• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,350,682 orang
  • Kandungan Blog

Adab syarat penting tuntut ilmu daripada guru

OlehNURULFATIHA MUAH

BAYANGKAN Al-Imam Az-Zarnuji yang terkenal sebagai tokoh pendidikan Islam dan pengarang kitab terkemuka, Ta’limul Muta’allim mempelajari adab selama 20 tahun, barulah diikuti dengan ilmu selama 10 tahun.

Lihat betapa signifikannya nilai adab yang menjadi syarat penting apabila seseorang menggali ilmu daripada gurunya.

Demikian komentar pendakwah, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad.

“Seorang yang beradab itu pastinya mempunyai ilmu, tetapi orang yang ada pengetahuan pula belum tentu ada adab.

“Antara keadaan seseorang yang mempunyai adab mulia adalah bersangka baik terhadap gurunya.

“Dengan sangkaan baik terhadap tujuan pendidikan, teguran dan nasihat daripada guru, ia akan memastikan pelajar berkenaan sentiasa ikhlas dalam apa jua yang disempurnakannya,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

Da’i Fuad kemudian menceritakan adab Nabi Musa AS ketika berguru dengan Nabi Khidir AS sebagaimana dirakamkan dalam Surah al-Kahfi, ayat 60 hingga 82.

https://e7b1192ba8902c519bee087bb73969c1.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

Nabi Khidir menyuruh Nabi Musa untuk mengikutinya tanpa banyak soal dan menunggu sehingga baginda memberikan jawapan, ungkapnya.

“Antara adab pelajar terhadap seorang gurunya adalah penting untuk mereka menunggu sehingga dihuraikan (penjelasan) oleh gurunya dan tidak bertanya soalan sebelum diizinkan.

“Dalam ayat al-Quran itu, disebutkan Nabi Khidir merosakkan sampan, walhal Nabi Musa tidak tahu mengapa baginda berbuat demikian. Tujuan sebenarnya adalah agar sampan tersebut tidak diambil oleh raja zalim yang akan merampas setiap perahu milik orang miskin yang bekerja di laut.

MENURUT Ibnu Khaldun, pendidikan seharusnya mendidik manusia untuk beradab. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

MENURUT Ibnu Khaldun, pendidikan seharusnya mendidik manusia untuk beradab. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

“Cerita ini sebenarnya membawa mesej, perbezaan antara murid dan gurunya yang mana anak murid bersikap sabar dan percaya terhadap guru serta tidak menganggap mereka jahil sebelum mengetahui keseluruhan manfaat bakal diperoleh,” ujarnya.

Keberkatan ilmu

Kepada para penuntut ilmu, Da’i Fuad mengingatkan mereka agar belajar untuk membawa dirinya kepada ALLAH SWT, di samping ‘menanggalkan’ kejahilan.

“Elemen itu penting bagi meraih keberkatan ilmu, selain memperbaiki niat dan mengaplikasikan apa yang dipelajari,“ ungkapnya.

Meskipun keberkatan ilmu daripada guru itu penting, tetapi masih terdapat individu pandai dan berjaya walaupun tidak menghormati cikgunya.

Mengulas perkara itu, ujar penceramah tersebut, ia sebenarnya menunjukkan kegagalan sesuatu tamadun dan pendidikan kerana menurut Ibnu Khaldun, pendidikan seharusnya mendidik untuk menjadi beradab.

Suatu perkara perlu diketahui, pendidikan itu bukan semata-mata bab pelajaran, katanya.

“Jika pelajaran itu menjadi tujuan utama, maka kita cukup sekadar diajar tanpa dididik. Mengertilah, didikan berbentuk tarbiah dan amalan itulah yang dapat diaplikasikan.

“Sebab itulah jika mereka hanya berjaya dalam pembelajaran, itu bermakna mereka cerdik pada akal, tetapi tidak faham hikmah daripada ilmu yang dipelajari.

“Ditakuti orang yang tidak hormat guru, namun berjaya itu sebenarnya mendapat istidraj iaitu dikurniakan rezeki untuk lebih menyesatkan mereka lagi hingga merasakan kejayaan tersebut diraih kerana usaha sendiri, bukan kurniaan ILAHI,” katanya.

Empat martabat guru

Menyambung hujahnya, Da’i Fuad menjelaskan, kedudukan guru dalam Islam dipandang sangat mulia sekali gus membuktikan mereka merupakan insan penting dalam memberikan kefahaman Islam.

BUAT para penuntut ilmu, belajarlah untuk membawa diri kepada ALLAH SWT, di samping 'menanggalkan' kejahilan untuk meraih keberkatan ilmu. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

BUAT para penuntut ilmu, belajarlah untuk membawa diri kepada ALLAH SWT, di samping ‘menanggalkan’ kejahilan untuk meraih keberkatan ilmu. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

Ia sehinggakan ALLAH SWT menghantar guru kepada Nabi Muhammad SAW iaitu malaikat Jibril AS, ujarnya.

“Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Jibril menjadi insan penting yang mendengar setiap persoalan Nabi Muhammad SAW dan dalam banyak peperangan, beliau jugalah makhluk paling faham keperluan baginda.

“Lantaran itu, ALLAH SWT memuliakan Nabi Muhammad SAW berkat ilmu yang diturunkan dan pelajaran yang diajarkan oleh malaikat Jibril AS,” katanya.

Di samping itu, penceramah tersebut menjelaskan bahawa terdapat empat martabat guru.

“Ia termasuklah mudarris iaitu individu yang hanya mengajar mata pelajaran dan muallim yakni guru mengajar mata pelajaran serta menyampaikan ilmu-ilmu kehidupan yang lain.

“Ketiga ialah murshid iaitu guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan lurus, manakala terakhir ialah murabbi, guru yang memelihara, mentarbiah dan mendidik batin rohani pelajarnya serta membangunkan intelektual anak muridnya,” katanya.

Hak-hak guru yang perlu dipenuhi anak murid

SEBAGAI anak murid, penuhilah hak-hak guru masing-masing dan tidak menyakiti mereka. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

SEBAGAI anak murid, penuhilah hak-hak guru masing-masing dan tidak menyakiti mereka. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

– Pelajar tiba awal daripada guru.

– Menyantuni guru dan memberikan khidmat, budi dan tenaga kepada mereka. – Memberi sagu hati kepada gurunya sama ada berbentuk wang, makanan, hadiah dan seumpamanya kerana menganggap tinggi guru.

– Tidak membezakan seorang guru dengan guru yang lain

Tinggalkan komen