• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,306,920 orang
  • Kandungan Blog

10 Keutamaan orang berpuasa

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah :

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa. Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya.

Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).

Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.

Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.

Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt.

Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”

Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.

Sumber Blog Ustaz Nor Amin

Rebut ganjaran Ramadan

Fadly Samsudin

Acap-kali kita mendengar pesanan daripada guru-guru supaya mengambil kesempatan selama sebulan dalam Ramadan untuk mendapatkan keampunan serta menyucikan diri daripada segala penyakit rohani.

Penyakit rohani itulah yang menyebabkan ibadat kita jadi kurang sempurna. Sehubungan itu, persiapkan diri kita untuk menyambut ‘tetamu’ yang hebat dan penuh kemuliaan itu dengan melakukan persiapan terbaik.

Ibnu Rajab al-Hambali berkata, salafus soleh termasuk para sahabat mereka berdoa enam bulan sebelum kedatangan Ramadan.

Apa yang mereka doakan adalah supaya dipanjangkan usia untuk bertemu dan beribadat pada Ramadan.

Antara doanya adalah daripada Yahya Abi Kathir iaitu: ”Allahumma sallimni ila ramadan, wa sallimli Ramadan, wa tasallamhu minni mutaqabbalaa” yang bermaksud “Ya Allah, sampaikan aku ke bulan Ramadan dan serahkanlah Ramadan kepadaku dan ambillah Ramadan dengan Engkau menerima segala amalanku.”

Semoga kita semua menjadi orang yang berhati lapang untuk menerima kedatangan Ramadan ini.

Dalam satu hadis dinyatakan, apabila tibanya Ramadan, maka akan dibukakan pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutupi dan syaitan-syaitan dibelenggu.

Bagi menunjukkan rasa rindu, gembira dan bersyukur dengan kedatangan Ramadan ini, kita perlu meneliti semula segala rukun, syarat, lafaz niat, adab serta perkara yang membatalkan puasa supaya kita lebih bersedia, seterusnya dapat melakukan ibadat dengan lebih sempurna.

Amat penting kita menanamkan tekad serta menjaga amalan yang disemai agar ia tidak cacat rosak.

Selain itu, kita perlu berusaha menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti amalan pembaziran ketika membeli juadah di bazar Ramadan.

Sasaran puasa kita sudah pasti ingin mencapai puasa khawasil khawas iaitu puasa orang khusus.

Untuk mencapai matlamat berpuasa orang khusus, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya menjaga pancaindera daripada melakukan perkara yang dilarang syariat.

Mata perlu dijaga daripada banyak melihat perkara maksiat. Telinga tidak mendengar umpatan atau kejian, lidah tidak boleh lancang mengumpat, memaki-hamun serta berbohong.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya walaupun dia berlapar dan berdahaga.” (Riwayat Bukhari)

Sebab itu, ketika sedang berpuasa apabila ada yang diajak bertengkar atau bergaduh, katakan kita sedang berpuasa walaupun hujah yang ingin kita sampaikan itu benar.

Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: “Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai. Jika salah seorang daripada kalian berada pada hari puasa, maka tidak boleh melakukan rafats (berkata kotor dan lain-lain) dan tidak boleh membuat pergaduhan. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.’ Dan, demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada minyak kasturi.” (Hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Sa’id Musayyab)

Seterusnya, berusahalah untuk menjamu makanan kepada orang ketika berbuka puasa. Golongan salafus soleh sangat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain.

Sudah pasti apabila hati kita benar-benar ikhlas untuk mendapat keredaan Allah SWT menerusi amalan itu, ia akan menimbulkan kasih sayang serta semangat persaudaraan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, sebarkan salam, jamulah makanan, sambungkan silaturahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat.” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Dalam satu hadis lain dinyatakan, sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa.

Pastikan juga pada tahun ini, kita tidak meninggalkan amalan sunat seperti bangun bersahur, melaksanakan solat sunat Tarawih serta bersedekah wang ringgit.

Anjuran bersahur sunat bagi orang berpuasa. Walaupun puasa seseorang itu sah sekiranya tidak bersahur, tetapi Rasulullah SAW sangat menitikberatkan amalan itu.

Dalam riwayat Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur.” (Riwayat Imam Ahmad)

Malah, bersahur juga membezakan puasa umat Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani.

Begitu juga melaksanakan solat sunat Tarawih. Jangan kita meninggalkannya walaupun sehari dengan sengaja walaupun sibuk dengan tugas harian di pejabat.