• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,346,644 orang
  • Kandungan Blog

Kadar Yuran daftar dan Tahunan Pondok Pasir Tumboh

Yuran masuk dan tahunan

Semua pelajar  mestilah  mendaftarkan  diri  kepada pihak madrasah  di pejabat dengan mengisi borang yang  telah disediakan dan menjelaskan yuran  sebagaimana berikut:

1. Pelajar tetap (bujang)

a. Yuran pendaftaran RM 20.00

b. Yuran bulanan RM 10.00 sebulan (setahun RM 120.00)

c. Yuran daftar masuk asrama lelaki/perempuan RM50.00

2. Pelajar Sementara (bujang)

a. Yuran pendaftaran RM 20.00

b. Yuran bulanan RM 10.00 sebulan (paling minima 2 bulan iaitu RM 20.00)

3. Pelajar Kelamin dan Warga Emas

a. Yuran pendaftaran RM 20.00

b. Yuran bulanan RM 5.00 sebulan (setahun RM 60.00)

4. Pelajar tumpang (biasanya pelajar atau penduduk berhampiran pondok yang datang belajar pada waktu luang)

–          Percuma tanpa perlu membayar yuran wajib cuma digalakkan untuk memberi sumbangan

Lain-lain bayaran

  1. Pelajar juga diwajibkan membayar yuran yang dikenakan oleh pihak kawasan yang dihuni  terutama air dan elektrik biasanya RM 15 sebulan
  2. Ada pelajar yang duduk di kawasan yang perlu dibayar sewa tanah RM 15 sebulan
  3. Kebanyakan pelajar muslimin tiada dikena sewa pondok kerana wakaf
  4. Pelajar kelamin dan warga emas ada tambahan bayaran mengikut pondok atau rumah sewa yang dihuni

Kelengkapan Masuk Pelajar Baru

  1. Dokumen

 

 

  1. Fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa milik pemohon
  2. Fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa milik ibubapa pemohon
  3. Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping
  4. Surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir atau mana-mana sijil yang menunjukkan tempat belajar sebelum ini
  5. Urine test bebas dadah (pelajar lelaki sahaja)

 

 

  1. Kelengkapan diri

 

  1. Pakaian solat ( banyakkan kain pelikat dan baju Melayu serta jubah bagi lelaki)
  2. Jubah hitam dan purdah bagi muslimat
  3. Tilam atau toto, selimut dan bantal
  4. Baldi, gayung

 

  1. Yuran

 

  1. Yuran RM10 (daftar) + RM 10 (1 bulan) + RM 15 (air dan elektrik) + RM50 (jika masuk asrama) – Lelaki 16 tahun ke atas
  2. Yuran RM10 (daftar) + RM 6 (1 bulan) + RM 30 (pondok sewa) + bil elektrik semasa + RM7 (air)  – Perempuan 16 tahun ke atas

 

 

  1. Kitab

 

  • Lebih kurang RM100 untuk mula-mula pengajian

Penginapan dan makan minum

Bayaran Penempatan

  1. Pondok wakaf (kebanyakan pelajar bujang tinggal di pondok wakaf)

a. Percuma untuk tempat tinggal Cuma wajib baiki kerosakan sendiri

b. Elektrik bulanan biasanya RM 10.00

c. Air bulanan biasanya RM 3.00

 

2. Asrama

a. Yuran asrama mengikut ketetapan pihak pengurusan

b. Yuran makan minum

c. Elektrik dan air biasanya RM 15.00 sebulan

 

3. Pondok sewa (hampir semua pelajar muslimat, kelamin dan warga emas tinggal di pondok sewa)

a. Mengikut kadar sewa yang ditetapkan oleh pemilik pondok

b. Elektrik dan air mengikut bil semasa

Makan Minum dan Pembelian Kitab

– Pembiayaan makan  minum dan pembelian kitab adalah tanggungan sendiri. Pelajar dan warga pondok diberi pilihan samada memasak sendiri atau membeli makan di kedai sekitar kawasan pondok

Yuran Pelajar Muslimat (bujang)

  1. Pendaftaran masuk                                                        RM 15.00
  2. Yuran setahun ( RM6.00 x 10 bulan)                         RM 60.00
  3. Yuran Lajnah Pelajaran                                                  RM 10.00
  1. Kitab                                                                                      RM 50.00
  1. Pondok sewa (kongsi)                                                   RM 20.00 / RM 30.00 (seorang)
  1. Bil air                                                                                     RM 7.00
  1. Bil elektrik                                                                           Ikut kadar bil elektrik pondok masing-masing
  1. Memasak                                                                            Memasak secara kumpulan ikut pondok