• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,307,085 orang
  • Kandungan Blog

Fahamilah kategori patung mainan

Muhammad Saufi Hassan

Ada di antara kita yang mempunyai hobi yang pelbagai, ada yang gemar menyimpan surat khabar dari negara-negara luar, ada orang mempunyai hobi menyimpan duit syiling dan ada juga dalam kalangan kita yang gemar menyimpan patung figura atau disebut sebagai ‘figurin’ watak tertentu dalam filem, anime, superhero dan sebagainya.

Maka wujud persoalan yang besar iaitu adakah dibolehkan menyimpan patung-patung ini untuk tujuan koleksi atau diletakkan di satu sudut khas di dalam rumah dipamerkan kepada tetamu yang datang?

Adalah lebih baik jika sesuatu hobi itu biarlah membuatkan kita dekat dengan Allah SWT seperti aktiviti sukarela, membantu orang lain atau menyimpan buku atau bahan bacaan yang memberi manfaat.

Pada asalnya, memiliki patung kecil sebagai permainan ada keharusannya, jika tidak ditaqdiskan dan membawa kepada pembaziran.

Dalam satu hadis daripada Aisyah RA bermaksud: “Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi daripada Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari (6130) dalam al-Sahih)

Memetik penerangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa Imam Ibn Hajar al-Asqalani (w. 852) berkomentar: “Para ulama berdalil dengan hadis ini akan bolehnya patung boneka berupa perempuan dan bolehnya mainan untuk anak perempuan.

“Hadis ini adalah pengecualian daripada keumuman hadis yang melarang membuat tandingan yang serupa dengan ciptaan Allah. Kebolehan ini ditegaskan oleh al-Qadi ‘Iyadh dan beliau katakan bahwa inilah pendapat majoriti ulama.” (al-Fathul Bari, 10/527)

Bagaimanapun, perlu kita perhatikan tentang satu lagi faktor iaitu budak kecil apabila bermain dengan patung, permainan itu tidak dihormati iaitu mereka akan membaling-balingnya, memijaknya, mencabut anggota patung itu dan melontarnya.

Keadaan itu sama sekali berbeza dengan orang dewasa yang memiliki patung figurin ini iaitu mereka meletakkan di satu tempat khas, menjaganya dan perkara itu ditakuti akan membawa kepada penghormatan yang dilarang.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam al-Nawawi berkata: Menurut para ulama, antara sebab yang menghalang malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa).

Ini disebabkan perbuatan meletakkan gambar itu adalah maksiat yang amat keji dan seolah-olah menyerupai ciptaan Allah SWT manakala sebahagian daripada gambar tersebut dijadikan sembahan.

Oleh itu malaikat tidak akan masuk ke dalam rumahnya, tidak melakukan solat di dalamnya, tidak meminta keampunan bagi penghuninya, tidak memohon keberkatan seterusnya tidak melindungi penghuni rumah tersebut daripada gangguan syaitan.

Malaikat yang tidak masuk ke dalam rumah berkenaan ialah Malaikat Rahmah iaitu malaikat yang memohon keberkatan dan keampunan bagi penghuninya.

Adapun Malaikat Hafazah, mereka masuk ke dalam setiap rumah dan tidak pernah berpisah dengan manusia dalam apa jua keadaan kerana mereka diperintahkan untuk mencatat setiap amalan manusia. (Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 7/207)

Dalam riwayat lain, daripada Abi al-Hayyaj al-Asadi, bahawa Ali bin Abi Talib RA berkata kepadanya: “Tidakkah mahu aku ingatkan engkau sepertimana Rasulullah SAW ingatkan aku, bahawa: “Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk.” (Riwayat Muslim, No 969)

Imam al-Nawawi berkata: Hadis di atas menunjukkan bahawa wujudnya perintah untuk mengubah patung (berbentuk) haiwan yang bernyawa. (Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/36)

Perlu dilihat maksud patung berkenaan iaitu adakah ia patung yang dihormati, patung yang besar dan yang dipuja, maka ini jelas dilarang.

Adapun patung permainan kanak-kanak yang kecil yang tidak diagungkan dan dimuliakan seperti mana kanak-kanak yang ada kalanya melempar patung tersebut, meleraikan anggota patung mainan, ia hanya dianggap sekadar barang permainan kanak-kanak, maka dibolehkan dengan syarat ia bukan patung yang besar dan hanyalah semata-mata patung kanak-kanak.