• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,346,653 orang
  • Kandungan Blog

Ayat Al-Quran sebagai penawar penyakit kanser

SOALAN

Nama saya Hasnah berusia 40 tahun. Saya disahkan menghidap kanser payudara pada awal Februari 2010. Pada Mac 2010, saya telah menjalani mastectomy iaitu pembedahan membuang keseluruhan payudara sebelah kiri.

Semasa pembedahan, sebanyak 15 kelenjar telah dikeluarkan dan tujuh dikenalpasti mengandungi sel-sel kanser.

Saya telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali dan radioterapi sebanyak 15 kali. Kedua-dua rawatan tamat pada September 2010.

Namun pada bulan Oktober 2012, selepas lebih dua tahun saya tamat rawatan, saya mendapat cancer relapse iaitu kanser kembali menyerang malah telah merebak ke bahagian tulang spinal (C3 & C4) dan menyerang tulang pelvik dan tulang rusuk di dada saya.

Bolehkah, Tuan Haji Lokman terangkan mengapa kanser menyerang saya kembali walaupun saya sudah tamat rawatan kemoterapi dan radioterapi?

Apakah ayat-ayat al-Quran untuk diamalkan untuk menangani penyakit kanser dan bagaimana cara mengubatinya melalui perubatan Al-Quran?

JAWAPAN

Kanser begitu sukar dipulihkan terutamanya jika sudah berada di tahap tiga dan empat. Sebaik sahaja sel kanser merebak masuk ke saluran darah dan sistem peredaran kelenjar atau ‘lymph’, amat sukar untuk memastikan bahagian organ mana yang mengalami proses metastasis dan menyebabkan sel kanser.

Jalan paling mudah dalam kaedah perubatan moden adalah kemoterapi, iaitu memasukkan ubat anti kanser keseluruhan sel organ dalam badan.

Tetapi proses kemoterapi hanyalah berfungsi untuk surpressed atau melemahkan sel kanser atau melambatkan proses kanser dari merebak dengan cepat.

Adalah sukar bagi pakar perubatan moden untuk memberi lima tahun jaminan pesakit akan sembuh atau selamat dari kanser.

Ini kerana mereka sedar, kebarangkalian sel-sel kanser merebak ke bahagian tubuh yang lain amat tinggi.

Biarpun seseorang pesakit kanser telah bebas dari kanser berdekad lamanya, itu bukan jaminan kanser tidak akan kembali menyerang mereka.

Dalam kes Puan Hasnah, mengapa kanser kembali menyerang biarpun selepas beliau menjalani rawatan kemoterapi enam kali dan radioterapi 15 kali.

Ini adalah kerana sel-sel kanser yang dilemahkan semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi akan kembali aktif selepas beberapa jangka masa atas beberapa faktor seperti tekanan emosi (stres), pemakanan tidak seimbang dan pelbagai faktor lain.

Apabila kanser kembali menyerang, pesakit perlu mengulangi semula rawatan seperti rawatan pertama.

Ini yang membuatkan pesakit berasa putus asa, tekanan emosi dan tabiat ini tidak membantu menyembuhkan sebaliknya membantu menggalakkan lagi pertumbuhan kanser.

Dalam erti kata lain, perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada Allah dan meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah di dalam Al-Quran

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman….” (Al Israa’ 82)

“….Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku..” (Al Baqarah, 186)

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.

Konsep inilah yang akan menghasilkan keputusan ‘2 dalam 1′, iaitu di samping mendapat kesembuhan, diri juga akan lebih dekat dengan Allah.

Sesungguhnya kesakitan bukanlah alasan untuk kita menjauhi diri daripada Allah. Dan kesakitan bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadah sama ada wajib atau sunat.

Falsafah kesakitan menurut islam adalah sebagai wahana untuk Allah menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu, dan meningkatkan darjat kita disisi Nya.

Justeru, berdoa ketika sakit lebih dipandang Allah berbanding ketika sihat. Hal ini kerana ketika sihat, ia akan berdoa dan beramal dengan sambil lewa, kerana belum merasakan peritnya sebuah musibah kesakitan.

Namun, apabila seseorang itu sakit misalnya, ia akan berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk, tawaduk serta penuh pengharapan supaya Allah memakbulkan doanya dan menyembuhkan penyakitnya.

Kerana itu, saya sentiasa mengingatkan para perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bahawa kita berpegang kepada prinsip berdakwah di dalam berubat.

Dan buat para pesakit pula, kita membantu mereka agar yakin bahawa mereka beribadah sambil dirawat.

Hasil kedua prinsip ini, insya-Allah akan membawa kepada kesembuhan dengan syarat, para pesakit mengamalkan apa yang diarahkan serta meningkatkan amalan sunat dan menjauhi perkara-perkara dosa dan mungkar.

Saya akan berikan beberapa garis panduan secara umum mengenai rawatan kanser menurut kaedah ayat-ayat suci Al-Quran kepada pembaca dengan harapan kita meletakkan keyakinan yang penuh kepada mukjizat yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w serta rahmat sekalian alam.

Al-Quran, bukan sekadar bacaan, ia sumber panduan juga medium penyembuhan.

Insya-Allah, semoga dengan keyakinan yang terbina, Allah akan hadiahkan pesakit/ pembaca dengan kesembuhan.

Antara kaedah yang digunakan untuk merawat kanser menurut perspektif perubatan Al-Hidayah adalah ;

* Membaca beberapa rangkaian ayat suci Al-Quran.

Ini adalah amalan utama atau amalan pokok dalam perubatan ini. Pesakit akan diberikan beberapa ayat suci Al-Quran, yang saya beri selepas memeriksa pesakit, jenis kanser, sejauh mana tahap sakit dan kesan penyakit terhadap pesakit.

Ayat suci Al-Quran yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut individu disebabkan beberapa faktor yang disebutkan tadi.

Namun, secara umumnya, ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.

Ayat surah Mukminun untuk dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas maghrib atau isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam atau dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardu, atau Qiyammulail.

Ayat surah Al Hajj tadi pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali selepas subuh, zohor atau asar.

Jika tidak sempat, maka boleh dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.

Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh.

Ingat, berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.

Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya-Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.

Dua rangkaian ayat yang saya berikan tadi, (Al Mukminun, Al Hajj), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.

Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan. Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian surah-surah di bawah.

Surah Rangkaian Ayat

Al Anbiya’ 38 hingga 50

Huud 60 hingga 80

An Nahl 90 hingga 110

Yunus 55 hingga 70

Qasas 66 hingga 88

Ibrahim 9 hingga 22

Al Kahfi 38 hingga 60

Yunus 71 hingga 89

Setakat hari ini, saya telah mengenal pasti sebanyak 60 rangkaian ayat suci Al-Quran yang merupakan ayat spesifik penyembuh penyakit kanser.

Malah, ayat ini bersifat khusus untuk setiap tahap kanser dan spesifik untuk setiap jenis kanser yang dialami.

Setiap rangkaian ayat ini sama jika dibandingkan dengan setiap satu jenis ubat dalam kaedah rawatan kanser secara moden

18 Respons

  1. Ibu saya telah disahkan menghidap penyakit kanser tahap 4. Sel-sel kanser telah merapuhkan tulang belakang dan merebak ke paru-paru menyebabkan sukar untuk bernafas dan berjalan. Doa-doa apa yang boleh djadikan penawar nya ustaz?

    • Salam ustaz, anak saya di sahkan mengidap kanser limfona tahap 4, saya mohon utk mengamalkn ayat2 yg ustaz beri, mohon halalkan dunia akhirat, semoga anak saya sembuh dgn izin nya ,aamiin ,terimakasih byk2 ustaz,

    • Assalamualaikum Ustaz…melalui hasil pemeriksaan Ct Scan suami sy,Dr memaklumkan ada ketumbuhan berkemungkinan kanser & bengkak dlm buah pinggang sebelah kiri suami sy..Blh ustaz kongsikan ayat al-quran yg blh diamalkan untuk ikhtiar kesembuhan suami sy..Terima kasih ustaz

  2. Assalammualaikum, ibu saya disahkan mengidap barah payu dara dan telah menjalani terapi yg sama dengan puan hasnah. Tetapi selepas 2 tahun, dia tidak boleh berjalan dan bergerak dari sehari ke sehari dan doktor telah mengesahkan yg kanser ibu saya telah merebak ke payudara sebelah kanan, hati, paru-paru dan juga tulang belakang nya. Kini dia terlantar di hospital utk diberikan rawatan yg baru oleh pihak institut kanser negara(IKN). Sy berharap agar ustaz boleh memberi sedikit ayat tu saya bacakan supaya ibu saya sembuh. Ibu saya tidak boleh membuat ibadat yg wajib krna pihak hospital memberikan terlalu banyak ubat sehinggakan dia tidur seharian bagi melegakan kesakitan yg dialaminya. Harap ustaz dpt membantu. Terima kasih

  3. salam..saya mengesan ade ketulan di payudara pada bulan 1 dan sy berkahwin pada bulan dua dan sy disahkan mengandung pada bulan 5.semasa mengandung sy ade bgtahu doktor yg sy ade ketulan dipayudara sy,doktor terus buat tmujanji dgn pakar,slpas sy jmpe pakar dan dia telah ambil tisu dipyudara sy untuk mngesahkn jns ape ketulan itu slpas itu doktor ade bgthu sy yg ketulan berbahaya dan dia meminta sy untuk buat pembedahan scepat mgkin dlm msa yg sma sy bmbgkn anak dlm kndungan sy..slpas sy mmbuat pembedahan ank sy sihat dn selamat slpas 2mggu kptusan ketulan yg dikeluarkan adalah kansel tahap satu..doktor x sarankan sy untuk buang payudra tpi dia nk buang sel ktulan yg tertngal dan buang kelenjal bawah ketiak sy msa tu sedih sngt sbb sy fkrkn ank sy..dlm masa yg sma sy ade berjmpa dgn seorg ustzah yg boleh merawat mngunakan ayt suci
    Alquran sy cme mmpu berdoa,berusha untuk mtikan sel2 kansel ini..sy akan buat pembedahn yg ke dua x lma lgi apakh ayat2 Alquran yg perlu sy amalkn untuk merawat kansel thp 1 dan selamtkn ank sy spya ianya sihat dn smpurna apabla dia lahir..sy brumur 21tahun…tlg sy ustaz

    • salam emma.. apa khabar kesihatan emma n anak sekarang dah bebas ke dr sel kanser

    • Assalamualaikum ….sesiapa yang bermasalah kanser boleh rujuk saya dengan whatsapp 0176607841. Insyaalalh saya akan cuba bantu anda.

  4. Al-Quran sebagai as-syifa’..subhanallah…yang penting jgn pernah berhenti berusaha, dan jgn sesekali patah harapan.

    Sebagai ahli keluarga atau rakan terdekat, wajar untuk kita memberi kan dorongan kepada rakan2 kita yang menghidapi kanser kerana ketika ini moral mereka sgt down.

    Terima kasih atas artikel bermanfaat ini.

    • Gabungan rawatan terbaik secara holistik utk pesakit kanser (semua jenis kanser & leukemia).Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre 0196676236 -Dr Wan

  5. Assalamualaikum w.b.t
    Penyelesaian bagi kanser..Sila ke
    http://lininili69.blogspot.my/2016/05/assalamualaikum-w.html?m=1

  6. As salam ustaz..mohon copy ye ayat surah rangkaian dan s mua yang ustaz catatkan..minta dihalalkan dunia dan akhirat..terima kasih ustaz..syukran jaziilan..saya nak cuba amalkan ..utk pengetahuan ustaz..ayah saya skrg sedang menghidap kanser pankteas tahap 3..bolehkah saya guna ayat al quran dari surah yang ustaz beri..terima kasih..

  7. As salam tuan ustaz..Mohon untuk minta berkongsi ..terima kasih

  8. Assalamualaikum. Terima kasih ustaz. Saya kongsikan tulisan ustaz dengan kawan-kawan. Mohoh dihalalkan. Terima kasih ustaz.

  9. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh…daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih…jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh

    Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup…pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi….hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi

    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

  10. Bagaimanakah sye nak menenangkan hati orang yang Akan dibedah (kanser) lags sebulan

  11. Assalamualaikum
    Saya mempunyai seorang anak saudara lelaki yg disahkan menghidap leukimia (ALL) sejak lebih setahun lalu. Kini umurnya 4 tahun.
    Soalan saya adakah sy boleh membaca surah surah ini bg pihaknya yg masih kecil. Dan bagi rangkaian doa selepas surah al-mukminun dan al-hajj, surah2 yg manakah patut diamalkan utk pesakit leukimia di tahap untreated (tiada rawatan lg kata doktor)?

  12. Assalamualaikum Ustaz…melalui hasil pemeriksaan Ct Scan suami sy,Dr memaklumkan ada ketumbuhan berkemungkinan kanser & bengkak dlm buah pinggang sebelah kiri suami sy..Blh ustaz kongsikan ayat al-quran yg blh diamalakan untuk ikhtiar kesembuhan suami sy..Terima kasih ustaz

  13. Assalamualaikum. Terima kasih ustaz. Saya kongsikan tulisan ustaz ttg ni dan kanser dengan kawan-kawan. Mohon dihalalkan. Terima kasih ustaz.

Tinggalkan komen