Nilaian akhirat lebih besar

Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad

HABIB Ali Abu Bakar bin Sheikh Abu Bakar bin Salim, ulama dari Majlis Fatwa Darul Mustafa Yaman ketika mengisi slot Topik Jumaat di radio IKIMfm telah berkongsi pandangan mengenai ‘Pemikiran yang benar berdasarkan petunjuk Baginda SAW’.

Beliau memulakan bicara dengan mengingatkan bahawa umat Islam sewajarnya melahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraan diutusnya Baginda SAW kerana kelahiran Baginda SAW itu dan nubuwwahnya telah mengenalkan kita kepada Allah SWT serta ajaran Islam. Baginda SAW mengajar kita berfikir dengan benar di mana meletakkan nilaian akhirat itu melebihi nilaian duniawi. Pemikiran yang benar penting bagi setiap manusia kerana melalui pemikiran itu akan menjadikan kehidupan penuh kebahagiaan apabila tindakan kita betul dan menepati perintah Allah SWT.

Kewajipan bagi kita mengambil Baginda SAW sebagai suri teladan jelas sekali melalui titah perintah Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Baginda SAW itu ada contoh teladan bagi kamu iaitu bagi mereka yang beriman dengan hari akhirat dan mengingati Allah SWT dengan banyaknya.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Penghormatan umat Muhammad

Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang mentaati aku, maka dia akan masuk ke dalam syurga, sesiapa yang mengengkari aku (berbuat maksiat) maka dia enggan, dan sesiapa yang enggan maka dia tidak akan masuk syurga.”

Berdasarkan hadis itu, Baginda SAW dengan segala rahmat dan kasih sayangnya tidak menyebut orang yang berbuat maksiat akan dimasukkan ke dalam neraka, tetapi Baginda SAW menyebut ‘enggan masuk syurga’. Ini menunjukkan betapa Baginda SAW amat menyayangi umatnya dan mengharapkan semua umatnya akan masuk syurga Allah SWT kelak di hari akhirat. Oleh itu, kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan penghormatan yang besar menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Justeru, hendaklah kita membersihkan pemikiran seperti mana pemikiran sahih yang dianjurkan Baginda SAW kepada sahabat kerana mereka adalah gambaran kepada umat Baginda SAW secara keseluruhannya.

Apabila Nabi SAW bercakap kepada seorang sahabat, ia adalah untuk petunjuk kepada sekalian umat. Fikir dengan betul Dalam satu riwayat menunjukkan Baginda SAW mendidik sahabat supaya berfikiran betul. Seorang sahabat telah kehilangan seekor unta dan kelihatan mukanya sugul. Beliau mengadap Baginda SAW, lalu Baginda SAW bertanya beliau kenapa wajahnya sugul bersedih? Lalu sahabat itu menjawab: “Aku kehilangan unta wahai Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda: Aku ingat kamu terlepas takbiratul ihram tadi. Lalu sahabat itu bertanya: Adakah terlepas takbiratul ihram itu lebih besar kerugiannya daripada kehilangan unta, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tertinggal takbiratul ihram kamu itu tidak boleh diganti dengan kehilangan segala unta di dunia ini.” Dalam riwayat lain pula, Baginda SAW bertemu peniaga dan bertanyakan siapakah orang yang dikira paling untung dalam perniagaan pada sesuatu hari? Salah seorang peniaga menjawab: “Orang yang paling beruntung ialah apabila dia membuat keuntungan hingga mencecah 400 dirham atau 400 dinar pada hari itu. Lalu Baginda SAW bersabda: Aku tahu hari ini ada orang yang lebih untung daripada itu. Lalu mereka semua terpegun dan tertanya-tanya siapakah lelaki itu dan bertanya: Siapakah dia wahai Rasulullah SAW. Baginda SAW berkata: Dia ialah seorang lelaki yang berwuduk lalu mendirikan solat dua rakaat.” Begitu juga pernah diriwayatkan pada suatu hari Saidatina Aisyah memasak kambing dan setelah dimasak maka Aisyah memberikan kepada Baginda SAW lalu Baginda SAW mensedekahkan kepada jiran-jiran, hingga akhirnya tinggal hanya sedikit berbaki, lalu Aisyah dengan kecewa berkata kepada Baginda SAW: “Inilah saja yang tinggal wahai Rasulullah. Baginda SAW menjawab: “Tidak begitu wahai Aisyah, bahkan yang di sisi Allah itulah baki untuk kita dan yang ini akan habis. Bahkan setiap sedekah akan kekal di sisi Allah SWT tidak habis dan akan dilipatgandakan lagi.”

Manfaatkan saat terjaga tengah malam

HISYAMUDDIN AYUB

 

“ADAKAH kamu pernah terjaga pada tengah malam? Mungkin kerana bermimpi, terdengar bunyi bising atau apa sahaja yang menyebabkan kamu tersedar.

“Dalam situasi seumpama itu, kebanyakan manusia akan terjaga untuk seketika iaitu dalam beberapa saat. Setelah melihat sekeliling dan memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat, kita pasti akan meneruskan tidur yang terganggu itu semula,”

Amalan kebiasaan dilakukan pada zaman ini apabila terjaga adalah mencapai telefon pintar terlebih dahulu bagi melihat notifikasi baharu yang terpapar di telefon tersebut.

Selepas selesai melihat telefon, mereka kembali meneruskan tidur yang terganggu tanpa memanfaatkan peluang yang telah diberikan Allah kepada mereka untuk berdoa memohon keampunan.

Terdapat amalan ringkas yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya apabila terjaga seketika pada tengah malam.

Sangat berharap agar amalan mudah tersebut dapat diamalkan dan dijadikan sebagai suatu amalan kebiasaan dalam kehidupan umat Islam.

“Saya yakin amalan ini bukan suatu yang sukar untuk dilaksanakan. Ia sebenarnya sangat bermanfaat,” katanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang terjaga di tengah malam dan mengucapkan, tiada yang aku sembah melainkan Allah. Dia yang satu dan tiada sekutu bagi-Nya, Bagi-Nya seluruh kerajaan, bagi-Nya segala pujian serta Dia berupaya melakukan segalanya dan apa jua perkara. Segala kemuliaan bagi Allah, segala puji bagi-Nya dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Kuasa terhadap segalanya serta tiada yang berkuasa melainkan Allah,” – Riwayat Bukhari.

Siapa yang membaca doa tersebut ketika dia terjaga pada tengah malam dan kemudiannya mengucapkan ‘Ya Allah ampunkan dosa aku’, maka Nabi menyatakan bahawa Allah akan menerima doa tersebut, selain Allah juga akan mengampunkan dosa-dosanya.

“Mungkin kita sebagai hamba Allah telah melampaui batas dengan melanggar apa yang telah ditetapkan-Nya pada hari tersebut dan mungkin juga telah melakukan dosa sebelum tidur.

“Dengan hanya mengucapkan doa pendek itu dan diikuti dengan doa, semoga Allah mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan, maka kita telah dijanjikan keampunan dengan izin Allah,” katanya.

Malah tambahnya, sekiranya kita memilih untuk membaca mana-mana pilihan doa, Allah tetap akan menerimanya dan membalasnya kerana Allah Maha Berkuasa.

“Jika kamu ingin meneruskan langkah seterusnya iaitu langkah ketiga, kamu ambil wuduk dan kemudian menunaikan solat, maka Allah akan menerima solat kamu itu.

“Apa lagi yang lebih cantik daripada mengetahui bahawa Allah menerima segala amalan baik yang dilakukan oleh kamu? Allah Maha Besar. Oleh yang demikian saudara Islamku, apabila kamu terjaga pada tengah malam maka laksanakanlah doa yang minimum tersebut,” katanya.

Apa pun juga doa kita, Allah telah berjanji untuk memperkenankannya. Ini adalah peluang bagaimana Allah menunjukkan sifat kasih-Nya kepada kita.

Begitu juga peluang kepada kita untuk membuktikan betapa kita mencintai Allah SWT. Biarpun hanya seketika terjaga di tengah malam kerana tidak selesa dengan tidur dan mencari masa untuk kembali tidur, kita masih mengingati diri-Nya.

Ucapkanlah “Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu buat-Mu, seluruh alam milik-Mu ya Allah dan Kamu berhak untuk menerima segala pujian, Kamu boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan, segala kemuliaan buat-Mu, Kamu Yang Maha Kuasa, tiada yang berkuasa kecuali Mu ya Allah, oh Allah, ampuni dosa aku.”

“Kamu dapat lihat betapa cantik dan bermaknanya walaupun kecil amalan tersebut dalam Islam. Saya berharap Allah dapat mengingatkan kita semua untuk mengamalkan doa terbaik ini,” katanya

Lupa berzikir buat hati tak tenang

Oleh Norhayati Paradi

Manusia akan diuji dan hakikat itu memberi implikasi terhadap kehidupan yang memerlukan kekuatan bukan sekadar luaran, malah dalaman. Nilaian akhir bergantung cara kerja seseorang mengatasi segala liku ujian itu.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerangkan menerusi Islam Itu Indah di IKIMfm bahawa ujian boleh menerpa tanpa mengira keadaan, begitu juga ketenangan hadir tanpa mengira situasi dan kondisi. Miskin, kaya, sakit mahupun sihat punya cabaran tersendiri dalam berdepan ujian dan solusi mendapat ketenangan kerana segalanya berpunca pada hati. Justeru, penting untuk punya hati yang kuat dengan bekalan zikir. Lupa kepada Allah SWT adalah sebesar-besar musibah menimpa seorang hamba di dunia yang membawa kesengsaraan dan kebinasaan di akhirat kelak.

Kisah zaman salaful soleh yang tidak pergi menunaikan solat Subuh berjemaah dianggap musibah sehingga ada yang melawat rakan tidak hadir itu untuk diucapkan takziah kerana mereka percaya sahabat berkenaan sedang dilanda musibah apabila tidak menunaikan solat Subuh berjemaah.

Berbeza dengan senario hari ini, mengikut kajian 80 peratus rakyat Malaysia bukan sekadar tidak solat Subuh berjemaah, malah tidak mendirikan solat. Amat malang, saat aman untuk beribadah tetapi keingkaran menjadikan hati resah. Sedangkan mereka yang berada dalam peperangan tetap hatinya berasa tenang dan mengaku diri kerdil. Penderitaan terlihat dari mata zahir tidak mampu mengatasi ketenangan mata hati.

Sungguh, Allah SWT itu Maha Adil pada mereka yang sering ingat dan membesarkan-Nya, hingga segala yang lain menjadi kecil dan mudah. Dunia hari ini, ada negara dirundung masalah terlebih makan yang mengundang mudarat. Timbul gejala malas beribadah, nafsu melimpah, akhlak yang parah dan akhirnya menghadapi kematian dengan sakit asbab terlebih pada perkara tidak sewajarnya. Refleksi hubungan dengan Ilahi Di negara yang sedang bergolak, segala kekurangan membawa diri hampir kepada-Nya dan berakhir usia dengan syahid. Antara mati syahid dalam peperangan menegakkan agama dan mati sakit menentang nafsu, itulah ujian yang dihadapi.

Justeru, Pahrol berpesan supaya menjadikan zikrullah sebagai agenda utama kehidupan kerana ia refleksi hubungan diri dengan Pencipta-Nya. Percayalah, jika zikrullah dilupakan bermakna mengusir ketenangan hati. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingati) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’du, ayat 28)

Iman adalah makanan utama bagi hati dan zikrullah pula makanan sampingannya. Semakin tinggi keimanan seseorang, bertambah lazat zikir dan semakin berganda ketenangan hati yang diperoleh. Ketenangan hati hanya akan berfungsi jika ada zikir di dalamnya.

Petunjuk hati bersih

Iktibar teladan daripada salaful soleh, setiap kalimah memuji Allah SWT memberi kesan mendalam pada hati dan kehidupan mereka. Dibandingkan umat hari ini, mengungkap kalimah yang sama memberi natijah berbeza kerana kurang penghayatan. Kalimah zikir mahupun doa hanya meniti di bibir tanpa menyangkut lintasan di hati. Sekadar berzikir atau doa, tetapi tidak berasa dalam hati perasaan hiba saat khusyuk berdoa.

Petunjuk hati bersih dan tenang adalah saat memaafkan, diikuti melupakan dan menyayangi individu yang menyakitkan. Jika lidah sudah melafazkan kemaafan, tetapi hati masih rasa sebak dan tidak lega, berkemungkinan besar kemaafan masih belum disusuli dengan melupakan. Hanya segelintir daripada yang memaaf mampu melupakan seterusnya menyayangi. Itu tanda hati masih kotor. Terlalu jauh beza dengan sifat Allah yang Maha Pemaaf, Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Pelihara hati untuk reda Ilahi

USTAZ SALAHUDDIN MOHAMED

 

HATI, ibu kepada segala kerosakan dalam kehidupan manusia. Hati yang hidup tubuh juga hidup. Sebaliknya hati sakit maka tubuh pun sakit. Hati yang sakit memerlukan rawatan dan sebelum dirawat perlu dikenali dahulu sakitnya baharu boleh diubati.

Hati yang akan membuatkan kita khusyuk dalam beribadah. Hati yang akan membuatkan jiwa kita tenang. Hati yang sakit akan membuat hidup kita gelisah.

Apakah punca hati jadi gelisah dan rosak?

Tanda yang menunjukkan hati mula diserang penyakit antaranya:

1. Mudah jatuh dalam kemaksiatan dan selalu meneruskannya, serta banyak melakukan pelanggaran syariat yang merubah dirinya  berasa senang melakukan maksiat.

2. Berasa keras hati. Apabila membaca al-Quran tidak terkesan dengan bacaannya. Begitu juga sewaktu ziarah kematian atau mengurus jenazah  hatinya tidak berubah.

3. Tidak beribadah dengan sempurna. Fikiran tidak fokus dalam solat dan saat membaca al-Quran. Perasan cepat jemu setelah membaca al-Quran dan tidak memikirkan apa yang dibacanya. Sewaktu  berzikir kepada tetapi tidak memahami makna zikir tersebut.

4. Malas dalam melaksanakan ketaatan dan suka mensia-siakannya.

5. Sempit dada, berlaku perubahan watak dan tabiat. Perkara yang kecil pun mudah keluh kesah dan berasa sempit dalam segala urusan.

Hati yang jauh dengan wahyu Ilahi akan mudah rosak dan dipengaruhi unsur negatif. Sesiapa yang hatinya sakit ubatilah dengan cara yang betul agar tidak tersesat jalan. Ramai dalam kalangan manusia mencari ubat, tetapi tersalah pilih penawar yang akhirnya membawa kepada hatinya menjadi lebih parah penyakit.

Antara ubat yang disarankan ialah:

Memelihara dan segera menunaikan kewajipan Islam, serta tidak menunda-nunda waktu.

Berzikir kepada ALLAH SWT. Namun, pastikan zikir yang sahih berdasarkan sumber al-Quran dan sunnah.

Mencari ilmu syarie dan sentiasa mencarinya.

Berlumba-lumba membuat kebaikan.

Ingat akan kematian.

Bergaul dengan orang yang beriman.

Selepas dirawat dan untuk memastikan agar hati tidak diserang penyakit, kita hendaklah sentiasa memberinya penawar. Antara cara untuk melihat tanda-tanda hati itu sihat dan bersih:

* Tidak putus mengingati Tuhan.

* Jika tidak berzikir, maka dia gelisah.

* Rindu untuk beribadah kepada ALLAH.

* Jika melaksanakan ibadah solat hilanglah daripadanya kedukaan dan datanglah ketenangan.

* Menjaga waktu dan berasa rugi melakukan perkara yang tidak berfaedah.

* Perhatian untuk membetulkan amalan sendiri yakni ingin ikhlas dalam amalan. Ingin mengikut sunnah dan menjauhi bidaah.

* Hati jika tidak diubati segera akan mati. Hati apabila mati ia tidak memiliki kehidupan. Hati akan menjadi yang tidak mengenali Tuhannya dan tidak beribadah kepada-Nya. Bahkan hati ini akan berdiri dengan syahwat dan kesenangannya.

Hati itu pemimpin    

Setiap daripada kita inginkan hati yang tenang dan khusyuk kepada ALLAH. Ada kalanya jiwa berasa sempit saat berdepan dengan pelbagai mehnah dalam mengharungi kehidupan menuju fitrah Ilahi. Dikhuatiri hati yang sakit ini akan mula bertindak dengan cara yang tidak sukai-Nya.

Sebab itu, Rasulullah SAW menyatakan punca segala sikap dan tindak tanduk manusia semuanya datang daripada hati. Sabda Rasulullah SAW: “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat perkara syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barang siapa yang menghindari perkara syubhah, maka dia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya. Barang siapa yang jatuh dalam perkara yang syubhah, seperti penggembala yang menggembala di sekitar tanah larangan, kemungkinan besar dia memasukinya. Ketahuilah setiap raja memiliki tanah larangan, ketahuilah tanah larangan ALLAH ialah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa dalam tubuh terdapat segumpal darah, jika baik, baiklah seluruh tubuh, dan jika rosak, rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah segumpal darah itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hati yang sihat akan menjauhi larangan ALLAH. Perbuatan jahat tidak akan dapat bergerak dengan lancar. Justeru perasaan iri hati juga akan menurun peratusnya. Hati yang sihat akan membawa kepada khusyuk dalam urusan. Rasulullah SAW pun berdoa berlindung kepada ALLAH daripada hati yang tidak khusyuk. Baginda SAW berdoa: “Ya ALLAH aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas (tamak), dan doa yang tidak dikabulkan.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mengajak kita kepada akidah yang dapat menghidupkan hati dan akal serta membebaskan daripada belenggu kebodohan dan khurafat, tekanan kebimbangan dan mitos. Rasulullah SAW juga turut mengajar manusia agar sentiasa berdoa kerana hati manusia cepat berbalik dan cepat lupa. Hati sebenarnya lembut, mengilap, bercahaya dan memancarkan cahayanya, tetapi apabila masa yang panjang berlalu atasnya dengan tanpa peringatan, maka hijabnya menjadi tebal dan pintu-pintunya tertutup, lalu menjadi kusut, keras dan cahayanya meredup, sehingga menjadi gelap dan kelam.

Kembalikan semula khusyuk ke dalam hati dengan menghidupkan beberapa perkara dalam kehidupan harian, iaitu:

* Takut kepada ALLAH

* Menangis kerana takut kepada ALLAH

* Bersabar dengan ujian

* Mendirikan solat

* Mengeluarkan zakat

* Mengagungkan syiar ALLAH dan ayat-ayat-Nya

* Beriman kepada ALLAH dan kitab-Nya

* Yakin akan bertemu dengan ALLAH dan akan kembali kepada-Nya

Perkara tersebut jika dimulakan satu persatu, hati akan mula sihat dan menjadi khusyuk dalam amalan. Hidup tanpa hati yang bersih akan menghilangkan arah tuju.

Manusia yang hati tidak sihat sentiasa mencari musuh atau melakukan perkara yang menyusahkan pihak lain. Mereka tidak tahu ke mana  hendak  dituju. Matlamat makin kabur, kalau yang jadi ketua akan dengki jika anak buahnya pandai bekerja. Hati begini bukan hanya dengki tetapi diterjemahkan dalam tindakan dengan mencari jalan untuk menjatuhkan pegawainya. Bukan berhenti setakat itu dia akan melarang pegawai lain membantu pegawainya yang bagus.

Jika tidak berjaya, dia menggunakan kuasanya untuk merosakkan laporan prestasi atau tidak mengesahkan jawatan. Hal yang demikian ini berlaku kerana hati sudah rosak memandangkan selama dia bekerja kenaikan pangkatnya dengan cara bodek. Hati sebegini jika tidak dapat naik pangkat dia akan berkata orang atasan yang dengki kepadanya. Sepatutnya hatinya muhasabah itu ujian ALLAH agar dia sedar atas pengkhianatannya kepada pegawainya.

Jagalah hati untuk mencari keredaan-Nya. Jangan rosakkan hati dan pahala dengan perkara yang tidak disukai ALLAH. Jika hati kita tidak juga diubati, binasalah kita. Hati yang sihat akan mendatangkan khusyuk dalam hidup.

Insya-Allah hati yang sihat akan menjadikan tubuh badan orang itu tenang. Banyakkan berdoa kepada-Nya agar hati kita sentiasa baik. Doa adalah ibadah yang dapat membantu hati kita. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya ALLAH menolong umat ini dengan perantara kaum lemahnya, dengan doa, solat dan keikhlasan mereka.” (Sahih Al-Targhiib wat Tarhiib)

Petua rumah tangga kekal bahagia

Perkahwinan wujudkan ketenangan dan terlindung daripada melakukan perkara negatif. Setiap pasangan perlu memiliki keimanan, peka tanggungjawab dan sentiasa muhasabah selesaikan sengketa secara baik.

Ikuti kupasan tajuk ’40 Ayat al-Quran Untuk Panduan Keluarga bersama Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin dalam slot Pesona D’Zahra di IKIMfm.

Hidup berpasangan adalah fitrah kehidupan dan Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan perasaan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).

Menyambung tajuk ’40 Ayat al-Quran Untuk Panduan Keluarga’ dalam rancangan Pesona D’ Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menghuraikan makna terkandung dalam yang dipetik dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Di antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah adalah Dia menciptakan daripada sejenismu pasangan supaya (kamu) masing-masing memperoleh ketenteraman daripadanya (pasangan), dan dijadikannya di antara kamu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum ayat 21)

Jika diperhatikan, antara tiga kata kunci dalam perkahwinan digariskan dalam ayat itu ialah ‘litaskunu ilaiha’ yang membawa maksud orang yang berkahwin berasa terlindung dan dapat menjalani hidup dengan aman dan tenteram. Dapatlah difahami, dasar pernikahan adalah ketenangan yang daripadanya hubungan diharamkan antara lelaki dan perempuan menjadi halal selepas akad pernikahan. Ia menghubungkan dua keluarga berbeza dengan tali persaudaraan dan persahabatan.

Menurut Muhammad, mengekalkan ketenangan dalam rumah tangga satu cabaran yang sangat hebat dan perlu digalas sebaik mungkin. Ketenangan dalam rumah tangga tidak akan wujud tanpa berusaha ke arahnya. Umpamanya, suami yang mempunyai kuasa mutlak dalam keluarga seharusnya lebih bertolak ansur dan memahami keadaan isterinya untuk menempuh arus kehidupan zaman serba moden ini. Tekanan kerja dan kos kehidupan semakin mencabar.

Laksana amal soleh

Bagaimanapun, ia bukanlah alasan mengabaikan tanggungjawab dan layanan kepada pasangan. Ada tiga syarat bagi mengekalkan momentum ketenangan dalam rumah tangga dan yang pertama, memiliki keimanan mantap. Suami isteri yang beriman akan melaksanakan amal soleh dalam mengemudi bahtera rumah tangga sehingga lahirlah kehidupan tenang. Beriman merujuk mereka yang percaya, patuh kepada suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya serta berjaya membentuk sifat kehambaan terhadap Allah SWT. Dengan demikian, hati akan bersih daripada sifat mazmumah seperti takbur, dengki, ujub dan suka membanggakan diri.

Selanjutnya, ia akan menimbulkan keyakinan bahawa segala sesuatu itu tiada memiliki daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Seterusnya, kedua-dua pihak perlu peka dengan tanggungjawab masing-masing. Jika suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, tentu tidak akan berlaku pertelingkahan. Suami perlu menjalankan tanggungjawab dengan berkesan termasuk memberikan nafkah keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Berdosa bagi suami yang menahan nafkah terhadap orang di bawah tanggungannya. Selain itu, suami perlu berani dan tegas membuat keputusan dan memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah SWT.

Selesai sengketa dengan baik

Kehidupan berumah tangga banyak dugaan seperti tidak sefahaman, sikap angkuh pasangan, campur tangan keluarga, penyakit, kewangan dan gagal menjalankan tanggungjawab menjadi antara puncanya. Justeru, dalam usaha mengekalkan ketenangan, Islam menyarankan permasalahan rumah tangga diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Jika ada persengketaan, suami isteri perlu bermuhasabah untuk mencari punca berlaku krisis. Keikhlasan penting kerana manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru pasangan suami isteri disyariatkan untuk saling mengingati antara satu sama lain dengan memberikan teguran secara beradab.

Hukum berkaitan Puasa sunat bulan Rejab

Oleh: Buya Yahya
(Pengasuh LPD Al-Bahjah Cirebon)
بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العلمين. وبه نستعين على أمور الدنيا والدين. وصلى الله على سيدنا محمد وآله صحبه وسلم أجمعين. قال الله تعالى : إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا في كتاب الله يوم خلق السماوات والأرض منها أربعة حرم ذلك الدين القيم فلا تظلموا فيهن أنفسكم وقاتلوا المشركين كافة كما يقاتلونكم كافة واعلموا أن الله مع المتقين. الأية . وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فإن خير الحديث كتاب الله وخير الهدى هدى ‏ ‏محمد ‏وشر الأمور ‏ ‏محدثاتها ‏ ‏وكل بدعة ضلالة . أما بعد
PENDAHULUAN
Ada 2 hal yang harus diperhatikan dalam membahas masalah puasa Rejab.
Pertama : Tidak ada riwayat yang benar dari Rosulullah SAW yang melarang puasa Rejab.
Kedua : Banyak riwayat-riwayat tentang keutamaan puasa Rejab yang tidak benar dan palsu.Dan di dalam masyarakat kita terdapat 2 kutub ekstrim.
Pertama: Adalah sekelompok kecil kaum muslimin yang menyuarakan dengan lantang bahwa puasa bulan Rejab adalah bid’ah.
Kedua: Sekelompok orang yang biasa melakukan atau menyeru puasa Rejab akan tetapi tidak menyedari telah membawa riwayat-riwayat tidak benar dan palsu.
Maka dalam risalah kecil ini kami ingin mencuba menghadirkan riwayat yang benar sekaligus pemahaman para ulama 4 madzhab tentang puasa di bulan Rejab.Sebenarnya masalah puasa rejab sudah dibahas tuntas oleh ulama-ulama terdahulu dengan jelas dan gamblang.
Akan tetapi kerana adanya kelompok kecil hamba-hamba Alloh yang biasa MENUDUH BID’AH ORANG LAIN menyuarakan dengan lantang bahwa amalan puasa di bulan Rejab adalah sesuatu yang bid’ah.
Dengan Risalah kecil ini mari kita lihat hujjah para ulama tentang puasa bulan Rejab dan mari kita juga lihat perbedaan para ulama di dalam menyikapi hukum puasa di bulan Rejab. Yang jelas bulan Rejab adalah termasuk bulan Haram yang 4 (Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rejab) dan bulan haram ini dimuliakan oleh Allah SWT sehingga tidak diperkenankan untuk berperang di dalamnya dan masih banyak keutamaan di dalam bulan-bulan haram tersebut khususnya bulan Rejab.
Dan di sini kami hanya akan membahas masalah puasa Rejab, untuk masalah yang lainnya seperti hukum merayakan Isro’ Mi’roj dan sholat malam di bulan rojab akan kami hadirkan pada risalah yang berbeda.Tidak kami pungkiri adanya hadits-hadits dho’if atau palsu (Maudhu’) yang sering dikemukakan oleh sebagian pendukung puasa Rejab.
Maka dari itu wajib bagi kami untuk menjelaskan agar jangan sampai ada yang membawa hadits-hadits palsu biarpun untuk kebaikan seperti memacu orang untuk beribadah hukumnya adalah HARAM dan DOSA BESAR sebagaimana ancaman Rosulullah SAW dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Imam Muslim :مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّءْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِArtinya : “Barang siapa sengaja berbohong atas namaku maka hendaknya mempersiapkan diri untuk menempati neraka”.
Dan perlu diketahui bahwa dengan banyaknya hadits-hadits palsu tentang keutamaan puasa Rejab itu bukan berarti tidak ada hadits yang benar yang membicarakan tentang keutamaannya bulan Rejab.
DALIL-DALIL TENTANG PUASA REJAB:
1. Dalil Tentang Puasa Rejab Secara Umum adalah untuk memperbanyak puasa kecuali di hari-hari yang diharamkan yang 5. Dan bulan Rejab adalah bukan termasuk hari-hari yang diharamkan. Dan juga anjuran-anjuran memperbanyak di hari-hari seperti puasa hari senin, puasa hari khamis, puasa hari-hari putih, puasa Daud dan lain-lain yang itu semua bisa dilakukan dan tetap dianjurkan walaupun di bulan Rejab.
Berikut ini adalah riwayat-riwayat tentang keutamaan puasa.
Hadits Yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori No.5472:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ أَدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامُ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ“
Semua amal anak adam (pahalanya) untuknya kecuali puasa maka aku langsung yang membalasnya”
Hadits Yang diriwayatkan oleh Imam Muslim No.1942:
لَخُلُوْفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Bau mulutnya orang yang berpuasa itu lebih wangi dari misik menurut Allah kelak di hari qiamat”
Yang dimaksud Allah akan membalasnya sendiri adalah pahala puasa tak terbatas hitungan tidak seperti pahala ibadah sholat jama’ah dengan 27 derajat. Atau ibadah lain yang satu kebaikan dilipat gandakan menjadi 10 kebaikan.
Hadits yang diriwayatkan Imam Bukhori No.1063 dan Imam Muslim No.1969 :
إِنَّ أَحَبَّ الصِّيَامِ إِلَى اللهِ صِيَامُ دَاوُدَ كَانَ يَصُوْمُ يَوْمًا وَ يُفْطِرُ يَوْمًا
“Sesungguhnya paling utamanya puasa adalah puasa saudaraku Nabi Daud, beliau sehari puasa dan sehari buka”
2. Dalil-dalil Puasa Rejab Secara Khusus ialah Hadits yang diriwayatkan Imam Muslim
أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ حَكِيْمٍ اْلأَنْصَارِيِّ قَالَ: ” سَأَلْتُ سَعِيْدَ بْنَ جُبَيْرٍ عَنْ صَوْمِ رَجَبَ ؟ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِيْ رَجَبَ فَقَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُ حَتَّى نَقُوْلَ لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُوْلَ لاَ يَصُوْمُ”
“Sesungguhnya Sayyidina Ustman Ibn Hakim Al-Anshori, berkata : “Aku bertanya kepada Sa’id Ibn Jubair tentang puasa di bulan Rejab dan ketika itu kami memang di bulan Rejab”, maka Sa’id menjawab: “Aku mendengar Ibnu ‘Abbas berkata : “Nabi Muhammad SAW berpuasa (di bulan Rejab) hingga kami katakan beliau tidak pernah berbuka di bulan Rejab, dan beliau juga pernah berbuka di bulan Rojab, hingga kami katakan beliau tidak berpuasa di bulan Rejab.”
Dari riwayat tersebut di atas bisa dipahami bahwa Nabi SAW pernah berpuasa di bulan Rejab dengan utuh, dan Nabi pun pernah tidak berpuasa dengan utuh.
Ertinya di saat Nabi SAW meninggalkan puasa di bulan Rejab itu menunjukan bahwa puasa di bulan Rejab bukanlah sesuatu yang wajib. Begitulah yang difahami para ulama tentang amalan Nabi SAW, jika Nabi melakukan satu amalan kemudian Nabi meninggalkannya itu menunjukan amalan itu bukan suatu yang wajib, dan hukum mengamalkannya adalah sunnah.
Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah
عَنْ مُجِيْبَةَ الْبَاهِلِيَّةِ عَنْ أَبِيْهَا أَوْ عَمِّهَا أَنَّهُ : أَتَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُُمَّ انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ وَقَدْ تَغَيَّرَتْ حَالَتُهُ وَهَيْئَتُهُ فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَمَا تَعْرِفُنِيْ. قَالَ وَمَنْ أَنْتَ قَالَ أَنَا الْبَاهِلِيِّ الَّذِيْ جِئْتُكَ عَامَ اْلأَوَّلِ قَالَ فَمَا غَيَّرَكَ وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ الْهَيْئَةِ قَالَ مَا أَكَلْتُ طَعَامًا إِلاَّ بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ. ثُمَّ قَالَ صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَيَوْمًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ قَالَ زِدْنِيْ فَإِنَّ بِيْ قُوَّةً قَالَ صُمْ يَوْمَيْنِ قَالَ زِدْنِيْ قَالَ صُمْ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ قَالَ زِدْنِيْ قَالَ صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ وَقَالَ بِأَصَابِعِهِ الثَّلاَثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا. رواه أبو داود
2/322“Dari Mujibah Al-Bahiliah dari ayahnya atau pamannya sesungguhnya ia (ayah atau paman) datang kepada Rosulullah SAW kemudian berpisah dan kemudian datang lagi kepada Rosulullah setelah setahun dalam keadaan tubuh yang berubah (kurus), dia berkata : Yaa Rosulullah apakah engkau tidak mengenalku? Rosulullah SAW menjawab : Siapa Engkau? Dia pun berkata : Aku Al-Bahili yang pernah menemuimu setahun yang lalu. Rosulullah SAW bertanya : Apa yang membuatmu berubah sedangkan dulu keadaanmu baik-baik saja (segar-bugar), Ia menjawab : Aku tidak makan kecuali pada malam hari (yakni berpuasa) semenjak berpisah denganmu, maka Rosulullah SAW bersabda : Mengapa engkau menyiksa dirimu, berpuasalah di bulan sabar dan sehari di setiap bulan, lalu ia berkata : Tambah lagi (yaa Rosulullah) sesungguhnya aku masih kuat. Rosulullah SAW berkata : Berpuasalah 2 hari (setiap bulan), dia pun berkata : Tambah lagi ya Rosulullah. Rosulullah SAW berkata : berpuasalah 3 hari (setiap bulan), ia pun berkata: Tambah lagi (Yaa Rosulullah), Rosulullah SAW bersabda : Jika engkau menghendaki berpuasalah engkau di bulan-bulan haram (Rejab, Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah dan Muharrom) dan jika engkau menghendaki maka tinggalkanlah, beliau mengatakan hal itu tiga kali sambil menggenggam 3 jarinya kemudian membukanya.”
Imam nawawi menjelaskan hadits tersebut.
قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ” صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ” إنما أمره بالترك ; لأنه كان يشق عليه إكثار الصوم كما ذكره في أول الحديث . فأما من لم يشق عليه فصوم جميعها فضيلة . المجموع 6/439 “
Sabda Rosulullah SAW :
صم من الحرم واترك
“Berpuasalah di bulan haram kemudian tinggalkanlah”
Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan berbuka kepada orang tersebut karena dipandang puasa terus-menerus akan memberatkannya dan menjadikan fisiknya berubah.
Adapun bagi orang yang tidak merasa berat untuk melakukan puasa, maka berpuasa dibulan Rojab seutuhnya adalah sebuah keutamaan. “Majmu’ Syarh Muhadzdzab juz 6 hal. 439
Hadits riwayat Usamah Bin Zaid
قال قلت : يا رسول الله لم أرك تصوم شهرا من الشهور ما تصوم من شعبان قال ذلك شهر غفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين وأحب أن يرفع عملي وأنا صائم. رواه النسائي 4/201
“Aku berkata kepada Rosulullah : Yaa Rosulullah aku tidak pernah melihatmu berpuasa sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Rosulullah SAW menjawab : Bulan sya’ban itu adalah bulan yang dilalaikan di antara bulan Rejab dan Ramadhan, dan bulan sya’ban adalah bulan diangkatnya amal-amal kepada Allah SWT dan aku ingin amalku diangkat dalam keadaaan aku berpuasa”. HR. Imam An-Nasa’I Juz 4 Hal. 201.
Imam Syaukani menjelaskan
ظاهر قوله في حديث أسامة : إن شعبان شهر يغفل عنه الناس بين رجب ورمضان أنه يستحب صوم رجب ; لأن الظاهر أن المراد أنهم يغفلون عن تعظيم شعبان بالصوم كما يعظمون رمضان ورجبا به . نيل الأوطار 4/291
Secara tersurat yang bisa dipahami dari hadits yang diriwayatkan oleh Usamah, Rosulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Sya’ban adalah bulan yang sering dilalaikan manusia di antara Rejab dan Ramadhan” ini menunjukkan bahwa puasa Rejab adalah sunnah sebab bisa difahami dengan jelas dari sabda Nabi SAW bahwa mereka lalai dari mengagungkan sya’ban dengan berpuasa karena mereka sibuk mengagungkan ramadhan dan Rejab dengan berpuasa”. Naylul Author juz 4 hal 291
KOMENTAR PARA ULAMA TENTANG PUASA REJAB
Dalam menyikapi tentang puasa dibulan Rejab pendapat ulama terbagi menjadi 2, akan tetapi 2 pendapat ini tidak sekeras yang kita temukan di lapangan pada saat ini yaitu dengan membi’dahkan dan memfasiqkan para pelaku puasa Rejab.
Jumhur Ulama dari Madzhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan riwayat dari Imam Ahmad Bin Hanbal mereka mengatakan bahwasannya disunnahkan puasa di bulan Rejab semuanya dan juga ada riwayat lain dari Imam Ahmad Bin Hanbal bahwasannya makruh mengkhususkan melakukan puasa sebulan penuh di bulan Rejab.
Akan tetapi di dalam Madzhab Imam Ahmad Bin Hanbal dijelaskan bahwasannya kemakruhan ini akan hilang dengan 4 hal :
1) Dibolong (berbuka) 1 hari di bulan Rejab, atau
2) Disambung dengan puasa di bulan sebelum Rejab, atau
3) Disambung dengan puasa di bulan setelah Rejab
4) Dengan puasa di hari apapun di selain bulan rejab.
Mungkin ada yang mendengar dari salah satu siaran radio atau selebaran yang dibagi-bagi yang mengatakan bahwasannya “Puasa Rejab adalah Bid’ah Dholalah” dengan membawa Riwayat dari Nabi SAW yang melarang puasa Rojab atau riwayat dari Sayyidina Umar Bin Khottob yang mengatakan “Kami akan memukul orang yang melakukan puasa di bulan Rejab”.
Padahal riwayat tersebut adalah tidak benar dan palsu dan sungguh sangat aneh orang yang membid’ahkan puasa bulan Rejab dengan tuduhan riwayat puasa Rejab adalah hadits-haditsnya palsu akan tetapi mereka sendiri tidak sadar bahwa justru riwayat yang melarang puasa bulan Rejab adalah palsu.
Secara singkat para ulama empat madzhab tidak ada yang mengatakan puasa bulan rejab adalah bid’ah. Bahkan mereka sepakat kalau puasa bulan rejab adalah sunnah termasuk dalam madzhab Imam Ahmad bin Hambal.
Berikut ini uraian ulama empat tentang puasa rejab:
1. Pendapat Ulama’ Madzhab Hanafi·
Disebutkan dalam Fatawa Al-Hindiyah Juz 1 Hal. 202 :
)المرغوبات من الصيام أنواع ( أولها صوم المحرم والثاني صوم رجب والثالث صوم شعبان وصوم عاشوراء ). اهـ
“Puasa yang disunnakahkan itu bermacam-macam: Puasa Muharrom, Puasa Rejab, Puasa Sya’ban, Puasa ‘Asyuro’ (tgl. 10 Muharrom)”
2. Pendapat dari Ulama’ Madzhab Maliki·
Disebutkan dalam Syarh Al-Khorsyi ‘Ala Kholil Juz 2 Hal. 241:
أنه يستحب صوم شهر المحرم وهو أول الشهور الحرم , ورجب وهو الشهر الفرد عن الأشهر الحرم ). اهـ
“Sesungguhnya disunnahkan puasa di bulan Muharrom dan puasa di bulan Rejab.”
· Disebutkan dalam Hasyiah dari Syarh Al-Khorsyi ‘Ala Kholil :
بل يندب صوم بقية الحرم الأربعة وأفضلها المحرم فرجب فذو القعدة فالحجة ). اهـ
“Disunnahkan puasa di bulan-bulan haram yang 4, paling utamanya adalah puasa di bulan Muharrom kemudian Rejab, Duzl Qo’dah dan Dzul Hijjah”.
· Disebutkan dalam Muqoddimah Ibnu Abi Zaid serta syarah Lil Fawaakih Al-Dawani juz 2 hal. 272 :
التنفل بالصوم مرغب فيه وكذلك , صوم يوم عاشوراء ورجب وشعبان ويوم عرفة والتروية وصوم يوم عرفة لغير الحاج أفضل منه للحاج. اهـ
“Melakukan puasa disunnahkan begitu juga puasa dihari ‘Asyuro’, bulan Rejab, bulan Sya’ban, Hari ‘Arafah dan Tarwiyah sedangkan puasa di hari ‘Arafah itu lebih utama bagi orang yang tidak haji”.
· Disebutkan dalam Syarh Ad-Dardir, syarah Muhtashor Kholil juz 1 hal. 513 :
وندب صوم المحرم ورجب وشعبان وكذا بقية الحرم الأربعة وأفضلها المحرم فرجب فذوالقعدة والحجة). اهـ
“Dan disunnahkan puasa Muharrom, Rejab, Sya’ban begitu juga bulan-bulan haram lainnya yang 4 dan paling utamanya adalah puasa Muharrom kemudian Rejab, Duzl Qo’dah dan Dzul Hijjah”.
· Disebutkan dalam At-Taj Wa Al-Iklil juz 3 hal. 220 :
والمحرم ورجب وشعبان لو قال والمحرم وشعبان لوافق المنصوص . نقل ابن يونس : خص الله الأشهر الحرم وفضّلها وهي : المحرم ورجب وذو القعدة وذو الحجة . اهـ
“Dan disunnahkan Puasa Muharrom, Rejab dan Sya’ban, andaikan beliau berkata “Puasa Muharrom dan Sya’ban disunnahkan maka akan mencocoki Nashnya”. Dinukil dari Ibnu Yunus bahwasannya “Allah SWT mengkhususkan bulan-bulan haram dan mengutamakannya yaitu : Muharrom dan Rojab, Dzul Qo’dah dan Dzul Hijjah.”
3. Pendapat dari Ulama’ Madzhab Syafi’i
· Imam An-Nawawi menyebutkan dalam Al-Majmu’ (Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab) juz 6 hal. 439 :
قال أصحابنا : ومن الصوم المستحب صوم الأشهر الحرم , وهي ذوالقعدة وذوالحجة والمحرم ورجب , وأفضلها المحرم. اهـ
“Berkata Ulama’ kami : Dan dari puasa yang disunnahkan adalah puasa bulan-bulan haram yaitu Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rojab sedangkan yang paling utama adalah Muharrom”.
· Syaikhul Islam Zakariya Al-Anshori menyebutkan dalam Asna Al-Mathollib juz 1 hal. 433 🙂
وأفضل الأشهر للصوم( بعد رمضان الأشهر( الحرم ( ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ورجب )وأفضلها المحرم( لخبر مسلم * أفضل الصوم بعد رمضان شهر الله المحرم ( ثم اقيها) وظاهره استواء البقية والظاهر تقديم رجب خروجا من خلاف من فضله على الأشهر الحرم ). اهـ
“Paling utamanya bulan-bulan untuk puasa setelah Ramadhan adalah puasa di bulan-bulan Haram yaitu Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rejab sedangkan paling Utamanya adalah Muharrom berdasarkan riwayat dari Imam Muslim “Paling utamanya puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah Muharrom kemudian bulan haram yang lainnya. Secara dhohir keutamaan diantara bulan haram yang lainnya itu sama (selain Muharrom). Dan secara dhohir mendahulukan keutamaan Rejab agar keluar dari Khilafnya ulama yang mengunggulkannya melebihi bulan-bulan Haram”
Imam Ibnu Hajar menyebutkan dalam Fatawa-nya juz 2 hal. 53 :
… وأما استمرار هذا الفقيه على نهي الناس عن صوم رجب فهو جهل منه وجزاف على هذه لشريعة المطهرة فإن لم يرجع عن ذلك وإلا وجب على حكام الشريعة المطهرة زجره وتعزيره التعزير البليغ المانع له ولأمثاله من المجازفة في دين الله تعالى ويوافقه إفتاء العز بن عبد السلام إنه سئل عما نقل عن بعض المحدثين من منع صوم رجب وتعظيم حرمته وهل يصح نذر صوم جميعه فقال في جوابه : نذر صومه صحيح لازم يتقرب إلى الله تعالى بمثله والذي نهى عن صومه جاهل بمأخذ أحكام الشرع وكيف يكون منهيا عنه مع أن العلماء الذين دونوا الشريعة لم يذكر أحد منهم اندراجه فيما يكره صومه بل يكون صومه قربة إلى الله تعالى. اهـ
“Orang yang melarang puasa Rejab maka itu adalah kebodohan dan ketidak tahuan terhadap hukum syariat. Apabila ia tidak menarik ucapannya itu maka wajib bagi hakim atau penegak hukum untuk menghukumnya dengan hukuman yang keras yang dapat mencegahnya dan mencegah orang semisalnya yang merusak agama Allah SWT. Sependapat dengan ini ‘Izzuddin Abdusssalam, sesungguhnya beliau ditanya dari apa yang dinukil dari sebahagian Ahli Hadits tentang larangan puasa Rejab dan pengharamannya, dan apakah sah orang yang bernadzar puasa Rejab sebulan penuh maka beliau menjawab “Nadzar puasa Rejab itu sah dan bisa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adapun larangan puasa Rejab itu adalah pendapat orang yang bodoh akan pengambilan hukum-hukum syariat.
Bagaimana bisa dilarang sedangkan para Ulama’ yang dekat dengan syariat tidak ada yang menyebutkan tentang dimakruhkannya puasa Rejab bahkan dikatakan puasa Rejab adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT (sunnah)”.· Disebutkan dalam Mughni Al-Muhtaj juz 2 hal. 187 :
أفضل الشهور للصوم بعد رمضان الأشهر الحرم , وأفضلها المحرم لخبر مسلم* أفضل الصوم بعد رمضان شهر الله المحرم ثم رجب , خروجا من خلاف من فضله على الأشهر الحرم ثم باقيها ثم شعبان ). اهـ
“Paling utamanya bulan-bulan untuk melakukan puasa setelah Ramadhan adalan bulan-bulan haram, sedangkan paling utamanya adalah Muharrom berdasarkan Hadits riwayat Imam Muslim “Paling utamanya puasa setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah Muharrom” kemudian Rejab agar keluar dari Khilaf tentang keutamaan Rejab terhadap bulan-bulan haram lainnya kemudian Sya’ban”.
· Disebutkan dalam Nihayah Al-Muhtaj juz 3 hal. 211 :
اعلم أن أفضل الشهور للصوم بعد رمضان الأشهر الحرم وأفضلها المحرم ثم رجب خروجا من خلاف من فضله على الأشهر الحرم ثم باقيها وظاهره الاستواء ثم شعبان (. اهـ
“Ketahuilah sesungguhnya paling utamanya bulan-bulan untuk melakukan puasa setelah Ramadhan adalah puasa bulan-bulan Haram. Sedangkan paling utamanya adalah Muharrom kemudian Rejab agar keluar dari Khilaf tentang keutamaannya atas bulan-bulan Haram yang lainnya, yang jelas keutamaannya sama dengan bulan-bulan haram yang lainnya kemudian Sya’ban”.
Pendapat dari Ulama’ Madzhab Hanbali
· Ibnu Qudamah menyebutkan dalam Al-Mughni juz 3 hal. 53 :
فصل : ويكره إفراد رجب بالصوم . قال أحمد : وإن صامه رجل , أفطر فيه يوما أو أياما , بقدر ما لا يصومه كله … قال أحمد : من كان يصوم السنة صامه , وإلا فلا يصومه متواليا , يفطر فيه ولا يشبهه برمضان ). اهـ
“Fasal : Dan dimakruhkan mengkhususkan Rejab dengan puasa, Imam Ahmad berkata “Apabila seseorang berpuasa bulan Rejab maka berbukalah sehari atau beberapa hari sekiranya ia tidak puasa sebulan penuh, Imam Ahmad berkata “Barangsiapa terbiasa puasa setahun maka boleh berpuasa sebulan penuh kalau tidak biasa puasa setahun janganlah berpuasa terus-menerus dan jika ingin puasa rejab sebulan penuh hendaknya ia berbuka di bulan Rejab (biarpun sehari) agar tidak menyerupai Ramadhan”.
Dari keterangan tersebut sangat jelas bahwa Imam Ahmad tidak membidahkan puasa rejab.· Disebutkan dalam Al-Furu’ Karya Ibn Muflih juz 3 hal. 118 :
فصل : يكره إفراد رجب بالصوم نقل ابن حنبل : يكره , ورواه عن عمر وابنه وأبي بكرة , قال أحمد : يروى فيه عن عمر أنه كان يضرب على صومه , وابن عباس قال : يصومه إلا يوما أو أياما. وتزول الكراهة بالفطر أو بصوم شهر آخر من السنة . اهـ
“Fasal : Dimakruhkan mengkhususkan Rejab dengan berpuasa berdasarkan apa yang dinukil dari Imam Ahmad Bin Hanbal dan diriwayatkan oleh Umar dan puteranya dan Abi bakrah. Imam Ahmad berkata “Diriwayatkan dari Sayyidina Umar Ra sesungguhnya beliau memukul orang yang berpuasa Rejab, dan berkata Ibnu Abbas “Hendaknya berpuasa Rejab dengan berbuka sehari atau beberapa hari”. Dan kemakruhan puasa bulan rejab akan hilang dengan berbuka (walaupun sehari) atau dengan berpuasa di bulan lain selain bulan rejab.
KESIMPULAN
Dari penjelasan dari ulama empat madzhab sangat jelas bahwa puasa bulan rejab adalah sunnah hanya menurut madzhab Imam Ahmad saja yang makruh. Dan ternyata kemakruhan puasa Rejab menurut madzhab Imam Hanbali itu pun jika dilakukan sebulan penuh.
Adapun kalau berbuka satu hari saja atau di sambung dengan sehari sebelumnya atau sesudahnya. Atau dengan melakukan puasa di selain bulan rejab maka kemakruhannya akan hilang .
Dan mereka tidak mengatakan puasa rejab bid’ah sebagaimana yang marak akhir-akhir ini disuarakan oleh kelompok orang dengan menyebar selebaran, siaran radio atau internet.
_Wallohu a ‘lam bishshowab._

Tolak liberalisme

Dr. Abdullah Md. Zin

SEBELUM ini tular di media sosial, dakwaan penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berperlembagaan dan perlu dimansuhkan. Ini antara idea kontroversi golongan liberal (pelonggar agama) yang menyerang agensi-agensi agama Islam, sekali gus menolak apa sahaja usaha untuk mendaulatkan Islam.

Pandangan-pandangan sebegini menyamai pandangan usang orientalis Barat seperti Ignaz Goldziher, Joseph Shahct dan NJ Culson yang sekian lama mendiayahkan syariat Islam sebagai legasi ciptaan fuqaha zaman silam dan kononnya hanya disusun selepas kewafatan Rasulullah SAW semasa era Umaiyyah dan Abbasiyyah.

Acuan pemikiran mereka tidak mengakui apa pun selain akal dalam memahami agama.

Melalui rujukan yang diperoleh, Jakim ditubuhkan secara berperlembagaan. Menepati Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan.

Jakim adalah agensi yang menguruskan dana awam pembangunan agama Islam berdasarkan peruntukan Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan dan berada bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Malah, banyak peruntukan berkaitan agama Islam dan hak orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Antaranya:

  • Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
  • Hak kebebasan menganut, mengamalkan dan menyebarkan Islam.
  • Menggunakan dana awam bagi tujuan Islam.
  • Kedudukan terpelihara mahkamah syariah.
  • Pengecualian penolakan undang-undang Islam ketika darurat.
  • Penetapan hal ehwal Islam terletak dalam bidang kuasa negeri.

Dalam hal ini, tidak wajar mengatakan Jakim mahupun mana-mana agensi agama sebagai organisasi tidak berperlembagaan.

Kesan modenisme semasa menyebabkan berkembangnya pemikiran Islam liberal.

Hari ini idea kontroversi diketengahkan atas alasan kebebasan individu. Gagasan pemikiran liberal ini kelihatan terjebak dengan kerangka pemikiran Barat dan berpegang kuat kepada rasionalisme.

Mereka bertindak lebih berani daripada orientalis Barat dengan harapan meruntuhkan institusi Islam di Malaysia.

Keruntuhan autoriti agama secara tidak langsung membawa kepada keruntuhan Islam. Hari ini pemikiran liberal kelihatan berjaya mempengaruhi umat Islam sehingga muncul pandangan seperti menolak autoriti agama dan menuntut kesamarataan gender.

Terdapat individu yang aktif memuat naik status di media sosial memperkata kebebasan mutlak, terkeluar daripada lunas-lunas agama, tidak menyokong undang-undang syariah, mempertikai peraturan Islam, mahkamah syariah dan autoriti agama. Dapatan kajian mendapati kumpulan belia adalah kumpulan paling berisiko terpengaruh dengan pemikiran sebegini.

Golongan liberal adalah golongan ekstrem kerana tergolong dalam kelompok yang ifrat (longgar) dalam menafsirkan Islam, tidak mahu terikat dengan nas al-Quran dan sunah sebaliknya menjadikan akal sebagai kayu ukur memahami agama.

Islam sebenarnya tidak menolak akal dan tidak juga mengagungkan akal. Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad antaranya:

  • Akal itu umpama penglihatan yang sempurna. Al-Quran umpama matahari yang menyinari alam, melalui kedua-duanya seseorang memperoleh hidayah.
  • Seorang yang mengambil satu daripadanya tergolong dalam kalangan yang bodoh.
  • Orang yang menolak akal hanya cukup dengan al-Quran adalah sama dengan mereka yang mendapat cahaya matahari tetapi menutup mata, maka dia tiada bezanya dengan orang buta.

Gerakan Islam liberal adalah usaha halus mengeluarkan umat Islam daripada agama mereka tanpa disedari dan dilakukan melalui nama Islam.

Ini adalah program pemurtadan terancang dan sistematik yang dilaksanakan melalui platform intelektual, ilmiah dan akademik.

Situasi ini seharusnya memberikan pengajaran agar masyarakat Islam berusaha menangani unsur-unsur yang merosakkan akidah pada peringkat awal lagi supaya tidak berkembang hingga menjadi ancaman dan sukar dikawal.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 memutuskan aliran pemikiran liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 10 Oktober 2013 memutuskan:

  • Sister in Islam (Sis) Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
  • Mana-mana bahan terbitan berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
  • Mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam.

Islam tidak menolak akal dan adat. Dalam ilmu fikah terdapat ruang yang cukup luas bagi maslahah (istihsan dan istislah) dan adat (uruf) selama ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunah. Adat pada umumnya bersandarkan kemaslahatan manusia. Paduan wahyu dan akal menjadikan peradaban Islam berkembang membentuk peradaban dunia seperti di Baghdad, Cordoba, Istanbul dan Kaherah yang melahirkan ilmuwan, saintis dan ulama.

Inilah pendekatan wasatiyyah. Menolak ekstrem dan melampau. Pendekatan jalan tengah antara tafrit (terlalu ketat) dan ifrat (terlalu longgar). Iaitu berada:

  • Antara golongan menerima konsep kebebasan mutlak manusia dan golongan yang menyerah bulat-bulat kepada takdir.
  • Antara golongan memberontak dan golongan terlalu agungkan pemimpin mereka.
  • Antara golongan terlalu mengagungkan akal fikiran dan golongan jumud yang menolak akal fikiran.

Inilah paduan antara nas dan konteks wahyu serta akal. Tiada pemisahan antara dunia dan akhirat, sains dan agama. Umat Islam berpegang kepada wahyu dan akal dalam memahami agama dan tidak terkeliru meletakkan kedua-duanya pada kedudukan sewajarnya.

Baik, buruk selfie dalam kehidupan

Shasikala Rajenderan

 

Apa itu selfie? Selfie adalah menangkap gambar sendiri mengunakan telefon bimbit atau apa jua alat elektronik yang mempunyai kamera dan kemudian dimuat naik dalam laman-laman sosial individu seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Twitter, Wechat, dan sebagainya.

Pada mulanya selfie dikenali sebagai self-potrait dalam bahasa Inggeris dan kemudian disingkatkan kepada selfie.

Sejarah selfie ini bermula pada tahun 1909 oleh Joe Byron yang menjadi pemilik syarikat Byron, merakam gambar bersama empat rakannya, iaitu Pirie MacDonald, Kolonel Marceau, Pop Teras dan Ben Falk. Mereka berempat adalah pasukan jurugambar di Manhattan dan gambar selfie mereka ditayangkan di Muzium Bandaraya New York.

Budaya baharu
Pada tahun 2013, selfie diumumkan sebagai Word Of The Year oleh Oxford English Dictionary. Terdapat pelbagai jenis gambar selfie dimuat turun dalam laman sosial. Antaranya adalah melihat gambar selfie yang merakam gambar sendiri di tempat tidak sepatutnya. Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baharu dan ibarat lokasi wajib untuk selfie.

Paling banyak dilihat adalah selfie di depan cermin tandas awam berbanding rumah sendiri. Kenapa perlu tandas awam? Faktor cermin yang besar hingga menampakkan keseluruhan tubuh membuatkan ia jadi pilihan ramai. Jangan menuding jari kepada satu golongan saja, si jejaka juga tidak kurang hebatnya. Antara lokasi lain yang menjadi pilihan termasuklah dalam kereta, di tempat kerja, atas katil sebelum tidur atau di kedai makan.

Seterusnya, Duckface merujuk kepada pose memuncungkan mulut seperti itik. Dengan bibir yang dimuncungkan, ada pihak beranggapan ia boleh menampakkan tulang pipi sekali gus membuatkan wajah si selfie kelihatan berbentuk bujur dan tidak terlalu bulat. Mungkin faktor itulah membuatkan gaya ini menjadi trademark si gadis apatah lagi apabila bibir diwarnakan dengan gincu warna terang. Jangan terkejut apabila ada juga lelaki sukakan gaya ini apatah lagi apabila selfie beramai-ramai dengan rakan wanita.

Selain posisi biasa, gaya rakam gambar daripada sisi atas kepala juga antara pilihan. Dipercayai, ia boleh buatkan wajah seseorang khususnya berbentuk bulat kelihatan muncung tirus selain boleh sembunyikan lemak di bawah dagu. Gaya ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa

terutama mereka berbadan besar, tetapi pandangan ini dikongsi melalui forum dan blog yang menceritakan mengenai isu ini.

Persoalannya adakah perbuatan selfie ini mendatangkan kebaikan atau membawa keburukan. Contohnya kes sekumpulan remaja berdepan risiko dipenjara selepas menceroboh kawasan loji nuklear dan berselfie.

Salah seorang remaja itu, Nikita Agapov, berkata mereka memanjat pagar berkawat di loji berkenaan selepas mendapati tiada pengawal. Mereka mengambil beberapa gambar selfie di puncak menara berkenaan sebelum memuat naik dalam laman sosial. Pegawai polis berkata, tindakan remaja itu sangat bahaya dan boleh dihukum penjara sekiranya ditahan.

Bunuh diri akibat selfie

Terdapat juga isu bunuh diri disebabkan selfie di London. Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya selfie dengan sempurna cuba bunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.

Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular selfie boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka. Sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama berkaitan keyakinan diri yang mana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah like paling banyak adalah petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai masalah buat mereka, termasuk kemungkinan hilang keyakinan. Selfie boleh menyebabkan masalah emosi atau mempengaruhi tingkah laku. Penyelidikan menunjukkan, orang yang berselfie ada hubungan emosi dengan laman sosial, dan tingkah laku serta keputusan mereka dipengaruhi oleh bagaimana rakan laman sosial berinteraksi.

Kes dua gadis remaja yang terkorban baru-baru ini di Kelantan gara-gara berselfie juga harus menjadi iktibar kepada semua agar jangan melakukan sesuatu secara keterlaluan. Difahamkan kedua-dua gadis malang itu mati lemas selepas tergelincir ke sungai ketika mencari posisi terbaik bagi merakam gambar selfie mereka.

Ada juga kes seorang wanita di Amerika Syarikat yang sanggup membelanjakan wang puluhan ribu ringgit untuk membuat pembedahan plastik ke atas wajahnya gara-gara mahukan gambar selfie yang cantik. Memang gambar selfienya selepas pembedahan nampak jauh lebih cantik daripada wajah asalnya, tetapi adakah orang lain akan mengikut langkahnya ini semata-mata untuk kelihatan cantik untuk berselfie?

Sanggup memanjat bangunan tertinggi rakam gambar

Terdapat juga video seorang remaja yang bernama Daniel Lau serta rakan-rakannya yang disiarkan menerusi YouTube menunjukkan ketiga-tiga remaja belasan tahun itu berada di atas menara terkenal setinggi 346 meter itu dengan panorama bandar raya Hong Kong di belakang mereka. Lau menggunakan tongkat selfie dan lensa kamera sut luas bagi merakam gambarnya di atas puncak menara The Centre. Mereka sanggup memanjat puncak bangunan pencakar langit untuk mengambil gambar selfie. Trend ini menjadi amat popular terutama di Russia yang mana mereka berani mengambil risiko memanjat bangunan-bangunan ikonik untuk mengambil gambar selfie dan melakukan aksi ekstrem.

Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang bergambar selfie tidak kena tempatnya. Isu seorang gadis yang sempat berselfie di samping mayat ayahnya, menimbulkan perasaan kurang senang pengguna laman sosial Instagram.

Kebaikan yang terdapat dengan mengambil selfie, terdapat lagu khas atau mencipta pelbagai jenis muzik untuk selfie. Lagu yang dicipta dalam pelbagai bangsa diterbitkan dan mendapat sambutan yang baik. Pencipta lirik, penyanyi dan pelakon mudah menjadi popular dengan lagu bersifat selfie.

Kelebihan golongan selfie ini secara psikologinya adalah mereka memiliki sifat keyakinan yang tinggi dan pada masa sama menunjukkan sifat individualistik bagi penggemarnya. Personaliti golongan selfie ini lebih mementingkan diri namun tidak semua begitu. Kita juga memahami bahawa selfie ini wujud kerana tidak ada pembantu yang boleh menangkap gambar untuk mereka, maka terjadilah selfie.

Selfie ini menunjukkan keyakinan dan kebanyakan artis juga menggunakan kaedah ini dan ia melambangkan keyakinan artis di dalam Instagram terutama dalam laman web sosial yang lain. Maka ia sesuatu yang positif bagi golongan selfie yang meningkatkan keyakinan dalam diri individu itu. Tetapi jangan lupa menilai bahawa golongan ini memang rupawan. Disebabkan oleh rupa seseorang maka suasana, layanan dan pergaulan sosial sekitarnya juga berbeza. Selfie baik bagi mereka dari segi psikologi.

Misalnya, pasangan pengantin Andrew Robinson dan Sally Rose merakam sekeping gambar selfie mereka ketika memeterai perkahwinan di sebuah gereja di Treales, Lancashire. Gambar tersebut menang hadiah utama Anugerah Selfie Dunia.

Rakam pelbagai gaya

Kebaikan seterusnya, perniagaan juga mendapat keuntungan dengan trend selfie ini. Kini ramai yang menggunakan batang monopod untuk berselfie. Monopod memudahkan lagi pengguna untuk merakam dengan pelbagai gaya. Kecanggihan media kini tertumpu pada selfie melalui Instagram yang sememangnya dikhaskan untuk memuat naik gambar.

Manusia mudah dipengaruhi atau diikuti sesuatu yang baharu yang dilihat gaya orang lain seperti fenomena selfie.

Namun, kita perlu bijak berfikir apabila ingin mengikuti trend terbaharu yang diperkenalkan sama ada mendatangkan kebaikan atau keburukan. Kebaikan selfie adalah ia meningkatkan keyakinan diri. Keburukannya, ia boleh memalukan diri sendiri disebabkan gaya yang jelik. Jadi, guna medium teknologi terkini dengan bijak supaya kita tidak hanyut dengan perkara sia-sia.

Silap didik anak undang bencana

DR. AMINUDIN MANSOR

 

DALAM dunia moden dan era globalisasi pelbagai ciptaan terbaharu dicipta oleh ahli sains dan teknologi untuk memudahkan kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia.

Salah satunya adalah komputer dan telefon pintar yang ada kaitannya dengan Teknologi Maklumat (IT). Semua alat ini sebenarnya adalah bertujuan untuk kebaikan dan memudahkan manusia berkomunikasi dan juga beribadat melaluinya.

Kepada anak remaja, jangan jadikan telefon pintar sebagai “nyawa”. Jadikan ia sebagai alat mendekatkan diri kepada-Nya bukan melalaikan. Jauhkan segala sifat-sifat tercela seperti riak, lupa diri, lalai dan terbuai dengan lagu-lagu membuai layu. Segalanya adalah alat yang menguji keimanan kita.

Oleh itu, jadikan alat-alat ini iaitu komputer dan telefon pintar, gajet dan sebagainya sebagai alat yang memudahkan kita, bukan mendatangkan masalah dan melalaikan kehidupan kita di dunia serba canggih dan perlukan maklumat yang cepat.

Ibu bapa juga memainkan peranan dengan menasihati anak-anak remaja yang berusia antara 11 hingga 17 tahun tentang kepentingan alat-alat ini dalam kehidupan masa kini. Jika tidak dipantau dan diberikan panduan, kemungkinan ia akan mengganggu ke arah proses pembelajaran dan mengganggu tumpuan kepada pelajaran.

Adalah lebih baik ibu bapa memberikan bimbingan dan nasihat iaitu sewaktu belajar jangan menggunakan telefon dan mendengar lagu serta membuka komputer riba. Jelaskan kepada mereka keutamaan ilmu pengetahuan dan kemahiran lain adalah lebih penting dalam kehidupan masa depan.

Sesungguhnya, martabat ilmu itu sangat tinggi kedudukannya dalam Islam. Bahkan iman dan amal tidak sah tanpa ilmu. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan umatnya yang mukalaf supaya belajar dan mengajar, paling tidak mengenai fardu ain.

Konsep berilmu, beramal dan berakhlak mestilah diterapkan dalam jiwa anak-anak. Nabi SAW bersabda: “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah SWT dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah.

Ilmu pengetahuan

Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi) ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan akhirat.” (riwayat ar-Rabii’)

Berkaitan dengan fenomena ciptaan baharu ini, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang aku takuti akan menimpa umatku setelah aku tiada iaitu kesesatan sesudah memperoleh pengetahuan, fitnah-fitnah yang menyesatkan dan syahwat perut serta seks.” (ar-Ridha)

Jika dilihat penggunaan telefon pintar, Internet banyak menjurus kepada perkara-perkara seperti tohmahan, khabar angin, fitnah yang menyesatkan dan paparan lucah yang disebutkan oleh Nabi SAW seperti mana dalam hadis di atas.

Seterusnya, berkaitan dengan bidaah Nabi SAW bersabda: “Barang siapa menipu umatku maka baginya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. Ditanyakan, “Ya Rasulullah, apakah pengertian tipuan umatmu itu?.” Baginda menjawab: Mengada-adakan amalan bidaah, lalu melibatkan orang kepadanya.” (riwayat Dar Alquthni daripada Anas).

Adalah menjadi kesalahan kepada ibu bapa apabila anak tidak melaksanakan ibadah seperti solat dan sebagainya. Keruntuhan moral remaja banyak berpunca daripada pengaruh Internet, telefon pintar, pergaulan bebas dan tiada kawalan dan pemantauan daripada ibu bapa.

Apa yang penting adalah bukan untuk mencari kesalahan dan menghukum pesalahnya tetapi membetulkan dan menangani kesilapan dan kekurangan itu sebaik mungkin. Asas pendidikan itu bermula dan berakar dari rumah tangga dan menjadi tanggungjawab ibu bapa.

Fungsi dan tanggungjawab ibu bapa sangat besar dalam menentukan hala tuju anak-anak dalam kehidupan mereka bagi menjadikan mereka beriman, berakhlak, berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam semua bidang kehidupan.

Silap didikan

Di sinilah asas utamanya, di mana kesilapan dan kesalahan didikan mampu menyebabkan anak-anak menjadi hilang arah tujuan dan pedoman. Ibu bapa juga mesti sentiasa memantau siapa kawan anak-anak mereka.

Lebih mengundang mimpi ngeri kepada ibu bapa dan juga anak-anak apabila tidak dipantau ia menjerumuskan anak-anak ke lembah kehidupan yang penuh noda. Sebagai ibu bapa pastikan anak-anak memilih kawan yang beriman dan soleh. Serta pastikan anak-anak sentiasa keluar rumah dengan ibu bapa atau kalangan keluarga yang boleh dipercayai.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW ditanya tentang peranan kedua-dua orang tua. Baginda lalu menjawab, “Mereka adalah (yang menyebabkan) syurgamu atau nerakamu.” (riwayat Ibnu Majah)

Apabila ibu bapa lalai terhadap bahan bacaan, tontonan dan pergaulan anak-anak, tunggulah akibatnya yang akhirnya menjadi beban kepada ibu bapa untuk menanggung akibatnya.

Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa terhadap anak-anak remaja dapat mendorong mereka ke arah mencari kebebasan hak dan keperluan mereka di luar rumah yang akhirnya menyebabkan mereka terjebak dengan pelbagai gejala sosial.

Bukan anak sahaja perlu jadi soleh

TARMIZI ABDUL RAHIM

 

BIASANYA menjelang hari ulang tahun kelahiran anak, si ibu atau bapa akan bersusah payah untuk membelikan hadiah, jika kedua-duanya daripada kalangan mereka yang berkemampuan, langsung tidak menjadi masalah tetapi bagaimana pula keadaannya jika perkara sebaliknya.

Tidak salah jika ditukar sedikit rutin sambutan iaitu bukannya kedua ibu bapa yang membelikan hadiah tetapi si anak pula yang memberikan hadiah sebagai menghargai penat lelah si ibu melahir dan membesarkan mereka.

Ibu yang mengandung dan melahirkan anaknya diibaratkan nyawanya seperti di hujung tanduk atau hanya bergantung kepada sehelai rambut kerana ujian yang dihadapinya terlalu besar dan tidak mampu ditanggung oleh mana-mana lelaki.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wanita yang meninggal kerana mengandung adalah syahid (orang yang mati syahid). – riwayat oleh Malik, Ahmad, Abu Daud dan disahkan oleh Albani.

Ibu dan bapa tidak memerlukan hadiah yang besar-besar dan berharga mahal, mungkin cukup bagi anaknya itu untuk memanjakan kedua-dua mereka pada hari keramat itu, contohnya seperti segala kerja rumah termasuk memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah, disempurnakan oleh si anak.

Ibu bapa pula dibenarkan untuk berehat sambil ‘bersila panggung’ tanpa melakukan sebarang kerja, cukup sekadar memantau dan mengkritik seperti apa yang sering dilakukan oleh para juri dalam rancangan realiti televisyen.

Cadangan ini langsung tidak berniat untuk mendera anak-anak tetapi lebih kepada usaha transformasi ke arah lebih baik, tidak mahukah ibu bapa untuk memiliki anak-anak soleh atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada sebelumnya.

Doa anak-anak soleh adalah aset terpenting, sama ada disedari atau tidak. Ia merupakan salah satu daripada tiga talian hayat kepada ibu bapa selepas mengadap Pencipta di alam barzakh.

Ibu bapa sekurang-kurangnya mampu menghela nafas kelegaan sekiranya semasa berada di dunia mempunyai bekalan sedekah jariah dan ilmu bermanfaat. Namun sekiranya kedua-duanya itu sekadar ‘cukup makan’ pada masa inilah perlunya doa anak soleh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang mendoakannya.” – hadis riwayat Muslim.

Namun perlu diingatkan bahawa anak soleh bukannya terjadi dengan sendiri, sama seperti pokok balak dalam hutan tebal yang tidak memerlukan siraman air daripada manusia untuk hidup subur, tetapi sebaliknya modal insan ini perlu ditarbiah, dididik dan ditadbir urus sebaik mungkin.

Mungkin terkesan dengan hadis berkenaan, pada masa ini seperti menjadi aliran baharu kepada ibu bapa yang berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz, sekolah agama dan pondok bagi melahirkan kumpulan anak soleh, sekali gus mampu mendoakan mereka dan menjadi penampung kepada amalan yang dikhuatiri masih belum mencukupi semasa di alam barzakh kelak.

Situasi yang berlaku itu mungkin juga kerana ibu bapa mahu mengucapkan penghargaan kepada orang tua mereka yang berjaya mendidik mereka menjadi anak soleh dan seterusnya mahukan nikmat itu diwarisi pula oleh penyambung warisan mereka.

Walau bagaimanapun, jangan pula keadaan sebaliknya yang berlaku iaitu hanya mengharapkan anak-anak sahaja menjadi soleh tetapi tidak pula ibu bapa mereka berusaha untuk berjalan seiring dengan anak-anak mereka.

Perubahan dua hala amat penting, amat tidak elok sekiranya pemandangan ini berlaku iaitu semasa menghantar anak-anak ke sekolah agama, si bapa berseluar pendek yang dilengkapi dengan aksesori rantai leher dan subang di telinga manakala si ibu pula berpakaian ketat tidak menutup aurat.

Semua pihak perlu berlaku adil – anak dan ibu bapa. Wujudnya ibu bapa di muka bumi ini adalah kerana dilahir dan dibesarkan oleh orang tua mereka ini, malah ada juga sesetengah daripadanya telah meninggal dunia, juga amat memerlukan doa dan amal soleh daripada anak-anak mereka iaitu kita.

Amat tidak adil, kita mengharapkan anak-anak mendoakan kita tetapi pada masa sama tidak pula kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita. Wajarkah sekiranya perkara seperti ini dibiarkan terjadi?.

Sebenarnya bukan sahaja anak soleh mampu memberi talian hayat kepada ibu bapa mereka, malah ibu bapa yang soleh juga mampu berbuat demikian. Buktinya jelas terkandung dalam Surah al-Kahfi: 82, mengenai pengkisahan pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khaidir apabila Allah menyelamatkan harta anak-anak yatim yang tertanam di sebalik dinding rumah mereka yang hampir runtuh.

“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada harta terpendam kepunyaan mereka; dan bapa mereka adalah seorang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka dewasa dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Dan aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang kamu tidak bersabar atasnya”.

Ingatan juga untuk diri penulis, jangan sesekali putuskan kitaran ini. Sekiranya amalan kita, iaitu ibu bapa tidak mencapai status yang sepatutnya maka masih belum terlambat untuk belajar.

Terlalu sibuk, sudah berusia bukannya alasan terbaik, ini kerana selagi Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita, maka selama itulah peluang untuk berubah ke arah lebih baik masih terbuka, langsung tiada tarikh tutup