• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,151,621 orang
  • Tetamu Online

Nabi Muhammad s.a.w Rahmat yang dianugerahkan

Mohd Gunawan Che Ab Aziz

Allah SWT  berfirman dalam al-Quran:  “Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah cahaya dan sebuah kitab yang jelas nyata keterangannya.” (Surah al-Maa-idah: 15)

Imam at-Tobari ketika menjelaskan ayat ini menyatakan cahaya yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini ialah Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW adalah cahaya yang menjadi rahmat bagi seluruh alam. Allah SWT sendiri yang menegaskan melalui firman-Nya:  “Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Surah al-Anbiya: 107)

Malah, Rasulullah SAW sendiri  memperihalkan mengenai diri baginda sendiri:  “Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah rahmat yang dianugerahkan.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan at- Tobarani)

Nabi Muhammad SAW adalah cahaya seluruh alam bagi mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya tauhid dan rahmat Islam yang menyinari alam hingga berlakunya saat kiamat.

Kejayaan dan kemuliaan seluruh jin dan manusia ialah apabila mereka dapat membawa dalam kehidupan mereka ajaran yang dibawa Rasulullah SAW ini. Tanpa diragukan lagi bahawa diri Nabi Muhammad SAW itu sendiri adalah insan pilihan istimewa yang juga nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita semua.

Tanpa iman, seseorang itu akan hina di sisi Allah SWT. Maka antara ikatan keimanan yang dituntut ke atas diri seseorang ialah ikatan yang diikat secara langsung dengan diri Rasulullah SAW. Rasulullah SAW menyatakan:  “Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada anaknya, bapanya mahupun manusia seluruhnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Allah SWT sendiri menuntut Muslimin supaya mengutamakan Rasulullah SAW melebihi diri mereka sendiri seperti dalam al-Quran: “Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang Mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.” (Surah al-Ahzaab: 6)

Menyedari peri pentingnya mencintai Rasulullah SAW maka ulama umat ini sejak daripada generasi sahabat sehingga hari ini sentiasa berusaha dengan pelbagai cara bagi mencapai maksud supaya diri baginda Rasulullah SAW itu benar-benar dapat dicintai dengan sesebenar cinta. Contohnya, Saidina Hasan bin Thabit RA adalah tokoh sahabat yang  diberi gelaran sebagai ‘Penyair Rasulullah SAW’ apabila beliau banyak mengarang syair dan qasidah yang memuji Rasulullah SAW serta mempertahankan agama Islam. Syair dan qasidah ini adalah satu wasilah atau cara untuk mencapai maksud yang sebenar iaitu cinta yang sejati kepada Rasulullah SAW.

Perhatian yang tinggi bagi mencapai maksud ini telah menggerakkan ulama ummah untuk berinovasi dalam usaha menanam dan menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW ini. Antara inovasi yang dilakukan ialah mereka membukukan kompilasi hadis dan riwayat  mengenai perjalanan hidup Rasulullah SAW sehingga lahir kitab dan bidang ilmu sirah. Begitu juga mereka sudah menghimpunkan hadis yang khusus berkenaan syamail (perihal fizikal dan sifat) diri Rasulullah SAW. Ini semua inovasi yang dilakukan bagi memastikan generasi seterusnya umat ini terus kenal dan cinta kepada baginda Rasulullah SAW.

Maka antara inovasi yang diadakan ialah sambutan Maulidur Rasul SAW. Terutama pada abad ke-7 Putera Muzafar al-Diin Abi Sa’ad Kawakbri sudah mewartakan sambutan ini sebagai acara sambutan negara. Inisiatif ini hakikatnya adalah salah satu wasilah bagi menyuburkan cinta umat ini kepada baginda Rasulullah SAW. Ramai ulama yang menyokong inisiatif ini seperti Imam Jalaluddin as-Sayuti dan ulama masa kini Syeikh Dr  Yusuf al-Qardhawi.

Pengisian sambutan Maulidur Rasul ini selalunya berkisar kepada pembacaan sirah Rasulullah SAW, tausiah, qasidah, selawat, ceramah dan lain-lain. Semua ini merujuk kepada membawa umat ini kembali dekat kepada peribadi, kecintaan dan kemuliaan Rasulullah SAW sesuai dengan maksud memuliakan baginda yang disebutkan Allah sebagai sifat orang yang beriman: “Maka orang yang beriman kepadanya memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang beruntung.” (Surah al-A’raaf: 157)

Adakah sambutan Maulidur Rasul ini boleh membawa umat ini seolah-olah memuja dan mendewakan Nabi Muhammad SAW? Sudah tentu perkara sebegini jauh daripada kemungkinan berlaku apabila sambutan ini dilakukan sesuai dengan apa yang digariskan ulama. Sudah mencecah 700 tahun sambutan ini dijalankan, belum pernah berlaku sehingga Rasulullah SAW didewakan. Sangat perlu dibezakan antara mencintai dan memuliakan dengan mendewakan.

Sebagai mana yang dijelaskan sebelum ini, memperingati hari lahirnya insan hebat yang adalah  ‘rahmat yang dianugerahkan’ kepada manusia satu bentuk mensyukuri nikmat dan serentak bagi mendekatkan kembali umat ini kepada kecintaan dan pemuliaan terhadap Rasulullah SAW.

Malah, Rasulullah SAW sendiri apabila ditanya oleh sahabat, menceritakan kemuliaan dan luar biasanya hari kelahiran baginda. Imam al-Hakim al-Naisaburi meriwayatkan dalam al-Mustadrak bahawa Rasulullah SAW bersabda: “(Aku ialah) doa bapaku Ibrahim dan berita gembira Isa dan ibundaku melihat (sesetengah riwayat menyebutkan: dalam mimpi) ketika mengandungkanku (sesetengah riwayat menyebutkan: ketika melahirkanku) seolah-olah keluar daripadanya suatu cahaya yang mana terpancar baginya istana-istana Busra dari bumi Syam.”

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini, benar-benar dapat menambahkan cinta kita kepada Rasulullah SAW, mendorong kita mengikuti segala ajarannya, menyemarakkan semangat kita menghidupkan sunahnya dan mengukuhkan himmah kita untuk menyebarkan agama yang diturunkan kepada baginda ini.

Satu Respons

  1. Assalamualaikum & Salam Ukhuwah Islamiah.

    Untuk mendapat maklumat yang lebih berguna dan menarik sila layari laman ini :

    https://jipskelantan88695409.wordpress.com/2020/10/25/10-tanda-akhlak-mulia/

    Sila follow blog kami dan sebarkan demi berkongsi ilmu dan pahala jariah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: