• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,205,001 orang
  • Tetamu Online

Diam atau berkata baik

Fadly Samsudin

LISAN orang beriman hanya mempunyai dua pilihan iaitu bercakap perkara yang baik dan jika tidak mampu, maka perlu diam.

Orang Islam yang baik pastinya akan meninggalkan perkara yang tiada kaitan atau urusan dengannya.

Pada zaman sekarang, percakapan bukan hanya menggunakan mulut. Ia sudah berpindah kepada tangan termasuklah menulis di media sosial.

Lidah mungkin tidak lagi banyak berkata-kata, tetapi tangan pula sentiasa sibuk mengambil alih peranan lidah bagi melakukan perbuatan yang mengundang dosa fitnah sesama manusia.

Kita mengetahui setiap fitnah akan membuahkan permusuhan besar.

Sehubungan itu, kita perlu berpegang kepada peringatan yang diberikan Allah SWT seperti dalam firman-Nya yang  bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah An-Nuur, ayat 19)

Ingatlah, semua yang kita ucapkan akan dicatat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaaf, ayat 18)

Jika tersalah dalam berkata-kata, sangat bahaya kesannya.

Barangkali, ada ketikanya kita mengeluarkan sesuatu ucapan yang dirasakan tiada sebarang masalah buat diri kita namun disebabkan ia tidak jelas, maka perbuatan itu juga mendapat murka daripada Allah SWT.

Dalam satu hadis panjang, Rasulullah SAW menjelaskan kepada Muaz bin Jabal ketika bersama-sama baginda dalam satu perjalanan.

Pada satu pagi, beliau berada dekat dengan Baginda dan bertanya: “Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku amalan yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka?”

Baginda menjawab: “Demi sesungguhnya kamu bertanyakan kepadaku sesuatu yang agung padahal sungguh ia adalah perkara mudah bagi orang yang Allah jadikan mudah baginya iaitu: Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan berhaji ke Baitullah.”

Kemudian Baginda bersabda lagi: “Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Pintu-pintu itu adalah puasa, ia adalah perisai (daripada api neraka). Sedekah, ia akan memadamkan dosa-dosa sebagaimana air memadamkan api dan solat seseorang pada pertengahan malam.”

Kemudian Baginda membacakan ayat: “Mereka menjauhkan diri dari tempat tidurnya (kerana solat malam), serta mereka berdoa kepada Rabbnya dengan rasa takut (tidak dimakbulkan) dan harap (agar dimakbulkan), dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-
Sajdah, ayat 16-17)

Sememangnya lidah manusia itu sesuatu yang luar biasa kesannya. Ia boleh membuatkan orang berasa benci, sakit hati dan  berlaku pergaduhan besar akibat seseorang yang jenis lancang pengucapannya.

Sebaliknya, apabila lidah itu dijaga dengan sebaiknya, ia pasti  mampu membangkitkan rasa tenang, kagum serta terharu orang di sekelilingnya.

Formula bersih hati

Fatimah Syarha Mohd Noordin

APA khabar keadaan hati kita saat ini. Adakah ia seperti tanah pasir yang senang menyerap air kebaikan atau ia seperti tanah liat yang liat daripada ditembus kebenaran.

Indahnya hati yang banyak fokus melihat aib sendiri, menyembunyikan dosa dan rajin beristighfar.

Hati yang sibuk dengan aib diri akan banyak melihat dan memuji kebaikan orang berbanding mencari-cari kesalahan orang.

Ironinya, kita selalunya, lebih mudah melihat masalah orang dan sering nampak kebaikan diri saja.

Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada godaan syaitan yang sentiasa merebut sekeping hati.

Bacalah ‘taa’wwuz’ iaitu ‘a’uzubillahi minassyaitonirrajim.’ Dahsyatnya ‘taa’wwuz’. Ia ibarat penyapu dan mop pembersih hati.

Jika kita mahukan rumah yang bersih, kita pasti akan sapu dan mop rumah kita sampai hilang segala sampah dan debu.

Begitu juga hati. Jika mahukan hati yang bersih, kita perlu rajin menyapu dan mop hati kita dengan ‘taa’wwuz.’

Biar hilang segala gangguan syaitan dan rasa yang mengganggu bahagia.

Apa manfaat hati yang bersih?

Sama seperti manfaat rumah yang bersih. Analoginya, tikus hanya akan masuk dan mencuri makanan dalam rumah yang kotor.

Jika semuanya bersih dan terjaga, tikus mungkin hanya melaluinya saja namun tidak selesa untuk tinggal lama di dalamnya.

Bersihkan lagi hati kita dengan ‘pencuci’ daripada al-Quran ini.

Fahami firman-Nya: “Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat.” Surah al-Hijr (Ayat 42).

Dalam firman Allah SWT yang lain bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya.” Surah al-Nahl (Ayat 99).

Apa pelan tindakan kita?

Banyakkan ‘taa’wuuz’ dan tenang-tenang selalu. Ingat pesan Nabi SAW. daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: “Ketenangan datangnya dari Allah, sedangkan tergesa-gesa datangnya dari syaitan.” Riwayat al-Baihaqi (No. 20270)

Fikiran kita setiap hari akan diserbu masuk oleh 1,001 kerisauan. Jika tidak dikawal, 80 peratus daripada fikiran itu biasanya diterjah fikiran negatif.

Jom, setting awal-awal cara fikir kita. Mujur Allah SWT mendedahkan kerja bisikan dalaman ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jika engkau diganggu syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” Surah al-A’raf (Ayat 200).

Allah juga memujuk kita betapa Dia sangat dekat. Baik kan Allah SWT.

Tengoklah ayat ni. Dia kata Dia tahu apa yang dibisikkan dalam diri kita tu.

Lalu, Dia memujuk indah dengan Surah Qaf bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Ayat 16)

Dia lebih dekat dari urat semerih. Sebak tak rasa?

Al-Was-was (dengan fathah pada huruf al-waw pertama) menurut Kitab Jaddid Solataka oleh Mukmin Fathi al-Hadad bermaksud syaitan dan setiap apa yang dibicarakan dan dibisikkan kepadamu.

Oleh sebab itu, sama-sama ya kita banyakkan ‘taa’wwuz’. Halau semua fikiran negatif. Ia cuma melemahkan. Bukan menguatkan.

Dengan ‘taa’wwuz’’, kita meminta perlindungan daripada Yang Maha Kuat. Ia perisai kita.

Gunakan perisai itu. Rasailah betapa semua selain Allah, rapuh belaka.

Hanya Dia Yang Maha Kuat, tempat kita memohon pertolongan selama-lamanya.

Begitulah hidup. Syaitan akan terus menyibukkan kita dengan banyak persoalan.

Persoalan yang mendapat bimbingan Allah SWT akan membuatkan kita makin kenal dan sayang Allah. Persoalan yang mendapat petunjuk syaitan akan menambahkan keserabutan hingga kita tertekan.

Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Syaitan akan menghampirimu dan bertanya: “Siapakah yang menciptakan ini dan itu?” Sehingga akhirnya dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu ini?” Apabila sudah sampai di situ, maka berlindunglah kepada Allah SWT (mengucapkan): “Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam.”’ (Riwayat Muslim)

Allah SWT sudah membongkarkan kemahiran mengalahkan syaitan yang sebenarnya amat lemah. Syaitan tidak berdaya langsung memaksa kita masuk ke dunia kekecewaan, kesedihan dan putus asa apabila kita sendiri memilih untuk berjuang dan hidup bersama kekuatan dari Yang Maha Kuat.

Pujuklah hati dengan pujukan-Nya.

Menerusi Surah An-Nahl bermaksud: “Apabila engkau membaca al-Quran, maka ucapkanlah ‘Aku berlindung kepada Allah daripada godaan Syaitan yang direjam’ Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah.”’ (An Nahl: 98 – 99)

Keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah Dan Amalan Yang Disyariatkan

Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.

روى البخاري رحمه الله عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام – يعني أيام العشر – قالوا : يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun“.

وروى الإمام أحمد رحمه الله عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أعظم ولا احب إلى الله العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد وروى ابن حبان رحمه الله في صحيحه عن جابر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أفضل الأيام يوم عرفة.

“Imam Ahmad, rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid“.

 

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN

1. Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain : sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة

“Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Surga“.

2. Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebagiannya, Terutama Pada Hari Arafah. Tidak disangsikan lagi bahwa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya.

Disebutkan dalam hadist Qudsi : الصوم لي وأنا أجزي به ، انه ترك شهوته وطعامه وشرابه من أجلي

“Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku“.

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

ما من عبد يصوم يوماً في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك اليوم وجهه عن النار سبعين خريف

“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun“. [Hadits Muttafaqun ‘Alaih].

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah rahimahullah bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده .

“Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya”.

3. Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut. Sebagaimana firman Allah Ta’ala.

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

“…. dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan …”. [al-Hajj/22 : 28].

Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Karena itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma.

فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

“Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid“. [Hadits Riwayat Ahmad].

Imam Bukhari rahimahullah menuturkan bahwa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya.

Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha’, tabiin bahwa pada hari-hari ini mengucapkan : الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah (Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah”.

Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah. وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ

“Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu …”. [al-Baqarah/2 : 185].

 

. 4. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa. Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat. Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba dari Allah, dan keta’atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya.

Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

ان الله يغار وغيرة الله أن يأتي المرء ما حرم الله علي

“Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya” [Hadits Muttafaqun ‘Alaihi].

5. Banyak Beramal Shalih. Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad, membaca Al-Qur’an, amar ma’ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.

6. Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq Yaitu pada setiap saat, siang ataupun malam sampai shalat Ied. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, yaitu yang dilakukan setiap selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama’ah ; bagi selain jama’ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hari Tasyriq.

7. Berkurban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-Hari Tasyriq. Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, yakni ketika Allah Ta’ala menebus putranya dengan sembelihan yang agung.

Diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

وقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين أملحين أقرنين ذبحهما بيده وسمى وكبّر ووضع رجله على صفاحهما

“Berkurban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu“. [Muttafaqun ‘Alaihi].

8. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkurban. Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu ‘anha bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

إذا رأيتم هلال ذي الحجة وأراد أحدكم أن يضّحي فليمسك عن شعره وأظفاره

“Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia menahan diri dari (memotong) rambut dan kukunya“.

Dalam riwayat lain : فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره حتى يضحي

“Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkurban“. Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang menuntun hewan kurbannya.

Firman Allah. وَلا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّه

“….. dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat penyembelihan…”. [al-Baqarah/2 : 196].

Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkurban saja, tidak termasuk istri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkurban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang rontok.

9. Melaksanakan Shalat Iedul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya. Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.

10. Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas. Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya. Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Dan shalawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya

. والله الموفق والهادي إلى سواء السبيل وصلى الله على محمد وآله وصحبه وسلم .

Batu loncatan ke syurga

Fadly Samsudin

 

SATU amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat fardu adalah membaca ayat al-Kursi.

Ada antara kita selepas sahaja memberi salam, terus ‘lompat’ membaca surah al-Fatihah dan seterusnya membaca doa.

Sehubungan itu, selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi SAW.

Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat al-Kursi serta zikir lain.

Mudir Maahad Tahfiz Al-Istiqamah Temerloh, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih berkata, ayat 255 daripada Surah al-Baqarah itu juga digelar ‘penghulu’ segala ayat al-Quran.

Menurutnya, ayat berkenaan diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW dengan diiringi ribuan malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.

“Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi halangan dalam perjuangan mereka.

“Maka, Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit iaitu penulis al-Quran supaya menulis serta menyebarkannya.

“Ayat ini disebut Ayat Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan Kursi, bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat’.

“Ia syiar kebesaran Allah SWT yang menguasai meliputi tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi,” katanya.

Ustaz Mohd Zarimi berkata, membaca ayat al-Kursi mempunyai kelebihan tersendiri sebagaimana disebut dalam hadis daripada Abi Umamah RA.

“Hadis itu menyatakan, kita disunatkan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas menunaikan solat fardu,” katanya.

Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)

“Selain itu, ada satu kisah dalam satu hadis panjang mengenai kelebihan ayat al-Kursi yang disebut oleh syaitan serta dibenarkan oleh Nabi SAW iaitu akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah selain syaitan tidak akan mendekati sehingga waktu pagi,” katanya.

Beliau berkata, Imam al-San’ani juga pernah berkata mengenai kelebihan ayat al-Kursi.

“Menurut kitab Subul al-Salam, kelebihan ayat Kursi adalah disebabkan padanya terhimpun segala nama dan sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak).

“Ia adalah sebahagian ayat al-Quran. Jika membacanya dengan niat membaca al-Quran, maka sudah pasti terkumpul pada bacaan itu kelebihan membaca al-Quran yang sangat banyak,” katanya.

Sehubungan itu, kita perlu mengambil peluang beramal membaca ayat Kursi berkenaan terutamanya selepas melaksanakan solat fardu.

Tersangat mudah untuk dilakukan kerana kita semua sebenarnya sudah menghafaznya sejak kecil lagi.

Melihat kepada ganjaran serta kelebihan yang ditawarkan hasil melazimi bacaan ayat Kursi, ternyata kita manusia yang sangat rugi jika masih mengambil mudah serta tidak serius mengamalkannya.

Zikir penyelamat

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Setiap kali selesai menunaikan solat, tunggu seketika. Jika tiada urusan penting, luangkan sedikit masa untuk berzikir kerana amalan itu bakal menyelamatkan kita daripada api neraka.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 41 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang banyak dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya (yang memohon keampunan untukmu) agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.”

Dalam ayat itu, ada perkataan ‘asila’ yang bermaksud waktu selepas Asar hingga Maghrib. Selain itu, satu lagi perkataan ialah ‘bukratan’ bermaksud awal waktu Subuh sebelum naik matahari.

Maka, waktu untuk berzikir mengingati Allah yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah selepas mendirikan solat Asar dan selepas solat Subuh.

Zikir itu hanya mengandungi tiga rangkap dan mengambil masa sekitar lima hingga 10 saat untuk membacanya sebanyak tujuh kali.

Daripada al-Harits bin Muslim al-Tamimi berkata, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila kamu selesai solat Subuh maka ucapkanlah sebelum berbicara, Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar)” sebanyak tujuh kali kerana jika kamu meninggal dunia pada hari itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka dan apabila kamu selesai solat Maghrib, maka ucapkanlah sebelum berbicara, “Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar) sebanyak tujuh kali kerana sesungguhnya jika kamu meninggal dunia pada malamnya itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, At-Thabraani dan Al-Baihaqi di dalam Ad-Da’a-waat Al-Kabirnya)

Doanya cukup pendek, ringkas dan mudah dihafal. Sesiapa saja mampu membacanya dengan lancar lalu doa itu terus memanah tepat kepada objektif dan sasarannya.

Paling penting adalah usaha kita untuk kekal istiqamah mengamalkan doa itu. Doa itu menuntut kita untuk membacanya setiap pagi dan malam kerana mati itu datangnya cukup misteri.

Maka, setiap hari kita perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan seberapa banyak bekalan. Jika terlalu sibuk atau mempunyai urusan, kita masih boleh mengamalkannya sambil bergegas berjalan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Selain itu, amalan lain yang tidak sepatutnya ditinggalkan adalah membaca ayat Kursi. Daripada Abu Umamah al-Bahiliy, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardu, maka tiada apa yang penghalangnya daripada syurga kecuali kematian.” (Syeikh al-Al-bani mensahihkannya dalam al-Silsilah al-Sahihah – 972)

Kata Imam al-San’ani yang bermaksud: “Kelebihan ayat Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama dan sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak).” (Lihat: Subul al-Salam, 297/1)

Seterusnya, amalan sunat lain yang tidak patut ditinggalkan adalah solat sunat rawatib. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang melakukan solat sunat (sunat rawatib) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga, empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh.” (Riwayat al-Tirmidzi, al-Nasa’I, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)

Saat ini kita mungkin sedang berusaha keras membayar ansuran bulanan rumah yang dibeli. Banyak waktu dihabiskan untuk melakukan kerja lebih masa bagi mengelakkan rumah dilelong oleh pihak bank.

Namun, Allah SWT akan memberi ganjaran untuk amal yang sedikit iaitu sebuah mahligai serba mewah di syurga kelak.

Terdapat juga solat sunat rawatib yang disebut sebagai solat sunat ghairu muakkadah (solat sunat yang tidak dituntut). Salah satunya adalah dua rakaat lagi tambahan sesudah melaksanakan dua rakaat solat sunat selepas Zuhur.

Ummu Habibah iaitu isteri Nabi SAW berkata, “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjaga empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, haram atasnya neraka.” (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai, dan Imam Ahmad)

Ada pendapat ulama seperti Imam al-Nasa’i, apabila seseorang hendak menambah dua rakaat selepas Zuhur (muakkad) dengan dua rakaat ghairu muakkad, hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan tahiyat awal dan sekali salam (seperti pelaksanaan solat Zuhur).

Bagaimanapun, itu isu khilaf dan lakukanlah mengikut kemampuan masing-masing. Zuhur adalah waktu yang sangat singkat terutamanya bagi mereka yang bekerja.

Waktu rehat rata-ratanya dari jam 1 hingga 2 petang saja. Mungkin pada saat itu kita mahu tidur seketika (qailulah), makan, urusan bank dan melakukan urusan lain.

Apabila kita mula meletakkan solat sunat sebagai satu keutamaan, pasti kita mampu menyediakan masa untuk melaksanakannya.

Disyariatkan solat sunat tahiyatul masjid

SESEORANG itu masuk ke dalam masjid dan terus duduk di dalam saf.

Kemudian dia tersedar masih belum mendirikan solat sunat tahiyatul masjid. Bolehkah  dia bangun semula  dan melakukan solat tahiyatul masjid?

Solat tahiyatul masjid adalah solat dua rakaat yang amat dituntut kepada seseorang yang memasuki masjid.

Satu hadis diriwayatkan oleh Abu Qatadah Al-Ansari R.A, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke dalam masjid maka janganlah dia duduk se-hingga dia selesai solat dua rakaat.” (Riwayat Al-Bukhari) 

Ulama mengeluarkan beberapa faedah daripada hadis itu dan kami seperti berikut:

Hadis itu menjelaskan disyariatkan solat dua rakaat bagi sesiapa yang masuk ke dalam masjid.

Ia turut menjelaskan solat tahiyatul masjid jumlahnya dua rakaat.

Justeru, tidak diterima sekiranya dilakukan hanya satu rakaat sahaja.

Sebahagian ulama berpendapat, arahan mendirikan solat sunat tahiyatul masjid hanya membabitkan orang yang ingin duduk di dalam masjid sahaja.

Jika seseorang itu masuk, kemudian keluar tanpa hajat untuk duduk di dalam masjid, maka dia tidak termasuk dalam tuntutan itu.

Terdapat satu hadis menjelaskan kepentingan mendirikan solat tahiyatul masjid sekalipun seseorang itu sudah duduk sebentar seperti yang diriwayatkan Abu Zar Al-Ghifari R.A, beliau berkata: “Aku pada suatu hari masuk ke dalam masjid, lalu aku melihat bahawa Rasulullah SAW sedang duduk secara bersendirian. Kemudian Baginda berkata kepadaku yang bermaksud: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya bagi masjid itu ada tahiyatnya. Sesungguhnya tahiyat (bagi masjid) adalah dua rakaat. Maka bangunlah kamu dan dirikan dua rakaat tersebut.

Kemudian Abu Zar berkata: “Lalu aku pun bangun dan mendirikan solat dua rakaat, kemudian aku kembali dan duduk semula bersama Rasulullah SAW.” (Riwayat Ibn Hibban)

Imam Al-Nawawi rahimahullah menyebutkan, ulama bersepakat, solat sunat tahiyatul masjid adalah sunah dan jika tiada keuzuran, makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat. (Rujuk  Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab – 4/52)

Perlu dijelaskan bahawa tahiyatul masjid itu terhasil dengan sendirinya apabila seseorang melakukan solat fardu atau solat sunat lain. Tujuannya supaya seseorang itu tidak harus duduk di dalam masjid tanpa  solat terlebih dahulu kerana menghormati masjid.

Berkaitan isu mendirikan solat tahiyatul masjid selepas  duduk sebentar, satu hadis diriwayatkan Jabir R.A, bahawa Sulaik Al-Ghatafani mahu solat Jumaat dan pada ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk di atas mimbar.

Sulaik terus duduk sebelum mendirikan solat (dua rakaat). Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Adakah kamu sudah mendirikan solat dua rakaat?’’

Maka Sulaik menjawab: “Tidak’’. Kemudian Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Bangunlah kamu dan tunaikan ia (solat dua rakaat).” (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, hukum mendirikan solat tahiyatul masjid selepas seseorang duduk adalah dibolehkan.

Namun, pendapat yang terpilih adalah dibolehkan sekiranya tempoh masa duduk itu sebentar sahaja dan bukan berlanjutan dalam tempoh yang panjang.

3 Pintu kebaikan untuk ke syurga

DALAM satu hadis, Muaz bin Jabal bersama-sama Nabi SAW dalam satu perjalanan.

Pada satu pagi, beliau berada dekat dengan Baginda dan bertanya: “Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku amalan yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka?”

Baginda menjawab: “Demi sesungguhnya kamu bertanyakan kepadaku sesuatu yang agung padahal sungguh ia adalah perkara mudah bagi orang yang Allah jadikan mudah baginya iaitu: Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan berhaji ke Baitullah.”

Kemudian Baginda bersabda lagi: “Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Pintu-pintu itu adalah puasa, ia adalah perisai (daripada api neraka). Sedekah, ia akan memadamkan dosa-dosa sebagaimana air memadamkan api dan solat seseorang pada pertengahan malam.”

Kemudian Baginda membacakan ayat: “Mereka menjauhkan diri dari tempat tidurnya (kerana solat malam), serta mereka berdoa kepada Rabbnya dengan rasa takut (tidak dimakbulkan) dan harap (agar dimakbulkan), dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Sajdah, ayat 16-17)

Kemudian Baginda bertanya: “Mahukah kamu aku tunjukkan pokok bagi segala perkara agama, tiangnya dan puncaknya?” Muaz menjawab: “Tentu wahai Rasulullah!” Baginda bersabda: “Pokok bagi (segala) perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat, sedangkan puncaknya adalah jihad.”

Kemudian Baginda bertanya: “Mahukah aku khabarkan kamu dengan sesuatu yang menguasai semua itu?” Muaz menjawab: “Tentu wahai Nabi Allah!”

