• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,204,994 orang
  • Tetamu Online

Sukatan Pengajian

SUKATAN PELAJARAN

      Pondok merupakan institusi pengajian yang memperkenalakn pengajian kitab turath kepada masyarakat. Sukatan pelajaran yang diwarisi turn temurun merupakan khazanah yang dipusakai hingga ke hari ini.

Khazanah ini terdiri dari mutiara-mutiara ilmu yang berbagai-bagai aneka ilmu pengentahuan, sehingga ianya akan menghasilkan seorang pelajar yang lengkap dengan pengentahuannya kelak.

Sebagai kelas pengajian tradisional ilmu, ianya tidak dapat lari dari pelajaran asas agama seperti syari’ah, usuluddin dan tasawuf. Tida serangkai yang tidak dapat diceraikan lagi dari bidang keilmuan.

Di antara sukatannya ;

1.   Fekah

Antara kitab fekah yang diajarkan di sini ialah kitab jawi dan arab. Antaranya kitab Matla’in Badrain, Mushalli, Wisyahul Afrah, jawahir as-saniah dan lain-lain. Sementara kitab arabnya seperti Fathul Mujib, Fathul Mu’in, Iqna’, Mahalli, Fathul Wahhab dan sebagainya.

2.   Nahu

Antaranya, Matan Ajrumiah, Mukhtasar, Ashmawi, Syeikh Khalid, Suzur al-zahabi, Qatrul Nada dan lain-lain.

3.   Soraf

Antaranya, Matan Bina’ wal asas, Matan Maqsud, Matan ‘Izzi, al-Kailani dan lain-lain lagi.

4.   Tafsir.

Antaranya, Tafsir Juz Amma, al-Jalalain, al-Nasafi, Ibnu Kathir dan sebagainya.

5.   Hadis.

Antaranya seperti kitab, Matan Arba’in, Bulughul Maram, Riyadhuh Shalihin, Sunan Sittah dan lain-lain.

6.   Usuluddin.

Antaranya seperti, Matan Ummi Barahim, Kifayah al-Awwam, Fath Majid, Dusuki, Aqidatul Nasafiah dan sebagainya.

7.   Tasawuf.

Antara kitab yang diajar, Penawar Bagi Hati, Siyarus Salikin, Hidayatul Salikin, Minhajul ‘Abidin, Hikam dan lain-lain.

Di samping itu terdapat banyak lagi sukatan dan kitab pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar di pondok ini. Paparan ini sekadar sebutan selayang pandang untuk mengambarkan sukatan pelajaran yang terdapat di sini agar ianya dikenali oleh masyarakat luar.

Aneka pelajaran yang diibaratkan sebuah lautan yang dalam menjadikan pondok sentiasa dikunjung tiba. Tanpa merasa jemu pelajar akan terus menerokai khazanahnya untuk memungut mutiara ilmu yang tak ternilai harganya dengan wang ringgit.

Syurga, neraka kekal

Oleh Ustaz Hafiz Za’farani

Dalam ruangan kali ini, saya hendak merungkai suatu kekeliruan yang sering dilontarkan kepada golongan Asyairah yang dikaitkan dengan suatu ajaran yang dikenali Jahmiyyah. Jahmiyyah adalah golongan yang mengikuti ajaran Jahm bin Sofwan yang meninggal pada 131H. Ajaran Jahmiyyah tidak memenuhi kriteria fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun, terdapat golongan tertentu cuba mengaitkan Asyairah dengan Jahmiyyah bagi menumbuhkan keraguan terhadap prinsip akidah yang diajarkan Asyairah. Secara umumnya, Asyairah mewakili golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diakui majoriti umat Islam melebihi 1,000 tahun. Maka, golongan Jahmiyyah adalah golongan lain yang tidak termasuk dalam manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan ulama yang mengarang kitab yang menerangkan pembahagian kumpulan dalam Islam seperti Imam Abu Mansur Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Farqu Baina Al-Firaq mengasingkan fahaman Jahmiyyah daripada fahaman Asyairah.

Seterusnya, kita akan melihat perbezaan golongan Asyairah dan Jahmiyyah secara terperinci dalam beberapa isu akidah. Antara yang paling jelas golongan Jahmiyyah mengatakan syurga dan neraka tidak akan kekal, bahkan akan dibinasakan kelak. Fahaman ini separuhnya sama seperti Ibnu Taimiyyah yang mengatakan neraka sahaja akan binasa. Namun, fahaman Jahmiyyah dan Ibnu Taimiyyah ini kedua-duanya ditolak sama sekali oleh Asyairah kerana akidah kita berpegang syurga dan neraka itu kekal selama-lamanya seperti yang disebutkan dalam kitab Syarah Jauharah At-Tauhid. Berdasarkan kenyataan ini, akidah Asyairah sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan golongan Jahmiyyah.

Selain itu, Jahmiyyah juga berkeyakinan seperti Jabbariyyah yang mengatakan manusia tiada ikhtiar pada hakikat kerana semua yang dilakukan manusia adalah daripada Allah. Sedangkan diketahui umum setiap daripada kita ada ikhtiar yang Allah berikan pada makhluk jin dan manusia. Oleh itu, pada saat ini kita boleh pilih untuk meneruskan membaca penulisan ini atau tidak. Itu adalah pilihan yang Allah berikan dan ia terhasil dengan izin-Nya. Oleh itu, apa-apa yang kita pilih sesuai dengan perintah Allah maka akan diberikan ganjaran pahala dan apa yang bersalahan dengan perintah-Nya akan diberikan dosa. Oleh itu, kita bertanggungjawab atas segala pilihan kita, hal ini  yang menyebabkan di akhirat nanti seseorang itu akan mendapat ganjaran syurga atau neraka. Jelaslah akidah Asyairah tidak sama dengan Jahmiyyah.

Antara perkara yang menjadi perbezaan yang jelas antara golongan Asyairah dan Jahmiyyah ialah pada sifat maknawiyyah. Ulama Asyairah daripada zaman Imam Sanusi sehingga sekarang semuanya mengithbatkan sifat maknawiyyah yang tujuh. Namun Jahmiyyah menafikan sifat kaunuhu hayyan (keadaan Allah bersifat hidup) dan kaunuhu aaliman (keadaan Allah bersifat ilmu). Sedangkan ulama Asyairah mengatakan orang yang menafikan sifat maknawiyyah boleh rosak akidahnya kerana sama seperti menafikan al-Quran yang menyabitkan sifat terbabit. Pada masa sama, Jahmiyyah juga menafikan keadaan Allah berkata-kata kerana pada sangkaan mereka berkata-kata itu adalah sifat makhluk, maka tidak boleh dinisbahkan pada Allah. Sebaliknya, Asyairah menyabitkan sifat kalam (ma’ani) dan sifat keadaan Allah bersifat kalam (maknawiyyah). Hal ini jelas dikhabarkan dalam al-Quran bahawa Allah berkata-kata dengan Nabi Musa dan malaikat-Nya. Semua fahaman Jahmiyyah di atas sangat bercanggah dengan pegangan golongan Asyairah.

Lebih jauh lagi, Jahmiyyah menyatakan ilmu Allah itu baharu. Maksudnya Allah tidak mengetahui perkara yang akan berlaku sehingga ia berlaku. Contohnya, Jahmiyyah mengatakan Allah tidak mengetahui selepas tuan-tuan baca akhbar, apa yang akan tuan lakukan melainkan lepas ia dilakukan barulah ada dalam ilmu Allah. Hal ini sangat bercanggah dengan pegang akidah Asyairah seperti dalam kitab Ad-Dur Al-Farrid yang menyatakan takluk ilmu Allah ialah mengetahui hakikat yang sebenar, terperinci tanpa ada yang tersembunyi dan meliputi perkara yang ada atau yang tiada, yang lalu, yang sedang dan yang akan datang, yang tersembunyi dan yang nyata. Tiada sesuatu pun yang terlepas daripada pengetahuan Allah SWT. Kenyataan ini jelas menunjukkan Asyairah tidak berpegang dengan ajaran Jahmiyyah.

Isu paling besar yang dikaitkan Asyairah dengan golongan Jahmiyyah ialah dalam bab sifat Allah terutama pada sifat khabariyyah seperti istiwa’, yad, wajh dan lain-lain. Asyairah mentakwilkan sifat khabariyyah yang boleh menimbulkan keserupaan Allah Taala dengan makhluk tanpa menafikan sifat terbbait kerana ia jelas dikhabarkan dalam al-Quran dan hadis. Pentakwilan yang dibuat sekadar pentafsiran mengikut disiplin ilmu yang ketat dan tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Hal ini kerana sifat khabariyyah itu adalah kalimah musytarak yang merupakan satu kalimah dengan beberapa makna seperti istiwa yang mempunyai 12 makna dan yad mempunyai tujuh makna. Maka makna yang sesuai itu mesti dipilih sebaik mungkin kerana berkait dengan penisbahan kepada Allah SWT. Pemilihan makna yang sesuai ini dinamakan takwil iaitu istiwa dengan makna menguasai dan yad dengan makna kekuasaan. Pentakwilan seperti masih mencakupi syarat tafsir dan sesuai dengan kepelbagaian maknanya. Berbeza dengan golongan Jahmiyyah yang terus menafikan sifat khabariyyah itu yang secara tidak lansung seperti menafikan ayat al-Quran itu sendiri. Sikap seperti ini tidak ada dalam pegangan dan pengamalan Asyairah. Oleh itu, tidak boleh mengkaitkan Asyairah dengan Jahmiyyah dalam isu ini. Namun, musuh Asyairah sering berzikir bahawa Asyairah itu pondan Jahmiyyah dalam isu ini tanpa hujjah yang kuat melainkan ungkapan yang dibuat semata-mata untuk menipu pengikut mereka. Jika diteliti dengan ilmiah dan saksama, maka kita akan dapati Asyairah tidak berpegang dengan kaedah yang dibuat oleh Jahmiyyah yang bermudah-mudah menafikan sifat khabariyyah yang mememang sabit dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, jelaslah Asyairah tidak sepakat dengan Jahmiyyah dalam isu ini.

Kesimpulannya, Asyairah adalah pegangan yang mewakili akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang diajarkan Rasulullah SAW dan sahabat. Oleh itu, Asyairah tidak mengambil mana-mana ajaran yang terseleweng sebagai perinsip akidah mereka. Ulama Asyairah terdahulu sehingga sekarang banyak mengarang kitab untuk menolak ajaran yang tidak berpaksikan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah, Wahhabi, Jahmiyyah, Qadariah, Jabbariyyah, Murjiah dan lain-lain. Bahkan Asyairah juga golongan terkedepan dalam menangani kerosakan akidah yang dibawa golongan liberalisme, pluralisme, radikalisme, sekularisme dan semua ajaran moden yang boleh memesongkan akidah umat Islam. Bersyukurlah kerana kita hidup di negara yang jelas menyatakan akidah umat Islam yang rasmi dalam negara ini ialah Asyairah dan Maturidiah.

Penulis Setiausaha Muzakarah Hadis dan Syariat (Muhadis)