Ø Antara syarat kemasukan pelajar baru
1. Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya
2. Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat
3. Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan di mana dihadkan bilangan 50 orang lelaki dan 20 orang pelajar perempuan dalam satu-satu masa
4. Bagi pelajar muslimin/muslimat disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )
5. Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok
6. Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah sepanjang masa
7. Lulus temuduga kemasukan oleh ahli jawatankuasa khas semasa proses pendaftaran masuk
7. Mendapat keizinan untuk belajar selepas selesai proses pendaftaran daripada Tuan Mudir madrasah atau pun timbalannya
Ø Kelengkapan Bagi Pendaftaran
1. Tempat tinggal akan diuruskan oleh pihak pejabat bagi pelajar bujang manakala kelamin dan dewasa kena urus sendiri
2. Yuran pendaftaran sebanyak RM 20.00 , serta yuran bulanan RM10.00 (setahun RM120.00). Jika kelamin dan warga emas RM 60.00 setahun
4. Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa
5. Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping
6. Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)
7. Diwajibkan membawa surat urine test bebas dadah ketika mendaftar diri (lelaki sahaja)
Filed under: Syarat Kemasukan |
Salam,
Kalau nak cari jodoh perempuan muslimah pelajar pondok macammana ya.
salam,
sy seorang pelajar ipta berumur 23 tahun. sy bakal mhabiskan pgjian pd bulan jun 2012. skiranya diizinkan Allah SWT, sy mahu berlajar ilmu agama slps sj tmt pgjian di ipta.sy ingin berlajar fardhu ain bermula drpd asas lg.adakah pondok ini myediakan pgajian spt yg saya mahukan? sebarang respon sy ucapkan ribuan terima kasih.
assalamualaikum. saya muslimah berumur 27 sangat berminat untuk mengikuti pengajian di pondok pasir tumboh. saya telah berpisah dengan suami dan mempunyai seorang anak. adakah mustahil untuk saya diterima belajar di pondok pasir tumbuh? apakah status menghalang? apakah ia kesalahan?
Assalamualaikum..
Ustaz saya nak tanya soklan berkenaan urine test..
Bokeh tak kalau anak saya buat urine test sehari awal sebelum daftar kemasukan ke pondok besok hari.