Petua atasi sikap marah

MARAH seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu atau tanpa kawalan kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Apabila marah dan kecewa sekali pun, perasaan itu masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, perlakuan tersebut mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab.

Tindakan segera

ketika rasa marah

1 Baca ta’awwuz dengan bermaksud ‘aku

berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’. Sebab orang yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.

2 Mengubah posisi dan kedudukan.

Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.

3 Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba

tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.

4 Mengambil wuduk. Marah itu

bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.

5 Diam. Usah berkata apa-apa sebaliknya

diamkan diri, kosongkan fikiran dan lakukan gambaran minda yang positif dengan fokus kepada mencari hikmah dengan bertanya pada diri sendiri, “Kenapa Allah izinkan situasi ini berlaku? Apa hikmahnya? Apa yang boleh dipelajari daripadanya?”

6 Banyakkan berzikir

dan selawat.

7 Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan

perlahan-lahan sambil kosongkan fikiran.

8 Ingat, bukan kita sahaja boleh marah,

orang lain pun boleh marah. Malah orang lain marahnya mungkin lagi hebat daripada kita.

Tindakan jangka panjang

Bagi seseorang yang tahu bahawa dirinya memang jenis pemarah atau panas baran maka eloklah mengambil langkah-langkah jangka panjang seperti berikut:

1 Melakukan amalan seperti solat taubat,

buat baik, membaca al-Quran, puasa sunat, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.

2 Menjaga diet pemakanan termasuk

makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan makanan laut, elakkan makanan yang ada bahan pengawet.

3 Kegiatan Fizikal – badan yang sihat lebih

mampu mengawal emosi.

4 Rajin buat kerja-kerja amal bagi

membunuh kesombongan diri seperti mengutip sampah, mencuci tandas (terutamanya tandas masjid), mengutip derma dan seumpamanya..

5 Banyakkan membaca buku-buku motivasi

bagi membantu diri sendiri.

6 Bergaullah dengan orang yang berilmu

dan berjaya kerana mereka mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesuatu perkara yang baik dan buruk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: