• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,347,407 orang
  • Kandungan Blog

Acheh haram kedai jual pakaian ketat

Gambar fail, seorang anggota polis penguatkuasa Syariah Aceh (kiri) memberi nasihat kepada beberapa orang gadis Aceh semasa membuat pemeriksaan cara berpakaian bagi wanita Islam di sebatang jalan di Banda Aceh pada 1 Disember 2009. – REUTERS

BANDA ACEH 8 Jun – Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat.

Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.

Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat.

”Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu,” kata Samsuddin.

Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin.

Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi.

Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu. – DPA

3 Respons

  1. Alhamdulillah jika ianya dapat dilaksanakan di bumi Malaysia ini yang jjelas dan menyakitkan mata akan cara berpakaian lebih drp orang Kafir!1

  2. Salam SUKSES untuk kita semua.
    Batik is Amazing!!! apalagi kalo udah punya baju atau batik sendiri.

    agan/sist yg terhormat, kami dari pemegang merk dagang Batik aqila Menyediakan berbagai Produk BATIK murah dan berkualitas.

    BAJU BATIK – ANEKA batik-BAJU batik – KEMEJA batik – kaos BATIK – batik SARIMBIT- TOPI batik – CELANA batik – BLOUSE batik – JAKET batik – JUAL batik – batik MURAH – GROSIR batik – PAKAIAN batik – ACCESSORIS batik – batik PEKALONGAN
    JUAL macam-macam baju BATIK, TOPI, KAOS, BAJU, KEMEJA, CELANA, PAKAIAN, HARGA MURAH DAN GROSIR, terima PARTAI BESAR DAN KECIL

    silahkan kunjungi kami di toko online kami http://www.kaosbatikpekalongan.wordpress.com
    Batik Aqila For Smart Fashion
    Kepuasan Anda berbelanja di tempat kami, adalah kebanggaan bagi kami.

  3. Hello to every one, the contents existing at this web
    site are in fact remarkable for people experience, well, keep up the
    good work fellows.

Tinggalkan komen