• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,202,370 orang
  • Tetamu Online

Sikap kufur, suka berbohong tidak dapat hidayah

Oleh Ahmad Shukri Yusoff

 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang yang berkata dengan mulutnya: Kami tetap beriman, padahal hatinya tidak beriman.” (Surah al-Maaidah, ayat 41)

Rasulullah SAW diutuskan dengan membawa segala bentuk kebaikan untuk umatnya, berita gembira kepada orang mukmin, amaran bagi orang kafir. Rasulullah SAW sangat menginginkan kaumnya mendapat petunjuk dan hidayah.

Orang yang mudah bersikap kufur daripada golongan munafik yang mengaku beriman hanya sebagai pemanis mulut, namun ternyata sebenarnya mereka tidak beriman dengan bersungguh-sungguh. Mereka ialah orang yang menampakkan kebaikan dan menyembunyikan keburukan.

Ibnu Juraij berkata, orang munafik ialah yang perkataannya menyalahi tindak-tanduknya dan batinnya bercanggah dengan zahirnya .

Sifat keprihatinan yang luar biasa menyebabkan Baginda SAW merasa sedih kepada sesiapa sahaja yang keluar daripada garis keimanan. Baginda memberatkan dirinya dalam urusan dakwah mengatasi kemampuan yang ada bahkan melebihi apa yang dituntut kepadanya.

Teguran kepada nabi

Abu Hayyan berkata, ayat itu diturunkan untuk menghiburkan Nabi Muhammad SAW dan meringankan rasa dukacitanya terhadap sikap mereka yang mencari kekufuran dan mendedahkan hakikat diri mereka supaya Baginda SAW tidak menaruh harapan tinggi mereka akan beroleh petunjuk.

Seperti diketahui Baginda tidak dituntut melainkan untuk menyampaikan risalah manakala hidayah itu adalah kurniaan dan pilihan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.” (Surah as-Syu’ara, ayat 4)

Disebabkan terlalu mengharapkan petunjuk untuk kaumnya, Allah SWT menegur Nabi Muhammad SAW kerana itu akan membebankan dirinya. Teguran itu bukan kerana kelemahan ataupun kesilapan Baginda tetapi ia mengatasi kemampuannya.

Orang munafik keimanan mereka hanya di bibir sahaja. Demikian juga orang Yahudi, suka mendengar berita dusta dan palsu. Mereka suka mendengar perkataan pendeta Yahudi yang sering berbuat dusta terhadap Allah SWT.

Suka cerita bohong

Di samping itu, mereka suka memesongkan dan meminda hukum Allah SWT. Mereka tidak mahu hadir dalam majlis nabi kerana sombong dan terlalu ingin menunjukkan permusuhan seperti Yahudi Bani Khaibar.

Sementara golongan suka mendengar cerita bohong ialah orang Yahudi Bani Quraizah yang datang menemui Baginda, mereka mengubah serta meminda hukum Allah SWT dalam kitab Taurat serta menggantikannya dengan hukum lain.

Ibnu Abbas berkata, hukum yang mereka pinda ialah hukum hudud yang telah ditetapkan dalam kitab Taurat. Mereka meminda rejam dan menggantikannya dengan hukuman sebat serta menghitamkan muka.

Mereka berkata kepada pengikut mereka, jika disampaikan kepada kamu hukum dalam Taurat seperti yang dipinda ini, bolehlah kami terima. Tetapi sebaliknya, jika disampaikan kepada kamu hukum asal dalam kitab Taurat, maka jangan sekali-kali kamu menerima hukum itu.

Hati yang hidup

Nabi Nuh AS telah berdakwah kepada kaumnya, isteri dan anaknya selama 950 tahun, namun hanya sedikit yang beriman kepada Allah SWT. Ini bukanlah petanda Nabi Nuh gagal, tetapi bukti tidak ada yang dapat memberikan hidayah kecuali dengan izin Allah SWT.

Apabila jiwa seseorang sering berkecimpung dalam perkara kebatilan, pembohongan dan kejahatan, suka menderhaka dan melakukan perbuatan merugikan, maka kesesatannya menjadi perwatakan. Hatinya tidak lagi mempunyai sebarang kemanisan untuk menerima kebenaran. Akibatnya, mereka tidak lagi dapat menerima keterangan yang benar.

Al-Quran memberi manfaat kepada orang yang mempunyai hati yang hidup, mengetahui kebaikan di sebalik petunjuk, bimbingan-Nya serta mengikut bimbingan dan petunjuk itu.

Mereka ini umpama manusia yang apabila muncul kilatan cahaya kebenaran di hadapan, mereka akan segera menangkapnya sehingga hati dan sanubari dipenuhi cahaya kebenaran itu. Itulah orang yang dianugerahkan Allah SWT taufik dan hidayah, yang bakal memperoleh kemenangan serta kebahagiaan

Hati penentu kebaikan, kejahatan seorang mukmin

Zamanuddin Jusoh

 

Diri seorang insan itu adalah yang diciptakan Allah SWT dengan gabungan jasad dan roh. Fungsi jasad adalah melaksanakan segala arahan yang ditetapkan Allah SWT dan roh berupaya menjadikan jasad dapat melaksanakan perintah terbabit.

Nyawa, akal, nafsu dan hati adalah kepunyaan roh yang menjadikan akal sebagai sebagai fungsi penasihat dengan pandangan dan cadangan.

Apabila akal disinari dengan cahaya keimanan, maka segala kebaikan akan menghiasi kehidupan seseorang insan. Begitu juga sebaliknya apabila akal tidak dapat menerima cahaya iman lantaran dorongan hawa nafsu yang menawarkan kelazatan dan keseronokan dunia.

Gerakan hati akan mendengar daripada pandangan akal dan nafsu akan membuat keputusan yang akan menentukan segala keputusan, sama ada membenarkan iman bertapak terhadap Allah atau sebaliknya.

Justeru, Baginda SAW mengingatkan kita bahawa hati amat berperanan dalam menentukan kebaikan dan kejahatan.

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati”. (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu’man bin Basyir).

Pengarang kitab Hadyun Nabawi Fir Raqaiq atau Petunjuk Nabawi Bagi Hati mengkategorikan hati kepada beberapa bahagian.

Antaranya hati yang sejahtera, hati yang sakit dan hati yang mati. Hati yang sejahtera adalah hati yang sentiasa memilih kebaikan dan keredaan Allah SWT, manakala kecenderungan kepada kejahatan dan kemurkaan Allah SWT.

Namun, hati yang tidak dapat diubati lagi adalah hati yang keras dan mati kerana ia sudah dimatikan oleh Allah SWT disebabkan ia tertutup oleh kesesatan dan tidak bersedia menerima perintah Allah SWT.

Allah SWT menjelaskan mengenai hati yang mati ini melalui firman-Nya bermaksud : “Apakah sama orang yang dilapangkan Allah SWT dengan cahaya petunjuk dan orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan? Maka, kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya daripada menerima peringatan. Mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar, ayat 22).

Penyebab keras hati

Kekerapan melakukan dosa dan memandang ringan terhadap dosa adalah antara faktor yang menyebabkan kekerasan hati. Apatah lagi memandang remeh terhadap taubat dalam kehidupan.

Syekh Ibn A’toillah Assakandari membicarakan hikmahnya dengan menyebut: “Sebahagian daripada tanda matinya hati adalah tidak merasa sedih kerana meninggalkan amalan kewajipan atau kebaikan dan tidak menyesal atas sesuatu pelanggaran dosa.”

Sahabat Rasulullah yang bernama Ibnu Masu’d berkata, “Orang mukmin melihat dosa pada dirinya seolah-olah dia berada di bawah bukit yang akan menghempapnya, manakala orang munafik melihat dosanya umpama lalat yang hinggap diatas hidungnya lalu menepis dengan tangannya sahaja dan terbanglah lalat tersebut.”

Justeru, kita sebagai seorang mukmin sewajarnya berusaha membersihkan hati dengan bertaubat dan beristighfar serta berdoa kepada Allah sebagai garis panduan.

Anas meriwayatkan Baginda SAW bersabda maksudnya: “Wahai Allah yang membolakbalik hati-hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa berada diatas landasan agama-Mu.” (Riwayat Tirmizi).

Pesanan Baginda SAW agar kita sentiasa berwaspada terhadap setiap perlakuan dosa kerana ia akan meninggalkan titik hitam di hati jika ia tidak dibersihkan segera dengan taubat dan beristighfar. Seterusnya akan menutup cahaya iman yang lahir daripada kalimah syahadah yang kita lafazkan kerana kalimah terbabit menunjukkan kita kepada jalan yang perlu diikut.

Cahaya iman akan menjadi malap apabila titik hitam terbabit tidak dibersihkan sehingga menyebabkan selaput kotoran akan bertambah menebal dan memberi kesan kepada hati.

Daripada Abu Hurairah, sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya apabila seseorang melakukan dosa, nescaya akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia bertaubat, maka terhakislah titik hitam tersebut. Jika ia tidak berbuat demikian, titik hitam tersebut akan terus merebak hingga ke seluruh hatinya sebagaimana firman Allah bermaksud: “Sebenarnya tiada cacat kepada ayat-ayat Kami, bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran disebabkan perbuatan kufur dan maksiat.” (Riwayat Tirmizi).

Kufur nikmat

Ini menunjukkan bahawa penyakit hati seperti riya’, u’jub dan suma’h yang didorong oleh nafsu yang akan mengakibatkan seseorang menjadi sombong, takabur dan kufur akan nikmat Allah SWT.

Maka berlakulah dosa daripada lidah akibat mengumpat dan memfitnah orang lain. Berleluasa perzinaan dan seumpamanya lantaran hati dan nafsu sebagaimana penegasan Baginda SAW bermaksud: “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus akan hatinya dan tidak lurus akan hatinya sehingga lurus akan lidahnya. Dan tidak akan masuk syurga seorang hamba selagi jirannya tidak aman daripada kejahatannya.” (Riwayat Imam Tabrani).

Allah SWT menegaskan betapa pentingnya petunjuk kepada seseorang individu kerana ia adalah cahaya yang akan menyuluh setiap jalan yang dilalui. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).” (Surah an-Ana’m, ayat 22).

Menurut sesetengah riwayat, turunnya ayat itu adalah berkenaan dengan Umar dan Abu Jahal. Di mana Rasulullah SAW pernah berdoa: “Wahai Tuhan kami, semoga Islam berjaya dengan sebab salah seorang daripada dua orang penting, iaitu Umar (Umar bin Khathab dan Amr bin Hisam atau Abu Jahal). Ternyata Umar al Khathab masuk Islam dan dialah yang dimaksudkan dengan orang yang tadinya mati kemudian dihidupkan dan Amr bin Hisyam yang dimaksudkan dengan orang yang tetap ada dalam kegelapan.” Namun, kegelapan dan cahaya akan memenuhi setiap zaman dan ruang masa hingga hari kiamat kerana kegelapan dan cahaya adalah sesuatu yang berbeza.

Al-Quran menjelaskan kepada manusia akan kebenaran dan kebatilan. Hidayah dan kesesatan di mana hidayah dan kebenaran akan melenyapkan segala penyakit berkaitan hati. Al-Quran juga mendidik manusia agar mencintai dan mengutamakan Allah dan Rasul-Nya mengatasi keinginan duniawi dan mengutamakan akhirat yang abadi.

Kesimpulannya, hati yang hidup ialah hati yang sentiasa bersih dan suci daripada titik noda dan dosa. Hati perlu dididik dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, dan zuhud agar ia tidak mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu. Dengan zikrullah dapat merawat hati agar dijauhi penyakit keras hati.

Manfaatkan peluang berbuat amal soleh

Zamanuddin Jusoh

 

Kehidupan adalah peluang disajikan  Allah SWT di mana kepelbagaian peluang ini tidak dapat dihitung oleh manusia. Peluang ini datang pada setiap bidang dan sebahagian daripadanya dapat mengubah perjalanan hidup seseorang dan sebahagiannya tidak akan berulang sehingga ada ulama mengungkapkan bahawa: “Apabila dibuka suatu peluang kebaikan, maka bersegeralah melakukannya kerana kita tidak mengetahui bilakah ia akan tertutup buat kita.”

Kadang kala kita melihat peluang berkenaan berbentuk kebaikan bagi membentuk dan membina masyarakat, terkadang berbentuk jawatan dan pangkat untuk berkhidmat kepada agama dan umat selain ada masanya berbentuk perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan khususnya dari seorang insan yang baik.

Sesungguhnya harta yang banyak di tangan orang yang baik adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Ulama menyebut: “Sebaik-baik harta adalah dari kepunyaan orang yang baik.” Ini kerana, orang baik dan soleh saja yang dapat menguruskan hartanya mengikut acuan agama.

Peluang dalam kehidupan akan sentiasa terbentang sepanjang hayat dan ianya teguh berdiri sehinggalah detik terakhir kehidupan. Sabda Baginda SAW bermaksud : “Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (Hadis Riwayat  Al-Bukhari).

Dua jalan

Dapat difahami bahawa dua jalan yang  tidak pernah terpisah iaitu dunia dan akhirat. Apa yang tersirat ialah Baginda SAW ingin menyatakan dengan maksud tersurat berbunyi: “Bekerjalah sehingga ke detik-detik terakhir kehidupan.”

Saidina Umar Al-Khattab memberitahu dengan tegas dan yakin bahawa: “Jikalau di tanganku ada sebutir biji benih dan aku tahu keesokan harinya akan kiamat, nescaya aku akan tanam biji benih berkenaan.”

Demikianlah Baginda SAW  yang sentiasa peka dengan peluang dan menyarankan umatNya mengisi peluang berkenaan dengan kebaikan. Maka, Saidina Abu Bakar Assiddiq ra dapat merebut peluang pertama sehingga diiktiraf baginda SAW melalui sabdanya bermaksud: “Sesungguhnya aku telah diutus oleh Allah kepada kamu namun kamu sekalian mengatakan, “Engkau pendusta!” Sementara Abu Bakar berkata: “Engkau benar!” Selepas itu dia membelaku dengan seluruh jiwa dan hartanya. Lalu apakah kamu akan mengabaikan sahabatku ini? (Hadis Riwayat Bukhari).

Begitu juga Saidina Othman yang berusaha agar kekalutan yang berlaku pada zamannya dapat diredakan dengan menangkis serangan fitnah terhadapnya secara bijaksana.

Akibatnya, nyawa dan jiwanya terus terancam sehingga meninggal dunia dalam keadaan membaca Al-Quran. Peluang jawatan yang dikurniakan Allah SWT tidak disia-siakan sehingga beliau dapat memperluaskan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka.

Beliau juga dapat menyatukan pengumpul Al-Quran yang membawa pelbagai versi dalam sebuah mushaf yang diberi nama mushaf Uthmani. Demikian juga mereka yang terdahulu daripada Muhajirin dan Ansar yang mendahului manusia lain apabila mereka menggunakan peluang berhijrah dan menerima ahli Makkah sebagai tetamu istimewa.

Terus menetap dalam syurga

Pasukan Badar yang berjuang bermati-matian, mereka yang menerima Islam sebelum pembukaan kota Makkah dan berhijrah serta mengorbankan harta dan jiwa di mana mereka mendapat pengiktirafan khusus berbanding mereka yang berjuang selepas pembukaan kota Makkah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan antara mereka ialah orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia). yang akan mendahului orang lain dalam mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak. Mereka itulah orang-orang yang didampingkan di sisi Allah SWT. Terus menetap di dalam syurga yang penuh nikmat. Sebahagian besar daripada mereka adalah dari umat manusia yang terdahulu dan sebilangan kecil dari orang yang datang kemudian.” (Surah Al-Waqiah ayat 10-14).

Demikianlah gambaran mereka yang terbaik disisi Allah SWT apabila mereka dapat memanfaatkan peluang dalam kehidupan. Mereka yang menyedari akan luputnya tarikh peluang itu akan berasa kelajuan masa dengan berlalunya peningkatan umur, tahap kesihatan yang rendah, berkurangnya harta simpanan, status keamanan sejagat dan keizinan masa yang terbatas.

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Jangan pernah kamu meremehkan kebaikan, meski dengan menyambut saudaramu dengan wajah berseri.” (Hadis Riwayat  Muslim).

Dalam hadis lain, Baginda SAW bersabda: “Takutlah kamu kepada neraka, meski dengan bersedekah sebutir kurma.” (Hadith Riwayat Bukhari). Begitu juga mereka yang ditimpa musibah. Maka, peluang bagi mereka adalah bersabar dan reda atas segala ketentuan.

Setia terhadap agama

Nabi Yusuf as yang menderita akibat berada di perantauan, kezaliman dan penjara yang menyakitkan, masih setia terhadap agama dan kebenaran walaupun menerima tekanan terhadap kalimah tauhid yang dipegang.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai kedua penghuni penjara, manakah yang lebih baik. Tuhan yang bermacam-macam itu ataupun Allah yang maha Esa lagi perkasa? Maka Yusuf as menjawab dengan yakin melalui firman Allah SWT bermaksud: “Keputusan hanyalah kepunyaan Allah. Dia memerintahkan agar kamu tidak menyembah yang lain kerana itulah agama yang lurus”. (Surah Yusuf ayat 39-40).

Namun demikian, peluang ini disalah gunakan sebahagian masyarakat kini dengan meletakkan kebebasan yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk menjadi kufur.

Bagi mereka, sesiapa saja berhak untuk beriman dan kufur sebagai respons kepada peluang yang dikurniakan Allah SWT. Pada mereka, ini adalah peluang yang dianugerahkan Allah SWT untuk kita beriman atau kufur mengikut pandangan masing-masing.

Malah ada yang mengungkapkan bahawa: “Kami hanya murtad dan kufur sahaja. Kami tidak mengganggu sesiapa. Biarkanlah kami dengan fahaman kami.”  Malah,  mereka juga membentangkan ayat Al-Quran sebagai alasan bagi menghalalkan kata-kata mereka.

Mereka membacakan ayat yang bermaksud: “Dan katakanlah bahawa kebenaran adalah dari TuhanMu. Sesiapa yang ingin beriman, dia boleh beriman dan sesiapa yang ingin kufur, maka dia berhak berbuat demikian.” (Surah Al-Kahfi ayat 29).

Di sini, terdapat beberapa perkara yang kita harus perhatikan. Walaupun Allah SWT memberikan tawaran untuk manusia memilih, Allah SWT tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari kebenaran. Allah SWT Maha Penyayang dan Dialah yang memberikan petunjuk.

Empat batas utama

Maksud ayat seterusnya ialah: “Sesiapa yang kufur dan zalim, bagi mereka adalah neraka yang sering mengepung mereka serta pelbagai azab yang memedihkan”. (Surah al-kahfi ayat  29).  Ini menunjukkan bahawa pilihan mereka mestilah tepat dan benar kerana neraka sedang menanti. Janganlah pula mereka sanggup mengatakan bahawa: “Kami sanggup masuk neraka asalkan jangan ganggu kami.”

Ingatlah bahawa iman dan kufur dibatasi oleh empat benteng utama. Oleh itu, sesuatu ucapan atau perbuatan yang membawa maksud yang disengajakan untuk melanggar keempat-empat batas ini, maka ia akan mengeluarkan seseorang itu dari iman dan Islam.

Empat batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang ialah mengingkari atau mencela sifat rububiyyah Allah, mengingkari atau mencela nama atau Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya, mengingkari atau mencela sifat uluhiyyah Allah dan mengingkari atau mencela Rasulullah SAW sama ada kerasulannya atau apa yang dibawanya melalui hukum syari’at.

Banyak ayat yang menjelaskan bahawa tidak ada sedikit pun perbuatan Allah yang terkeluar dari landasan hikmat. Bertolak dari sini, perbuatan menolak atau menentang sebahagian dari syari’at dan hukum ketetapan Allah SWT bererti menolak dan menentang perbuatan Allah secara keseluruhannya.

Oleh itu, bagi mereka yang mengucapkan kata-kata yang boleh membawa mereka ke jurang yang hina ini mestilah menggunakan peluang yang ada untuk kembali kepada jalan yang sebenar.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Wahai kaumku, mintalah ampun daripada Tuhanmu, kemudian kembalilah mentaatiNya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa.” (Surah Hud, ayat 52).

Rahmat akan sentiasa membayangi kita semua sekiranya perasaan takabbur dapat dihapuskan dengan menerima pandangan ahli ilmu di dalam bidang mereka.

Kesimpulannya, setiap manusia diberikan peluang oleh Allah SWT untuk melakukan ketaatan. Maka, mereka yang bahagia adalah mereka yang dapat menjadikan setiap musim dalam kehidupan sebagai peluang untuk membersihkan jiwa, membangunkan kehidupan dan sentiasa berjuang untuk mencapai tahap tertinggi.

Apabila hilangnya semangat juang berkenaan, maka hilanglah peluang keemasan yang diberikan Allah SWT. Ingatlah bahawa kita tidak diberikan kebebasan dalam menentukan jalan keimanan dan kekufuran. Hanya jalan iman sahaja yang akan selamat di dunia dan akhirat.

Pertahankan akidah biarpun nyawa diancam musuh Islam

Oleh Ahmad Shukri Yusoff

 

Hikmah al-Quran: Huraian Surah al-Baqarah, ayat 217.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah, peperangan pada bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang Islam) daripada jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya dan juga perbuatan menyekat (orang Islam) ke Masjidil Haram (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang pada bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217).

Allah SWT dalam banyak ayat sentiasa mengingatkan umat Islam supaya sentiasa berwaspada terhadap sikap orang Musyrikin yang berazam untuk meneruskan cita-cita jahat mereka menindas dan memurtadkan orang Islam daripada ajaran Islam.

Menerusi ayat ini Allah SWT mendedahkan penindasan terhadap kaum Muslimin adalah matlamat tetap bagi musuh Islam, matlamat itu tidak berubah di mana sahaja dan dalam sebarang generasi.

Satu fakta yang tidak boleh diperdebatkan lagi ialah orang Islam tidak pernah memulakan peperangan atau pencerobohan, malah yang selalu memulakannya ialah kaum Musyrikin. Mereka menahan orang daripada mendekati agama Allah SWT, kufur terhadap Allah SWT dan menghalang orang dari Masjidil Haram.

Perbuatan mengusir penduduk Tanah Haram adalah lebih besar dosanya daripada berperang pada bulan haram dan perbuatan menindas orang Islam kerana agama mereka adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT daripada membunuh.

Kaum Musyrikin telah melakukan dua dosa yang besar ini. Menjadi kewajipan kaum Muslimin jangan membiarkan mereka berselindung di sebalik tabir kesucian palsu yang tidak dihormati dan dipandang suci dalam hati mereka.

Perbuatan mereka menyebut kehormatan bulan haram adalah semata-mata tabir palsu untuk berselindung di sebaliknya bagi memburukkan kedudukan kaum Muslimin dan menonjolkan mereka dengan sifat penceroboh, sedangkan sebenarnya merekalah sejak awal yang telah mencabul kehormatan Baitullah.

Sesungguhnya perbuatan mengganas, mengusir dan menindas penduduk Tanah Haram Makkah lebih besar daripada berperang pada bulan haram yang dilakukan beberapa orang Islam di bawah pimpinan Abdullah bin Jahsh di Batn Nakhlah itu.

Oleh itu, hujah Nabi SAW dan sahabatnya yang dikatakan tidak menghormati bulan haram ini tidak timbul lagi kerana kaum musyirikinlah sebenarnya yang memulakan pencerobohandan tidak memuliakan kehormatan Tanah Suci serta Baitullah.

Perkataan fitnah yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah menyekat kebebasan manusia untuk hidup beragama dan memaksa mereka supaya terus kufur kepada Allah SWT. Mereka menyeksa sebahagian sahabat seperti Ammar Yasir, Bilal dan Khabbab Al-Arat.

Mereka menyeksa Ammar dengan besi panas supaya beliau kembali ke agama asalnya dan menyeksa saudara serta ibu bapanya. Ketika Nabi SAW lalu di hadapan mereka, Baginda berhenti, kemudian bersabda: “Sabarlah keluarga Yasir, sabarlah, sesungguhnya syurga telah dijanjikan buatmu.”

Berikutan itu, Yasir meninggal dunia dalam seksaan manakala ibunya pula disula pada kemaluannya sehingga beliau menemui ajalnya. Bilal pula diseksa oleh Umayyah Ibn Khalaf dengan dibiarkan kelaparan dan kehausan.

Dadanya ditindih dengan batu besar di tengah terik matahari, lalu dikatakan padanya: “Kamu akan tetap dibiarkan begini sehingga mati atau kamu kafir kepada Muhammad dengan kembali menyembah Al-Lata dan Al-Uzza. Namun Bilal tidak mahu dan bertahan bagi memelihara agamanya.

Ancaman paling berbahaya kepada umat Islam ialah murtad atau berpaling tadah daripada akidah dan ajaran Islam. Islam memandang berat gejala murtad kerana perubahan mereka daripada asalnya menjadi mata dan telinga kepada Islam lalu dengan tiba-tiba menjadi mata dan telinga kepada pihak musuh.

Murtad boleh berlaku sama ada melalui ucapan atau perbuatan. Murtad melalui ucapan apabila seseorang mengingkari sesuatu yang diketahui secara pasti bahawa itu termasuk dalam ajaran agama. Menerusi perbuatan seperti bersujud kepada matahari, berhala dan meremehkan al-Quran.

Umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan agama Islam, walaupun digoda oleh orang kafir dengan pelbagai ancaman. Mereka tidak harus murtad setelah mengecapi kemanisan iman dan Islam. Sesiapa mati dalam keadaan murtad, maka seluruh amalan kebajikannya yang lalu akan gugur dan sia-sia.

Nikmat syurga bagi jiwa tidak dijajah syaitan

Oleh Syafiq Zulakifli

 

Larangan daripada Allah SWT dalam al-Quran mengingatkan manusia bahawa setiap perbuatan yang melanggar batas syariat Allah SWT perlu dijauhkan. Malangnya, manusia sebagai hamba sering kali mengingkari perintah Allah SWT.

Perbincangan program Ibrah minggu lalu, Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman, membawakan perkongsian penting peristiwa Nabi Adam dan isterinya, Hawa, yang dikeluarkan dari syurga Allah SWT setelah memakan buah larangan di dalam syurga.

Allah SWT telah merakamkan dalam kitab suci al-Quran mengenai godaan syaitan yang paling awal bermula pada zaman Nabi Adam.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu daripada orang yang zalim.” (Surah al-A’raf, ayat 19)

Kemudian, Allah SWT berfirman lagi bermaksud: “Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup daripada (pandangan) mereka, sambil ia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi daripada orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).” (Surah al-A’raf, ayat 20)

Bersungguh perdaya manusia

Penjajahan syaitan ke atas jiwa manusia yang selalu lalai bukanlah sesuatu yang sukar. Godaan syaitan dengan hasutan itu bermula sedikit demi sedikit. Malah perangkap melalui bisikan itu memberi isyarat bahawa syaitan bersungguh-sungguh untuk memperdaya manusia melakukan kesilapan.

Perumpamaan itu dapat difahami melalui kisah Nabi Adam dan Hawa yang digoda oleh syaitan. Nabi Adam dibisik untuk menghampiri pokok terlebih dahulu, kemudian berlanjutan bisikan itu untuk duduk lama di kawasan pokok sehingga akhirnya mengambil peluang memakan buah larangan itu.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ia bersumpah kepada kedua-duanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah daripada mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.” (Surah al-A’raf, ayat 21)

Kemudian, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?” (Surah al-A’raf, ayat 22)

Helah melalui bisikan syaitan perlu diperhatikan. Contohnya, kita sering kali terpedaya melengahkan solat pada awal waktu. Kemudian, ia membisikan supaya bersolat pada akhir waktu. Tipu daya dan muslihat syaitan itu berlanjutan sehingga kita meninggalkan terus solat yang diperintahkan Allah SWT.

Bisikan melalaikan jiwa

Syaitan ditugaskan melemahkan manusia dengan bisikan akan terus melalaikan jiwa. Sumpahan iblis dan syaitan untuk menggoda anak Adam sehingga hari kiamat itu dirakamkan melalui ayat al-Quran. Iblis telah bersumpah menyesatkan zuriat keturunan Nabi Adam kepada kemaksiatan.

Dijelaskan dalam firman Allah SWT bermaksud: “Ia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).” (Surah al-Isra’, ayat 62)

Zuriat keturunan adalah amanah yang paling berharga. Oleh itu, kita sebagai hamba dinasihatkan untuk menjaga isteri, keluarga dan zuriat keturunan daripada terbelenggu dengan godaan syaitan.

Melalui kisah Nabi Adam dan Hawa ini dapatlah difahami Allah SWT tidak meletakkan Nabi Adam secara bersendirian dalam syurga tetapi menjadikan pasangan hidup iaitu Hawa. Oleh itu, keluarnya Nabi Adam daripada syurga bukanlah sendiri tetapi bersama dengan Hawa.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Surah Taha, ayat 117)

Kesenangan sementara

Nikmat syurga yang dikecapi Nabi Adam dan isterinya telah memberikan kesenangan sementara sebelum datangnya syaitan memperdaya. Malah Allah SWT menjelaskan beberapa nikmat yang akan diperoleh Nabi Adam ketika berada dalam syurga itu.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari.” (Surah Taha, ayat 118-119)

Memperoleh nikmat syurga itu akan hadir melalui jiwa yang tidak terjajah dengan godaan dan bisikan syaitan di dunia ini.

Makna Hijrah Dalam Kehidupan Seorang Muslim

Oleh: H. Dedih Surana, Drs., M.Ag.

Kata hijrah berasal dari Bahasa Arab, yang berarti meninggalkan, menjauhkan dari dan berpindah tempat. Dalam konteks sejarah hijrah, hijrah adalah kegiatan perpindahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw bersama para sahabat beliau dari Mekah ke Madinah, dengan tujuan mempertahankan dan menegakkan risalah Allah, berupa akidah dan syari’at Islam.

Dengan merujuk kepada hijrah yang dilakukan Rasulullah Saw tersebut sebagaian ulama ada yang mengartikan bahwa hijrah adalah keluar dari “darul kufur” menuju “darul Islam”. Keluar dari kekufuran menuju keimanan.
Umat Islam wajib melakukan hijrah apabila diri an keluarganya terancam dalam mempertahankan akidah dan syari’ah Islam.

Perintah berhijrah terdapat dalam beberpa ayat Al-Qur’an, antara lain: Qs. Al-Baqarah 2:218).
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berhijrah di jalan Allah, mereka itu mengharpakn rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang mujairin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki (ni;mat) yang mulia. (Qs. Al-An’fal, 8:74)

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan (Qs. At-Taubah, 9:20)

Pada ayat-ayat di atas, terdapat esensi kandungan:

1. Bahwa hijrah harus dilakuakn atas dasar niat karena Allah dan tujuan mengarah rahamt dan
keridhaan Allah.

2. Bahwa  orang-oerang  beriman yang berhijrah dan berjihad dengan motivasi karena Allah dan tujuan
untuk meraih rahmat dan keridhaan Allah, mereka itulah adalah mu’min sejati yang akan memperoleh
pengampunan Allah, memperoleh  keebrkahan rizki (ni’mat) yang mulai, dan kemenangan di sisi Allah.

3. Bahwa hijrah dan jihad dapat dilakukan dengan mengorbankan apa yang kita  miliki, termasuk  harta
benda, bahkan jiwa.

4. Ketiga   ayat  tersebut  menyebut  tiga  prinsip  hidup, yaitu  iman,  hijrah dan jihad. Iman bermakna
keyakinan, hijtah bermakna perubahan dan jihad bermakna perjuangan dalam menegakkan risalah Allah.

Makna Hijrah

Hijrah sebagai salah satu prinsip hidup, harus senantiasa kita maknai dengan benar. Secara bahasa hijrah berarti meninggalkan. Seseorang dikatakan hijrah jika telah memenuhi 2 syarat, yaitu, yaitu yang pertama ada sesuatu yang ditinggalkan dan kedua ada sesuatu yang dituju (tujuan). Kedua-duanya ahrus dipenuhi oleh seorang yang berhijrah. Meninggalkan segala hal yang buruk, negative, maksiat, kondisi yang tidak kondisif, menju keadaan yang lebih yang lebih baik, positif dan kondisi yang kondusif untuk menegakkan ajaran Islam.

Dalam realitas sejarah hijrah senantiasa dikaitkan dengan meninggalkan suatu tempat, yaitu adanya peristiwa hijrah Nabi dan para sahabat meninggalkan tepat yang tidak kondisuf untuk berdakwah. Bahkan peristiwa hijrah itulah yang dijadikan dasar umat Islam sebagai permulaan ahun Hijriyah.

Tahun Hiriyah, ditetapkan pertama kali oleh Khalifah Umar bin Khatab ra, sebagai jawaban atau surat Wali Abu Musa Al-As’ari. Khalifah Umar menetapkan Tahun Hijriyah Kalender Tahun Gajah, Kalender Persia untuk menggantikan penanggalan yang digunakan bangsa Arab sebelumnya, seperti yang berasal dari tahun Gajah, Kalender Persia, Kalender Romawi dan kalender-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliyah. Khlifah Umar memilih peristiwa Hijrah sebagai  taqwim Islam, karena Hijrah Rasulullah aw dan para sahabat dari Mekkah ke Madinah merupakan peristiwa paling monumental dalam perkembangan dakwah.

Secara garis besar hijrah kita bedkan menajdi dua macam yaitu:

1. Hijrah Makaniyah : Yaitu meinggalkan suatu tempat. Bebebrapa jenis hijrah maknawiyah, yaitu:
a. Hijrah Rasulullah Saw dari Mekah ke Habasyiyah.
b. Hijrah Rasulullah Saw dari Mekah ke Madinah.
c. Hijrah dari suatu negeri yang didalamnya didominasi oleh hal-hal
yang diharamkan.
d. Hijrah dari suatu negeri yang membahayakan kesehatan untuk menhindari penyakit menuju negeri
yang aman.
e. Hijrah dari suatu tempat karena gangguan terhadap harta benda.
f. Hijrah dari suatu tempat karena menghindari tekanan fisik
Seperti hijrahnya Ibrahim as dan Musa as, ketika Beliau khawatir akan gangguan kaumnya.
Seperti yang tecantum dalam al-Qur’an:
Berkatalah Ibrahim: “Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan).
Tuhanku, Sesungguhnya Dialah yang Maha erkasa lagi Maha Bijaksana (Qs. Al-Ankabuit, 29:26).

Maka keluarkanlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khawatri, dia berdo’a “Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu (Qs. Al-Qashah, 2:21).

2. Hijrah Maknawiyah

Secara  maknaiyah hijrah dibedakan menjadi 4 macam, yaitu:

a. Hijrah I’tiqadiyah
Yaitu hijrah keyakinan. Iman bersifat pluktuatif, kadang menguat menuju puncak keyakinan mu’min sejati, kadang pula melemah mendekati kekufuran Iman pula kadang hadir dengan kemurniannya, tetapi kadang pula  bersifat sinkretis, bercampur dengan keyakinan lain mendekati memusyrikan. Kita harus segera melakuakn hijrah keyakinan bila berada di tepi jurang kekufuran dan kemusyrikan keyakinan. Dalam konteks psikologi biasa disebut dengan konversi keyakinan agama.

b. Hijrah Fikriyah
Fikriyah secara bahasa berasal dari kata fiqrun yang artinya pemikiran. Seiring perkembangan zaman, kemajuan teknologi dan derasnya arus informasi, seolah dunia tanpa batas. Berbagai informasi dan pemikiran dari belahan bumi bisa secara oline kitya akses.

Dunia yang kita tempati saat ini, sebenarnya telah menjadi medan perang yang kasat mata. Medan perang yang ada tapi tak disadari keberadaannya oleh kebanyakan manusia gendeang perang telah dipukul dalam medan yang namanya “Ghoswul Fikr” (baca: Perang pemikiran).

Tak heran berbagai pemikiran telah tersebar di medan perang tersebut laksana dari senjata-senjata perengut nyawa. Isu sekularisasi, kapitalisasi, liberalisasi, pluralisasi, dan sosialisasi bahkan momunisasi telah menyusup ke dalam sendi-sendi dasar pemikiran kita yang murni. Ia menjadi virus ganas yang sulit terditeksi oleh kacamata pemikiran Islam. Hijrah fikriyah menjadi sangat penting mengingat kemungkinan besar pemikiran kita telah terserang virus ganas tersebut. Mari kita kembali mengkaji pemikiran-pemikiran Islam yang murni. Pemikiran yang telah disampaikan oleh Baginda Nabi Muhammad Saw, melalui para sahabat tabi’in, tabi’it, tabi’in dan para generasi pengikut shalaf.

“Rasulullah Saw bersabda: Umatku niscaya akan mengikuti sunan (budaya, pemikiran, tradisi, gaya hidup) orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta-demi sehasta, sehingga mereka masuk ke lubang biawak pasti umatku mengikuti mereka. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah apaakh mereka itu orang-orang Yahudi dan Nasrani ? Rasulullah menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.

c. Hijrah Syu’uriyyah
Syu’uriyah atau cita rasa, kesenangan, kesukaan dan semisalnya, semau yang ada pada diri kita sering terpengaruhi oleh nilai-nilai yang kuarng Islami Banyak hal seperti hiburan, musik, bacaan, gambar/hiasan, pakaian, rumah, idola semua pihak luput dari pengaruh nilai-nilai diluar Islam. Kalau kita perhatikan, hiniran dan musik seorang muslim takjauh beda dengan hiburannya para penganut paham permisifisme dan hedonisme, berbau hutra-hura dan senang-senang belaka.

Mode pakain juga tak kalah pentingnya untuk kita hiraukan Hijrah dari pakaian gaya jahiliyah menuju pakaian Islami, yaitu pakaian yang benar-benar mengedepankan fungsi bukan gaya. Apa fungsi pakaian ? Tak lain hanyalah untuk menutup aurat, bukan justru memamerkan aurat. Ironis memang banyak diantara manusia berpakaian tapi aurat masih terbuka. Ada yang sudah tertutup tapi ketat dan transparan, sehingga lekuk tubuhnya bahkan warna kulitnya terlihat. Konon, umat Islam dimanjakan oleh budaya barat dengan 3 f, food, fan, fashan.

d. Hijrah Sulukiyyah
Suluk berarti tingkah laku atau kepribadian atau biasa disebut juag akhlaq. Dalam perjalanannya ahklaq dan kepribadian manusia tidak terlepas dari degradasi dan pergeseran nilai. Pergeseran dari kepribadian mulai (akhlaqul karimah) menuju kepribadian tercela akhlaqul sayyi’ah). Sehingga tidak aneh jika bermuculan berbagai tindak moral dan asusila di masyarakat. Pencurian, perampokan, pembunuhan, pelecehan, pemerkosaan, penghinan dan penganiyaan seolah-olah telah menjadi biasa dalam masyarakat kita. Penipuan, korupsi,, prostitusi dan manipulasi hampir bisa ditemui di mana-mana. Dalam moment hijrah ini, sangat tepat jika kita mengkoreksi akhlaq dan kepribadian kita untuk kemudian menghijrahkan akhlaq yang mulia.

Refleksi
Dengan telah berakhirnya tahun 1431 H dan tibanya tahun 1433 H, serta sebentar lagi akan segera pergantian tahun masehi dari 2011, suatu hal yang pasti bahwa usia kita bertambah dan jatah usia kita semakin berkurang. Sudah selayaknya kita menghisab drii sebelum dihisab oleh Allah. Rasulullah Saw bersabda:
“Hisablah (lakukan perhitungan atas) dirimu sebelum dihisab oleh Allah, dan lakukanlah kalkulasi amal baik dan amal burk sebelum Allah memberikan kalkulasi amal atas dirimu.

Apakah kehidupan kita banyak diisi dengan beribadah atau bermaksiat ? Apakah kita banyak mematuhi ajaran Allah ataukah banyak melanggar  atauran Allah ? Apakah kita ini termasuk orang yang menunaikan shalat fardlu atau malah lalai dalam menunaikan shalat fardlu ? Apakah diri kita ini termasuk golongan orang – orang ynag celaka mendapat siksa neraka ? Rasulullah bersabda :

Utsman bin Hasan bin Ahmad As-Syakir mengatakan:

“Tanda-tanda orang yang akan mendapatkan kecelakaan di akherat kelak ada empat perkara:

1. Terlalu mudah melupakan dosa yang diperbuatnya, padahal dosa itu tercatat di sisi Allah.
Orang yang mudah melupakan dosa ia akan malas bertobat dan mudah mengerjakan dosa kembali.

2. Selalu mengingat (dan membanggakan) atas jasanya dan amal shalihnya, padahal ia sendiri tidak
yakin apakah amal tersebut diterima Allah atau tidak. Orang selalu mengingat jasanya yag sudah lewat
ia akan takabur dan malas untuk berbuat kebajikan kembali di ahri-hari berikutnya.

3. Selalu melihat ke atas dalam urusan dunia. Artinya ia mengagumi sukses yang dialami orang lain dan
selalu berkeinginan untuk mengejar sukses orang tersebut. Sehingga hidupnya selalu merasa kekurangan.

4. Selalu melihat ke bawah dalam urusan agama. Akibat ia akan merasa puas dengan amalnya selama
ini, sebab ia hanya membandingkan amalnya dengan amal orang lain di bawah dia.***