• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,260,415 orang
  • Kandungan Blog

Jaga mulut badan tak binasa

Prof Dr Azman Che Mat

SELEPAS melepasi fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berada pada fasa kedua, kita mengharapkan situasi negara kita dan dunia amnya bertambah baik. Sepanjang tempoh ini kita melihat bagaimana ada insan yang terpaksa berpisah dan ada yang menerima rawatan dan ada juga sudah pergi meninggalkan kita. Semoga Allah merahmati kita semua.

Dalam menghadapi wabak ini, kita sudah diberikan peringatan untuk menutup mulut dan sentiasa mencuci tangan. Mulut perlu menggunakan topeng untuk mencegah jangkitan daripada luar. Begitu juga jika dikenal pasti sebagai pembawa pula, maka memakai topeng mengelakkan risiko tersebarnya virus kepada orang di sekeliling. Hakikatnya, mulut kita bukan sahaja mampu menjadi pintu masuk kepada penyakit, tetapi juga boleh menjadi punca kepada masalah sosial atau penyakit sosial.

Fakta perubatan juga menyokong tindakan ini kerana menjaga kebersihan mulut secara fizikalnya amat baik untuk kesihatan. Dalam laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut bahawa penjagaan oral atau mulut amat penting untuk menjamin keselesaan, meredakan kesakitan dan mencegah jangkitan. Justeru itu, amat penting seseorang itu menilai dan mengenal pasti sekiranya terdapat kesakitan atau tanda-tanda yang tidak normal di dalam mulut dari semasa ke semasa untuk menghalang penyakit daripada melarat dan ketidakselesaan.

Dari sudut kesihatan juga, penjagaan mulut meliputi anggota lain yang terdapat di dalam mulut seperti gigi, lidah dan gusi. Bahkan mulut juga pintu masuk sebarang objek dalam perut manusia. Sebelum sesuatu benda itu masuk dalam perut, mulut memainkan peranan yang besar sama untuk menerima atau menolak sesuatu yang datang dari luar. Justeru itu, jika objek itu tidak baik kepada fizikal manusia, mulut pasti mendapat kesannya terlebih dahulu. Contohnya makanan yang manis boleh merosakkan gigi. Bahkan apabila kandungan gula berlebihan, struktur fizikal juga mendapat penyakit seperti kencing manis.

Mulut sebagai satu anugerah Allah adalah satu nikmat.

Melalui mulut, kita makan dan minum, bertutur, ketawa, menyanyi dan menyedut udara. Secara lahiriah, mulut yang sihat menjadikan kita selera makan dan minum, dapat ketawa dan seumpamanya. Pendek kata menjaga mulut amat dititikberatkan dalam Islam. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan bahawa jika tiada keberatan, mahu diperintahkan supaya setiap kali ingin mendirikan solat, seseorang itu perlu memberus giginya.

Namun perkara yang lebih penting dalam aspek tersirat penjagaan mulut ialah menjamin kesejahteraan sosial dan hidup bermasyarakat. Mulut mempunyai potensi besar untuk menjadi punca kepada gejala sosial dan masyarakat porak-peranda. Fitnah, adu domba, penipuan, berita palsu, mengumpat, kata-kata kesat boleh sahaja berpunca daripada mulut yang tidak dijaga. Justeru itu, Nabi berpesan, berkata baiklah atau diam sahaja. (Hadis Riwayat Abu Hurairah RA)

Ringkasnya, sepanjang tempoh seluruh negara menghadapi ancaman Covid-19, kita wajar mengambil iktibar bahawa nikmat mulut yang kita terima ini dijaga secara penuh tanggungjawab. Kita mungkin mampu untuk menjaga mulut secara fizikal seperti memakai topeng mulut, namun dalam masa sama perlu diingat fungsi mulut secara tersirat juga perlu dipelihara daripada menjadi punca kerosakan dan kekeliruan dalam masyarakat. Bak kata peribahasa Melayu, kerana mulut, badan binasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: