• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,202,374 orang
  • Tetamu Online

Jadilah hamba bersyukur sambut tahun baru

Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

SAMBUTAN tahun baru masihi jauh berbeza dengan ketibaan Maal Hijrah. Kedatangan Maal Hijrah tidaklah semeriah ketika sambutan tahun baru Masihi khususnya kepada generasi muda beragama Islam yang lebih teruja.

Hakikatnya sebarang perayaan yang ingin diraikan tidak menjadi masalah dan larangannya selagi ia tertakluk pada batas norma masyarakat serta aturan agama.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Antara keindahan Islam seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Sebaiknya setiap kali menyambut tibanya tahun baru, umat Islam perlulah bersyukur kepada Allah s.a.w kerana masih dipanjangkan usia dan dikuatkan kudrat bagi menempuh hari-hari dalam tahun baru itu.

 

Syukur dengan nikmat umur, tenaga, kesihatan yang diberikan Allah.

 

Justeru, ketika menyambut kedatangan tahun baru ini, hendaklah kita meningkatkan penzahiran rasa syukur dengan sentiasa menuruti segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Janganlah umat Islam dihanyut kan dengan budaya fasik yang menggambarkan betapa nipisnya iman dan longgarnya takwa.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 10 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami sudah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Semoga dengan kaedah bersyukur yang kita terjemahkan dengan lafaz dan amal ibadah ketaatan, Allah terus menggandakan kurniaan nikmat-Nya kepada kita.

Di dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya. Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesung guhnya azab-Ku amatlah keras”.

Ini satu peringatan yang seharusnya kita sebagai hamba Allah beriman sentiasa ingatkan supaya segala kurniaan Allah selama ini kepada diri serta ahli keluarga kita tidak dijadikan penyebab ditimpa azab Allah.

Berapa ramaikah ketika tahun lalu rakan-rakan kita, mungkin ada kalangan ahli keluarga meninggalkan kita buat selama-lamanya?

Tetapi kita masih dapat menghirup udara dunia de ngan selesa dan masih dapat meneruskan kehidupan.

Justeru, tidakkah semua itu perlu kita syukuri?

Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita semua: “Tiga perkara siapa yang memilikinya nescaya Allah pasti melindunginya di bawah lindungan-Nya dan Allah memberi rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga, iaitu orang yang apabila ia diberi sesuatu nikmat ia bersyukur, apabila ia berkuasa membalas, tetapi ia memaafkan, apabila ia marah, ia menahan kemarahannya.” (Hadis riwayat Al-Hakim)

Begitulah pentingnya umat Islam memanjatkan rasa syukur kepada Allah, lebih-lebih lagi apabila kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan tahun baru.

Namun, apabila kita sendiri turut terjebak dalam kancah budaya asing yang bertenta ngan dengan amalan agama, itu bermakna kita tidak bersyukur kepada Allah.

Kita juga bersikap tidak endah dan memandang ringan pada amaran Allah serta peringatan Rasulullah s.a.w.

Apakah kita wajar dan sesuai sangat berada dalam amalan budaya melampau dan membelakangkan agama?

Adakah kita tidak malu kepada Allah di atas kesumbangan tingkah laku kita?

Perbuatan mendedahkan diri dengan corak amalan budaya songsang yang bertentangan agama itu satu malapetaka buat agama dan bangsa.

Rasulullah s,a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah memudaratkan diri dan janganlah memudaratkan orang lain”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Justeru, janganlah kita bang ga dengan amalan budaya asing yang songsang.

Kehadiran tahun baru 2019 bakal membuka tirainya untuk kita perbaiki kelemahan diri dan menutup segala keburukan baik dari segi ibadah, tatacara serta sahsiah diri.

Inilah masa terbaik untuk mengorak langkah baru bagi mengatur strategi mempertingkatkan amal ibadah, aktif dalam kerja amal serta meng indahkan akhlak peribadi.

Mukmin berjaya adalah mereka yang sentiasa membuat senarai semak segala kelemahan diri dengan visi untuk memperbaiki demi mengharapkan keredaan Allah.

Sempena kehadiran tahun baru masihi 2019 ini, marilah kita bersama-sama mensyukuri dengan nikmat usia yang Allah berikan.

Bersama-samalah kita memanjatkan doa dengan penuh rasa takut dan harap kepada-Nya supaya kita dapat menyusuri lembah kehidupan di dunia dengan berpandukan jalan yang diredai-Nya.