Fadhilat Bulan Muharram

Di sini dicoretkan beberapa hadis yang menggalakkan kita agar berpuasa pada bulan Muharram kerana pada bulan ini ada kelebihannya yang tersendiri. Semoga hadis ini mampu membangkit semangat serta mampu menyuntik motivasi diri ke arah yang terbaik.

–  فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: ((أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ، وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ)رواه مسلم

Maksudnya : Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Dan sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam

Daripada Abu Hurairah dalam hadis marfu’ telah berkata : Telah bertanya : Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?. Maka jawab nabi S.A.W : Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram.

– Diriwayatkan oleh imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai’e dan Ibnu Majah –

Daripada Nukman bin Saad daripada Ali telah berkata : Telah  bertanya kepadanya seorang lelaki maka katanya apakah bulan yang engaku suruh aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?. Maka jawabnya : Aku tidak pernah mendengar seseorang bertanya mengenai perkara ini melainkan seorang lelaki yang aku telah dengar bagaimana dia bertanya kepada Rasululullah S.A.W sedangkan aku duduk disampingnya. Maka katanya : Wahai Rasulullah! apakah bulan yang engkau suruh aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?. Jawab nabi S.A.W yang bermaksud : Sekiranya engkau berpuasa selepas bulan Ramadhan maka berpuasalah bulan Muharram maka sesungguhnya ia merupakan bulan Allah padanya hari Allah telah mengampunkan dosa padanya atas kaum dan akan mengampun padanya atas kaum.

– Hadis hasan gharib diriwayatkan oleh imam Tarmizi –

Hadis tersebut memberitahu kita mengenai kelebihan berpuasa dan juga kelebihan bulan Muharram itu sendiri sebagai bulan Allah yang mana dia telah mengampunkan dosa orang yang lalu dan akan mengampunkan dosa mereka yang masih hidup sekarang yang bertaubat kepadaNya.Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang bertaubat itu.

Bibliografi

1. Al-Minhaj Syarah Sohih Muslim oleh imam Nawawi, semakan Syeikh Khalil Ma’mun Syiha, Darul Makrifah, Beirut.

2. Tuhfah al-Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tarmizi, Mubarakfuri, Darul Kutub Ilmiah, Beirut.

3. Sunan Abu Daud

Advertisements

Satu Respons

  1. mau tanya,sebelum mulai puasa
    kita wajib solat fardhu dlo
    atau gimana?
    terus kalo enggak melakukan solatnya gimana?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: