• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,285,188 orang
  • Kandungan Blog

Tasbih dan istighfar iringi Kemenangan

ALHAMDULILLAH kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaan dan pertolonganNya.

Pasakkan dalam hati bahawa kemenangan ini adalah anugerah daripada Allah S.W.T.

Apabila Rasulullah S.A.W menerima pertolongan Allah dalam peristiwa Fathu Makkah, Baginda memperbanyakkan tasbih, tahmid dan istighfar sebagai menyahut perintahNya. 

Tasbih menyucikan jiwa pejuang daripada mengingkari kekuasaanNya. 

Tahmid menjauhi sifat ujub dalam kalangan kita dan hanya meletakkan puji dan puja itu selayaknya bagi Allah S.W.T.

Istighfar menyedarkan kita bahawa jalan-jalan kemenangan terbentang di hadapan kita dengan menjauhi dosa dan penderhakaan terhadap Allah S.W.T.

Maka perbanyakkan berzikir memuji Allah S.W.T dan meminta keampunan atas kemenangan ini. Jauhilah sorakan kegembiraan yang keterlaluan, apatah lagi dengan perasaan sombong dan angkuh kerana kemenangan adalah milik Allah. Kita hanya berusaha dan berikhtiar sahaja. 

Inilah yang membezakan perjuangan kerana Allah dengan golongan yang berjuang semata-mata kerana matlamat keduniaan.

Semoga Allah S.W.T mengurniakan taufik dan inayahNya agar dapat menjadi contoh pemerintahan yang menjunjung matlamat mencapai negara sejahtera dan keampunan Ilahi sebagaimana digambarkan dalam al-Quran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: