Malas berzikir adalah musibah terbesar

1. Ulama’ menempelak kumpulan manusia yang berat lidahnya untuk berzikir menyebut dan mengingati Allah SWT. Malah beliau menyifatkan sifat sedemikian sebagai hukuman yang Allah SWT tentukan ke atas mereka. Kata Ulama’:

أشد عقوبة في الدنيا أن يمسك الله لسانك عن ذكره

“Seberat-berat hukuman yang dikenakan di dunia adalah Allah menghentikan lisan kamu dari mengingatinya,”

2. Malah, lisan yang berat menyebut zikir kepada Allah ini diumpamakan seperti lidah mereka telah diikat oleh syaitan. Kata Ulama’:

أول قيود الشيطان على الإنسان تقييد اللسان عن الذكر

“Ikatan yang terawal yang dilakukan oleh syaitan ke atas manusia adalah dengan mengingat lisan (lidah) mereka daripada berzikir kepada Allah,”

3. Ulama’ lantas mengingatkan perkara ini seakan sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah,” (Surah al-Mujadalah: 19)

4. Dalam senggang masa yang ada, ucapkanlah zikir yang mudah agar kita tidak tergolong dalam golongan seperti ini. Sebaik-baik zikir adalah mengucapkan syahadah, iaitu sentiasalah mengucapkan penyaksian kita. Sabda Rasulullah ﷺ:

أَفْضَلُ الذِّكْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

“Sebaik-baik zikir adalah mengucapkan Lailaha illalah, dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah,”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi