Tarikh : 3 – 25 Ramadhan 1444H / 25 Mac -16 April 2023M
Tempat : Masjid Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan
1. Adakah peserta yang tak mampu baca jawi atau al-Quran boleh ikuti program ini
Jawapan : Boleh asalkan mahu belajar
2. Yuran RM50 untuk muslimin / muslimat itu untuk sebulan atau harian
Jawapan : Yuran untuk sebulan meliputi Yuran madrasah dan elektrik penginapan. Ia tidak termasuk makan minum
3. Berapa kos untuk makan minum
Jawapan : Biasanya berbuka di masjid bagi muslimin atau di asrama bagi muslimat bujang. Manakala makan sahur boleh dibeli di kedai makan sekitar madrasah
4. Adakah bilangan peserta dihadkan atau terbuka.
Jawapan : Tiada had bilangan peserta
5. Pendaftaran hanya terbuka pada 3 Ramadhan / 25 Mac sahaja atau terbuka sepanjang masa
Jawapan : Daftar masuk dibuka mulai 3 Ramadhan / 25 Mac hingga seminggu sebelum tamat program. Daftar ditutup tiap hari Jumaat
6. Bolehkah daftar masuk lewat atau masuk sekejap sahaja seperti 2 minggu dan sebagainya kerana ada tugasan yang lain
Jawapan : Boleh kerana ia memberi peluang untuk siapa sahaja datang belajar tanpa perlu risau kepada kekangan masa
7. Dimanakah pelajar akan tinggal sepanjang program jika mahu menginap di madrasah
Jawapan : Pelajar muslimin dan muslimat akan tinggal di asrama
8. Bagaimana dengan penempatan pasangan kelamin atau warga emas
Jawapan : Tempat tinggal kelamin dan warga emas kena urus sendiri di mana pihak pejabat tidak menguruskannya kerana pihak madrasah tidak mempunyai pondok kelamin dan warga emas.
9. Adakah semua peserta yang menyertai program Ramadhan ini wajib mengikuti kesemua kelas dari 9 pagi hingga 4.30 petang
Jawapan : Jika peserta yang menginap di pondok wajib ikuti semua kelas. Manakala yang ulang alik boleh pilih samada ikuti ksemua kelas atau sebelah pagi atau sebelah petang sahaja
10. Perlu tempah tempat terlebih dahulu atau datang daftar terus bila dah mula 3 Ramadhan nanti
Jawapan : Tidak perlu tempahan awal
11. Yuran dan mahu beli kitab kena berurusan di mana
Jawapan : Semua urusan daftar dan beli kitab boleh berurusan di pejabat pondok berhadapan dengan masjid. Cuma pelajar muslimat yang akan dijual di asrama muslimat
12. Bolehkah hanya ikuti kelas pada hujung minggu saja seperti hari Sabtu sahaja
Jawapan : Boleh
Maklumat berkenaan program boleh layari albakriah.wordpress.com / albakriah.com
Filed under: Soalan Lazim | Tagged: Soalan Lazim |
Assalamualaikum.. pengajian kitab sempena Ramadhan ni belajar tentang apa ya? Kitab apa yang digunakan? Berminat ni..