• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,198,147 orang
  • Tetamu Online

Sufi sejati tulis 846 kitab

Abd Rahman Tajuddin

IBN Arabi adalah ilmuwan Islam yang sangat prolifik dan unik kerana banyak karyanya terhasil dalam tempoh tersangat singkat.

Kajian terbaharu yang dilakukan Othman Yahya dalam bibliografinya Historie et Classification de l’ceuvre d’Ibn Arabi mendapati lebih daripada 846 judul kitab yang dikarang Ibn Arabi lantas meletakkannya sebagai ilmuwan paling prolifik dalam dunia akademik.

Hampir kebanyakan kajian berkenaan tokoh ilmuwan Islam terkini adalah berkisar mengenai pemikiran Ibn Arabi di dunia timur dan barat sehinggakan wujud institusi seperti Ibn Arabi Society semata-mata mahu mengkaji pemikiran beliau.

Nama penuh beliau ialah Abu Bakr Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abd Allah Ibn al-Arabi al-Hatimi al-Ta’i, seorang ahli sufi berasal dari Murcia, Sepanyol. Beliau lahir pada 17 Ramadan 560H bertepatan dengan 28 Julai 1165 di bahagian Tenggara Andalus.

Beliau digelar sebagai Shaykh al-Akbar dan Mahyu al-din. Di Eropah, beliau digelar sebagai Dokter Maximus kerana hasil karyanya yang begitu signifikan dengan dunia akademik.

Beliau berasal daripada suku Arab tulen yang tergolong dalam kabilah Ta’i.

Gelaran sebagai Shaykh al-Akbar kepada beliau daripada tokoh tasawuf menunjukkan bahawa beliau adalah ahli tasawuf tulen, ahli tasawuf sejati yang selari dengan sunah Rasulullah SAW.

Manakala gelaran Doktor Maximus pula menunjukkan bahawa beliau juga ahli falsafah Islam yang mempunyai pemikiran tinggi yang membicarakan semua tingkatan topik dalam bidang keilmuan.

Di Mashriq, beliau lebih dikenali dengan panggilan al-Hatimi dan Ibn Arabi (tanpa al) untuk membezakannya dengan seorang tokoh lain iaitu al-Qadi Abu Bakr bin al-Arabi. Sebaliknya di sebelah Maghrib beliau dikenali sebagai Ibn al-Arabi (dengan al) dan di Andalus sendiri beliau dikenali dengan panggilan Ibn Saraqah.

Ali, bapa Ibn Arabi pernah bertemu Mahyu al-din Abd al-Qadir Jilani memohon mendoakan kepada Allah supaya dikurniakan anak lelaki.

Kemudian disebabkan ini nama Ibn Arabi sama dengan Mahyu al-din sama dengan Mahyu al-din Abd al-Qadir Jilani.

Doa seorang bapa ini menunjukkan bahawa perkaitan yang kuat antara Ibn Arabi dengan bidang tasawuf. Hal ini kerana Mahyu al-din Abd al-Qadir Jilani adalah seorang daripada tokoh tasawuf terkenal.

Tahun kelahirannya bertepatan dengan wafatnya ahli tasawuf besar, Shaykh Mahyu al-din Abd al-Qadir Jilani menimbulkan spekulasi bahawa Ibn Arabi sememangnya dilahirkan untuk menggantikan kedudukan spiritual shaykh ini yang dikenali luas di dunia Islam sebagai wali ‘kekasih Allah’.

Maka sangat jelas dan bersuluh lagi bahawa Ibn Arabi adalah tokoh tasawuf Islam yang mempunyai jalur keilmuan ulama yang muktabar. Ulama yang mendukung syariah dalam perjalanan menuju kepada Allah SWT.

Ibn Arabi berketurunan daripada keluarga yang mempunyai status sosial yang hebat, berpengaruh dan kuat berpegang dengan agama.

Ini jelas terbukti dengan wujudnya kenyataan bahawa bapanya, Ali bin Muhammad pernah memegang jawatan sebagai wazir serta tokoh dalam bidang fiqah dan hadith serta terkenal dengan kezuhudan serta mengamalkan ajaran tasawuf.

Bidang fiqah yang mengutamakan syariah membentuk Ibn Arabi supaya tidak terkeluar daripada tasawuf sunni yang sangat mementingkan nas-nas agama.

Menyorot kepada keturunan beliau, kita dapati bahawa datuknya, Muhammad bin Ahmad ialah seorang Qadi dan ulama besar di Andalus, manakala tiga bapa saudaranya pula tergolong dalam ahli sufi.

Ini dinyatakan sendiri oleh beliau dalam Futuhat al-Makkiyyah dan Fusus al-Hikam, Ruh al-Quds serta Muhadarat al-Abar wa Musamarat al-Akhyar. Jalur daripada silsilah kekeluargaan menunjukkan bahawa Ibn Arabi lahir daripada suasana keluarga yang cintakan ilmu.

Suasana kekeluargaan ini memungkinkan Ibn Arabi menjadi seorang daripada tokoh tasawuf yang berdiri dengan syariah Islam yang utuh.

Ibn Arabi membesar dan memulakan pendidikan awalnya dengan mempelajari bacaan al-Qur’an dan ilmu Qiraat daripada beberapa shaykh seperti Abu Bakr bin Muhammad bin Khalaf al-Lakhmi al-Ashbili, Abu al-Qasim al-Sharrath dan daripada Ahmad bin Abi Hamzah.

Sementara untuk mendalami bidang fiqah dan hadis dia menekuni fiqah mazhab Ibn Hazm al-Zahiri dan mazhab Imam Malik pada beberapa guru seperti Ali bin Muhammad Ibn al-Haq al-Isybili, Ibn Zarqun al-Ansari dan Abd al-Munim al-Khazraji.

Nama guru Ibn Arabi ini adalah ulama muktabar yang sentiasa berjalan dalam landasan syariah yang tidak mengeluarkan pandangan yang karut, fahaman falsafah yang sesat, kata-kata shatahat yang sesat dan mempunyai akhlak yang tinggi.

Maka tersangat mustahil apabila dikatakan Ibnᶜ Arabi terpengaruh dengan falsafah neoplatonisme Yunani yang sesat dan teori ishraqi yang kabur sedangkan beliau berguru dengan ulama sunni muktabar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: