Senarai Pondok Seluruh Malaysia 2017

Senarai Pondok Seluruh Malaysia 2017 

Pondok Malaysia 2017

Kem Kitab 2018 untuk Lepasan SPM/STAM/STPM/IPT & Dewasa Lelaki

Istimewa untuk lepasan SPM/STAM/STPM/IPT

Tarikh : 6-20 Januari 2018

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 50 orang.

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui telefon wtsap/ sms

 

 

 

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar atau dewasa lelaki berumur 16 tahun ke atas (terhad 50 orang sahaja)
  • RM 250 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tarikh & Masa Daftar Diri

6 Januari 2018 (Sabtu) jam 2.30 – 4.00 petang

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan (Siraj al-Mubtadin)
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Penawar Bagi Hati
  • Kitab Adab dalam belajar
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
Keperluan Yang perlu dibawa

Kelengkapan daftar : Fotostat kad pengenalan atau surat beranak, Gambar ukuran passpor 1 keping

Pakaian harian  & pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban), banyakkan kain dan baju Melayu atau kemeja tangan panjang, bantal , selimut, cadar dan alat tulis

Sila hubungi :

019- 9388902(Ust. Shairazi ) / 014-5481907 (Paklong)

facebook : halaqah ilmu PPT

Blog : albakriah.wordpress.com

Daftar pelajar baru Pondok Pasir Tumboh mula dibuka semula 23 Disember 2017 ini

Peluang Lepasan SPM/STAM/STPM/IPT masuk pondok

Program khas untuk  Lepasan SPM/STAM/STPM/IPT masuk pondok

 

Cara 1 – Kem Kitab Muslimin  (kem pengajian selama 2 minggu)

Tarikh : 6 – 20 Januari 2017

Pendaftaran sedang dibuka melalui sms/wtsap kepada 019- 9388902(Ust. Shairazi ) /014-5481907 (Paklong)

Terbuka untuk 50 orang pelajar lelaki sahaja berumur atas 16 tahun

a. Kelas pengajian kitab pilihan
b. Penawar Bagi Hati

c. Muafiq masbuq dalam solat
d. Tadarrus al-Quran

e. Motivasi
f. Qiamullail
g. Kursus jenazah lengkap
h. Hafalan wirid dan surah pilihan

Bayaran RM250 (kitab, penginapan dan makan minum)

 

Cara ke- 2. Pelajar sementara samada lelaki atau perempuan sehingga keluar keputusan peperiksaan 

Bermula daftar masuk 23 Disember 2017

a. Yuran RM10 + RM 30 (3 bulan) + RM 45 (air dan elektrik) + RM20 (jika masuk asrama) – Lelaki 16 tahun ke atas

b. Yuran RM10 + RM 18 (3 bulan) + RM 30 (pondok sewa) + bil elektrik semasa + RM7 (air)  – Perempuan

Umur 13 tahun ke atas

Tempat terhad selagi masih ada kekosongan (jika ada waris, kawan lebih mudah untuk tumpang pondok mereka)

Tiada kelas khusus di mana ikuti jadual pelajar tetap

 

Cara ke-3 . Pelajar ulang-alik

Tiada perlu daftar hanya datang belajar sahaja

Pilih jadual mengikut kemampuan masa yang dikehendaki

Syarat kemasukan pelajar sementara

Pihak madrasah sentiasa mengalu-alukan kemasukan sementara terutama pada musim cuti sekolah atau IPT. Kemasukan terbuka sepanjang masa kecuali pada musim cuti madrasah iaitu 3 kali setahun :

Cuti penggal madrasah telah  ditetapkan  sebagaimana berikut :

  1. Penggal  pertama –  bermula 2 hari sebelum hari raya  haji  hingga  15  Zulhijjah
  2. Penggal  kedua –  bermula pada  15  Rabiul Awal  hingga  29  Rabiul Awal .
  3. Penggal  ketiga –  bermula  15  Sya’ban hingga  15  Syawal

Syarat pelajar sementara

1. Paling minima 2 bulan belajar di pondok kecuali di bawah program atau pakej khusus yang ditawar dan dikendalikan oleh pihak madrasah seperti seminggu atau 2 minggu

2. Memenuhi syarat kemasukan dan sanggup mematuhi peraturan madrasah

3. Bawa dokumen  tempat pengajian samada sekolah, pondok atau IPT semasa mendaftar

4. Diwajibkan juga membawa urine test bebas dadah bagi pelajar lelaki semasa daftar

4. Yuran sebanyak RM 10 untuk pendaftaran manakala RM 10 sebulan.

5. Yuran elektrik dan air pula lebih kurang RM15 sebulan

6.  Pendaftaran dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu kecuali pada cuti panjang sebagaimana tersebut di atas

Takziah atas pemergian Ustazah Tuan Jah guru muslimat Pondok Pasir Tumboh

SELASA 12 Disember – Seluruh warga Pondok pasir Tumboh mengucap takziah kpd ahli keluarga alMarhumah Ustazah Tuan Jah yg merupakan salah seorang tenaga pengajar muslimat madrasah ini yg meninggal dunia sebntar tadi di kampungnya semerak pasir putih

مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
ِ
“Ya Allah! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka

Jadual Harian Kem Cuti Sekolah 2017 Sesi 2 di Pondok Pasir Tumboh

Jadual kem cuti sekolah 2017 Sesi 2 di Pondok Pasir Tumboh di mana turut dibuka untuk yang ingin menumpang belajar sepanjang kem secara ulang alik untuk peserta lelaki tanpa had umur termasuk orang dewasa

 

Yuran ulang alik

RM50 (kitab sahaja tanpa makan minum)

RM100 (kitab dan makan minum)

 

jadual halaqah ilmu 2017

Video Kenangan Halaqah Ilmu 2017 Sesi 1 di Pondok Pasir Tumboh

Daurah Kitab Hikam oleh Baba Ismail Sepanjang di Pondok Bukit Jong, Terengganu

Gambar Kenangan Halaqah Ilmu 2017 Sesi 1