• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,220,668 orang
  • Kandungan Blog

Senarai Pondok Kelantan 2022

BILALAMAT PONDOKNama MudirTELEFON
1Madrasah Diniah  Bakriah,Pondok Pasir Tumboh,16150 Kota Baharu  Mudir : Tuan Guru Hj Wan Muhamed b Wan Osman 09-7657786 (P)019-9388902014-5481907 
2.Madrasah Rahmaniah,Pondok Lubuk Tapah,17200 Lemal, Pasir Mas Mudir : Ustaz Hj Hamdan b Hj Abdullah013-9754428010-5488455
3.Madrasah Muhammadiah,Pondok Sungai Durian,18000 Kuala Krai Mudir : Ustaz Hj Bunyamin b Hj Abdul Rahman  09-9664161 (P)014-8363449 
4.Madrasah Yusufiah,Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas Mudir : Tuan Guru Hj Awang Yusuf 014 -5145943019-9165134
5.Madrasah Ar-Rahmaniah,Pondok Neting,Kg Neting, TumpatMudir : Ustaz Muhamad Norhakimi b Mat Saat 014-5075528
6.Madrasah Dakwah Islamiah,Pondok Seri Permai Seligi,Kg Permatang Sungkai,16800 Pasir Puteh Mudir : Ustaz Arfan b Abdul Hamid 012-69654430136393678 
7.Madrasah Fununiah Tunjuniah,KM 7 Jln Kuala Krai, 16010 Mulong,Kota Baharu Mudir : Ustaz Yusuf b Ismail 09-7126708 (P)016-9381870
8.Pondok Berangan,Kampung Berangan, 16200 Tumpat Mudir : Tuan Guru Hj Muhammad b Hj Ali 011109774680179125326 
9.Madrasah Muhammadiah,Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu Mudir : Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti b Hj Muhamed 012 9845040019-9060874 
10. Madrasah Raudhatul UlumPondok Kg Lawang,Batu Gajah, 17510 Tanah MerahMudir : Ustaz Nus b Sulaiman 013 -9817321
11.Madrasah Darul Ilmi,Pondok Bukit Gading,17500 Tanah Merah Mudir : Yb Ustaz Hj Mohamed b Awang 019-9531242019-9272388 
12.Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh Mudir : Ustaz Wan Rosli b Ibrahim 0111059481101111030175
13.Madrasah DiauddinPondok Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang Mudir : Ustaz Hj Abdullah Zawawi b Muhamad 019-9578612014-5276431 
14Kulliyah Pondok Darul NaimKg Terusan Limbat, 16150 Pasir Tumboh, Kota Baharu Syeikh : Ustaz Hj Wan Ali Syabramallisi b Hj Wan Mohamed 013-9818773
15Pondok Ihya’ al-UlumD/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-QiraatJalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan Mudir : Ustaz Subki b Abdul Rahman 019-939418509-7905477019-9594208  
16Pondok Darul Ihya’Kg Kekabu, Joha17200 Lemal, Pasir Mas Mudir : Ustaz Bashir b Abdul Rahman  01482453520129488432
17Madrasah Daril-Nnaim,Kampong Kubang Bongor,16400 Melor, Kota Bharu Mudir : Ustaz Wan Alauddin b Wan Ahmad 012900974501116843217  
18Pondok Haji Yaakub Samba,Lot 1383 Kg Cherang Tuli,Mukim Padang Pak Amat,16800 Pasir Puteh, KelantanMudir : Ustaz Imran b Hussain 013-9594146
19Madrasah al-Badriah,Pondok Kampung Jal Besar16210 Tumpat Ustaz Saiful Baharin b Che Ali01129464922019-9531325
20Pondok Tahfiz Kg Padang Bongor,Kg Belimbing,17500 Tanah MerahMudir : Ustaz Md Zilizam b Sibaweh 019-9244157014-5266923
21Madrasah Khairu UmmahTaman Tarbiyah Chengal Batu,16800 Pasir Puteh, KelantanMudir : Ustaz Nik Mohd Nazimudddin b Nik Ibrahim 0129463992
22Madrasah Ribat al-FatahKampung  Air Terjun,Tok Bali16700 Semerak, Pasir Puteh,  Mudir : Ustaz Osman b Muhammad 01140772036
23Madrasah Tarbiah al-AuladPondok Sungai Kenerong, Kg Stong18200 Dabong, Kelantan Mudir : Ustaz  017-9635644017-9238237
24Ma’ahad al-Ghonna’,Pondok Kampung Padang Pak Amat16800 Pasir Puteh, KelantanMudir : Ustaz Mohd Quawes al-Khurony b Mohd Nordin  013-6082240
25Pondok As-SyakirinKg Dalam Huma, Bukit Awang,16800 Pasir PutehUs Johar b Che Harun019-9092066
26Madrasah Mahmudiah,Kg Lubuk Raja, Mukim Teliar, Bunut Susu,17020 Pasir Mas, KelantanUstaz019-9995179
27Madrasah Ihya’ UlumuddinKg Berangan, Selising16810 Pasir Puteh, KelantanUstaz Mohamed Khairudi b Mohamed Alwi019-980321901118520958
28Pondok al-MunawwarahKg Padang Lati, Jelawat, BachokUs Mohd Rapi b Mohd Nor0133962192
29Pondok Tarbiah At-ThaqafahKg Bukit Batu, Bechah Salak18000 Kuala KraiUs Soleh   011108264200136420460
30Pondok Meheliah Geting,Kg Tebing,16080 Pengkalan Kubor,  TumpatMudir : Ustaz Nik Mahyuddin b Nik Ismail 011-19481297
31Madrasah Ribat ThohaLot 1022, Kampung Wakaf, 16800Pasir Puteh, Kelantan Us Muhammed Zuhairi b Razali  014-8049468
32Pondok al-Ulum al-QamariyyahKg Air Cina, Batu 10, Jalan JedokTanah Merah, Kelantan Ustaz  Affandi b Isa01114937726
33Madrasah Ribat al-AhmadiahLot 1002 Kampung Tegayong, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan Ustaz Mohd Zainal Abidin b Hj Ab Kadir0179781610
34Madrasah Darul AbidinLot 1732, Kampung Bunut Rendang, Mukim Serdang, 16400 Melor, Kelantan Ustaz Zainal Abidin b Daud0108704013
35Pondok al-QuraniahSungai Setir, Mukim Kg Pasir Dusun17600 JeliUs Hassan bin Husin01120680169
36Madrasah IslahiyyahPondok Kuin PasirJelawat, BachokUs Hj Zulkarnain b Haron010-6523387
37Pondok Hajarul AswadKampung Batu Hitam16800 Pasir PutehUs Mohd Amirul Amin b Azini017-9508113
38Madrasah Darul MuttaqinKg Muhajirin, Jalan Kandis16800 Pasir Puteh, Kelantan Mudir : Ustaz Mohamad Lias b Jalil013-9805219
39Madrasah Darul UlumPondok Belida,Kg Bukit Gedombak, Pasir PutehMudir : Us Zakhir b Zakaria011-19813776
40Madrasah Darul MuttaqinPondok Lepan Bola,Batu Gajah, 17510 Tanah Merah Mudir : Ustaz Anuar b Othman 019-9071879
41Pondok Ad-Diniah al-IsmailiahLot 321 , Kampung Bukit Tanah, Selising, Pasir PutehDr Hj Nawi @Mohd Nawi b Hj Ismail01991795550139642547
42Pondok Manarul UmmahLot 722 , kampung Bukit Akal, 16810 Selising, Pasir PutehHj Yaakob b Wan Harun019-2257364
43Pusat Pengajian Pondok al-BarokahLot 600, Kampung Lubok Buloh, Mukim Bendang Nyior, 17500 Tanah Merah, KelantanUs Mohd Ikhwan b Wan Adnan011-12940081
44Pondok Hidayah 2, Batu 30
18500 Machang, Kelantan
Ustaz Ghazali b Isa019-9927084
45Madrasah Diniah IhsaniahPondok Hutan PasirLot 2319 Kg Hutan Pasir,Tal Tujuh17030 Pasir Mas, Kelantan Us Wan Abdullah b Wan Muhammad013-9745774017-9300558
46PONDOK TENGKU AHMAD PANGLIMA RAJAKampung Sungai Bayu Mukim Paloh 18300 Gua Musang, KelantanMayusoh Ngohsani017-4637279
47PONDOK AHMADINo.129C Lorong Imam Tua, Kg. Pondok Baharu Padang Siam 17500 Tanah Merah, KelantanDr.Mohd Zawawi Bin Mohamad0139828696
48PONDOK AS SOHABAHMasjid Al Rahim Kok Lanas 16450 Ketereh Kota Bharu KelantanMohd Nor Al Hafidz Bin Mohd Hussin0148251129
49PONDOK TUAN GURU HAJI ISMAIL BAGINDALot 1285 , Kampung Jenereh  , Kubang Gadong  , Batu 4  , Jalan Meranti , 17000 Pasir Mas KelantanMohamad Nor Al Baihaqi Bin Abdul Hamid0111035451/0139157390
50PONDOK AL HASIBINKampung Teratak Pulai Jelawat 16070 Bachok KelantanMuhamad Zulkifli Bin Abdul Rahman01121215936
51PONDOK DARUL ULUM AN NAJAHLot 3480 Kg Tandak, Machang Kelantan Kasyfurrahman bin Ashary013-6365951
52PONDOK DARUL KAUTSARLot 682, Kg. Kuchelong, 16030 Jelawat, Bachok, Kelantan.Us Muhammad bin Md Asri‘0189096472
53PONDOK HIDAYAH BAMBOORAJAWALILot 549 Jalan Atas Parit AirmKampung Pangkal Kala, 17020 Pasir Mas, KelantanYahya0179055612
54PONDOK TOK SELEHOR (YAYASAN DARUL HANAN)Lot PT 518, Kg Kok Pasir,16040 Palekbang, TumpatFazli01161069587
55PONDOK ANZ AL-HASYIMI NUSANTARA,47 Kampung Bukit Kechik, Padang Raja, Melor, 16400 Kota BharuNazrol0199452359

