Soalan lazim untuk program pengajian kitab sempena Ramadhan

Tarikh : 2 – 24 Ramadhan 1438H / 28 Mei – 19 Jun 2017M

Tempat : Masjid Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

1. Adakah peserta yang tak mampu baca jawi atau al-Quran boleh ikuti program ini

Jawapan : Boleh asalkan mahu belajar

2. Yuran RM30 untuk muslimin atau RM58 untuk muslimat itu untuk sebulan atau harian

Jawapan : Yuran untuk sebulan meliputi Yuran madrasah dan elektrik penginapan. Ia tidak termasuk makan minum

3. Berapa kos untuk makan minum

Jawapan : Biasanya berbuka di masjid atau di madrasah bagi muslimat bujang. Manakala makan sahur boleh dibeli di kedai makan sekitar madrasah

4. Adakah bilangan peserta dihadkan atau terbuka.

Jawapan : Tiada had bilangan peserta

5. Pendaftaran hanya terbuka pada 2 Ramadhan / 28 Mei sahaja atau terbuka sepanjang masa

Jawapan : Daftar masuk dibuka mulai 2 Ramadhan / 28 Mei hingga seminggu sebelum tamat program. Daftar ditutup tiap hari Jumaat

6. Bolehkah daftar masuk lewat atau masuk sekejap sahaja seperti 2 minggu dan sebagainya kerana ada tugasan yang lain

Jawapan : Boleh kerana ia memberi peluang untuk siapa sahaja datang belajar tanpa perlu risau kepada kekangan masa

7. Dimanakah pelajar akan tinggal sepanjang program jika mahu menginap di pondok

Jawapan : Pelajar muslimin akan duduk di pondok besar secara ramai-ramai. Manakala pelajar muslimat duduk di madrasah

8. Bagaimana dengan penempatan pasangan kelamin atau warga emas

Jawapan : Tempat tinggal kelamin dan warga emas kena urus sendiri di mana pihak pejabat tidak menguruskannya kerana pihak madrasah tidak mempunyai pondok kelamin dan warga emas. Cuma boleh tanya Ustaz Syuib 0129975513

9. Adakah semua peserta yang menyertai program Ramadhan ini wajib mengikuti kesemua kelas dari 9 pagi hingga 4.30 petang

Jawapan : Jika peserta yang menginap di pondok wajib ikuti semua kelas. Manakala yang ulang alik boleh pilih samada ikuti ksemua kelas atau sebelah pagi atau sebelah petang sahaja

10. Perlu tempah tempat terlebih dahulu atau datang daftar terus bila dah mula 2 Ramadhan nanti

Jawapan : Tidak perlu tempah tempat cuma pelajar muslimat yang mahu duduk di pondok kena kepastian daripada Ustaz Syuib 0129975513 berkenaan tempat tinggal

11. Yuran dan mahu beli kitab kena berurusan di mana

Jawapan : Semua urusan daftar dan beli kitab boleh berurusan di pejabat pondok berhadapan dengan masjid. Cuma pelajar mus,limat yang duduk di pondok kena daftar melalui Ustazah Fadhilah di rumahnya

12. Bolehkah hanya ikuti kelas pada hujung minggu saja seperti hari Sabtu sahaja

Jawapan : Boleh

Maklumat berkenaan program boleh layari al-bakriah.com.my

Advertisements