• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,345,196 orang
  • Kandungan Blog

Kutuk tindakan ekstrem ahli politik Sweden bakar al-Quran

Kita menyifatkan agenda Islamofobia dan perbuatan membakar al-Quran oleh ahli politik ekstrem Denmark-Sweden, Rasmus Paludan di Stockholm, Sabtu lalu sebagai tindakan melampau serta terdesak kumpulan terpencil untuk mendapat perhatian.

Tindakan itu sewajarnya dikutuk dan dikecam, bukan saja oleh negara umat Islam, malah seluruh masyarakat dunia yang bertamadun serta inginkan keamanan dan keharmonian.

Rekod pencapaian parti pimpinan Paludan, Stram Kurs dalam pilihan raya Sweden, selain pelbagai pendakwaan jenayah yang dihadapi beliau secara peribadi jelas menunjukkan Paludan hanyalah seorang pengacau yang tidak berupaya menyumbangkan apa-apa yang bermakna kepada masyarakat manusia dan Sweden.

Katanya, naratif antimigrasi dan anti-Islam yang dibawa Paludan hanyalah alat mudah untuk memacu kerjaya politiknya yang tidak meningkat sehingga kini.

“Beliau hanya mengambil kesempatan atas dasar terbuka dan kebebasan bersuara untuk menyebarkan ekstremisme dan perkauman.

“Penggunaan hujah kebebasan bersuara untuk menghina agama dan kepercayaan orang lain ialah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Islam amat tegas dalam hal ini, termasuk menyekat umatnya bertindak menghina agama dan kepercayaan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu, Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran.

Beliau bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia oleh Paludan itu dan menggesa tindakan tegas diambil terhadap pelaku serta memastikan langkah drastik diambil pada masa depan, dalam menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara berkenaan.

Kita percaya masyarakat Sweden tidak akan menerima dasar dan sikap seumpama itu, malah yakin rakyat negara itu akan mendapati falsafah ‘lagom’ dalam budaya mereka sangat selari dengan konsep ‘syukur’ dan ‘umat wasatan’ yang dibawa Islam serta berguna untuk terus membina sebuah negara yang sederhana dan harmoni dengan sumbangan umat Islam yang berhijrah ke sana.

“Kita berharap kerajaan negara itu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku berkenaan sebagai langkah kawalan dan pencegahan bagi mengelakkan gejala seumpamanya berleluasa, malah dibimbangi akan menjemput reaksi dan tindak balas yang memburukkan lagi keadaan.

“Apa-apa yang baik dan berguna akan kekal, sementara daki serta sisa akan terhapus juga. Dalam hal ini, politik serta naratif kebencian dan melampau yang dibawa Paludan termasuk dalam kategori daki dan sisa. Ia akan terhapus dengan sendirinya,” katanya.

Tinggalkan komen