• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,237,739 orang
  • Kandungan Blog

‘Unboxing isteri’: Hina maruah wanita, hilang sifat malu

TERDAPAT banyak Hadis yang menunjukkan betapa Rasulullah S.A.W memuliakan wanita. Amalan merendahkan martabat wanita ini merupakan amalan Jahiliah.

Sejarah menunjukkan bagaimana masyarakat Jahiliah ini merendahkan harga diri seorang wanita sehingga anak perempuan ditanam hidup-hidup. Rasulullah S.A.W datang mengubah fahaman tersebut dengan mengangkat dan meletakkan wanita di kedudukan yang tinggi dan mulia.

Sabda Rasulullah S.A.W: 

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu adalah mereka yang berbuat baik kepada kaum wanita mereka.”

(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Rasulullah S.A.W mengaitkan kesempurnaan iman dengan berlaku baik kepada wanita, jelas menunjukkan wanita ini seharusnya dimuliakan dan disayangi. Berbuat baik kepada mereka juga bermaksud tidak merendahkan martabat mereka dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Semoga Allah merahmati kita semua.

Ameerah Malaysia menyifatkan perbuatan atau trend ‘unboxing isteri’ terutama melibatkan pasangan pengantin baru beragama Islam menerusi platform TikTok sebagai menghina maruah wanita dan ianya perlu dihentikan segera.

Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Dr Ustazah Siti Mastura Muhammad berkata, trend ini dilihat semakin melarat apabila tanda pagar #unboxingisteri itu digunakan oleh ramai pengguna media sosial. 

“Seorang suami mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melindungi maruah wanita yang berada di bawah jagaannya. Tidak sewajarnya seorang suami mempertontonkan aurat isteri yang baru dinikahi melalui rakaman video yang boleh ditonton secara terbuka oleh sesiapa sahaja. 

“Para Muslimah diingatkan bahawa kita berhak menolak sekiranya sesuatu arahan yang diperintahkan oleh suami itu bertentangan dengan ajaran Islam. Wanita bukan barang dagangan yang boleh diperlakukan sesuka hati.

“Sebaliknya, Islam telah mengangkat maruah dan kemuliaan wanita melalui hak-hak yang diberikan oleh agama,” hujahnya bersandar hadis riwayat Bukhari, “Tidak ada ketaatan di dalam maksiat, taat itu hanya dalam perkara yang ma’ruf”

Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyatakan, hubungan intim antara suami dan isteri haram didedahkan kepada orang lain dan perbuatan mendedahkan rahsia suami dan isteri juga adalah satu pengkhianatan besar dalam pandangan Islam. 

“Saya amat dukacita mendapati semakin ramai orang Melayu Muslim di negara kita masa kini sudah kehilangan sifat malu, sedangkan agama Islam amat mementingkan sifat ini. 

“Perasaan malu menurut beberapa hadis Nabi Muhammad S.A.W dianggap sebagai anak kunci syurga, malah sifat ini juga merupakan tiang seri bagi akhlak terpuji yang mampu memelihara iman seorang Muslim dan mencegahnya daripada melakukan maksiat,” ujarnya. 

Jelas beliau, banyak ayat al-Quran dan Hadis melarang suami atau isteri menceritakan hubungan intim mereka kepada sesiapa sahaja kerana memelihara rahsia rumahtangga adalah wajib dan tidak boleh didedahkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: