• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,198,147 orang
  • Tetamu Online

Zulhijjah himpun 2 ibadat besar

Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah

SEKARANG kita sudah memasuki Zulhijah dan merayakan Aidiladha. Kita bersyukur kepada Allah SWT diberikan taufik dan hidayah serta nikmat kesihatan terutama nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam kerana masih berpeluang berada pada bulan terakhir dalam kalendar Islam pada 1442H. Padanya terdapat dua ibadat yang besar iaitu korban dan haji.

Sepuluh awal pada bulan ini diberikan kemuliaan dan kelebihan yang dirakam di dalam al-Quran pada surah al-Fajr ayat 1 dan 2 bermaksud: “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta) hari dalam Zulhijah.”

Majoriti ahli tafsir mengatakan maksud 10 malam di dalam nas ialah 10 hari terawal Zulhijah. Al Imam al-Bukhari RH meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas RA daripada Nabi SAW bermaksud: “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini, baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijah. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya? Baginda bersabda: Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya kemudian dia langsung tidak kembali.”

Oleh itu, marilah kita merebut peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini dengan melakukan amal ibadat seperti berpuasa pada sembilan hari pada awal Zulhijah terutama pada hari Arafah, berselawat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, menghubungkan silaturahim, berdoa dan amalan lainnya agar segala amalan diterima seterusnya menjadi bekalan di akhirat kelak.

Kita bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah SWT dalam suasana global yang masih menghadapi ujian Covid-19, kita berpeluang meraikan Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijah tahun ini.

Lipatan sejarah ibadat korban yang disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah bermula pada zaman Nabi Ibrahim AS bersama anaknya, Nabi Ismail AS dalam menuruti dan melaksanakan perintah Allah itu memang wajar dijadikan ikutan serta teladan dalam kehidupan seharian umat Islam.

Kepada semua umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan adalah dinasihatkan melaksanakan ibadat korban mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan kerajaan.

Ini sangat penting bagi memastikan rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan dan kita semua selamat daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Marilah kita bermunajat dan berdoa agar segala amalan kita terutama ibadat korban diterima Allah SWT.

Menerusi hadis Nabi SAW bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya, kukunya dan sesungguhnya darah berkenaan akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi

Aidiladha juga berkait rapat dengan ibadat haji yang juga rukun Islam kelima.

Allah SWT berfirman: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu untuk sampai kepadanya.” Surah ali-Imran, ayat 97

Dalam bulan ini, umat Islam di seluruh pelosok dunia saban tahun menyahut seruan Ilahi bagi menunaikan ibadat haji di Tanah Suci. Namun, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, ibadat haji ditangguhkan dan hanya dibenarkan sejumlah tertentu saja daripada penduduk Arab Saudi untuk melaksanakan ibadat agung itu.

Imam Abdullah al-Haddad RH berkata: “Seseorang Mukmin itu sangat berhajat dan perlu kepada sifat sabar terutama sekali ketika menghadapi bala, bencana, kesusahan dan segala macam penganiayaan. Apabila ditimpa sesuatu musibah dia tidak segera berputus asa, malah seharusnya dia bertenang dan berlapang dada, tidak berasa sempit atau bosan serta tidak pula mengadu ke sana sini. Dia sentiasa tetap menghadapi Allah SWT dengan penuh khusyuk dan khuduk (rendah hati), memohon dan merendahkan diri kepada-Nya, pada masa yang sama bersangka baik terhadap Allah SWT.

” Selepas itu, dia hendaklah meyakini dirinya itu sebagai ujian yang diiringi pelbagai kebaikan yang banyak seperti meningkat darjat, menggandakan pahala serta menebus dosa.” Al Nasaih Al Diniah

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu kelelahan atau penyakit atau kebimbangan atau kesedihan atau gangguan sehinggalah duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapuskan kesalahan disebabkannya.” Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: