• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,260,121 orang
  • Kandungan Blog

Berbaloi lelah cari reda Allah demi akhirat

Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin

TUGAS seorang umat Islam di atas dunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah mencari keredaan-Nya menerusi jalan perhambaan dan sentiasa mengejar kebaikan sama ada sesama manusia mahupun dengan makhluk lain termasuk binatang sekali pun.

Sebagai Mukmin, misi utama kita semua adalah mencari keredaan dan usaha itu perlu dilakukan tanpa mengenal lelah.

Kehidupan di dunia ini adalah sementara dan lelah mencari keredaan daripada Tuhan Pencipta Alam adalah sangat berbaloi demi kehidupan abadi di akhirat.

Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta terus takut dan mereka pula sentiasa khusyuk kepada kami.” (Surah al-Anbiya’, ayat 90)

Mukmin yang berhemah tinggi tidak sedia menerima kedudukannya pada tempat yang rendah, dia sentiasa berusaha mendapat tempat yang tinggi dan dihormati.

Dunia ini pada hakikatnya tempat Mukmin berlumba menuju kemenangan, kejayaan dan kecemerlangan.

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: “Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada, ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya akan jadi penggantinya dan berinteraksilah sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Ia jelas memberi gambaran setiap daripada kita seharusnya sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan meneladani keperibadian Baginda SAW dalam menyantuni kawan serta lawan dengan penuh hikmah.

Pendekatan itu secara tidak langsung akan memikat hati orang bukan Islam untuk mempelajari nilai positif yang ditampilkan sekali gus meramaikan umat Nabi SAW.

Mukmin itu terbahagi kepada dua golongan iaitu Mukmin yang kuat, teguh dan tulen imannya manakala golongan kedua adalah mukmin yang lemah imannya.

Sesungguhnya, Mukmin yang kuat serta teguh imannya ialah Mukmin yang bukan saja beriman kepada Allah SWT dengan hati serta mengakui secara lisan, bahkan melaksanakan segala perintah Allah SWT serta menjauhi segala larangan-Nya.

Manakala Mukmin yang lemah imannya pula ialah orang mukmin yang sekadar percaya iaitu beriman kepada Allah SWT dengan hatinya, mempercayai dan membenarkan adanya Allah SWT, mengakui dengan lisan dengan mengucap dua kalimah syahadah, tetapi cara hidup dan tingkah laku mereka bercanggah dengan akhlak dan syariat Islam.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Orang Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Imam Muslim).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: