2 Cara masuk belajar pondok musim cuti sekolah/IPT

CARA PERTAMA : Pelajar sementara selama cuti sekolah/IPT

Bermula awal cuti sekolah hingga akhir cuti
Yuran RM10 + RM 10 (1 bulan) + RM 15 (air dan elektrik) + RM15 asrama – Lelaki
Yuran RM10 + RM 6 (1 bulan) + RM 20 (pondok sewa) + bil elektrik semasa + RM7 (air) – Perempuan
Umur 13 tahun ke atas
Tempat terhad selagi masih ada kekosongan (jika ada waris, kawan lebih mudah untuk tumpang pondok mereka)
Tiada kelas khusus di mana ikuti jadual pelajar tetap

Dokumen perlu

  1. Fotostat kad pengenalan pelajar dan ibubapa
  2. Gambar ukuran passport 3 keping
  3. Surat sekolah atau IPT

CARA KEDUA : Pelajar ulang-alik
Tiada perlu daftar hanya datang belajar sahaja
Pilih jadual mengikut kemampuan masa yang dikehendaki
Contoh jadual sila layari albakriah.wordpress.com

Advertisements

Soal Jawab Agama Bersama Baba Ismail Sepanjang Fathoni 30 November ini

Daurah Kitab Musolli 8 dan 9 November di Pondok Pasir Tumboh

Daurah Kitab Munyatul Musolli di Pondok Pasir Tumboh

Daurah Kitab Munyatul Musolli yang akan dibaca oleh al-Fadhil Tuan Guru Hj Abdullah bin Awang yang pernah belajar dan mengambil ijazah daripada Syeikh Abdul Karim bin Mohd Amin Banjari yang merupakan guru atas Masjidil Haram Mekah dan pernah belajar dengan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili

Kitab yang akan dibaca merupakan kitab yang pernah digunakan semasa beliau belajar bersama catatan

Tarikh : 8 dan 9 November 2017 (Rabu dan Khamis)

Masa :    8.30 – 11.00 pagi

1.50 – 3.00 petang

9.15 – 10.15 malam

Tempat : Masjid Pondok Pasir Tumboh

Kitab dijual ditempat program

Muslimin dan muslimat dijemput hadir

Soalan lazim berkenaan kem cuti sekolah di Pondok Pasir Tumboh

Soalan lazim berkenaan kem cuti sekolah di Pondok Pasir Tumboh
Pengajian intensif atau Halaqah Ilmu dianjurkan khusus kepada pelajar lelaki yang berumur 11-24 tahun
bertempat di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan
1. Adakah peserta yang tak mampu baca jawi atau al-Quran boleh ikuti program ini
Jawapan : Boleh asalkan mahu belajar kerana kitab yang digunakan ada 2 versi samada jawi atau rumi. Program ini turut sesuai untuk mereka yang baru nak mula belajar ilmu fardhu Ain
2. Yuran RM150 itu untuk meliputi makan dan penginapan kah?
Jawapan : Yuran itu meliputi penginapan, kitab pengajian dan juga makan minum
3. Adakah bilangan peserta dihadkan atau terbuka.
Jawapan : Dihadkan untuk 100 orang peserta sahaja bagi memudahkan proses pembelajaran
4. Pendaftaran hanya terbuka pada 25 November bagi sesi 1 dan 22 Disember utk sesi 2 sahaja atau boleh daftar masuk lewat jika ada masalah lain untuk diselesaikan terlebih dahulu
Jawapan : Daftar masuk dibuka mulai tarikh tersebut dan jika terpaksa daftar masuk lewat mesti dimaklum kepada penganjur
5. Dimanakah pelajar akan tinggal sepanjang program
Jawapan : Pelajar akan menginap di asrama
6. Perlu tempah tempat terlebih dahulu atau datang daftar terus bila dah mula pada 25 November bagi sesi 1 dan 22 Disember utk sesi 2 nanti
Jawapan : Perlu tempah tempah dulu melalui sms/wtsap kepada 019-9388902 bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mengetahui jumlah peserta yang dihadkan seramai 100 orang sahaja bagi setiap sesi
7. Bolehkah keluar dari kawasan kem jika ada urusan penting seperti temuduga, mahu lihat keputusan peperiksaan, temujanji dan sebagainya
Jawapan : Boleh dengan syarat memaklumkan perkara demikian kepada pihak urusetia
8. Bolehkah mahu ikuti kem pengajian secara ulang alik dan berapa kos yuran
Jawapan : Boleh. Yuran RM100 sekali makan minum dan RM50 sahaja tanpa makan minum
9. Jadual harian bermula jam berapa dan berakhir jam berapa
Jawapan : Mula jam 8 pagi hingga 10.30 malam
10. Jika umur peserta kurang daripada 11 tahun atau lebih daripada 24 tahun boleh sertai juga ke kem ini
Jawapan : Boleh dengan syarat bagi yang umur muda boleh berjauhan daripada ibubapa manakala yang umur lebih mampu sesuai untuk duduk bersama remaja yang umur lebih muda sepanjang program
Maklumat berkenaan program boleh layari albakriah.wordpresss.com

Video kenangan kem cuti sekolah 2016

Pondok Alumni Pasir Tumboh Seluruh Malaysia

Pondok Alumni