• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,237,743 orang
  • Kandungan Blog

Soalan lazim pasal pondok

Soalan lazim berkenaan pengajian Pondok

1. Jika saya tak ada asas jawi dan al-Quran boleh ke masuk pondok? Jika saya bukan daripada aliran agama bolehkah saya nak belajar kat pondok?
– Boleh asalkan mahu belajar

2. Jika umur saya lebih 20 tahun bolehkah masuk pondok?
– Boleh kerana pondok ni terima pelajar bujang, kelamin dan warga emas selagi mereka mampu berdikari ketika belajar

3. Adakah pihak madrasah sediakan pondok tempat duduk kepada pelajar yang baru masuk?
– Bagi pelajar bujang lelaki dan perempuan maka pihak pejabat akan urus tempat tinggal.
– Manakala bagi pasangan kelamin dan warga emas kena datang cari sendiri pondok sewa sekitar kawasan madrasah samada melalui bantuan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan ATAU datang sewa rumah tumpangan yang berhampiran untuk datang cari sendiri pondok sewa kemudian apabila sudah jumpa tempat tersebut maka mereka pulang ambil barang keperluan sebelum menyelesaikan proses pendaftaran

4. Adakah pengambilan pelajar baru dibuka sepanjang tahun?
– Daftar baru dibuka setiap Sabtu dan Ahad dalam tempoh sebulan selepas buka dari cuti penggal

– Cuti penggal madrasah telah ditetapkan sebagaimana berikut :
Penggal pertama – bermula 2 hari sebelum hari raya haji hingga 15 Zulhijjah
Penggal kedua – bermula pada 15 Rabiul Awal hingga 29 Rabiul Awal .
Penggal ketiga – bermula 15 Sya’ban hingga 15 Syawal

CUMA SEPANJANG PKP MAKA TARIKH BUKA BERGANTUNG KEPADA IZIN MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN

5. Boleh ke jika saya hanya nak masuk belajar kat pondok sekadar sebulan atau 2 bulan sempena cuti sekolah/cuti IPT atau tengah tunggu keputusan SPM/STPM/STAM
– Boleh selagi masih ada kekosongan tempat tinggal iaitu terhad 50 lelaki dan 20 perempuan sahaja dalam satu-satu masa

6. Jika saya hanya nak datang belajar hujung minggu sahaja macamana saya boleh lakukan
– Jika ulang alik tak ada masalah dan tak perlu daftar hanya datang belajar sahaja
– JIka rumah jauh boleh sewa bilik penginapan sekitar kawasan madrasah untuk datang belajar

7. Bila sudah bawa semua dokumen yang tertera di albakriah.wordpress.com adakah saya boleh terus daftar masuk belajar
– Ya boleh daftar dan terus masuk belajar

8. Jika ibubapa saya tak dapat datang adakah boleh saya datang daftar seorang diri sahaja?
– Sebaiknya bawa waris terdekat bersama sebagai penjamin bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah terutama perkara kecemasan

Adab rai hari kemenangan

Mohd Fahimi Zakaria

Ketibaan Aidilfitri merupakan hadiah Allah SWT yang istimewa buat Muslim yang berjaya mengharungi segala ujian sepanjang bulan Ramadan. Muslim yang benar-benar mendapat kedudukan musttaqin (orang yang bertaqwa) di sisi-Nya setelah berusaha bersungguh-sungguh dengan berpuasa dan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amalan soleh, maka golongan inilah yang paling layak menerima hadiah Aidilfitri. Mereka menangis dengan pemergian Ramadan, lalu memaknai Syawal dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT yang memberi segala nikmat.

Oleh itu, Islam meletakkan beberapa asas yang jelas bagaimana adab Muslim pada hari raya supaya ia menjadi hari ibadah dan peluang menambahkan lagi ganjaran pahala yang disediakan. Hari raya merupakan hari kebesaran Islam yang wajib disambut dengan penuh rasa kehambaan, lantaran itu Allah SWT menyuruh Muslim bergembira dengan kembali kepada adat kebiasaan manusia seperti makan, minum, hubungan suami dan isteri di samping melarang hamba-Nya berpuasa pada hari tersebut. Al-Quran jelas menyatakan perintah ini melalui ayat yang bermaksud: “…dan setelah kamu menyempurnakan hari-hari puasa (selama sebulan), maka hendaklah bertakbir (membesarkan) Allah yang memberi hadiah (hari raya) ini, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bersyukur.” (Surah al-Baqarah, 185)

Pertama, hendaklah bersyukur kepada Allah SWT. Sebagai hamba, kita wajib melafazkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan sepanjang mengerjakan ibadah pada bulan Ramadan, dapat kesempatan bertemu dengan Ramadan, peluang meraih ganjaran yang ada sehingga berjaya menyempurnakannya. Justeru, Aidilfitri seharusnya diraikan dengan penuh kesyukuran, kehambaan dan keinsafan setelah sebulan beribadah memohon keampunan daripada Allah SWT. Maka, syukurilah Aidilfitri dengan penuh adab dan akhlak yang mulia di samping menjauhi perbuatan maksiat dan mungkar.

Kedua, bertakbir membesarkan Allah SWT. Memulakan laungan takbir bermula Maghrib akhir Ramadan dan berterusan sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Terdapat dua jenis takbir, iaitu takbir mursal (mutlaq) dan muqayyad. Takbir mursal boleh dilaungkan pada mana-mana waktu, tempat dan keadaan selagi mana masih dalam tempoh pensyariatannya. Takbir muqayyad pula hanya terikat dengan waktu solat sahaja seperti malam raya selepas solat Maghrib dan Isyak dan Subuh hari raya. Ajaklah ahli keluarga ke masjid dan bertakbir beramai-ramai di masjid sebagai tanda ketakwaan seorang hamba kepada Tuhannya seperti firman-Nya yang bermaksud: “…yang demikian itu (perbuatan menghidupkan syiar Islam) adalah sebahagian daripada tanda ketakwaan hati.” (Surah al-Hajj, 32)

Ketiga, menghidupkan malam raya dengan amalan soleh seperti qiamullail, membaca al-Quran dan bertaubat sehingga waktu Subuh. Hadiri solat Subuh secara berjemaah bersama imam dan bertakbir beramai-ramai sehingga selesai. Kemudian, bersedekah kepada fakir miskin seperti ahli keluarga, jiran tetangga, rakan taulan dan anak-anak kecil. Ia juga dikenali sebagai duit raya sebagai tanda kasih sayang kita kerana Allah SWT di samping membuang sifat mazmumah seperti kedekut dan sombong. Seterusnya ziarah menziarahi antara satu sama lain, khususnya jiran terdekat dan sanak saudara yang mungkin jauh di mata. Manfaatkan Aidilfitri dengan menghubungkan silaturahim antara Muslim melalui amalan ziarah, ia adalah adab mulia yang menjadi amalan Rasulullah SAW dan ikutan sahabat RA.

Seterusnya menjamu makan atau rumah terbuka pada hari raya, bahkan digalakkan sepanjang musim perayaan selama sebulan. Melalui amalan memberi makan seperti ini, kita dapar mengenali antara satu sama lain di kampung dan kediaman berhampiran dengan kita. Menurut Abu Yusuf Abdullah bin Salim RA bahawa antara perkara pertama yang diucapkan baginda SAW sebaik sahaja tiba di bumi Madinah ialah galakan menjamu orang makan (Riwayat Ahmad). Akhir sekali, bermaaf-maafan dan saling berlapang dada dengan kesalahan orang lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih dan mulakan hari yang baru dengan memaafkan semua orang. Orang yang bersalah pula segeralah memohon maaf, buktikan keinsafan atas kesalahan itu dan berazamlah untuk menjadi manusia yang lebih baik. Allah SWT menjanjikan keampunan-Nya kepada orang yang sentiasa memberi kemaafan dan berlapang dada. (Surah al-Nur, 22)

Kadar Yuran daftar dan Tahunan Pondok Pasir Tumboh