• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,202,374 orang
  • Tetamu Online

Hidup perlu berlandaskan panduan agama

Mohd Rizal Azman Rifin

WALAUPUN manusia dilengkapi dengan banyak ciri yang membolehkan mereka menjalani kehidupan dunia dengan baik, dalam masa sama Allah Maha Mengetahui seandai manusia tidak dipandu dengan agama, pasti akan menjadikan kehidupan manusia dalam keadaan bercelaru.

Dengan berpandukan kepada ajaran agamalah membolehkan manusia menyedari yang mana benar dan yang mana batil. Dengan agama juga membolehkan manusia sentiasa hidup dalam harmoni, tenteram dan berdisiplin. Tidak seperti haiwan yang hidup bebas tanpa peraturan.

Dalam Surah al-Maidah ayat tiga  Allah berfirman yang bermaksud, “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redai Islam itu menjadi agama bagimu.”

Dalam diri manusia ada nafsu yang sentiasa mengajak kepada keburukan. Jadi, sebagai platform paling ampuh dalam mengekang gelora hawa nafsu, maka agama memainkan peranannya. Apabila agama diberikan kedudukan teratas dalam setiap acara kehidupan, maka sukarlah nafsu untuk bermaharajalela dan menjerumuskan manusia ke kancah yang bertentangan dengan kehendak agama.

Misalnya, sebagai seorang pemimpin sekiranya sentiasa hidup bersendikan agama maka mustahil untuk seseorang pemimpin melakukan salah laku atau penyelewengan kuasa. Hal tersebut kerana dia menyedari bahawa perbuatan sedemikian amat dilarang dalam agama dan si pelakunya bakal mendapat azab Allah di akhirat kelak. Jadi, di sini agama menjadi benteng atau perisai kehidupan seseorang pemimpin.

Demikian juga seandainya kita adalah suami yang memimpin rumahtangga bersama isteri dan anak-anak. Suami yang baik adalah mereka yang memandu kehidupan ahli keluarga secara bersama dalam acuan agama. Soal pembinaan akidah yang kukuh akan cuba dilaksanakan sedaya upaya agar isteri dan anak tidak hidup lepas bebas dengan melanggara etika hidup yang digariskan agama.

Sebagai hamba Allah yang tentunya mengharapkan balasan syurga di akhirat kelak, maka peganglah ajaran agama sekukuhnya dan bawalah agama dalam setiap agenda kehidupan harian. Hanya dengan berpandukan pegangan agama sahajalah yang boleh memberikan kesejahteraan, keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Ingatlah selalu akan pesanan Baginda SAW sebagaimana terkandung dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang antara lain sabda Baginda bermaksud:  “Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa), tetapi pandanglah kepada yang kamu menderhakai-Nya (Allah).”