Maka, Baginda memegang lidahnya dan bersabda: “Tahanlah (lidah) kamu ini.” Muaz bertanya: “Wahai Nabi Allah! (Apakah) sungguh kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita katakan?”

Baginda menjawab: “Moga ibumu kehilanganmu wahai Muaz! Tidaklah manusia itu disungkurkan ke dalam neraka di atas muka atau hidung mereka melainkan disebabkan apa yang lidah mereka (ucapkan).” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Dalam hadis itu, ketika Nabi SAW menyatakan antara pintu kebaikan itu adalah puasa sama ada ia puasa wajib atau sunat. Puasa itu dianggap sebagai perisai kerana dengan berpuasa, kita pasti dapat menjaga akhlak dan tingkah laku.

Jika tidak berpuasa, kita tidak rasa ada perkara yang dapat mengawal diri kita. Seperti kita melaksanakan puasa wajib pada bulan Ramadan. Sudah pasti, pada hari berkenaan kita sedaya upaya menjaga mulut daripada berkata-kata perkara sia-sia.

Ia sama dengan seseorang yang sedang mengerjakan ibadat haji atau umrah. Apabila seseorang itu sudah berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya, maka dia akan menjaga segala-galanya. Mulut ketika itu hanya mahu mengucapkan talbiah atau bertasbih.

Begitu juga apabila Nabi SAW menyatakan kepada Muaz hal kedua yang menjadi pintu kebaikan buat diri manusia iaitu amalan sedekah. Sekiranya kita sering mengeluarkan sedekah, ia dapat menghapuskan dosa kita.

Pintu kebaikan ketiga yang dinyatakan Rasulullah SAW adalah seorang yang bangun pada tengah malam untuk bersolat. Biasanya, golongan itu akan bangun pada tengah malam kira-kira jam 4 atau 5 pagi untuk menunaikan solat sunat.

Sebelum tidur, mereka sudah berniat untuk bangun bertahajud. Maka, secara automatik, mereka akan bangun walaupun untuk menunaikan solat sunat dua rakaat.

Sebarang ganjaran kebaikan yang Allah SWT hendak berikan kepada hamba-Nya pada hari akhirat kelak tidak diketahui. Ganjaran itu pastinya sesuatu yang tidak pernah terbayang dan tergambar pada fikiran kita.

Setiap pancaindera akan dipertanggungjawabkan

Mohd Shahrizal Nasir

ALLAH SWT mengurniakan tangan dan kaki untuk manusia melaksana tugas hakiki dalam kehidupan iaitu mencari rezeki yang halal, mengerjakan ibadat, berbuat amal kebajikan sesama sendiri dan memudahkan urusan orang lain.

Kesempurnaan anggota tubuh ini juga menjadi asbab kepada kita semua mudah untuk mencari rezeki yang diredai oleh Allah SWT.

Kita juga dituntut untuk menjaga serta memelihara kepentingan tali silaturahim sesama kita dan ia dinyatakan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Saidina Abu Ayyub al-Ansari berkata, sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang sesuatu yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhku daripada neraka. Lalu Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya dia sudah diberikan hidayah. Apa yan kamu katakan tadi?” Lalu lelaki itupun mengulangi perkataannya, selepas itu nabi SAW bersabda: “Kamu hendaklah menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan solat, membayar zakat dan kamu menyambung silaturahim.'”

Ketika lelaki itu berlalu pergi, Nabi SAW bersabda: “Jika dia melaksanakan apa yang aku perintahkan tadi, pastilah dia masuk syurga.”

Kewujudan kita di dunia ini tidak lain semestinya meneruskan amal kebajikan dengan setiap pengurniaan nikmat Allah SWT terutama dalam anggota tubuh serta pancaindera.

Setiap daripada kurniaan nikmat ini, kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT kelak setiap apa yang kita kerjakan, anggota berkenaan akan bersaksi di hadapan Allah.

Kaedah untuk mensyukuri setiap kurniaan nikmat ini adalah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan setiap perbuatan dipandu oleh iman dan ilmu.

3 Jenis cemburu

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Cemburu adalah perasaan dan sifat semula jadi manusia. Tiada manusia normal yang tidak pernah mengalaminya.

Cemburu seorang isteri apabila dimadukan tidak sama dengan cemburu seorang anak apabila mendapat adik baru. Bagaimana kita meletakkannya di tempat yang wajar?

Di dalam buku Raudhatul Muhibbin karya al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah, beliau menghuraikan topik cemburu secara komprehensif.

