• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,190,296 orang
  • Tetamu Online

Puasa sunat hari Arafah

Kita akan menymbut kedatangan 9 Zulhijjah. Jangan lupa tandakan Isnin depan sebagai hari untuk kita berpuasa sunat hari Arafah. Puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah di tanah haram, merupakan hari jamaah Haji melaksanakan wukuf di Arafah. 

Sebahagian para ulamak dalam mazhab Syafie dan Maliki berpendapat puasa sunat ini menurut tarikh 9 Zulhijjah di negara masing-masing. Kelebihan puasa sunat ini dapat menghapuskan dosa-dosa selama setahun sebelum dan setahun selepasnya. Ini berdalilkan Hadis daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ 

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”

(Sunan al-Tirmizi, no.680, Hadis Hasan).

Para ulamak memberikan pandangan bahawa yang dimaksudkan dengan dihapuskan dosa-dosa setahun sesudahnya itu bermaksud diberikan taufik kepada seseorang itu dengan melakukan amalan-amalan soleh dan banyak bertaubat.

Ini bagi mengelakkan tanggapan yang salah bahawa seseorang boleh melakukan maksiat sesudah berpuasa pada hari Arafah pada tahun itu dengan adanya jaminan penghapusan dosa. Antara dalil lain mengenai kelebihan puasa sunat Arafah ialah diriwayatkan juga daripada salah seorang isteri Nabi S.A.W:

أَﻥّ اﻟﻨَّﺒِﻲ ﺻَﻠّﻰ اﻟﻠﻪُ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛَﺎﻥَ ﻻ ﻳَﺪَﻉٌ ﺻِﻴَﺎﻡَ ﺗﺴﻊِ ﺫِﻱ اﻟﺤِﺠّﺔِ

“Bahawa Nabi S.A.W tidak meninggalkan puasa 9 Zulhijjah.”

(Sunan Abu Daud, no.2438)

Selain puasa pada hari tersebut, kita juga digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau memperbanyakkan puasa sunat secara mutlak bermula awal bulan Zulhijjah.

Adapun pada pada hari Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah pula dilarang kita berpuasa, bahkan dianjurkan pula untuk makan dan minum serta bersedekah daging korban kepada fakir miskin. Manfaatkan kesempatan yang ada untuk kita beribadah sebanyak-banyaknya. Jangan lupa ajak sekali ahli keluarga untuk berpuasa bersama-sama nanti

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: