• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,307,084 orang
  • Kandungan Blog

Jauhi sifat tergesa-gesa

Nor Asree bin Mohd Noh

Islam agama yang mengajar umatnya supaya bersabar dan tidak bertindak tergesa-gesa dalam sesuatu perkara. Dalam bahasa Melayu ertinya sama dengan perkataan terburu-buru, gopoh gapah atau cepat-cepat dalam melakukan sesuatu perkara. Bahkan umatnya disarankan untuk bertenang atau tidak tergesa-gesa dalam membuat sesuatu tindakan. Hadis riwayat Sahl bin Sa’ad RA, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya sikap tergesa-gesa itu daripada syaitan.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Sikap tergesa-gesa yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut merupakan antara sifat  mazmumah  atau dikeji oleh agama. Hal ini kerana implikasi dan kesannya begitu besar terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Contohnya dalam percakapan, apabila seseorang yang mengungkap perkataan yang kurang cermat disebabkan tergesa-gesa, maka ia mampu mengguris hati seseorang lain, atau menyebabkan kaedaan menjadi panik atau mengubah keputusan atau kedudukan sesuatu perkara, tanpa berfikir panjang. Bak kata peribahasa: “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Maksudnya seiring dengan kata pujangga Arab: “fi al-Taanni al-Salamah, wa fi al-‘Ajalati al-Nadamah“, bererti (seseorang) dalam (keadaan) berhati-hati (cermat) ada keselamatan dan (seseorang) dalam tergesa-gesa ada penyesalan.

Islam mengajar kita agar bertenang dan bersabar dalam melakukan sesuatu perkara. Sehinggakan dalam ibadah, umat Islam disuruh untuk tidak tergesa-gesa dalam melaksanakannya supaya ia dapat mendatangkan fokus yang akhirnya akan menatijahkan sesuatu hasil yang baik dan sempurna. Misalnya dalam solat, apabila seseorang melakukan dalam keadaan gopoh gapah, maka orang yang bersolat itu pasti tidak berada dalam keadaan khusyuk, malah mungkin tergolong dalam kumpulan orang yang lalai. Hal ini disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran:  “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang bersolat, (iaitu) orang-orang yang lalai daripada solatnya.”  (Surah al-Ma’un: 4-5)

Ada juga riwayat lain bahawa Nabi melarang seseorang yang telah lambat hadir solat berjemaah daripada berlari atau bercepat-cepat bagi mendapatkan imam kerana perbuatan ini akan menjadikan orang tersebut tercungap-cungap dalam solat. Maka, bacaannya mungkin akan silap dan fokusnya pula sirna. Dalam berdoa, Nabi SAW berpesan perkara sama sepertimana sabdanya: “Doa seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama mana dia tidak berdoa untuk (perkara) dosa atau memutuskan hubungan keluarga, atau (berdoa dalam keadaan) tidak tergesa-gesa.” Nabi ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?” Baginda bersabda: “Seseorang berkata: Sesungguhnya aku telah pun berdoa dan sesungguhnya aku telah pun berdoa, namun aku belum melihat (doa) dikabulkannya untukku.” Maka dia pun merasa rugi (putus asa) ketika itu, lalu dia meninggalkan untuk doa (lagi).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: