• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,285,193 orang
  • Kandungan Blog

Kuat, berilmu & beramanah

Pentas politik sangat berkait rapat dengan kehidupan pada hari ini termasuklah sebagai seorang Islam, kerana memilih pemimpin itu juga sebahagian daripada Islam.

  Islam menggariskan bahawa kepemimpinan yang baik adalah berteraskan kepada bertanggungjawab, amanah dan sentiasa takut dengan perintah Allah SWT.

  Memetik Bayan Linnas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menyatakan bahawa politik baru memerlukan satu tajdid siyasi yang lebih munasabah serta memegang prinsip serta tuntutan Islam.

  Pernah suatu ketika Fatimah, isteri Khalifah Umar bin Abdul Aziz ditanya apakah kelebihan Khalifah Umar bin Abdul Aziz? Dia menjawab: “Beliau bukanlah lebih kuat daripadamu bangkit di tengah malam dan banyak berpuasa tetapi sebenarnya dia lebih takut kepada Allah daripadamu.” Inilah yang kita cari, pemimpin yang takut kepada Allah, bukan takut kehilangan kuasa dan jawatan.

  Sudah sampai masanya kita meninggalkan politik balas dendam seperti anjuran Baginda SAW saat kota Makkah dibuka pada tahun 8 hijrah.

  Baginda SAW bertanya kepada mereka: “Apakah yang kamu sangka aku lakukan kepada kamu?” Jawab mereka: “Saudara yang mulia daripada anak saudara yang mulia.” Lantas Baginda bersabda: “Pergilah kamu semua dalam keadaan yang bebas.”

  Inilah pemimpin yang berjiwa besar tanpa berasa hati dan dendam kesumat dan inilah sejarah yang patut ditulis dengan tinta emas, sikap dan sifat yang dipamerkan oleh manusia agung seperti Rasulullah SAW ini.

Ulama yang benar-benar ikhlas tanpa melihat kepada kepentingan diri, sedikit habuan dunia untuk diperolehinya perlu ada dalam mengimbangi politik suci dan bersih.

Sebagai contoh zaman salaf al-soleh terlalu ramai tokoh yang benar-benar ikhlas menasihatkan kepada pemerintah seperti yang dilakukan oleh Raja’ bin Haiwah, Abu Hazim al-A’raji, Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud, Ata’ bin Abi Rabah, Tawus bin Kaisan dan ramai lagi.

Sudah sampai masanya pemilihan calon yang akan meneraju kepimpinan adalah dari kalangan yang benar-benar menepati syarat yang telah ditetapkan oleh Islam antaranya kuat, berilmu dan beramanah. Inilah yang disebut oleh seorang anak perempuan kepada bapanya bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” (Surah al-Qasas, ayat 26)

Al-Maraghi berkata: “Tidak syak lagi, dakwaan wanita itu merupakan dakwaan yang padu dan mengandungi hikmah. Ini disebabkan kedua-dua sifat ini, iaitu kepercayaan dan kekuatan, jika ada pada setiap pekerja, maka dia akan mendapat keuntungan dan keberhasilan.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 10/5127)

  Menerusi Bayan Linnas itu juga dinyatakan bahawa istilah kontemporari, al-Amin juga boleh di rujuk sebagai integriti.

  Manakala al-Qawiy sebagai kompetensi. Dengan sifat profesional, seseorang itu akan mempunyai kepakaran dan keterampilan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam bidang-bidang pengurusan, pentadbiran, pendidikan dan lain-lain.

Ketika itu, insya-Allah akan tertegaklah negara yang diturunkan berkat oleh Allah dari langit dan bumi. Seterusnya ia layak mendapat gelaran ‘Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.’

  Pernah suatu ketika rakyat Saidina Ali bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, kenapa zaman kamu tidak sepertimana zaman Umar RA, di mana rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai penuh ketaatan kepada Allah SWT?” Jawab Saidina Ali: “Zaman Umar, rakyatnya adalah seperti aku. Sedangkan zaman aku, rakyatnya seperti kamu.”

Hubungan rakyat dengan pemerintah adalah hubungan dua hala; kewajipan pemerintah ke atas rakyat adalah berlaku adil ke atas mereka dan memelihara hak-hak mereka, manakala rakyat pula wajib memberikan kerjasama yang baik dalam sama-sama membangunkan negara dengan mentaati peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

  Antara contoh nasihat ulama adalah nasihat Ibn al-Wasiti di dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah, jilid ke-12, Imam Ibn Kathir meriwayatkan bahawa Sultan Nuruddin Mahmud, salah seorang sultan Islam yang sentiasa melakukan qiyamullail pada malam hari dan berpuasa pada siang hari.

  Bahkan Imam Ibn Taimiyah pernah mengatakan tentang sultan ini: “Semoga Allah merahmati sultan yang satu ini.”

  Untuk itu, dapat kita simpulkan politik ini bukan juzuk asing dalam Islam sebaliknya Islam sudah menggariskan akhlak yang wajib dipraktikkan di dalam pentas politik.

  Islam sentiasa mengutamakan keharmonian serta ketaatan kepada Allah SWT termasuk ketika berpolitik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: