Soalan lazim berkenaan pengajian Pondok
1. Jika saya tak ada asas jawi dan al-Quran boleh ke masuk pondok? Jika saya bukan daripada aliran agama bolehkah saya nak belajar kat pondok?
– Boleh asalkan mahu belajar
2. Jika umur saya lebih 20 tahun bolehkah masuk pondok?
– Boleh kerana pondok ni terima pelajar bujang, kelamin dan warga emas selagi mereka mampu berdikari ketika belajar
3. Adakah pihak madrasah sediakan pondok tempat duduk kepada pelajar yang baru masuk?
– Bagi pelajar bujang lelaki dan perempuan maka pihak pejabat akan urus tempat tinggal.
– Manakala bagi pasangan kelamin dan warga emas kena datang cari sendiri pondok sewa sekitar kawasan madrasah samada melalui bantuan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan ATAU datang sewa rumah tumpangan yang berhampiran untuk datang cari sendiri pondok sewa kemudian apabila sudah jumpa tempat tersebut maka mereka pulang ambil barang keperluan sebelum menyelesaikan proses pendaftaran
4. Adakah pengambilan pelajar baru dibuka sepanjang tahun?
– Daftar baru dibuka setiap Sabtu dan Ahad dalam tempoh sebulan selepas buka dari cuti penggal
– Cuti penggal madrasah telah ditetapkan sebagaimana berikut :
Penggal pertama – bermula 2 hari sebelum hari raya haji hingga 15 Zulhijjah
Penggal kedua – bermula pada 15 Rabiul Awal hingga 29 Rabiul Awal .
Penggal ketiga – bermula 15 Sya’ban hingga 15 Syawal
5. Boleh ke jika saya hanya nak masuk belajar kat pondok sekadar sebulan atau 2 bulan sempena cuti sekolah/cuti IPT atau tengah tunggu keputusan SPM/STPM/STAM
– Boleh selagi masih ada kekosongan tempat tinggal iaitu terhad 50 lelaki dan 20 perempuan sahaja dalam satu-satu masa
6. Jika saya hanya nak datang belajar hujung minggu sahaja macamana saya boleh lakukan
– Jika ulang alik tak ada masalah dan tak perlu daftar hanya datang belajar sahaja
– JIka rumah jauh boleh sewa bilik penginapan sekitar kawasan madrasah untuk datang belajar
7. Bila sudah bawa semua dokumen yang tertera di albakriah.wordpress.com adakah saya boleh terus daftar masuk belajar
– Ya boleh daftar dan terus masuk belajar
8. Jika ibubapa saya tak dapat datang adakah boleh saya datang daftar seorang diri sahaja?
– Sebaiknya bawa waris terdekat bersama sebagai penjamin bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah terutama perkara kecemasan
Filed under: Soalan Lazim, Syarat Kemasukan |
Sy brminat utk mnyertai skolah pndok ni..sy ikhlas utk bljr agma,klu saya ble dtrima ni no hp sy 0128308801
Assalamualaikum, sy berhajat untuk belajar pondok. Tapi, bukan untuk tempoh masa yg lama. Dalam sebulan macam tuh. Bole ke? Sebab sy pljar ipt. Jd, sy nk bljar bila wktu cuti. Untuk ptnyaan lanjut, sy nk hbungi sapa? Ni nombor sy 0195368476
Saya betul betul nak belajar tentang agama . Bantu saya .. Kalau saya nk masuk bulan 4 masih ada kekosongan ke ? Boleh bg tau dengan siapa saya boleh bercakap?
Salam Kawanku,
Minat Tulisan Jawi/Pegon/Arab/Quran?
1. Cari Fon Jawi/Pegon/Arab/Quran?
2. Cari Daftar Kata Rumi Jawi?
3. Cari Kamus 3 Bahasa?
4. Cari Bunga Jawi?
Sila muat turun fail-2 dari
https://t.me/FonJawi
Semoga bermanfaat dan semoga semua sentiasa ceria selalu
Adakah yuran pendaftaran termasuk sekali dgn makan setiap hari selama di situ? Atau ada vas bayaran makan yg lain?
Assalamualaikum.. Sy nk tnye, klau yg xpndai jawi & al-quran bleh ke masuk pondok? Niat nk blajar tu ade.. Sy malu sbnarnye umr dh 21 tp masih xpndai bace al-quran😞😞
Waalaikumussalam … Boleh asalkan mahu belajar
Salam semua lagi 4 hari sebelum pendaftaran dibuka … Untuk maklumat semua pondok ni terbuka kepada semua lapisan masyarakat yg muda boleh masuk yg tua pun boleh masuk yuran cuma makanan kina sediakan sendiri…