• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,346,632 orang
  • Kandungan Blog

Jadual Umumi di Masjid Pondok Pasir Tumboh 2023

Sukatan Pengajian

SUKATAN PELAJARAN

      Pondok merupakan institusi pengajian yang memperkenalakn pengajian kitab turath kepada masyarakat. Sukatan pelajaran yang diwarisi turn temurun merupakan khazanah yang dipusakai hingga ke hari ini.

Khazanah ini terdiri dari mutiara-mutiara ilmu yang berbagai-bagai aneka ilmu pengentahuan, sehingga ianya akan menghasilkan seorang pelajar yang lengkap dengan pengentahuannya kelak.

Sebagai kelas pengajian tradisional ilmu, ianya tidak dapat lari dari pelajaran asas agama seperti syari’ah, usuluddin dan tasawuf. Tida serangkai yang tidak dapat diceraikan lagi dari bidang keilmuan.

Di antara sukatannya ;

1.   Fekah

Antara kitab fekah yang diajarkan di sini ialah kitab jawi dan arab. Antaranya kitab Matla’in Badrain, Mushalli, Wisyahul Afrah, jawahir as-saniah dan lain-lain. Sementara kitab arabnya seperti Fathul Mujib, Fathul Mu’in, Iqna’, Mahalli, Fathul Wahhab dan sebagainya.

2.   Nahu

Antaranya, Matan Ajrumiah, Mukhtasar, Ashmawi, Syeikh Khalid, Suzur al-zahabi, Qatrul Nada dan lain-lain.

3.   Soraf

Antaranya, Matan Bina’ wal asas, Matan Maqsud, Matan ‘Izzi, al-Kailani dan lain-lain lagi.

4.   Tafsir.

Antaranya, Tafsir Juz Amma, al-Jalalain, al-Nasafi, Ibnu Kathir dan sebagainya.

5.   Hadis.

Antaranya seperti kitab, Matan Arba’in, Bulughul Maram, Riyadhuh Shalihin, Sunan Sittah dan lain-lain.

6.   Usuluddin.

Antaranya seperti, Matan Ummi Barahim, Kifayah al-Awwam, Fath Majid, Dusuki, Aqidatul Nasafiah dan sebagainya.

7.   Tasawuf.

Antara kitab yang diajar, Penawar Bagi Hati, Siyarus Salikin, Hidayatul Salikin, Minhajul ‘Abidin, Hikam dan lain-lain.

Di samping itu terdapat banyak lagi sukatan dan kitab pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar di pondok ini. Paparan ini sekadar sebutan selayang pandang untuk mengambarkan sukatan pelajaran yang terdapat di sini agar ianya dikenali oleh masyarakat luar.

Aneka pelajaran yang diibaratkan sebuah lautan yang dalam menjadikan pondok sentiasa dikunjung tiba. Tanpa merasa jemu pelajar akan terus menerokai khazanahnya untuk memungut mutiara ilmu yang tak ternilai harganya dengan wang ringgit.

Jadual Pengajian Pondok Pasir Tumboh 2020

Jadual Pengajian 2020

JADUAL HARIAN 2020

Jadual Harian Pondok Pasir Tumboh 2019

Jadual Pondok 2019

Jadual Harian di Pondok Pasir Tumboh

Jadual pengajian harian

Jadual Pengajian Umum 2018 di Pondok Pasir Tumboh

Jadual Pengajian Harian

Sistem Pengajian di Pondok Pasir Tumboh – video

Jadual harian Kelas intensif kitab bulan Ramadhan 1438H di Pondok Pasir Tumboh

JADUAL AKADEMI PONDOK 1438H

TARIKH Masa Kitab

Mulai

9.00 am – 12.00 pm Kitab : Matla’ al-Badrain

28 Mei 2017M

2 Ramadhan 1438H

 2.00 – 3.00 pm  Kitab : Hidayah Salikin
hingga 19 Jun 2017M bersamaan 24 Ramadhan 1438H 3.15 – 4.15 pm Kitab : Taqrib al-Ikhwan

Pengajian umum di Madrasah Tuan Guru Hj Mustafa (Madrasah Tengah)

Jadual harian di Pondok Pasir Tumboh yang boleh diikuti samada oleh pelajar berdaftar atau masyarakat umum

 

WAKTU KITAB/KULIAH NAMA USTAZ / DA’IE
8.00-9.00

Selasa-Khamis

Penawar Bagi Hati/ Pelita Penuntut Ust Hj Khairi
8.00-9.00

Sabtu-Isnin

Misbahul Munir Ust Ali Syabrimalisi
Lps Zohor Selasa Syamail Ust Ali Syabrimalisi
2.00-3.00 Minhajul Abidin Ust Sufian
3.00-4.00 Baijuri Ust Sobri
Lps Asar

Sabtu- Khamis

Bulughul Maram (PENGERUSI)Ust Hj Abd Halim
Jumaat (Lepas Asar) Tajwid Ust Mustafa Mat Desa
Sabtu & Selasa Jam’ul Fawaid Ust Sobri
Jumaat & Ahad Munyatul Musolli Ustaz Sulaiman

 

Pengajian umum di Masjid Pondok Pasir Tumboh

Jadual harian di Pondok Pasir Tumboh yang boleh diikuti samada oleh pelajar berdaftar atau masyarakat umum

WAKTU KITAB/KULIAH NAMA USTAZ / DA’IE TEMPAT KULIAH
7.30-10.30pg Sunan Abi Daud/Tafsir Jalalain (TIM MUDIR 1)Tuan Guru Hj Salleh Masjid
Minhajul Abidin
8.00-10.00 Kasyfu Giabiyyah ,Sabilal Muhtadin Ust Anuar Masjid Tingkat 1
8.00-9.00 Iqna’ (MUDIR)Tuan Guru Hj Wan Mohamad Masjid
10.00-11.00 (Selasa) Hidayah Sibyan Ust Abdullah Mohd Nor Masjid
9.30-11.30 (Kuliah Nizomi)
11.30-1.00 Kuliah Al-Quran & Iqra’ & Tajwid Ust Saharudin Masjid Tingkat 1
11.30-12.00 (Rabu,Khamis) Sirah Nurul Yaqin Ust Hazrie Asrar Masjid Tingkat 2
Lps Zohor Selasa Matla’al Badrain Ust Nik Zulkifli Masjid
2.00-3.00 Matla’al Badrain Ust Firdaus Masjid Tingkat 1
2.00-3.00 Tuhfatul Ghoribin,Masalah imam Ust Mustafa Mat Desa Masjid Tingkat 1
 Lepas Maghrib I’anah Tholibin (TIM MUDIR 2)Tuan Guru Hj Abu Bakar  Masjid
Isnin Malam Selasa, LpsMaghrib, Bacaan Yasin Apa Ertinya Saya Menganut Islam (AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN)

YB. Ust Ahmad Baihaqi Bin Hj Atiqullah

Masjid
Jumaat Malam Sabtu Isra Mikraj (ARAB) Ust Nordin Masjid
Lps Isyak Al-Azkar (MUDIR)Tuan Guru Hj Wan Mohamad Masjid
10.30-11.30 Mukhtasar Mubtadi Sdra Hafiz Masjid
11.30-12.30 Furu, Masail juz 1 Ust Anuar Masjid Tingkat 1
12.30-1.30 Minhajul Abidin Ust Anuar Masjid Tingkat 1