FB Live Pengajian Kitab Az-Zawaid Al-Kamilah (Tauhid)

Makluman bahawa Kelas Live FB Pengajian Kitab Az-Zawaid Al-Kamilah (huraian kitab Bakurah Al Amani) akan dibaca oleh penyusunnya iaitu Us Anuar Muai

jam 2.30 petang Ahad – Khamis

harga kitab RM17 (tidak termasuk pos)

#liveFBpondokpasirtumboh

#kelaskitabonline

#Allahjagakita

Soalan lazim pasal pondok

Soalan lazim berkenaan pengajian Pondok

1. Jika saya tak ada asas jawi dan al-Quran boleh ke masuk pondok? Jika saya bukan daripada aliran agama bolehkah saya nak belajar kat pondok?
– Boleh asalkan mahu belajar

2. Jika umur saya lebih 20 tahun bolehkah masuk pondok?
– Boleh kerana pondok ni terima pelajar bujang, kelamin dan warga emas selagi mereka mampu berdikari ketika belajar

3. Adakah pihak madrasah sediakan pondok tempat duduk kepada pelajar yang baru masuk?
– Bagi pelajar bujang lelaki dan perempuan maka pihak pejabat akan urus tempat tinggal.
– Manakala bagi pasangan kelamin dan warga emas kena datang cari sendiri pondok sewa sekitar kawasan madrasah samada melalui bantuan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan ATAU datang sewa rumah tumpangan yang berhampiran untuk datang cari sendiri pondok sewa kemudian apabila sudah jumpa tempat tersebut maka mereka pulang ambil barang keperluan sebelum menyelesaikan proses pendaftaran

4. Adakah pengambilan pelajar baru dibuka sepanjang tahun?
– Daftar baru dibuka setiap Sabtu dan Ahad dalam tempoh sebulan selepas buka dari cuti penggal

– Cuti penggal madrasah telah ditetapkan sebagaimana berikut :
Penggal pertama – bermula 2 hari sebelum hari raya haji hingga 15 Zulhijjah
Penggal kedua – bermula pada 15 Rabiul Awal hingga 29 Rabiul Awal .
Penggal ketiga – bermula 15 Sya’ban hingga 15 Syawal

CUMA SEPANJANG PKP MAKA TARIKH BUKA BERGANTUNG KEPADA IZIN MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN

5. Boleh ke jika saya hanya nak masuk belajar kat pondok sekadar sebulan atau 2 bulan sempena cuti sekolah/cuti IPT atau tengah tunggu keputusan SPM/STPM/STAM
– Boleh selagi masih ada kekosongan tempat tinggal iaitu terhad 50 lelaki dan 20 perempuan sahaja dalam satu-satu masa

6. Jika saya hanya nak datang belajar hujung minggu sahaja macamana saya boleh lakukan
– Jika ulang alik tak ada masalah dan tak perlu daftar hanya datang belajar sahaja
– JIka rumah jauh boleh sewa bilik penginapan sekitar kawasan madrasah untuk datang belajar

7. Bila sudah bawa semua dokumen yang tertera di albakriah.wordpress.com adakah saya boleh terus daftar masuk belajar
– Ya boleh daftar dan terus masuk belajar

8. Jika ibubapa saya tak dapat datang adakah boleh saya datang daftar seorang diri sahaja?
– Sebaiknya bawa waris terdekat bersama sebagai penjamin bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah terutama perkara kecemasan

Utamakan pemberian kepada ahli keluarga

Anas berkata: “Abu Talhah adalah penduduk asal Madinah. Beliau mempunyai kebun kurma yang banyak. Antara kebun-kebunnya itu, yang paling disukainya adalah kebun Bairuha, yang berdepan dengan Masjid Nabi di Madinah. Nabi Muhammad SAW suka masuk ke kebun itu dan minum air telaganya yang nyaman.

Kata Anas lagi: Ketika turun ayat suci yang bermaksud: Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehinggalah kamu menafkahkan apa yang kamu sayangi. Abu Talhah bangun dan melangkah mendekati Nabi Muhammad SAW lalu berkata: Wahai utusan Tuhan, Allah menerangkan: Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehinggalah kamu suka menafkahkan apa yang kamu sayangi. Percayalah, harta yang paling saya sayang adalah kebun Bairuha. Dengan ini saya sedekahkan kebun saya itu bagi kepentingan agama Allah. Saya mengharapkan kebaikan dan sebagai simpanan di sisi Allah. Wahai utusan Allah, gunakanlah kebun itu seperti mana yang Allah beritahu tuan.

Dahulukan keluarga

Nabi Muhammad kemudian bersabda: Sungguh! Kebun itu adalah harta yang banyak keuntungannya. Saya sudah mendengar apa yang saudara katakan. Pada pendapat saya, sebaiknya kebun itu saudara sedekahkan kepada kaum keluarga saudara. Abu Talhah menjawab: Baiklah, wahai utusan Allah, saya akan lakukan itu. Selepas itu Abu Talhah membahagikan kebun Bairuha kepada keluarga dan anak saudaranya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalan bersedekah kerana Allah SWT memang digalakkan, tetapi adalah lebih baik jika pemberian itu diberikan kepada ahli keluarga dan saudara mara yang sangat memerlukan bantuan kita.

Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dilewatkan ajalnya, hendaklah dia mempereratkan ikatan kekeluargaannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)