• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,296,090 orang
  • Kandungan Blog

Amalan pilihan awal bulan Zulhijjah

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

 

Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

http://zhuliana.blogspot.com/

Aturcara Ijtimak Pondok Kelantan Sabtu ini 2 Julai

Keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah Dan Amalan Yang Disyariatkan

Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.

روى البخاري رحمه الله عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام – يعني أيام العشر – قالوا : يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun“.

وروى الإمام أحمد رحمه الله عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أعظم ولا احب إلى الله العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد وروى ابن حبان رحمه الله في صحيحه عن جابر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أفضل الأيام يوم عرفة.

“Imam Ahmad, rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid“.

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN

1. Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain : sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة

“Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Surga“.

2. Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebagiannya, Terutama Pada Hari Arafah. Tidak disangsikan lagi bahwa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya.

Disebutkan dalam hadist Qudsi : الصوم لي وأنا أجزي به ، انه ترك شهوته وطعامه وشرابه من أجلي

“Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku“.

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

ما من عبد يصوم يوماً في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك اليوم وجهه عن النار سبعين خريف

“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun“. [Hadits Muttafaqun ‘Alaih].

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah rahimahullah bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده .

“Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya”.

3. Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut. Sebagaimana firman Allah Ta’ala.

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

“…. dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan …”. [al-Hajj/22 : 28].

Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Karena itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma.

فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

“Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid“. [Hadits Riwayat Ahmad].

Imam Bukhari rahimahullah menuturkan bahwa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya.

Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha’, tabiin bahwa pada hari-hari ini mengucapkan : الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah (Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah”.

Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah. وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ

“Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu …”. [al-Baqarah/2 : 185].

. 4. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa. Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat. Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba dari Allah, dan keta’atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya.

Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

ان الله يغار وغيرة الله أن يأتي المرء ما حرم الله علي

“Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya” [Hadits Muttafaqun ‘Alaihi].

5. Banyak Beramal Shalih. Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad, membaca Al-Qur’an, amar ma’ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.

6. Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq Yaitu pada setiap saat, siang ataupun malam sampai shalat Ied. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, yaitu yang dilakukan setiap selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama’ah ; bagi selain jama’ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hari Tasyriq.

7. Berkurban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-Hari Tasyriq. Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, yakni ketika Allah Ta’ala menebus putranya dengan sembelihan yang agung.

Diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

وقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين أملحين أقرنين ذبحهما بيده وسمى وكبّر ووضع رجله على صفاحهما

“Berkurban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu“. [Muttafaqun ‘Alaihi].

8. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkurban. Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu ‘anha bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

إذا رأيتم هلال ذي الحجة وأراد أحدكم أن يضّحي فليمسك عن شعره وأظفاره

“Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia menahan diri dari (memotong) rambut dan kukunya“.

Dalam riwayat lain : فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره حتى يضحي

“Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkurban“. Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang menuntun hewan kurbannya.

Firman Allah. وَلا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّه

“….. dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat penyembelihan…”. [al-Baqarah/2 : 196].

Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkurban saja, tidak termasuk istri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkurban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang rontok.

9. Melaksanakan Shalat Iedul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya. Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.

10. Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas. Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya. Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Dan shalawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya

. والله الموفق والهادي إلى سواء السبيل وصلى الله على محمد وآله وصحبه وسلم .

Hina Nabi SAW modal orang muflis

Dr Mohd Khafidz Soroni

Bahang kemarahan umat Islam terhadap perbuatan seorang jurucakap pemimpin sebuah parti politik di India menghina Nabi SAW masih belum reda. Kemarahan ini tentu sahaja wajar kerana perbuatannya itu mencalar peribadi agung Nabi SAW yang cukup besar kedudukannya dalam jiwa umat Islam. Maka, sebarang perbuatan biadab terhadap baginda pasti tidak dapat diterima. Penghinaan terhadap Nabi SAW sebenarnya bererti penghinaan terhadap syariat Allah SWT kerana Dia-lah yang memilih baginda untuk umat manusia.

Nabi SAW sendiri mencontohkan agar umatnya perlu bersikap tegas dan berasa marah kerana Allah jika syariat-Nya dilanggar, apatah lagi dicemuh dan dihina. Daripada Aisyah RA, katanya: “Tidaklah sesekali Rasulullah SAW diberi pilihan antara dua perkara melainkan baginda akan memilih perkara yang lebih mudah selama perkara itu tidak mengandungi dosa. Jika perkara itu mengandungi dosa, maka baginda adalah orang yang paling menjauhkan diri daripadanya. Dan tidaklah Rasulullah SAW marah untuk dirinya terhadap suatu perkara melainkan jika larangan Allah dilanggar, maka baginda akan marah kerana Allah disebabkannya.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Orang yang tidak mempunyai rasa marah di dalam hati apabila syariat Allah dan Nabi-Nya dihina, tentu ada masalah besar dengan dirinya, sama ada dia benar-benar sangat jahil atau memang tiada langsung rasa iman di dalam hati. Walhal, rasa marah itu adalah wajar.

Namun, kemarahan itu perlu ditangani dengan bijak agar kita tidak pula melakukan perkara yang tak sepatutnya serta dilarang oleh syarak. Seperti apabila Nabi SAW kita dihina, lalu sebagai balasannya kita menghina pula tokoh ikutan atau entiti sembahan pihak yang menghina. Perkara seumpama ini adalah ditegah sepertimana firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu cerca benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka lakukan.” Surah al-An’am: 108

Penghinaan terhadap Nabi SAW bukanlah perkara baharu. Sebelumnya pun sudah banyak penghinaan terhadap baginda SAW melalui filem, teater, novel, karikatur, ucapan dan sebagainya. Malah perbincangan ulama silam tentang hukum orang yang menghina Nabi SAW menunjukkan bahawa isu berkenaan sudah terjadi sejak dahulu. Antara kitab khusus yang membahaskan isu ini ialah kitab as-Saif al-Maslul ‘ala Man Sabb ar-Rasul oleh Imam Taqiyyuddin as-Subki (wafat 756H), kitab as-Sorim al-Maslul ‘ala Syatim ar-Rasul oleh Syeikh Ibn Taimiyyah (wafat 728H) dan as-Saif al-Battar liMan Sabb an-Nabi al-Mukhtar oleh Sayyidi Abdullah al-Ghumari (wafat 1413H). Hakikatnya siri penghinaan kepada baginda SAW sudah berlaku sejak baginda masih hidup oleh orang yang memusuhinya. Padahal perbuatan menghina ini sebenarnya tidak menguntungkan orang yang menghina, bahkan akan merugikannya baik di dunia mahupun di akhirat. Kemungkinan perbuatan itu hanya memuaskan hawa nafsunya buat sementara waktu, namun maruah dirinya akan kekal dipandang hina kerana kerendahan nilai moralnya. Malah, namanya akan terus dibenci orang walaupun sesudah dia mati. Ini baru mengikut hukum dunia, belum lagi hukum akhirat yang akan diterimanya kelak.

Contohnya, perbuatan Abu Lahab yang gemar mencemuh dan menghina Nabi SAW sehingga penghinaannya dijawab sendiri oleh Allah SWT, malah dirakamkan namanya secara abadi dalam al-Quran sebagai peringatan buat umat manusia, iaitu firman-Nya: “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama. Hartanya dan segala yang diusahakannya tidak dapat menolongnya. Dia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.” Surah al-Masad: 1-3

Ketahuilah bahawa perbuatan menghina ini hanya dilakukan oleh orang yang sudah tiada modal dan muflis hujah. Lalu, hanya untuk memuaskan hawa nafsunya dia memaksa diri melakukan tindakan yang melampui batas tanpa memikirkan akibatnya.

Kita percaya setiap agama tidak mengajar penganutnya bertindak melampaui batas dan biadab terhadap penganut agama lain. Sebaliknya, diri penganut agama itu sendiri yang bersikap ekstrem dan melampaui batas. Kita tidak nafikan golongan seperti ini ada dalam setiap agama, bahkan agama Islam pun. Bagaimanapun, Nabi SAW menegah umatnya daripada bersikap melampau dan bertindak ekstrem. Daripada Ibnu Mas’ud RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Binasalah orang yang suka melampaui batas.’ Baginda mengucapkan perkataan ini sebanyak tiga kali.” Riwayat Muslim

Kemunculan jahiliah moden

Prof Madya Dr Azlan Shaiful Baharum 

Masalah kejiwaan manusia pada masa kini memang tidak terbendung lagi. Kelihatan normal di luar dan fizikalnya, tetapi sebenarnya ada segelintir daripada mereka mempunyai masalah psikologi dan mental yang agak kronik. Hal ini sesuai dengan gambaran oleh al-Quran dalam Surah asy-Syams ayat 7 dan 8 yang bermaksud: “Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kejahatan dan ketakwaannya.”

Ayat terbabit memberikan isyarat, bahawa jiwa manusia memiliki kemampuan untuk memilih pelbagai kemungkinan yang akan diambilnya, sama ada  baik ataupun jahat. Hal itu berpaksikan ilham yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang manusia, dalam bentuk pengetahuan yang memungkinkan dirinya menghadapi pelbagai masalah dan situasi.

Kita sedia maklum dan kerap membaca pelbagai berita dan hebahan mengenai perilaku manusia pada akhir zaman ini yang suka melakukan perkara pelik dan menjengkelkan. Tidak lain tidak bukan ia bertujuan untuk mencari perhatian dan publisiti murahan supaya menjadi orang yang dikenali, bukan kerana jasanya atau kebaikannya, tetapi kontroversi dan tingkah laku pelik yang diciptanya.

Apabila dibandingkan dengan keadaan pada zaman jahiliah sebelum kelahiran Rasulullah SAW dan dunia pada hari ini ada persamaannya. Walaupun permulaan zaman jahiliah tidak ditentukan masa dan tempohnya. Ia juga tidak dicatatkan dalam mana-mana rekod bertulis mahupun bukti artifak mengenai masa bermulanya. Hanya ada sebahagian pakar sejarah Arab menyatakan ia berlaku sekitar 150 tahun sebelum kedatangan Islam. Namun begitu, al-Quran  menyatakan zaman terbabit adalah sebelum turunnya kitab suci berkenaan kepada junjungan Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 154 yang bermaksud: “Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Allah menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) keadaan mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lagi, telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliah. Mereka berkata, “Adakah kami berhak campur tangan dalam urusan ini?” Katakanlah: “Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah”. Mereka menyembunyikan dalam hatinya apa yang tidak mereka terangkan kepadamu”.  Ini jelas membawa maksud bahawa zaman jahiliah mempunyai ciri-ciri berikut:Zaman tidak mempunyai nabi dan kitab suci.Tidak mempunyai peradaban dan ketamadunan.Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.Masyarakatnya sebahagiannaya jahil dan tidak berilmu.

Adakah zaman sebegitu sudah kembali pada era moden yang serba canggih ini? Ramai yang melakukan tindak-tanduk menyamai zaman jahiliah. Penggunaan pelbagai media sosial dan isi kandungan yang dikongsi tidak terkawal termasuk melalui aplikasi YouTube, Tiktok, Facebook dan Instagram. Sedangkan seseorang yang berakal waras boleh memanfaatkan media sosial ini untuk kebaikan dan faedah orang lain. Ada segelintir golongan masyarakat yang membuat hantaran ke laman sosial secara langsung dengan beraninya menunjukkan keaiban dan memalukan diri sendiri. Alangkah malangnya dan menyedihkan, mereka adalah dalam kalangan masyarakat Islam sendiri.

Sebagai contoh, mereka mempromosi produk perniagaan mereka dengan cara yang amat bertentangan dengan syarak, mendedahkan aurat dan kehormatan diri di khalayak penonton dan pengguna laman sosial secara langsung tanpa rasa segan silu. Namun apabila diberikan teguran dan nasihat oleh pendakwah dan golongan asatizah, mereka berang dan melemparkan kata-kata kesat serta menganggap teguran yang diberikan itu sebagai menumpang populariti mereka. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 50: “Apakah hukum (peraturan) jahiliah yang dikehendaki oleh mereka? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?”

Perbuatan menyebarkan aib sendiri dan orang lain termasuk dalam perbuatan berdosa jika diteruskan dan diikuti oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun dan sesiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. (Hadis Riwayat Muslim)

Selain itu, ada juga dalam kalangan figura media sosial yang berpengaruh, melakukan sesuatu perkara kemaksiatan, tetapi kononnya atas dasar amal kebajikan untuk menderma, tetapi dengan jelas cara terbabit tidak mengikut landasan syarak yang ditetapkan oleh Islam. Sebagai contoh menonjolkan dan mempromosi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang jelas bertentangan dengan Islam dan norma hidup manusia. Ia ditontonkan dalam video YouTube secara terang-terangan dalam bulan Ramadan. Seolah-olahnya tidak menghormati kemuliaan dan kesucian bulan yang mulia itu. Pakaian yang mencolok mata, perhiasan yang melampau dan tingkah laku yang menjelikkan serta persembahan yang dipaparkan jelas menyamai sikap masyarakat jahiliah yang dihuraikan sebelum ini. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 33: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”

Ada sebahagian yang lain pula mempersendakan agama untuk kepentingan peribadi  mereka dan meraih sokongan yang banyak dengan menyebut bahawa hal-hal asas dalam agama seperti solat dan puasa tidak penting dan mereka dengan beraninya menyebut mereka tidak perlu menunaikannya. Ini jelas memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan walaupun mereka mempunyai kekayaan dunia yang banyak. Sebenarnya jiwa mereka kosong dan tercari-cari sesuatu dalam kehidupan. Tidak terkecuali  juga golongan yang menganggap bahawa mendedahkan aurat itu hak individu yang tidak perlu dicampuri, walaupun mereka menunaikan solat setiap hari. Allah memberikan amaran kepada mereka dengan firman-Nya dalam surah al-An’am ayat 70: “Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, nescaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam neraka) kerana perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih karena kekafiran mereka dahulu.”

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan hidayah petunjuk dan taufik kepada mereka dan kita semua supaya tidak mempersendakan agama yang suci ini serta tidak kembali mengamalkan budaya jahiliah yang jelas melanggar batasan agama dan norma hidup manusia yang berakal waras.

Ijtimak Pondok Kelantan & Penerangan Ahli Sunnah wal Jamaah Sabtu 2 Julai ini

Jadual Umumi di Masjid Pondok Pasir Tumboh 2022

Senarai Pondok Kelantan 2022

BILALAMAT PONDOKNama MudirTELEFON
1Madrasah Diniah  Bakriah,Pondok Pasir Tumboh,16150 Kota Baharu  Mudir : Tuan Guru Hj Wan Muhamed b Wan Osman 09-7657786 (P)019-9388902014-5481907 
2.Madrasah Rahmaniah,Pondok Lubuk Tapah,17200 Lemal, Pasir Mas Mudir : Ustaz Hj Hamdan b Hj Abdullah013-9754428010-5488455
3.Madrasah Muhammadiah,Pondok Sungai Durian,18000 Kuala Krai Mudir : Ustaz Hj Bunyamin b Hj Abdul Rahman  09-9664161 (P)014-8363449 
4.Madrasah Yusufiah,Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas Mudir : Tuan Guru Hj Awang Yusuf 014 -5145943019-9165134
5.Madrasah Ar-Rahmaniah,Pondok Neting,Kg Neting, TumpatMudir : Ustaz Muhamad Norhakimi b Mat Saat 014-5075528
6.Madrasah Dakwah Islamiah,Pondok Seri Permai Seligi,Kg Permatang Sungkai,16800 Pasir Puteh Mudir : Ustaz Arfan b Abdul Hamid 012-69654430136393678 
7.Madrasah Fununiah Tunjuniah,KM 7 Jln Kuala Krai, 16010 Mulong,Kota Baharu Mudir : Ustaz Yusuf b Ismail 09-7126708 (P)016-9381870
8.Pondok Berangan,Kampung Berangan, 16200 Tumpat Mudir : Tuan Guru Hj Muhammad b Hj Ali 011109774680179125326 
9.Madrasah Muhammadiah,Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu Mudir : Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti b Hj Muhamed 012 9845040019-9060874 
10. Madrasah Raudhatul UlumPondok Kg Lawang,Batu Gajah, 17510 Tanah MerahMudir : Ustaz Nus b Sulaiman 013 -9817321
11.Madrasah Darul Ilmi,Pondok Bukit Gading,17500 Tanah Merah Mudir : Yb Ustaz Hj Mohamed b Awang 019-9531242019-9272388 
12.Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh Mudir : Ustaz Wan Rosli b Ibrahim 0111059481101111030175
13.Madrasah DiauddinPondok Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang Mudir : Ustaz Hj Abdullah Zawawi b Muhamad 019-9578612014-5276431 
14Kulliyah Pondok Darul NaimKg Terusan Limbat, 16150 Pasir Tumboh, Kota Baharu Syeikh : Ustaz Hj Wan Ali Syabramallisi b Hj Wan Mohamed 013-9818773
15Pondok Ihya’ al-UlumD/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-QiraatJalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan Mudir : Ustaz Subki b Abdul Rahman 019-939418509-7905477019-9594208  
16Pondok Darul Ihya’Kg Kekabu, Joha17200 Lemal, Pasir Mas Mudir : Ustaz Bashir b Abdul Rahman  01482453520129488432
17Madrasah Daril-Nnaim,Kampong Kubang Bongor,16400 Melor, Kota Bharu Mudir : Ustaz Wan Alauddin b Wan Ahmad 012900974501116843217  
18Pondok Haji Yaakub Samba,Lot 1383 Kg Cherang Tuli,Mukim Padang Pak Amat,16800 Pasir Puteh, KelantanMudir : Ustaz Imran b Hussain 013-9594146
19Madrasah al-Badriah,Pondok Kampung Jal Besar16210 Tumpat Ustaz Saiful Baharin b Che Ali01129464922019-9531325
20Pondok Tahfiz Kg Padang Bongor,Kg Belimbing,17500 Tanah MerahMudir : Ustaz Md Zilizam b Sibaweh 019-9244157014-5266923
21Madrasah Khairu UmmahTaman Tarbiyah Chengal Batu,16800 Pasir Puteh, KelantanMudir : Ustaz Nik Mohd Nazimudddin b Nik Ibrahim 0129463992
22Madrasah Ribat al-FatahKampung  Air Terjun,Tok Bali16700 Semerak, Pasir Puteh,  Mudir : Ustaz Osman b Muhammad 01140772036
23Madrasah Tarbiah al-AuladPondok Sungai Kenerong, Kg Stong18200 Dabong, Kelantan Mudir : Ustaz  017-9635644017-9238237
24Ma’ahad al-Ghonna’,Pondok Kampung Padang Pak Amat16800 Pasir Puteh, KelantanMudir : Ustaz Mohd Quawes al-Khurony b Mohd Nordin  013-6082240
25Pondok As-SyakirinKg Dalam Huma, Bukit Awang,16800 Pasir PutehUs Johar b Che Harun019-9092066
26Madrasah Mahmudiah,Kg Lubuk Raja, Mukim Teliar, Bunut Susu,17020 Pasir Mas, KelantanUstaz019-9995179
27Madrasah Ihya’ UlumuddinKg Berangan, Selising16810 Pasir Puteh, KelantanUstaz Mohamed Khairudi b Mohamed Alwi019-980321901118520958
28Pondok al-MunawwarahKg Padang Lati, Jelawat, BachokUs Mohd Rapi b Mohd Nor0133962192
29Pondok Tarbiah At-ThaqafahKg Bukit Batu, Bechah Salak18000 Kuala KraiUs Soleh   011108264200136420460
30Pondok Meheliah Geting,Kg Tebing,16080 Pengkalan Kubor,  TumpatMudir : Ustaz Nik Mahyuddin b Nik Ismail 011-19481297
31Madrasah Ribat ThohaLot 1022, Kampung Wakaf, 16800Pasir Puteh, Kelantan Us Muhammed Zuhairi b Razali  014-8049468
32Pondok al-Ulum al-QamariyyahKg Air Cina, Batu 10, Jalan JedokTanah Merah, Kelantan Ustaz  Affandi b Isa01114937726
33Madrasah Ribat al-AhmadiahLot 1002 Kampung Tegayong, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan Ustaz Mohd Zainal Abidin b Hj Ab Kadir0179781610
34Madrasah Darul AbidinLot 1732, Kampung Bunut Rendang, Mukim Serdang, 16400 Melor, Kelantan Ustaz Zainal Abidin b Daud0108704013
35Pondok al-QuraniahSungai Setir, Mukim Kg Pasir Dusun17600 JeliUs Hassan bin Husin01120680169
36Madrasah IslahiyyahPondok Kuin PasirJelawat, BachokUs Hj Zulkarnain b Haron010-6523387
37Pondok Hajarul AswadKampung Batu Hitam16800 Pasir PutehUs Mohd Amirul Amin b Azini017-9508113
38Madrasah Darul MuttaqinKg Muhajirin, Jalan Kandis16800 Pasir Puteh, Kelantan Mudir : Ustaz Mohamad Lias b Jalil013-9805219
39Madrasah Darul UlumPondok Belida,Kg Bukit Gedombak, Pasir PutehMudir : Us Zakhir b Zakaria011-19813776
40Madrasah Darul MuttaqinPondok Lepan Bola,Batu Gajah, 17510 Tanah Merah Mudir : Ustaz Anuar b Othman 019-9071879
41Pondok Ad-Diniah al-IsmailiahLot 321 , Kampung Bukit Tanah, Selising, Pasir PutehDr Hj Nawi @Mohd Nawi b Hj Ismail01991795550139642547
42Pondok Manarul UmmahLot 722 , kampung Bukit Akal, 16810 Selising, Pasir PutehHj Yaakob b Wan Harun019-2257364
43Pusat Pengajian Pondok al-BarokahLot 600, Kampung Lubok Buloh, Mukim Bendang Nyior, 17500 Tanah Merah, KelantanUs Mohd Ikhwan b Wan Adnan011-12940081
44Pondok Hidayah 2, Batu 30
18500 Machang, Kelantan
Ustaz Ghazali b Isa019-9927084
45Madrasah Diniah IhsaniahPondok Hutan PasirLot 2319 Kg Hutan Pasir,Tal Tujuh17030 Pasir Mas, Kelantan Us Wan Abdullah b Wan Muhammad013-9745774017-9300558
46PONDOK TENGKU AHMAD PANGLIMA RAJAKampung Sungai Bayu Mukim Paloh 18300 Gua Musang, KelantanMayusoh Ngohsani017-4637279
47PONDOK AHMADINo.129C Lorong Imam Tua, Kg. Pondok Baharu Padang Siam 17500 Tanah Merah, KelantanDr.Mohd Zawawi Bin Mohamad0139828696
48PONDOK AS SOHABAHMasjid Al Rahim Kok Lanas 16450 Ketereh Kota Bharu KelantanMohd Nor Al Hafidz Bin Mohd Hussin0148251129
49PONDOK TUAN GURU HAJI ISMAIL BAGINDALot 1285 , Kampung Jenereh  , Kubang Gadong  , Batu 4  , Jalan Meranti , 17000 Pasir Mas KelantanMohamad Nor Al Baihaqi Bin Abdul Hamid0111035451/0139157390
50PONDOK AL HASIBINKampung Teratak Pulai Jelawat 16070 Bachok KelantanMuhamad Zulkifli Bin Abdul Rahman01121215936
51PONDOK DARUL ULUM AN NAJAHLot 3480 Kg Tandak, Machang Kelantan Kasyfurrahman bin Ashary013-6365951
52PONDOK DARUL KAUTSARLot 682, Kg. Kuchelong, 16030 Jelawat, Bachok, Kelantan.Us Muhammad bin Md Asri‘0189096472
53PONDOK HIDAYAH BAMBOORAJAWALILot 549 Jalan Atas Parit AirmKampung Pangkal Kala, 17020 Pasir Mas, KelantanYahya0179055612
54PONDOK TOK SELEHOR (YAYASAN DARUL HANAN)Lot PT 518, Kg Kok Pasir,16040 Palekbang, TumpatFazli01161069587
55PONDOK ANZ AL-HASYIMI NUSANTARA,47 Kampung Bukit Kechik, Padang Raja, Melor, 16400 Kota BharuNazrol0199452359

Bersungguh untuk berubah

Datuk Mohd Ajib Ismail

Suatu masa dahulu, ada seseorang bercerita kepada saya, ketika dia sedang berusaha mencari ‘jalan pulang’ untuk merubah diri ke arah kebaikan, ada yang menyedarkannya walaupun hidup senang dan berharta, tetapi tidak rasa bahagia kerana tidak pernah menunaikan solat.

Akhirnya dia menemui jawapan bahawa cara terbaik untuk membebaskan diri daripada hawa nafsu yang membelenggu kehidupannya adalah dengan menunaikan solat. Justeru, ramai orang berpesan bahawa jika seseorang berniat untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan, mulakanlah dengan menunaikan dan memperbaiki solat. Perkara tersebut selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Ibadah solat mendatangkan ketenangan dan mendekatkan diri insan kepada Tuhan. Allah SWT berfirman dalam surah ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Kajian saintifik membuktikan bahawa waktu paling merehatkan minda adalah ketika solat. Penyelidikan berkaitan kelebihan solat dari perspektif sains juga mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia. Oleh itu solat bukan sahaja memberikan kesejahteraan spiritual, tetapi juga mental dan fizikal. Solat merupakan detik paling hampir seseorang hamba kepada Tuhan. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).” (Riwayat Muslim)

Namun ada juga segelintir manusia yang melakukan maksiat, masih berusaha menunaikan solat. Saya teringat kepada sebuah babak drama yang menceritakan tentang kisah seorang pelacur di lorong yang mencuri-curi menunaikan solat dan pergi ke masjid mendengar ceramah agama. Begitulah gambaran sebahagian kecil realiti yang berlaku dalam masyarakat. Hakikatnya, walaupun kebanyakan kita belum sempurna dalam mentaati perintah Allah SWT, bukanlah bermakna kita tidak layak untuk solat atau tidak perlu menunaikan solat. Ada juga segelintir manusia yang banyak membuat kebajikan, hartawan dan dermawan yang menyumbang bagi pembinaan masjid dan surau namun diri sendiri tidak menunaikan solat.

Sebahagian orang memberikan alasan untuk menjadi baik terlebih dahulu, kemudian baru bersedia untuk solat. Sedangkan tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari melakukan dosa dalam kehidupan. Nabi Muhammad SAW sendiri sentiasa beristighfar dan memohon ampun kepada Allah pada setiap masa sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.” (Riwayat al-Bukhari)

Ibadah solat wajib ditunaikan oleh setiap Muslim sehingga dia dapat memperbaiki akhlak dan kehidupannya. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” (Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menjaga solatnya, maka solatnya itu akan menjadi cahaya baginya, dan bukti serta penyelamat pada hari kiamat. Dan sesiapa yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya mendapat cahaya, bukti dan keselamatan pada Hari Kiamat, malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman, dan Ubai bin Khalaf.” (Riwayat Ahmad)

Ajaran Islam menyarankan agar mendidik anak-anak untuk menunaikan solat semenjak kecil sebagaimana hadis yang bermaksud: “Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.” (Riwayat Abu Daud)

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal Rasulullah SAW bersabda yang bermaksudnya: “Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu perkara utama bagi segala perkara, tiangnya dan puncaknya? Aku (Mu’az bin Jabal) menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Perkara utama bagi setiap perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad.” Riwayat Ibnu Majah)

Ibadah solat itu perkara utama yang dipertanggungjawabkan kepada manusia di akhirat kelak seperti hadis yang bermaksud: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.” (Riwayat al-Tirmizi)

Oleh itu, beruntunglah bagi mereka yang berusaha sedaya upaya memelihara ibadah solat pada setiap masa. Ada orang tetap menunaikan solat walaupun berada di atas kapal dipukul ombak di tengah lautan, dalam pesawat terapung-apung di angkasa lepas atau di kawasan air terjun yang mengalir deras. Di negara kita umat Islam dapat menunaikan solat dalam keadaan aman dan damai di mana-mana tempat yang bersesuaian. Di Wilayah Persekutuan sahaja sejumlah 89 masjid, 123 surau Jumaat dan 578 surau disediakan bagi kemudahan umat Islam menunaikan solat. Masjid dan surau turut menyediakan anjung musafir untuk kemudahan orang ramai singgah menunaikan solat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga menyediakan kemudahan surau bergerak yang boleh digunakan bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat. Di sesetengah tempat kempen Bulan Solat digerakkan bagi melazimi ibadah solat dalam kehidupan.

Justeru marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa diberikan kekuatan untuk memelihara ibadah solat agar menjadi asbab kepada kebaikan sebagaimana yang dianjurkan dalam al-Quran surah Ibrahim ayat 40 bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

Manfaat surah Yasin ketika nazak

1. Sunat dibacakan surah Yasin kepada orang yang hampir menemui ajal (nazak). Adakah mesti dibacakan surah Yasin dahulu kemudian diikuti surah al-Ra’d atau didahulukan surah al-Ra’d kemudian dibacakan surah Yasin. Mana yang lebih afdal?

Hendaklah didahulukan dengan surah Yasin kerana terdapat hadis sahih yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun yang sakit (tenat) apabila dibacakan kepadanya surah Yasin melainkan mati ia dalam keadaan puas dan tidak merasai dahaga dan ketika dimasukkan ke dalam kubur juga ia akan merasai puas kerana tidak berasa dahaga.”

Dalam riwayat lain yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca (surah Yasin) ketika ia dalam keadaan ketakutan pasti akan diamankan dia. Atau ketika kelaparan pasti akan dikenyangkan dia. Ketika ia berasa dahaga pasti akan dihilangkan dahaganya. Atau ketika ia dalam keadaan telanjang pasti akan dipakaikan dia. Atau ketika ia dalam keadaan sakit pasti akan disembuhkan dia.”

Sunat dibaca surah Yasin hingga ke akhirnya dan diikuti dengan surah al-Ra’d kerana terdapat hadis yang mengatakan jika dibacakan kedua-dua surah itu hingga ke akhirnya (kepada orang yang hampir mati) nescaya akan memudahkan rohnya keluar. Jika tidak dapat menghabiskan kedua-dua surah itu maka memadailah sebahagiannya.

Perlu diingatkan, kita seharusnya memerhati keadaan orang yang hampir akan mati. Sekiranya ia masih mempunyai ingatan dan menyedari keadaan sekelilingnya, maka bacalah surah Yasin untuknya.

Jika ia sudah tidak ada ingatan lagi dan tidak sedar keadaan sekelilingnya maka bacakanlah untuknya surah al-Ra’d.

Demikianlah pendapat Syeikh Ali Syubramulsi pada Hasyiah Kitab Nihayah.

2. Adakah menitikkan air ke dalam mulut orang yang hampir mati (nazak) itu wajib atau hanya sunat saja?

Jika terdapat padanya tanda yang menunjukkan di dalam keadaan dahaga, maka wajib dimasukkan air ke dalam mulutnya.

Tetapi jika tidak ada tanda yang menunjukkan ia dahaga maka hukumnya hanya disunatkan saja kerana cuma dibimbangi dia berada dalam keadaan dahaga.

Ini kerana kebiasaannya orang yang sedang bertarung dengan sakaratul maut berasa dahaga.

Dikatakan juga bahawa syaitan akan datang kepada orang yang sedang menghadapi sakaratul maut dengan membawa bekas berisi air seraya berkata kepadanya, “Sebutlah tidak ada tuhan melainkan aku (syaitan) dan aku akan beri engkau minum air ini.”

Jika ia berasa dahaga dan amat memerlukan air, maka ia akan berkata seperti yang diajar oleh syaitan dan kalau itu berlaku maka matilah dia bukan dalam agamanya yang asal iaitu Islam, bahkan dia mati dalam kekufuran.

Demikianlah yang dinyatakan oleh Syeikh Ibn Hajar. Oleh itu, kita dikehendaki supaya menitikkan atau memasukkan air ke dalam mulut orang yang hampir mati supaya ia tidak berasa dahaga dan tidak memerlukan air yang dibawa oleh syaitan.”

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz