• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,259,659 orang
  • Kandungan Blog

Cari yang halal untuk anakmu

Sebagai ibu bapa, soal status setiap makanan dan hasil pencarian yang disuapkan ke dalam mulut anak-anak adalah sangat perlu diberikan perhatian serius. Halal yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi makanan tersebut bahkan termasuk cara ia diperoleh. Walhal, cara makanan itu diperoleh mestilah dengan cara halal dan dibenarkan syarak.

Setiap makanan yang disuapkan ke mulut anak-anak itu kelak akan menjadi darah dagingnya dan bahkan boleh mempengaruhi pembentukan akhlak dan tingkah laku mereka. Bukankah Rasulullah SAW ¬†mengingatkan kita dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Nasrani, Yahudi ataupun Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hal ini ditambah pula dengan janji Allah SWT kepada mereka yang bersungguh-sungguh memenuhi kehendak syarak. Dalam konteks ayat ini, ibu bapa harus berusaha mencari yang halal untuk diberikan kepada anak-anak.¬†Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut 29: 69)

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa yang mencari rezeki untuk keluarga memastikan sumber rezeki yang diperoleh itu benar-benar halal. Jauhi segala bentuk pekerjaan atau sumber yang diragui apatah lagi yang jelas keharamannya seperti rasuah, mencuri, merompak, menipu dan sebagainya. Sebaliknya, berusahalah untuk bekerja dengan cara yang halal. Sesungguhnya bekerja dan mencari rezeki itu merupakan sunnah nabi juga. Nabi SAW bersabda yang bermaksaud: “Tiada seseorang yang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya itu lebih baik daripada orang yang makan daripada hasil kerja tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud AS juga makan daripada hasil kerja tangannya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)