• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,260,114 orang
  • Kandungan Blog

Cara raih keberkatan daripada Allah SWT

Dr Mohd Khadiz Soroni

Antara sifat kepemurahan Allah SWT, Dia menyediakan keberkatan untuk hamba-Nya. Bagi memperoleh keberkatan itu, mereka perlulah berusaha mendapatkannya sama ada dengan berdoa memohon kepada Allah SWT secara langsung, melaksanakan amalan baik tertentu atau dengan meraih keberkatan yang Allah SWT letakkan kepada makhluk-Nya (bertabarruk). Melalui mana-mana cara berkenaan, dengan izin Allah SWT mereka akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Pihak yang berpendapat keberkatan hanya perlu dimohon daripada Allah SWT sahaja dan tiada pada mana-mana makhluk yang Allah SWT letakkan keberkatan hakikatnya menyalahi dalil al-Quran dan hadis. Misalnya, dalil keberkatan Masjid al-Haram seperti firman Allah SWT: “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Allah) ialah Baitullah yang ada di Makkah yang diberkati dan dijadikan petunjuk hidayah bagi umat manusia.” Surah Al Imran: 96

Oleh kerana Makkah kota suci yang diberkati oleh Allah SWT, Nabi SAW telah memohon kepada Allah agar memberkati juga kota Madinah. Daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Ya Allah, kurniakanlah terhadap kota Madinah keberkatan dua kali ganda berbanding keberkatan yang Engkau kurniakan terhadap kota Makkah.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sebuah lagi kota suci Islam yang turut diberkati oleh Allah SWT ialah Baitul Maqdis sebagaimana firman-Nya: “Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.” Surah al-Isra’: 1

Nabi SAW menggalakkan umatnya supaya mendapatkan keberkatan di ketiga-tiga masjid suci ini sehingga Baginda bersabda: “Tidak boleh bersusah payah melakukan perjalanan (untuk berziarah dan beribadah) kecuali ke tiga masjid iaitu Masjid al-Haram, masjidku ini dan Masjid al-Aqsa.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Keberkatan juga diletakkan oleh Allah SWT pada air hujan. Firman-Nya: “Dan Kami menurunkan dari langit air (hujan) yang diberkati (banyak faedahnya) lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai.” Surah Qaf: 9

Nabi SAW turut mengajarkan kepada kita cara untuk mendapatkan keberkatan hujan. Daripada Anas RA katanya: “Kami pernah ditimpa hujan ketika bersama Rasulullah SAW, lalu baginda pun menyingkap pakaiannya sehingga tubuhnya terkena hujan. Maka, kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah, kenapa tuan berbuat begini?’ Baginda menjawab: ‘Kerana hujan ini adalah ciptaan yang baru saja diciptakan oleh Tuhannya.'” Riwayat Muslim

Jelas bahawa Rasulullah SAW turut mendapatkan keberkatan Allah SWT (bertabarruk) melalui hujan yang dikatakan baru saja diciptakan oleh-Nya. Baginda SAW juga sering mengutuskan seseorang ke tempat wuduk golongan Muslimin, lalu apabila dibawakan airnya baginda akan meminumnya kerana mengharapkan keberkatan tangan kaum Muslimin. Riwayat at-Tabarani, Abu Nu’aim dan al-Baihaqi dengan sanad hasan

Nabi SAW sendiri menceritakan kisah bagaimana Nabi Ayyub AS berusaha mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT iaitu sabdanya: “Ketika Nabi Ayyub AS sedang mandi tanpa berpakaian tiba-tiba seekor belalang emas jatuh kepadanya. Lalu Nabi Ayyub pun menangkapnya dan memasukkannya ke dalam pakaiannya. Lantas, Allah SWT menegurnya: “Wahai Ayyub, bukankah Aku telah kurniakan kepadamu kekayaan berbanding apa yang kamu lihat itu?” Lalu beliau menjawab: “Benar, demi kemuliaan-Mu, tetapi aku tetap berasa tidak cukup dengan limpahan keberkatan-Mu.” Riwayat al-Bukhari

Dalam kalangan umat Islam, mendapatkan keberkatan guru yang benar-benar alim dan soleh bukanlah suatu perkara yang pelik. Ia bukan bermakna guru itu yang memberikan berkat, tetapi kerana keberkatan ilmu yang ada dalam dirinya iaitu ilmu al-Quran dan hadis. Firman Allah SWT: “Dan ini adalah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan lagi diberkati (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutinya dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.” Surah al-An’am: 155

Oleh itu, mendapatkan berkat guru hakikatnya mengambil melalui sangkaan baik terhadapnya keberkatan yang Allah SWT berikan kepadanya. Bukan bermakna guru mampu memberikan keberkatan sebagaimana didakwa oleh pihak yang melarang amalan bertabarruk. Demikian juga semua makhluk yang disebutkan seperti Masjid al-Haram, Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa, hujan, air wuduk dan belalang. Maka, semuanya itu tiada kuasa untuk memberikan keberkatan kerana yang berkuasa memberikannya hanyalah Allah SWT sahaja sama ada secara langsung ataupun melalui semua perantara tadi. Pada hakikatnya, bertabarruk adalah suatu usaha untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT jua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: