• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,347,123 orang
  • Kandungan Blog

Soalan lazim pasal pondok

 

Soalan lazim berkenaan pengajian Pondok

1. Jika saya tak ada asas jawi dan al-Quran boleh ke masuk pondok? Jika saya bukan daripada aliran agama bolehkah saya nak belajar kat pondok?
– Boleh asalkan mahu belajar

2. Jika umur saya lebih 20 tahun bolehkah masuk pondok?
– Boleh kerana pondok ni terima pelajar bujang, kelamin dan warga emas selagi mereka mampu berdikari ketika belajar

3. Adakah pihak madrasah sediakan pondok tempat duduk kepada pelajar yang baru masuk?
– Bagi pelajar bujang lelaki dan perempuan maka pihak pejabat akan urus tempat tinggal.
– Manakala bagi pasangan kelamin dan warga emas kena datang cari sendiri pondok sewa sekitar kawasan madrasah samada melalui bantuan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan ATAU datang sewa rumah tumpangan yang berhampiran untuk datang cari sendiri pondok sewa kemudian apabila sudah jumpa tempat tersebut maka mereka pulang ambil barang keperluan sebelum menyelesaikan proses pendaftaran

4. Adakah pengambilan pelajar baru dibuka sepanjang tahun?
– Daftar baru dibuka setiap Sabtu dan Ahad dalam tempoh sebulan selepas buka dari cuti penggal

– Cuti penggal madrasah telah ditetapkan sebagaimana berikut :
Penggal pertama – bermula 2 hari sebelum hari raya haji hingga 15 Zulhijjah
Penggal kedua – bermula pada 15 Rabiul Awal hingga 29 Rabiul Awal .
Penggal ketiga – bermula 15 Sya’ban hingga 15 Syawal

5. Boleh ke jika saya hanya nak masuk belajar kat pondok sekadar sebulan atau 2 bulan sempena cuti sekolah/cuti IPT atau tengah tunggu keputusan SPM/STPM/STAM
– Boleh selagi masih ada kekosongan tempat tinggal iaitu terhad 50 lelaki dan 20 perempuan sahaja dalam satu-satu masa

6. Jika saya hanya nak datang belajar hujung minggu sahaja macamana saya boleh lakukan
– Jika ulang alik tak ada masalah dan tak perlu daftar hanya datang belajar sahaja
– JIka rumah jauh boleh sewa bilik penginapan sekitar kawasan madrasah untuk datang belajar

7. Bila sudah bawa semua dokumen yang tertera di albakriah.com adakah saya boleh terus daftar masuk belajar
– Ya boleh daftar dan terus masuk belajar

8. Jika ibubapa saya tak dapat datang adakah boleh saya datang daftar seorang diri sahaja?
– Sebaiknya bawa waris terdekat bersama sebagai penjamin bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah terutama perkara kecemasan

9. Adakah bila cukup syarat dan dokumen masa datang daftar maka terus boleh masuk belajar atau kena balik dahulu?

  • Boleh terus masuk belajar

10. Adakah temuduga yang dibuat nanti akan melibatkan kelayakan pelajar untuk layak masuk belajar?

  • Temuduga bertujuan untuk memastikan pelajar baru cukup syarat dan dokumen serta untuk mengetahui tahap kemampuan terutama baca dan tulis jawi serta pembacaan al-Quran bagi menentukan tahap pengkelasan nanti

Rumah sewa sekitar Pondok Pasir Tumboh

Bagi pasangan yang sudah kahwin atau warga emas yang nak masuk belajar Pondok Pasir Tumboh maka syaratnya kena datang cari rumah sewa dengan tuan tanah sekitar dulu….

Antara pemilik rumah sewa seperti maklumat di atas

Tarikh Daftar Pelajar Pondok Pasir Tumboh mulai 14 Mei 2022

Daftar baru Pondok Pasir Tumboh akan dibuka 18 Syawal nanti

Syarat Kemasukan Pelajar Baru

Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3.    Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan di mana dihadkan bilangan 50 orang lelaki dan 20 orang pelajar perempuan dalam satu-satu masa

4.    Bagi pelajar muslimin/muslimat disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )

5.    Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok

6.    Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah sepanjang masa

7. Lulus temuduga kemasukan oleh ahli jawatankuasa khas semasa proses pendaftaran masuk

7. Mendapat keizinan untuk belajar selepas selesai proses pendaftaran daripada Tuan Mudir madrasah atau pun timbalannya

 

Ø    Kelengkapan Bagi Pendaftaran

 

1.     Tempat tinggal akan diuruskan oleh pihak pejabat bagi pelajar bujang manakala kelamin dan dewasa kena urus sendiri

2.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 20.00 , serta yuran bulanan RM10.00 (setahun RM120.00). Jika kelamin dan warga emas RM 60.00 setahun

4.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa

5.     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

6.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)

7.     Diwajibkan membawa surat urine test bebas dadah ketika mendaftar diri (lelaki sahaja)

Daftar Baru Pondok Pasir Tumboh dibuka Mulai 1 September 2018

Syarat baru untuk kemasukan pelajar baru Pondok Pasir Tumboh Sesi 1439/1440H

Peraturan baru kemasukan pelajar baru Pondok Pasir Tumboh utk sesi 1439/1440H

1. urusan daftar pelajar baru hanya dibuka tiap sabtu dan ahad sahaja selama sebulan mulai 30 Jun 2018 ini

2. bakal pelajar akan disaring dulu oleh jawatankuasa khas sebelum diterima masuk.

3. pelajar sementara iaitu paling minima 2 bulan dihadkan bilangan iaitu 50 lelaki dan 20 perempuan sahaja dalam satu-satu masa

 

 

Daftar Baru ke Pondok Pasir Tumboh dibuka semula 15 Syawal 1439H nanti

Daftar pelajar baru Pondok Pasir Tumboh mula dibuka semula 23 Disember 2017 ini

Syarat kemasukan pelajar sementara

Pihak madrasah sentiasa mengalu-alukan kemasukan sementara terutama pada musim cuti sekolah atau IPT. Kemasukan terbuka sepanjang masa kecuali pada musim cuti madrasah iaitu 3 kali setahun :

Cuti penggal madrasah telah  ditetapkan  sebagaimana berikut :

  1. Penggal  pertama –  bermula 2 hari sebelum hari raya  haji  hingga  15  Zulhijjah
  2. Penggal  kedua –  bermula pada  15  Rabiul Awal  hingga  29  Rabiul Awal .
  3. Penggal  ketiga –  bermula  15  Sya’ban hingga  15  Syawal

Syarat pelajar sementara

1. Paling minima 2 bulan belajar di pondok kecuali di bawah program atau pakej khusus yang ditawar dan dikendalikan oleh pihak madrasah seperti seminggu atau 2 minggu

2. Memenuhi syarat kemasukan dan sanggup mematuhi peraturan madrasah

3. Bawa dokumen  tempat pengajian samada sekolah, pondok atau IPT semasa mendaftar

4. Diwajibkan juga membawa urine test bebas dadah bagi pelajar lelaki semasa daftar

4. Yuran sebanyak RM 10 untuk pendaftaran manakala RM 10 sebulan.

5. Yuran elektrik dan air pula lebih kurang RM15 sebulan

6.  Pendaftaran dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu kecuali pada cuti panjang sebagaimana tersebut di atas