• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,198,134 orang
  • Tetamu Online

Tarikh dan SOP Pembukaan Semula Sesi Pengajian di Pondok Pasir Tumboh

Pihak pengurusan  Pondok Pasir Tumboh, dengan ini memaklumkan bahawa tarikh pembukaan semula sesi pengajian kepada semua pelajar madrasah ini adalah mengikut maklumat di bawah :

 

Tarikh             :           8 Ogos 2020M / 18 Zulhijjah 1441H (Sabtu)

Masa             :           Mula jam 9.00 pagi

 

  1. Cuma untuk pendaftaran pelajar baru muslimat hanya diketahui selepas 15 Ogos 2020 nanti bergantung kepada kekosongan yang ada

 

  1. Antara SOP kehadiran semula dan pendaftaran pelajar adalah seperti berikut:

 

  1. Pastikan pelajar dalam keadaan sihat termasuk tidak demam, selsema, batuk serta tiada penyakit kronik
  2. Berasal dari kawasan zon hijau di mana pelajar dari zon kuning atau merah covid-19 dilarang hadir
  3. Kehadiran untuk melapor diri dan pendaftaran hanya pada setiap Sabtu dan Ahad sahaja di mana hari lain dilarang hadir

 

 

 

  1. Sebarang masalah atau maklumat sila berhubung dengan pihak berkenaan iaitu :

 

  • 012-9623806 (Ustaz Wan Qusyairi)
    014-5481907 (Paklong)
    019-9388902 (Setiausaha Agong)
  • 013-9943099 (Ustazah Hidayah)
  • 017-9194197(Ustazah Ruhama)

 

6. Perhatian dan kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amatlah dialu-alukan dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Kadar Yuran daftar dan Tahunan Pondok Pasir Tumboh

‘Jangan sewenangnya meletakkan bidaah kepada orang lain’

Muhammad Saufi Hassan

 

UMAT Islam hari ini bukan saja berdepan ancaman akidah secara nyata malah berpecah sehingga melemahkan kesatuan ummah.

Antara perpecahan yang membawa kepada kerosakan kesatuan umat Islam adalah yang membabitkan isu khilafiah atau cabang dalam agama.

Ikuti wawancara Mufti Wilayah Persekutuan, DR LUQMAN ABDULLAH dan wartawan, MUHAMMAD SAUFI HASSAN bagi mengulas isu ini.

DR Luqman Abdullah. FOTO Arkib NSTP
DR Luqman Abdullah. FOTO Arkib NSTP

Apa masalah utama umat Islam hari ini?

Ia satu persoalan yang besar untuk dijawab namun ia lebih banyak menyentuh aspek berkaitan perpaduan sesama Islam. Jika kita telusuri permasalahan ini, kita akan melihat wujud perpecahan dalam pemikiran umat Islam membabitkan beberapa cabang hal tertentu.

Keadaan ini sebenarnya banyak bertitik tolak kepada isu cabang dalam beragama iaitu isu khilaf sehingga diperdebatkan secara terbuka.

Hal yang sedemikian akan membawa kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam kerana ada pihak yang mahu membawa set penerimaan baharu dalam masyarakat, malah golongan ini bukan saja membawa set baharu, sebaliknya menuduh banyak amalan umat Islam hari ini sebagai bidaah.

Oleh itu, ia menimbulkan perasaan kurang senang, sekali gus umat Islam bukan saja terpecah daripada aspek kehidupan malah kaedah beribadat juga.

Apakah masyarakat Islam hari ini yang gemar meraikan perkara baharu turut mencetuskan situasi ini?

Ya, ini saya tidak nafikan. Masyarakat kita suka meraikan kemunculan idea baharu kononnya ia lebih Islamik, mengenai apa yang mereka atau kita amalkan sebelum ini sehingga mencetuskan polemik yang dilihat tiada kesudahannya.

Tidak menjadi kesalahan untuk menerima perkara baharu asalkan pendakwah atau seseorang itu memahami atau menghormati norma pengamalan ibadat masyarakat tempatan.

Hal ini timbul apabila ada pihak yang memaksa untuk mengikut mereka sehingga kelompok yang selesa dengan set penerimaan sedia ada akan mempertahankan hujah mereka.

Saya nasihati pendakwah muda atau mana-mana pendakwah supaya menghormati norma pengamalan umat Islam yang tidak bercanggah dengan syarak dan tidak sewenangnya meletakkan bidaah kepada orang lain.

Bidang kuasa agama diletakkan di negeri menerusi enakmen khusus.

Dalam enakmen berkenaan, sudah dijelaskan berkaitan mazhab mana yang ingin dipakai dan jika semua pihak memahaminya, kita dapat menyelesaikan isu perpecahan ini.

Wujud segelintir pendakwah yang menyatakan bidaah kepada amalan umat Islam dan kononnya mereka membawa sunah yang sejati?

Masyarakat hari ini cukup terdedah dengan laman sosial, malah ada yang mengambil panduan berkaitan agama menerusi ceramah di laman sosial.

Jika dilihat daripada satu sudut, ia perkara yang baik namun wujud juga pendakwah yang gemar melemparkan dakwaan pengamalan bidaah.

Bagi saya, beginilah. Hal berkait dengan ibadat ini saya selalu nasihati orang ramai dan pelajar saya, waktu saya pensyarah dulu, iaitu mengambil apa saja yang ada di dalam pengamalan umat Islam secara arus perdana.

Maksudnya, mengambil amalan yang dilakukan oleh umat Islam yang sudah diterima secara umum asalkan ia tidak bercanggah dengan syarak.

Penerimaan masyarakat dalam sesuatu perkara sudah menjadi set penerimaan yang umum dan perkara itu diperakui oleh ulama zaman-berzaman.

Amalan umat Islam yang sudah dilakukan sejak sekian lama sebenarnya sudah diperakui oleh ulama tempatan dan seharusnya tidak perlu lagi isu bidaah-membidaah ini dikeluarkan kerana ia hanya menimbulkan perpecahan.

Kita sudah ada satu set penerimaan daripada aspek pengamalan mazhabnya, akidahnya, fiqhnya dan tasawufnya.

Semua itu sudah diiktiraf oleh ulama dan pendakwah baharu yang menggunakan laman sosial seharusnya menghormati perkara berkenaan.

Jadi apa masalahnya untuk kita terima? Ia sudah diperakui oleh ulama zaman-berzaman. Tindakan membawa perkara baharu ini hanya akan melengahkan kita kepada kemajuan kerana kita sering bertelagah dalam isu yang sama.

Jika semua pendakwah menghormati set penerimaan yang sudah berada lama dalam masyarakat, perkara perpecahan ini dapat diselesaikan.

Ada remaja atau masyarakat masa kini yang terikut-ikut dengan ‘challenge’ di media sosial, malah ada yang boleh merosakkan akidah?

Sebarang perilaku kita seharusnya berpandu kepada pengetahuan berkenaan Islam itu sendiri dan jika kita mengutamakan perkara berkenaan, masalah ini akan dapat diselesaikan.

Dalam perspektif agama, ini adalah cabaran besar yang ditanggung oleh pendakwah serta ulama iaitu memberi faham kepada generasi muda supaya tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan setiap sajian di media sosial.

Perkara yang amat membingungkan adalah generasi muda hari ini seolah-olah meletakkan ‘wajib’ dalam setiap sajian di media sosial.

Seolah-oleh setiap challenge itu perlu dilakukan oleh golongan muda sedangkan kita mempunyai timbang tara di dalam Islam sama ada sesuatu perkara itu mampu menjejaskan akidah atau tidak.

Apa yang disumbat di media sosial terus diambil semacam perkara wajib yang perlu diikuti.

Ia berbalik kepada pengetahuan agama seseorang dan sikap mereka terhadap sesuatu perkara.

Ini perkara penting yang perlu digalas oleh semua pihak kerana tatkala generasi muda kita kurang memahami agama, kita sedang menghadapi masalah yang besar untuk umat Islam.

Apakah inisiatif pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam memberi penerangan berkaitan hal semasa atau permasalahan agama?

Kita mempunyai beberapa kaedah khusus. Untuk penerangan pantas, kita mempunyai saluran rasmi di media sosial untuk menjawab sebarang permasalahan agama terkini supaya masyarakat mempunyai akses penuh.

Saya selaku mufti akan meneruskan pendekatan memberi kefahaman menerusi media sosial dan pendekatan lain adalah kita gunakan platform bersemuka menerusi Klinik Hukum.

Kedua-duanya kita laksanakan kerana penjelasan secara bersemuka itu sebenarnya lebih efektif, namun kita tidak meninggalkan aspek medium semasa iaitu laman sosial.

Memandangkan kita dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Klinik Hukum ini agak terhad, namun insya-Allah selepas semuanya reda, kita akan laksanakan dari semasa ke semasa.

Kebiasaannya, pegawai pejabat mufti atau saya sendiri akan berada di sesebuah masjid dan menerima permasalahan soal jawab agama daripada masyarakat setempat.

Usaha penerangan ini akan dilakukan secara berterusan supaya umat Islam pada hari ini jelas berkenaan agama Islam dan tidak terkeliru dengan sesuatu perkara.