• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,251,262 orang
  • Kandungan Blog

‘Hikmah Di Sebalik Ujian Banjir’

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Dalam khutbah bertajuk Hikmah Di Sebalik Ujian Banjir itu, khatib turut mengingatkan orang ramai supaya terus melakukan kawalan kendiri dengan sebaiknya bagi mengelakkan terdedah kepada bahaya wabak penyakit kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Beliau berkata, walaupun Allah SWT menguji hamba-Nya dengan bermacam bentuk ujian, sama ada ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, kunci utama bagi menghadapi ujian itu ialah sabar.

Katanya, sabar adalah satu sifat mahmudah dan menjadi senjata paling ampuh dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan.

“Orang yang sabar menghadapi kesusahan dan kepayahan hidup dengan hati yang tenang, berlapang dada, tidak berputus asa, tidak mudah menyerah kalah dan tidak menyangkal akan segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT ke atasnya.

“Ingatlah, ujian itu adalah fitrah dalam kehidupan kerana dengan ujianlah boleh menjadikan diri kita lebih tabah, lebih sabar dan lebih mengenal kekuasaan serta kebesaran Allah SWT.

“Setiap ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu adalah yang terbaik buat hamba-Nya,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, peristiwa banjir yang berlaku baru-baru ini menunjukkan manusia adalah makhluk yang sangat lemah dan bergantung harap kepada pertolongan Allah SWT.

Katanya, peristiwa itu juga bertujuan menguji sikap manusia sebagai orang Mukmin dalam menghadapi ujian-Nya.

“Bukan masanya mencari salah dan menuding jari, sebaliknya kita berusaha untuk membantu semampu mungkin mangsa yang terjejas.

“Ramai yang menjadi mangsa dan banyak rumah yang rosak akibat banjir itu, yang turut meragut nyawa,” katanya.

Beliau berkata, setiap musibah yang berlaku juga adalah peringatan daripada Allah SWT supaya manusia sentiasa mengingatinya, melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.