• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,198,332 orang
  • Tetamu Online

Wakaf karpet Masjid Pondok Pasir Tumboh

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan sedang mengusahakan pemasangan karpet baru di ruang solat muslimat bagi memberi keselesaan kepada para jamaah untuk beribadah.

Sehubungan dengan itu pihak masjid melalui persetujuan Jawatankuasa Masjid mempelawa para jamaah sama ada individu, keluarga dan para dermawan untuk turut serta di dalam skim wakaf ini. Jumlah
keseluruhan kos adalah sebanyak RM30 870.oo yang melibatkan keseluruhan kawasan 2 058 kaki persegi. Penyertaan adalah bentuk kaki persegi yang bernilai RM 15.00 sekaki persegi.

Bagi para dermawan budiman yang berminat untuk menanam saham akhirat dan harta jariah ini bolehlah menyerah terus sumbangan melalui tabung yang disediakan di masjid atau masukkan ke dalam akaun masjid

Tabung Masjid Pondok Pasir Tumboh

BIMB 03018010079681

 

Firman Allah SWT yang mafhumnya:
“Perbandingan untuk mereka yang menyumbangkan harta di jalan Allah adalah laksana biji benih yang mampu menumbuhkan tujuh tangkai, manakala di setiap tangkainya pula mampu
menghasilkan tambahan seratus benih baru. Allah SWT pasti melipatgandakan (ganjaran-Nya) kepada sesiapa yang Dia inginkan. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya), lagi Maha
Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 261)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Di saat kematian seseorang anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya, melainkan hanya tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang
mendoakannya.” (Riwayat Muslim No. 4310)