Faedah fahami tanda kiamat

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

Apakah faedah memahami dan mengkaji tanda-tanda kiamat?

Memahami dan mengkaji tanda-tanda kiamat mempunyai faedah yang sangat besar. Maklumat berkaitan tanda-tanda kiamat ini tidak sekadar ilmu yang datang berkala di sebalik sesuatu fenomena atau bencana. Tetapi merangkumi perjalanan kehidupan keseluruhan. Faedah memahami dan mengkaji tanda-tanda kiamat ini telah disebut dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”  (Surah al-Baqarah ayat 3)

Perkataan ghaib merujuk kepada perkara atau benda yang tidak dapat dilihat. Ini termasuk percaya kepada Allah, malaikat, kitab-kitab Allah, nabi dan rasul, Hari Kiamat dan Qada dan Qadar.

Adakah tanda-tanda kiamat merupakan salah satu daripada perkara ghaib?

Percaya kepada Hari Kiamat dan tanda-tanda kiamat merupakan perkara ghaib yang wajib diyakini. Tanda kiamat ini merangkumi tanda kiamat kecil dan tanda kiamat besar. Terdapat juga tanda yang telah berlaku seperti terutusnya Baginda Nabi SAW, pembelahan bulan dan kewafatan Baginda SAW. Tanda yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku seperti kemunculan nabi palsu. Tanda yang sedang berlaku dan akan berlaku seperti pembinaan bangunan tinggi. Dan tanda yang akan berlaku seperti tanda besar kiamat.

Adakah Baginda Nabi SAW mengetahui bila kiamat akan berlaku?

Rasulullah SAW berkata-kata berdasarkan wahyu daripada Allah SWT dan bukan daripada akal sebagaimana manusia biasa. Setiap pengetahuan Baginda adalah petunjuk daripada Allah dan bukan rekaan atau tekaan semata-mata.

Masa dan saat yang tepat berlakunya kiamat tidak dinyatakan oleh Baginda Nabi SAW, namun banyak hadis merakamkan tanda-tanda yang akan memperlihatkan kebenaran Nabi SAW tersingkap. Maka tanda secara umum ini bertujuan agar semua manusia sentiasa bersedia menghadapi saat kiamat tiba. Allah SWT berfirman maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun – melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk mengetahui sebahagian daripada perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).” (Surah al-Jinn ayat 26-27)

Adakah dengan memahami tanda-tanda kiamat akan menghapuskan pemahaman terhadap teori konspirasi?

Apabila seseorang berpegang dengan al-Quran dan hadis, maka pasti dia dapat menghapuskan banyak kekeliruan yang membelenggu pemikiran khususnya apabila melibatkan teori konspirasi seterusnya dapat membezakan perkara yang benar dan palsu.

Sebagai contoh, kita disajikan dengan keadaan fizikal Dajjal yang bermata satu di tengah-tengah, sedangkan Nabi SAW telah menjelaskan keadaan Dajjal sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: Daripada Abdullah ibn Umar RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Ketika aku sedang tidur, aku melihat diriku bertawaf di Kaabah. Tiba-tiba (aku melihat) seorang lelaki yang berkulit sawo matang, berambut lurus (berada) di antara dua lelaki. Kepalanya (seperti) menitiskan air. Aku bertanya: ‘Siapakah orang ini?’ Mereka menjawab: ‘(Isa) putera Maryam.’ Kemudian aku menoleh dan (melihat) seorang lelaki berkulit merah, bertubuh besar, berambut keriting, cacat mata kanannya, seakan-akan matanya seperti sebutir anggur yang menonjol keluar. Aku berkata: ‘Siapa ini?’ Mereka berkata: ‘Ini ialah Dajjal!’ Orang yang paling mirip dengannya ialah Ibnu Qathn.'” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagaimanakah sumber rujukan utama yang perlu disandarkan?

Apabila ingin memahami tentang tanda-tanda kiamat, asas utama yang perlu dilihat adalah sumber rujukan yang benar berasaskan al-Quran dan hadis yang sahih. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunah Nabi-Nya.” (Hadis Riwayat Imam Malik)

Allah SWT berfirman maksudnya: “Katakan tidak seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui apa yang tersembunyi kecuali Allah. Dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan.”  (Surah al-Naml ayat 65)

Oleh itu, sekiranya sesuatu maklumat yang dikongsi meragukan dan banyak unsur yang luar biasa (mistik) tanpa rujukan dan dalil yang jelas, maka maklumat itu secara jelas tertolak.

Sekiranya sesuatu maklumat diragui, bagaimanakah cara untuk memahaminya?

Apabila sesuatu maklumat yang diperoleh mempunyai keraguan atau kurang jelas, kita perlu bertanya kepada orang yang lebih arif tentang ilmu tersebut. Mereka itu adalah alim ulama yang mendalami dan meneliti perkara tersebut.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahluz Zikri jika kamu tidak mengetahui.”  (Surah al-Anbiya’ ayat 7)

Dalam hal ehwal tanda kiamat ini, wajib bagi seseorang yang mempunyai persoalan untuk bertanya terus kepada mereka yang betul-betul pakar dan bukan bertanya pada mereka yang bukan dalam bidang kajian Hari Kiamat walaupun seseorang itu agamawan. Perkara ini bagi mengelak berlakunya tokok tambah dalam penceritaan sehingga maklumat yang sepatutnya sahih menjadi porak peranda.

Adakah boleh meletakkan sesuatu bencana atau peristiwa dengan tanda kiamat?

Banyak peristiwa yang berlaku dahulu dan kini sering kali dikaitkan dengan tanda kiamat. Kita sering mendengar, asap tebal disebabkan jerebu adalah ‘dhukhan’, virus Covid-19 juga adalah tanda kiamat dan banyak lagi peristiwa dan malapetaka yang kita sandarkan terus kepada tanda dan hampirnya kita dengan kiamat.

Tanda-tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Baginda Nabi SAW adalah bersifat umum dan tiada garis masa tertentu kecuali beberapa peristiwa yang telah berlaku. Oleh itu, tidak boleh kita katakan sesuatu peristiwa itu adalah tanda kiamat yang telah tetap kerana mungkin juga perkara yang sama telah ada pada masa lalu dan akan menjelma pada masa akan datang.

Sebagai contoh apabila kita melibat pembinaan bangunan pencakar langit yang tinggi, Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan.”  (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan maksud berlumba-lumba dalam meninggikan bangunan ialah apabila seseorang mendirikan bangunan, maka akan ada yang lain ingin membina bangunan yang lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Perkara ini akan berterusan sehingga saat terhenti apabila kiamat tiba.

Maka sekiranya kita melihat kepada trend pembinaan bangunan pencakar langit pada hari ini, adakah bangunan tersebut akan terhenti pembinaannya apabila mencapai ketinggian tertentu? Atau sekiranya sesebuah negara telah membina bangunan pencakar langit, negara lain sudah tidak boleh membinanya?

Jadi situasi ini adalah mustahil bahawa ia telah muncul dan terhenti. Maka benarlah sabda Baginda, tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi yang merujuk kepada persaingan yang tidak akan diketahui bilakah noktah pengakhirannya.