Begitu juga huraian Prof Abdul Halim Abu Syuqqah dalam bukunya, Tahrirul Mar’ah fi A’sri al-Risalah. Beliau menghuraikan topik cemburu di bawah tajuk hak yang sama antara suami isteri.

Iyadh berkata: “Cemburu (al-Ghairah) itu adalah berubahnya hati dan bergejolak kemarahan disebabkan pembabitan orang lain dalam sesuatu yang khusus untuknya. Cemburu paling kuat ialah cemburu antara suami isteri.” (Fathul Bari, juz 11, hlm. 231)

Pengakuan syarak terhadap hak cemburu adalah sama antara suami dan Isteri.

Daripada Jabir bin Atik, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Cemburu yang disukai Allah ialah kecemburuan berisi keraguan (bertempat, tidak melulu) sedangkan yang dibenci Allah ialah kecemburuan yang tidak ragu-ragu lagi (tidak bertempat, melulu).” (Riwayat Abu Daud)

Tidak kira lelaki atau wanita, mereka berhak berasa cemburu. Iyadh berkata lagi: “Bahkan ada yang mengatakan cemburu itu pada asalnya adalah maruah dan harga diri.”

Misalnya, seorang suami cemburu apabila adanya lelaki lain pada sesuatu yang khusus baginya seperti ada lelaki bermalam di tempat tidurnya. Maka, ia adalah cemburu yang terpuji.

Bagaimanapun, apabila suami cemburu terhadap sesuatu yang bukan khusus untuknya seperti adanya lelaki lain bercakap dengan isterinya secara terhormat, melihat wajah dan tangan-nya, maka itu bukanlah satu kecemburuan yang terpuji. Ia akan menyusahkan hidup isteri.

Jenis cemburu:

• Cemburu yang terpuji

Saad bin Ubadah berkata, “Wahai Rasulullah, seandainya aku mendapati seorang lelaki bersama isteriku, adakah aku tidak boleh menghukumnya sebelum aku mendapat empat saksi?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya. Tidak boleh.”

Ia suatu yang terpuji apabila masih ada perasaan ‘cemburu’ ketika pasangan berbuat maksiat. Namun, fitrah itu boleh menjadi fitnah.

Jika diikutkan hati Saad, mahu saja dia memenggal kepala isterinya. Namun, walau marah macam mana sekalipun kepada pasangan, kita tidak boleh membuat tindakan melulu.

Ia mesti bertempat dan merujuk peraturan. Allah SWT dan Rasul lebih cemburu apabila mengharamkan semua yang keji, zahir atau batin.

Pembuat syariat juga sangat bijaksana apabila tidak membenarkan membunuh sesuka hati tanpa memberi ruang kepada orang yang dituduh untuk diadili dan didatangi empat saksi.

• Cemburu yang berlebihan

Di sisi orang cemburu, kecemburuan seperti itu harus ditahan dengan sifat sabar. Harus dijauhi hal yang boleh membangkitkannya.

Mencegah sebelum merawat manakala pihak yang dicemburui hendaklah mengendalikan perilaku supaya tidak keluar daripada batasan syarak.

Umar pernah cemburu terhadap isterinya yang pergi ke masjid. Namun, beliau tidak pernah melarang isterinya pergi ke masjid kerana bimbang perbuatannya itu mengingkari sabda Baginda iaitu “Janganlah kamu mencegah hamba-hamba Allah untuk datang ke masjid Allah.”

• Cemburu yang dimaafkan

Cemburu dalam kategori ini dimaafkan selagi tidak melakukan perkara yang haram iaitu:

1. Kecemburuan isteri terhadap bekas isteri suaminya.

2. Kecemburuan seorang wanita kepada madunya.

Ujian pertengkaran, konflik dan persaingan biasanya akan menimpa isteri-isteri yang bermadu. Ia sukar dielakkan. Namun berusahalah menahan diri daripada terbabas melakukan perkara haram.

Contoh perkara haram ialah sekumpulan isteri sepakat untuk berbohong. Minuman madu yang manis di rumah seorang isteri yang lain dikatakan berbau busuk supaya suami menjauhi. Itulah yang Allah tegur terhadap sekumpulan isteri Nabi di dalam al-Quran.

Al-Miswar bin Mahkramah berkata: “Ali meminang puteri Abu Jahal. Lalu hal itu didengari Fatimah. Kemudian Fatimah datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “Kaummu mengira engkau tidak memarahi anak-anak perempuanmu, tetapi Ali hendak mengahwini puteri Abu Jahal.”

Kemudian Rasulullah berdiri, maka aku mendengar ketika Baginda bersaksi seraya berkata: “Sesungguhnya Fatimah itu sebahagian daripadaku dan aku tidak suka dia disakiti.”

Dalam riwayat kedua, “Aku khuatir ia terfitnah dalam agamanya, tetapi aku tidak sewenang-wenangnya mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.” (Riwayat Bukhari)

Dalam riwayat ketiga, “Meragukanku apa yang meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakitinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Riwayat ketiga itu dibawa Bukhari dalam bab ‘Pembelaan Seseorang terhadap Anak Perempuannya dalam Kecemburuan dan Pemenuhan Hak.’

Hadis itu jika ditafsirkan berdasarkan akal sempit, kita akan cenderung untuk berlaku berat sebelah. Lebih selamat merujuk tafsiran ulama yang diiktiraf untuk mentafsirkan hadis berkenaan.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, hadis itu menunjukkan wanita yang cemburu apabila bimbang terfitnah dalam beragamanya, maka walinya boleh melakukan usaha menghilangkan semua itu.

Sebagaimana hukum suami bertindak kasar dengan syarat wanita itu tidak mempunyai orang yang dapat meleraikannya dan meringankannya.” (Fathul Bari, juz 11, halaman 243)

Berhubung penyataan Baginda: “Dan aku khuatir ia (Fatimah) akan terfitnah dalam agamanya” iaitu Fatimah tidak tahan dalam kecemburuannya lantas dia marah dan melakukan sesuatu terhadap suaminya berupa tindakan atau perbuatan yang tidak layak dengan kedudukannya dalam agama.” (Fathul Bari, juz 11, halaman 242)

Jelas, Rasulullah SAW menerima alasan Fatimah dan mengiktiraf kecemburuannya. Baginda meminta Ali bin Abi Talib supaya menggagalkan pinangannya atau menceraikan Fatimah.

Elakkan kita dikuasai nafsu syahwat

Muhammad Saufi Hassan

EDISI yang lalu kita membicarakan berkenaan perihal nikmat Allah SWT mengurniakan kemaluan kepada manusia termasuk juga larangan melakukan perbuatan yang dibenci oleh Allah seperti zina atau melakukan sebarang perbuatan yang jelas bertentangan dengan syarak.

Kali ini, penulis ingin menyingkap pendekatan mensyukuri nikmat berkenaan seperti yang digariskan oleh pengarang kitab Qalbun Salim (Syarah Bagi Penawar Hati) karangan Syeikh Abdul Qadir Abdul Muthalib al-Mandili.

Menerusi perihal kaedah mensyukuri nikmat ini, kita hendaklah menjaganya daripada perkara yang diharamkan seperti zina, liwat dan mengeluarkan mani selain daripada tangan dan jari isterinya.

Sebagai hamba-Nya perlulah kita menjaga setiap nikmat yang dikurniakan dan untuk mengelakkan kita terjebak daripada perbuatan haram berkaitan kemaluan ini adalah dengan menjaga mata daripada melihat perempuan yang haram untuk dilihat.

Allah SWT memuji orang yang menjaga kemaluan mereka dalam beberapa ayat antaranya Surah An-Nur bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nur, ayat 30)

Natijahnya, ini menjadi asbab Nabi Muhammad SAW diperintahkan Allah SWT supaya memerintahkan isteri-isteri Baginda dan seluruh perempuan beriman untuk menutup aurat.

Allah SWT berfirman: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita yang beriman agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya. Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Selain itu, kita juga perlu menjaga hati daripada membayang-bayangkan kecantikan rupa paras perempuan kerana perkara itu akan membawa kepada nafsu syahwat serta memungkinkan kita menjerumuskan diri dalam dosa kemaksiatan jika tidak berlandaskan iman dan takwa.

Imam Abdullah Husain Thohir dalam kitab Al-Manhaj As-Sawi berkata: “Warak adalah perkara yang sangat penting sekali. Ia bukan hanya dianjurkan dalam muamalah dan makanan yang syubhah saja, bahkan dianjurkan dalam semua anggota tubuh. Dianjurkan kepada setiap orang untuk tidak melihat, mendengar dan berbuat setiap sesuatu yang menurut pendapat lain perkara itu haram untuk dilihat, didengar dan dilakukan atau menurut pendapat lain perkara itu adalah makruh.”

Perbuatan zina jelas adalah dosa besar dan perkaitan dosa berkenaan adalah kemaluan. Syahwat yang tidak dijaga berlandaskan iman hanya akan membawa kita dikuasai oleh nafsu, sekali gus membawa kita ke lembah yang hina lagi dimurkai Allah SWT.

Siri Kitab Qalbun Salim

Jumaat: 15 keburukan zina