• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,344,601 orang
  • Kandungan Blog

Dunia tempat persinggahan sementara

BEREHATLAH, lupakan segala kepenatan. Kemudian, bangkitlah teruskan kerja amal mu. Di sinilah tempat merehatkan diri buat sementara waktu sebelum kembali bekerja. Begitu juga dengan dunia, hanyalah persinggahan bagi kita semua. Dunia hanya salah satu persinggahan dari perjalanan panjang kita.

Singkat sekali kehidupan di dunia ini jika nak dibanding dengan kehidupan di akhirat, namun kehidupan yang singkat ini akan sangat menentukan untuk kehidupan selamanya nanti.

Teringat saya mengenai sebuah kisah di mana berhubung kait dengan seorang Sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W:

“Abdullah bin Mas’ud adalah seorang Sahabat yang juga murid setia Rasulullah S.A.W. Di mana Baginda berada, beliau sentiasa mencatat apa juga yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W serta mengambil pengajaran daripada setiap perbuatan Baginda. Begitulah cara beliau menimba ilmu.

“Suatu hari Abdullah bin Mas’ud melihat Rasulullah S.A.W sedang berbaring. Apabila Baginda bangun dari tempat pembaringannya, beliau terlihat ada kesan jalur-jalur tikar di belakang Baginda. Ini disebabkan tikar alas tidur Baginda diperbuat daripada daun kurma yang kasar, maka kesan itu amat ketara. Timbul rasa belas kasihan di hati Abdullah bin Mas’ud.

“Berkata Ibnu Mas’ud, “Ya Rasulullah, sekiranya engkau perintahkan aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut untukmu, nescaya aku akan berusaha untuk mendapatkannya.”

“Akan tetapi Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bagiku, berada di dunia ini ibarat seseorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan.”

“Ini adalah suatu pengajaran terhadap manusia, bahawa kesempatan yang diberikan kepada manusia hidup di dunia ini bukanlah untuk kekal selama-lamanya. Sebaliknya, dunia hanyalah tempat persinaggahan untuk membuat persiapan, mencari bekal bagi menghadapi suatu kehidupan yang abadi”. 

USTAZ DR AHMAD FAKHRUDDIN ShEIKH FAKHRURAZI

Tinggalkan komen