Pasir Tumbuh dan belajar dengan ke tiga-tiga Tuan Guru Pondok Pasir Tumbuh iaitu:

1- Tuan Guru Haji Mustafa b Abu Bakar.

2- Tuan Guru Haji Abdul Azis b Abu Bakar.

3- Tuan Guru Haji Hasim b Abu Bakar.

Tuan Guru Wan Mohammad berkahwin dengan Zakiyah @ Asmah anak Tuan Guru Hj Mustapa dan dikurniakan anak:

1- Wan Hazami

2- Ust. Wan Ali Syabramallisi

3- Wan Qushairi

4- Wan Fakitah,

Ismail bin Abi Uwais telah menceritakan kepada kami, berkata Malik, telah menceritakan kepadaku daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Abdillah bin Amru bin al-As R.Anhuma katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.” 

Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673)

Sulaiman Rahimahullah yang berkata:

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا بَقِيَ الأَوَّلُ حَتَّى يَتَعَلَّمَ الآخِرُ، فَإِذَا هَلَكَ الأَوَّلُ قَبْلَ أَنْ يَتَعَلَّمَ الآخِرُ هَلَكَ النَّاسُ

Maksudnya: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana masih kekal generasi pertama sehingga yang kemudian dapat mempelajarinya. Jika binasa generasi yang pertama sebelum dipelajari oleh generasi seterusnya, maka binasalah manusia.”

Ketika ditanya kepada Sa’id Bin Jubair Rahimahullah: “Apakah alamat binasanya manusia? Jawabnya: “Apabila para ulama mereka meninggal dunia.”

Daripada Sayyidina Ali RA, berkata:

إِذَا مَاتَ العَالِمُ ثُلِّمَ فِي اَلإِسْلَامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang alim nescaya dipatahkan mercu tanda Islam yang tidak mungkin dapat ditampungnya oleh sesuatu hingga hari kiamat.”

Riwayat al-Syaukani dalam Fawaid Majmu’ah (287), al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ (1/105) dan al-Zurkani dalam Mukhtasar al-Maqasid (75)

Daripada Sayyidina Umar RA, katanya:

لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ

Maksudnya: “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim.”

Daripada Abi Ja’far rahimahullah berkata:

مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا

Maksudnya: “Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadat.”

Riwayat al-Baihaqi (4/344) dan Abu Nu’aim (3/183)

Daripada nas dan kenyataan di atas, jelas menunjukkan kepada kita betapa ilmu, hikmah dan juga para ulama mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru apabila berlaku kematian ulama, maka sebenarnya cacatlah dunia ini dan umat manusia dengan terpadamnya pelita atau obor yang menyuluh kehidupan mereka.

Seperkara yang perlu diingati, kematian para ulama biasanya akan dirasai oleh generasi dan kehilangannya begitu terasa sehingga membawa kepada sebutan dan nostalgia yang indah tatkala wujudnya ulama tersebut di kalangan masyarakat. Ini kerana mereka diibaratkan seperti bintang dilangit yang mana ramai yang boleh menjadikan mereka pedoman seperti kata Abu Muslim al-Khaulani.

Semoga para ulama diberkati Allah dan ilmu mereka terlebih dahulu dapat diambil dan dikutip dari mulut mereka oleh generasi selepasnya agar kesinambungan ilmu bersilsilah.

Ustaz Hj Atiqullah b Hj Yaacob Pondok Pasir Tumboh dalam kenangan (1947-2004M)

 

Catatan Ibnuatiq

Biodata Al-Marhum Ustaz Hj Atiqullah b Hj Yaacob

Tarikh dan tempat lahir  : Ahad 26 Januari 1947M bersamaan 5 Rabiul Awwal 1366H di Kampung Gong Serai, Pasir Puteh

Nama Ayahanda : Tuan Guru Hj Yaacob bin Awang yang merupakan antara ulama’  pertengahan kurun ke 20. Anak kelahiran Kampung Teras Besar Mentuan, Banggu, Kota Bharu sekitar tahun1900 dan meninggal pada 4 Jun 1963 dalam usia 63 tahun. Pernah belajar dengan Tok Kenali selama 10 tahun di Pondok Tok Kenali sebelum meneruskan pengajiannya di Mekah

Beliau berpindah ke Kampung Gong Serai pada tahun 1927 dan pernah mempunyai pusat pengajian pondok di situ tetapi hanya bertahan selama 10 tahun sahaja setelah beliau menyambung pengajian ke Mekah

Nama Bonda : Hajah Aisyah binti Hj Soleh yang merupakan isteri kedua Tuan Guru Hj Yaacob berasal dari Permatang Gading, Bukit Abal, Pasir Puteh. Hasil perkahwinan ini dikurniakan anak iaitu Rahimah, Ubaidah, Atiqullah, Maziah, Siti Alawiyah dan Mohd Naim

Isteri pertama Tuan Guru Hj Yaacob bernama Wan Fatimah dan dikurniakan anak bernama Zaharah, Ahmad Tajuddin, Saadah dan Hasanah disamping anak tiri dari perkahwinan pertama isterinya itu yang bernama Selamah dan Mek

Isteri ketiga pula bernama Fatimah bt Kundur yang berasal dari Gaal, Pasir Puteh dan dikurniakan anak bernama Ahmad Najmuddin, Jalilah, Bashara Hari dan Ahyauddin.

 

Rumahtangga

Nama Isteri : Hajah Samihah bt Hj Abdul Aziz iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Abdul Aziz b Hj Abu Bakar pengasas 2 Pondok Pasir Tumboh dan dikurniakan 9 orang anak iaitu Ahmad Baihaki, Ahmad Shairazi, Suhaila, Mohd Taftazani, Ahmad Arrifaie, Ahmad Azizi, Raihan, Salwani dan Nor Wajihah.

Pendidikan

  1. Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri
  2. Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Pasir Puteh
  3. Pondok Pasir Tumboh dengan belajar daripada ketiga pengasas pondok iaitu Tuan Guru Haji Mustapha Abu Bakar , Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar dan  Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar

 

Lantikan dan Kurniaan

  • 1994 – Ahli Lembaga Yayasan Islam Kelantan (YIK)
  • 1995 – Bendahari Pusat Pembangunan Pondok Berhad
  • 1999- Timbalan Pengerusi 2 Pusat Pembangunan Pondok Berhad
  • Pengerusi Jemaah Tadbir Pondok Pasir Tumboh
  • Penguasa 3 merangkap Timbalan Mudir 2 Pondok Pasir Tumboh
  • Setiausaha ajk Masjid Mukim Terusan Limbat, Pasir Tumboh
  • Ajk Pengelola Sekolah Agama Ummul Qura, Kg Wakaf (sekarang Madinatul Ilmi)
  • Ajk Kulliyyah Pondok Darulnaim, Pasir Tumboh
  • Ajk PIBG Ma’ahad Muhammadi Lelaki, Pengkalan Chepa
  • Ajk PIBG SMU Taqaddum Ma’arif, Pasir Tumboh
  • Pengerusi ajk Khairat Kematian Gabungan Kampung
  • Ketua PAS cawangan Terusan
  • Ajk PAS Kawasan Kubang Kerian
  • Ajk Dewan Ulama PAS Kelantan
  • KDYMM Sultan Ismail Petra telah mengurniakan Pingat atas jasanya

Sakit

Beliau mulai merasai masalah jantung terutama 2 bulan sebelum meninggal dunia sehingga terpaksa berehat daripada kuliah harian dan mingguan samada di pondok mahu pun di kampung asalnya di Pasir Puteh. Keletihan beliau dalam melawan masalah jantung tidak menghalang untuk turut serta dalam program dengan Syeikh Nuruddin al-Banjari dan juga menyambut kedatangan Dato’ Mufti Kedah di pejabat baru Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Wisma Pondok, Pasir Tumboh lebih kurang sebulan sebelum beliau meninggal dunia

Malah beliau walau pun sibuk menyambut kedatangan rombongan dari Fathoni, Thailand namun pada hari yang sama sempat untuk memenuhi janjinya untuk menghantar Tuan Guru Hj Hashim yang berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Itu merupakan pertemuan terakhir mereka berdua kerana beliau meninggal dunia ketika Tuan Guru Hj Hashim berada di Mekah. Malah ketika dimaklumkan tentang kematian beliau maka Tuan Guru Hj Hashim memberi bayangan kemungkinan silap berita kerana pada andaiannya kemungkinan ibu mertua beliau iaitu isteri kepada al-Marhum Tuan Guru Hj Abdul Aziz yang telah lama sakit yang meninggal bukannya beliau sendiri. Setelah disahkan memang beliau yang meninggal dunia maka Tuan Guru Hj Hashim mengistiharkan solat ghaib di Mekah. Setelah kembali dari Mekah Tuan Guru Hj Hashim tidak lagi mengajar kerana uzur sehinggalah beliau meninggal pada Selasa 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M

Meninggal Dunia

Beliau dijadualkan untuk bertemu doktor pakar di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian pada Rabu 11 Februari 2004 walau pun diberi tarikh lebih awal namun ditolak dengan alasan mahu menyambut Aidil Adha di rumah. Selepas berlalunya hari Tasyriq, beliau bersetuju untuk membuat pemeriksaan lebih awal di Hospital Perdana, Kota Bharu pada petang Khamis 5 Februari 2004. Ahli keluarga terdekat sahaja yang berpeluang ziarah beliau pada malam itu kerana berita kemasukan beliau ke hospital tidak dihebahkan termasuk kepada guru-guru di pondok atas alasan sakit beliau tidak begitu teruk

Kata-kata beliau pada anaknya supaya tidak perlu bimbang tentang keadaannya kerana pagi esok beliau akan pulang awal pagi ke rumah akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau menghembus nafas yang terakhir dalamm usia 57 tahun pada Subuh pagi Jumaat 6 Februari 2004M bersamaan 15 Zulhijjah 1424H jam 6.00 pagi di Hospital Perdana Kota Bharu

 

Suasana Hari kematian

Begitu ramai ahli keluarga, kenalan, warga pondok dalam dan luar Kelantan datang ziarah. Malah hebahan melalui radio Kelantan tentang pemergian beliau menyebabkan berita sedih ini lebih meluas memandangkan pada waktu itu penggunaan telefon bimbit dan internet agak terbatas. Ada juga anak muridnya di Pasir Puteh hanya mengetahui tentang kematian beliau ketika datang untuk mengikuti kuliah mingguan pagi Jumaat di surau Gong Serai.

Di Pondok sendiri pengumuman dibuat oleh Ustaz Hj Abu Bakar selepas mendapat berita daripada anak beliau ketika Jemaah sedang berzikir seusai solat Subuh. Malah anak sulung beliau YB Ustaz Ahmad Baihaki hanya menerima berita daripada salah seorang orang ramai yang ingin mengesahkan berita kematian ketika sedang menyampaikan kuliah Subuh di Pengkalan Chepa

Jalan dari simpang 4 Pasir Tumboh menghadapi kesesakan yang teruk kerana begitu ramai yang datang ziarah. Pertama kali selepas pembinaan masjid pondok 4 tingkat menyaksikan masjid itu dipenuhi para Jemaah untuk solat Jumaat dan Jenazah. YAB Dato’ Bentara Setia TG Hj Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan ketika itu menyampaikan khutbah Jumaat manakala solat jenazah diimamkan oleh oleh anak sulung beliau iaitu YB Ustaz Hj Ahmad Baihaki

 

Antara kata-kata akhir sebelum meninggal dunia

  1. “Ana mahu berehat setelah siap pembinaan Asrama Wakaf 5 tingkat ini”
  2. “Ana mahu supaya Ustaz Hj Abu Bakar mengganti tempat ana untuk mengajar kitab feqah Kasyful Litham selepas Zohor di masjid”

Inilah antara kata-kata akhir beliau yang membayangkan beliau bagaikan sudah merasai bahawa saat ajal hampir tiba. Perkataan rehat dari tugas dan mengajar bagaikan tiada dalam kamus beliau selama ini sehinggalah diluahkan ketika hampir dengan saat pemergian beliau

Doakan kebaikan untuk beliau, para guru, anak murid, ahli keluarga dan sahabat al-Marhum serta seluruh kaum muslimin dan muslimat

اللهم اغفر لآبائنا وأمهاتنا, وارحمهم كما ربّونا صغارا, واغفر لمشايخنا ولمن علّمنا وتعلّم مِنا, اللهم أحسن إلى من أحسن إلينا اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم وعف عنهم اللهم اكرم نزلهم ووسع مدخلهم وغسلهم بالماء والثلج والبرد ونقهم من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس اللهم جازهم بالحسنات احسانا وبالسيئات عفوا وغفرانا اللهم ابدّلهم داراً خيراً من دارهم وأهلاً خيراً من اهلهم اللهم اجعل قبرهم روضة من رياض الجنة ولاتجعلهاحفرة من حفر النار اللهم ثبتهم بالقول الثابت اللهم قهم عذاب القبر وعذاب النار .

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ تَوَفَّنا مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنابِالصَّالِحِينَ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Tuan Guru Hj Salleh b Ismail Pondok Pasir Tumboh

P1000804

Pengajian dahulu

– Ma’ahad Muhammadi pada tahun 1966
– Pondok Lubok Tapah ( Tuan Guru Hj Ab. Rahman dan Tuan Hj Abdullah) Lebih kurang 10 tahun bermula usia kanak-kanak lagi
– Pondok Pasir Tumboh bermula umur 18 tahun bersama ketiga-tiga pengasas pondok iaitu Tuan Guru Hj Mustafa, Tuan Guru Hj Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj Hashim b Hj Abu Bakar

Perkahwinan

– Berkahwin dengan anak sulung Tuan Guru Hj Abdul Aziz pengasas pondok Pasir Tumboh iaitu Syukriah bt Hj Abdul Aziz

Perkhidmatan

– Guru takmir yang banyak berkhidmat sekitar daerah Jeli dari tahun 1976-1997
– Berkhidmat secara ulang-alik dari Pasir Tumboh dan Jeli dari tahun 1985-1995
– Balik berkhidmat sepenuh masa di Pondok Pasir Tumboh pada tahun 1995
– Tenaga pengajar di Kulliyah Pondok Darulnaim
– Penguasa 2 merangkap Timbalan Mudir 1 Pondok Pasir Tumboh

Anugerah

Tokoh Murabbi Pondok Pasir Tumboh 1435H

Gambar Pengasas Pondok Pasir Tumboh

Tuan Guru Hj Abu Bakar bin Hj Osman

Ust. Abu Bakar

 

us bakar

 

 

 

 

 

Beliau merupakan anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu. Beliau dilahirkan pada tanggal 30/8/1953

Beliau mendapat pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Kg. Telaga, Kuala Berang, Terengganu bermula dari darjah 3 hingga darjah 6. Walau pun jarak antara rumahnya dengan sekolah agak jauh iaitu lebih 4 kilometer tetapi beliau hanya berjalan kaki.

Beliau mula belajar di Pondok Pasir Tumboh, Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1968 iaitu selepas banjir besar tahun 1967. Beliau hanya belajar di Pondok Pasir Tumbuh hingga mendirikan rumah tangga dengan anak Tuan Guru Hj. Mustafa salah seorang pengasas pondok ini.

Minat yang mendalam dalam ilmu Nahu membolehkan dalam masa tiga bulan sahaja beliau dapat menguasai ilmu Nahu dan seterusnya dapat mengajar kitab nahu bermula dengan Matan Ajrumiah.

Kini beliau dipertanggungjawab untuk mengganti kuliah tafsir al-Jalalain yang pernah dibaca oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim b Abu Bakar

Beliau telah mendiri rumahtangga pada tahun 1975 dengan Che Salma binti Tuan Guru Hj Mustafa setelah bertunang selama dua tahun dan mendapat 6 orang anak di mana anaknya yang sulung mati setelah dilahirkan.

Anak beliau ialah :

  1. Siti Ruhaila kelulusan Universiti Islam Antarabangsa dan kini berkhidmat sebagai guru di Sarawak
  2. Sa’adatul Mardhiah kelulusan Universiti Malaya dan kini berkhidmat sebagai guru di Sabah
  3. Mohd Taufiq kelulusan Universiti Darul Iman, Terengganu dan kini berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  4. Pauzul Hanif kelulusan Universiti Islam Antarabangsa dan kini berkhidmat sebagai Arkitek
  5. Anak bongsu beliau Nur Wahida kelulusan Universiti Sains Malaysia dan kini berkhidmat sebagai Doktor gigi dan pembedahan di Hospital Terengganu

Jawatan yang pernah disandang ialah

  1. Imam Muda Masjid Mukim Terusan Limbat, Pondok Pasir Tumboh hingga tahun 2010
  2. Bendahari Pondok Pasir Tumboh hingga tahun 2011
  3. Pengerusi Lajnah Pelajaran Pondok Pasir Tumboh hingga tahun 2008

Manakala jawatan yang sedang beliau sandang sekarang ini iaitu

  1. Bendahari Masjid Mukim Terusan Limbat, Pondok Pasir Tumboh
  2. Bendahari Pusat Pembangunan Pondok Berhad mula tahun 2000
  3. Ahli jawatankuasa Kulliyyah Pondok Darulnaim
  4. Penguasa 3 Pondok Pasir Tumboh mulai 2012

Tokoh Murabbi Pondok Pasir Tumboh bagi tahun 1436H/2015M yang dimaksudkan ialah al-Fadhil Tuan Guru Haji Abu Bakar b Hj Osman, Penguasa 3 Madrasah merangkap Timbalan Mudir 2

Mudir Pondok Pasir Tumboh sekarang

Tuan Guru Wan Mohammad b Wan Osman
Tuan Guru Hj Wan Mohammad b Wan Osman

Lahir di Kampong Tendong Pasir Emas Kelantan pada tahun 1938.

Bersekolah hinga ke darjah empat sebelum melanjutkan pelajaran ke pondok.

Mulala belajar pondok pada tahun 1954 di Pondok Selehor Tumpat Kelantan.

Belajar dengan anak murid Tok Selehor iaitu Tuan guru Hj Abbas selama setahun.

Kemudian Tuan Guru belajar dengan menantu Tok Selehor yang bernama Tuan Guru Hj. Awang b Hitam.

Pada tahun 1964 Tuan Guru Wan Mohammad berpindah ke Pondok Pasir Tumbuh dan belajar dengan ke tiga-tiga Tuan Guru Pondok Pasir Tumbuh iaitu:

1- Tuan Guru Haji Mustafa b Abu Bakar.

2- Tuan Guru Haji Abdul Azis b Abu Bakar.

3- Tuan Guru Haji Hasim b Abu Bakar.

Tuan Guru Wan Mohammad berkahwi dengan Zakiyah @ Asmah anak Tuan Guru Hj Mustapa dan dikurniakan anak:

1- Wan Hazami

2- Uat. Wan Ali Sybralmallisi

3- Wan Qushairi

4- Wan Fakitah,