• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,273,593 orang
  • Kandungan Blog

Lidah lembut tapi Berbisa

Fatimah Syarha Mohd Noordin

LIDAH adalah anggota badan yang lembut dan tidak bertulang. Tetapi kehebatan dan kehancuran yang boleh diciptakan daripadanya sangat besar.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim kepada kita, sesiapa yang dapat memberi jaminan menjaga apa yang ada di antara dua rahang iaitu lidah dan apa yang ada di antara dua paha (kemaluan), Baginda menjamin dengan syurga.

Terpulang kepada kita bagaimana mahu menggunakannya. Satu daripada cara menggunakan lidah adalah mengajak orang kepada kebaikan atau disebut Dakwah bi al-Lisan.

Orang yang suka mengungkapkan kata-kata baik dan menyebarkan keamanan mendapat pengiktirafan Nabi SAW sebagai Muslim yang baik.

Abu Musa al-Asya’ri pernah bertanya Nabi SAW, “Wahai Rasulullah, orang Islam manakah yang baik?”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Orang yang menyebabkan semua Muslim berasa selamat daripada lidah dan tangannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dengan lidah, manusia mengungkapkan kata-kata dan meluahkan rasa. Dengan lidah juga, manusia berinteraksi dan memperkenalkan orang lain kepada Ilahi.

Lidah atau lisan menjadi lambang bahasa manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), dan Dia-lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim, ayat 4)

Lidah menjadi alat di dunia menuju matlamat akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar daripada hajat-hajatnnya)?” (Surah al-Balad, ayat 8-9)

Antara fungsi dakwah dengan lisan adalah memberikan pencerahan. Segala salah faham dan kekusutan haruslah diperbetulkan.

Dengan kreativiti dan seni lisan, dakwah dapat difahami dengan mudah, tepat dan jelas.

Ia lebih dekat dengan fitrah manusia. Lisan juga boleh menjinakkan hati yang liar. Lisan juga boleh memberi ancaman kepada pelaku kemungkaran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian daripada sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu” dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 25)

Nabi SAW pernah mengingatkan dalam hadis riwayat Bukhari Muslim berkenaan seorang hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir buruk baiknya, dia tergelincir ke neraka lebih jauh dari Timur dan Barat.

Antara dosa lisan yang disebut dalam Kitab Bidayah al-Hidayah, karya Imam al-Ghazali ialah bohong, menyalahi janji, mengumpat, suka berdebat, suka bertengkar, suka membantah, merasakan diri suci tanpa dosa, melaknat, mendoakan kecelakaan dan bergurau dengan mengejek.

Dosa itu kini bertebaran di mana-mana termasuklah diungkap dalam bentuk tulisan di media sosial.

Bahkan, Nabi SAW menyebut dalam hadis riwayat Abu Daud bahawa orang yang mempertahankan maruah saudaranya pada hari kiamat, Allah SWT menjauhkan neraka daripada mukanya.

Gunakanlah lidah dengan fungsi sebenar yang Allah SWT mahukan kita memanfaatkannya. Biar lidah menjadi ‘pendakwah’ yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: