• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,198,314 orang
  • Tetamu Online

Panjang angan-angan sifat tercela

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” (Hadis riwayat Muslim)

Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup, manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
Mukmin yang betul-betul beriman tidak akan mudah berputus asa kerana segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan manusia.
Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan
Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh mencapai sesuatu dan meminta pertolongan Allah SWT supaya dengan ihsan-Nya, Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha dilakukan kerana sebijak atau sekuat mana manusia, tetap berhajat pertolongan serta pimpinan Allah SWT.

Kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah Maha Berkuasa. Allah menjelaskan, sesuatu yang boleh diusahakan manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

Jika usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan reda, tenang, tenteram kerana hal itu pasti mengandungi hikmah tersendiri yang hanya diketahui Allah.

Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak reda kepada takdir serta ketentuan Allah Yang Maha Esa

Gambar hari al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim meninggal dunia

 

Jadikan hari raya hari jauhi maksiat

Oleh Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa

TENANGKAH perasaan ketika menjalani kehidupan pada Ramadan. Adakah kita masih ada perasaan resah, gelisah, khuatir dan risau? Jika ya, maka itu juga tanda gagal Ramadan.

Pesan Rasulullah: “Sesungguhnya telah datang Ramadan yang penuh barkah. Allah telah memfardukan atas kamu berpuasa dalamnya. Dibuka semua pintu syurga, dikunci semua pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sungguh tidak diberikan kebajikan atasnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa’i, Baihaqi daripada Abu Hurairah)

Apabila seseorang meraih barkah bulan suci ini, jiwanya mantap, hatinya tenteram dan perasaannya tenang dalam menghadapi apa juga keadaan.

  • Keazaman meningkatkan syiar Islam.Salah satu ciri utama alumni Ramadan yang berjaya ialah semakin tinggi ketakwaannya. Tanda ketakwaan yang meningkat ialah semakin kuat semangat dan keazamannya meninggikan syiar Islam.

    Pelbagai kegiatan amar makruf nahi mungkar dilakukannya kerana ingin sebanyak mungkin orang merasakan kelazatan iman seperti yang alaminya. Jika semangat ini tidak ada, gagallah Ramadan kita. Atau kita berasa malas membela dan menegakkan kebenaran. Walhal sejumlah peperangan dilakukan kaum Muslimin melawan tentera kafir berlangsung pada Ramadan.

     Kemenangan Badar dan penaklukan Makkah (Futuh Makkah) berlaku pada Ramadan. Di tengah gelombang kebatilan dan kemungkaran yang semakin berani menunjuk taring, kita sebagai alumni akademi Ramadan seharusnya semakin gigih dan berstrategi dalam membela dan menegakkan kebenaran.

    Jika bulan suci ini tidak memberi bekal perjuangan baru cemerlang, maka kemungkinan besar kita sudah kecundang.

     

  • Motivasi untuk berjemaah.Ramadan seharusnya menguatkan motivasi untuk kita semakin rajin berjemaah di masjid. Semakin rajinkah kita?

      

  • Mencintai fakir miskin dan mereka tertindas.Adakah kita menghayati maksud Syahru Rahmah, bulan kasih sayang atau Ramadan. Ini kerana pada bulan ini, Allah melimpahi hamba-Nya dengan kasih sayang yang berlebihan. Siyam Ramadan menanam benih kasih sayang terhadap orang yang paling lemah di kalangan masyarakat. Fakir miskin, anak yatim dan mereka yang hidup dalam kemelaratan.

    Rasa cinta kita terhadap mereka seharusnya bertambah. Jika cinta jenis ini tidak bertambah selepas bulan suci ini, bererti kita wajib bersegera memeriksa semula diri.

  • Menghidupkan hari terakhir Ramadan.Adakah kita benar benar memahami makna ‘hari-hari terakhir Ramadan’? Khalifah Umar ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan membanyakkan istighfar dan memberikan sedekah. Ini kerana istighfar dan sedekah dapat menampal amalan puasa kita yang berlubang atau pecah. Menapak hari-hari berlalunya Ramadan, semestinya kita semakin kerap melakukan muhasabah diri.

    “Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr, ayat 18)

    Marilah kita bandingkan ‘kemeriahan’ anak kita dengan kesayuan anak di Iraq, Chechnya dan Palestin yang dikejutkan dengan bunyi dentuman roket, bom dan rempuhan kereta kebal. Anak-anak dan ibu dikejut dengan rempuhan pintu askar penceroboh pada waktu sahur, tangan mereka diikat, hanya atas nama memerangi keganasan dan mengembalikan keamanan. Apakah yang membezakan kita dengan mereka?

    Kita turut tumpang seronok melihat anak bermain mercun dan bunga api hingga berbelanja puluhan, malah ratusan ringgit? Sedangkan Rasulullah menyeru umatnya merebut 10 malam terakhir Ramadan dengan banyak beribadat.

    Semakin akhir Ramadan seharusnya kita semakin bersedih kerana sebenarnya tidak layak untuk syurga, tetapi kita tidak sanggup melihat api neraka. Rasulullah menyuruh umatnya melipatgandakan amalan menjelang akhir Ramadan.

    Rebutlah peluang beristighfar dan memohon kelepasan daripada api neraka pada Ramadan ini.

  • Kita lebih sibuk dengan sambutan raya.Adakah kita seperti orang lain? Semakin disibukkan oleh urusan lahiriah persediaan menyambut kedatangan Aidilfitri? Hingga lupa bahawa 10 malam terakhir adalah saat genting yang menentukan nilai akhir kita pada mata Allah pada bulan mulia ini. Adakah kita menjadi pemenang sejati atau kecundang yang kecewa?
  • Kefahaman makna Aidilfitri.Adakah kita menganggap Aidilfitri adalah ‘kebebasan’. Secara harfiah makna Aidilfitri ialah hari kembali ke fitrah. Kebanyakan orang memandang Aidilfitri laksana hari pembebasan daripada ‘penjara’ Ramadan.

    Jadikanlah Aidilfitri kali ini hari raya tanpa maksiat. Sambutlah kedatangan 1 Syawal dengan takbir dan tahmid sebanyak-banyaknya. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita orang bertakwa agar termasuk dalam golongan insan berjaya di sisi Allah.

Nikmat zikir, berdoa malam Lailatul Qadar

BANYAK amalan salih dilakukan pada Ramadan dengan harapan mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah. Bagi setiap amalan dilakukan kita hendaklah berdoa supaya diterima Allah.

Sesungguhnya berdoa adalah satu tugas agama yang penting kedudukan dan mahal nilainya. Ia adalah pintu ibadah dalam memperhambakan diri kepada Allah dan memperlihatkan kerendahan jiwa kepada-Nya.

Ini jelas melalui sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Doa itu adalah otaknya ibadat.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).

Pengabdian atau ibadat yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa, hidup dan bergerak. Ini laksana tubuh yang tidak bernyawa – ada badan tetapi tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Amalan berdoa digalakkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada Ramadan, terutama pada Lailatul Qadar. Ia adalah malam paling mustajab berdoa, khususnya pada masa berlalu separuh malam dan ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.

Sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu.

Dalam satu hadis, Aisyah berkata: “Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku tahu Lailatul Qadar itu, apakah akan aku bacakan dalamnya?

Jawab Baginda: “Bacalah “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” (Hadis riwayat al-Khamsah).

Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doa kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”

Secara jelas dapat diperhatikan bahawa Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah.

Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doa dikabulkan Allah.

Tuhan selalu membuka pintu untuk hamba-Nya mengadu, memohon dan berdoa kepada-Nya. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Firman Allah lagi bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Nya, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yangmenyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dengan hina.” (Surah al-Mukmin, ayat 60).

Majlis Ilmu bersama Kiyai Ahmad Yasin Asymuni (Gus Yasin)





Majlis Penutup Talaqqi IPT 2011 Sesi 1





Rombongan Pondok Moden ad-Darain, Selangor

Rombongan Perak Darul Ridhwan




Rombongan Ma’ahad Tahfiz Nasihul Amin, Muar

 

 




Rombongan PIBG SMK Jenjarom, Kuala Langat