• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,151,618 orang
  • Tetamu Online

Ustaz Hj Atiqullah b Hj Yaacob Pondok Pasir Tumboh dalam kenangan (1947-2004M)

 

Catatan Ibnuatiq

Biodata Al-Marhum Ustaz Hj Atiqullah b Hj Yaacob

Tarikh dan tempat lahir  : Ahad 26 Januari 1947M bersamaan 5 Rabiul Awwal 1366H di Kampung Gong Serai, Pasir Puteh

Nama Ayahanda : Tuan Guru Hj Yaacob bin Awang yang merupakan antara ulama’  pertengahan kurun ke 20. Anak kelahiran Kampung Teras Besar Mentuan, Banggu, Kota Bharu sekitar tahun1900 dan meninggal pada 4 Jun 1963 dalam usia 63 tahun. Pernah belajar dengan Tok Kenali selama 10 tahun di Pondok Tok Kenali sebelum meneruskan pengajiannya di Mekah

Beliau berpindah ke Kampung Gong Serai pada tahun 1927 dan pernah mempunyai pusat pengajian pondok di situ tetapi hanya bertahan selama 10 tahun sahaja setelah beliau menyambung pengajian ke Mekah

Nama Bonda : Hajah Aisyah binti Hj Soleh yang merupakan isteri kedua Tuan Guru Hj Yaacob berasal dari Permatang Gading, Bukit Abal, Pasir Puteh. Hasil perkahwinan ini dikurniakan anak iaitu Rahimah, Ubaidah, Atiqullah, Maziah, Siti Alawiyah dan Mohd Naim

Isteri pertama Tuan Guru Hj Yaacob bernama Wan Fatimah dan dikurniakan anak bernama Zaharah, Ahmad Tajuddin, Saadah dan Hasanah disamping anak tiri dari perkahwinan pertama isterinya itu yang bernama Selamah dan Mek

Isteri ketiga pula bernama Fatimah bt Kundur yang berasal dari Gaal, Pasir Puteh dan dikurniakan anak bernama Ahmad Najmuddin, Jalilah, Bashara Hari dan Ahyauddin.

 

Rumahtangga

Nama Isteri : Hajah Samihah bt Hj Abdul Aziz iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Abdul Aziz b Hj Abu Bakar pengasas 2 Pondok Pasir Tumboh dan dikurniakan 9 orang anak iaitu Ahmad Baihaki, Ahmad Shairazi, Suhaila, Mohd Taftazani, Ahmad Arrifaie, Ahmad Azizi, Raihan, Salwani dan Nor Wajihah.

Pendidikan

  1. Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri
  2. Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Pasir Puteh
  3. Pondok Pasir Tumboh dengan belajar daripada ketiga pengasas pondok iaitu Tuan Guru Haji Mustapha Abu Bakar , Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar dan  Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar

 

Lantikan dan Kurniaan

  • 1994 – Ahli Lembaga Yayasan Islam Kelantan (YIK)
  • 1995 – Bendahari Pusat Pembangunan Pondok Berhad
  • 1999- Timbalan Pengerusi 2 Pusat Pembangunan Pondok Berhad
  • Pengerusi Jemaah Tadbir Pondok Pasir Tumboh
  • Penguasa 3 merangkap Timbalan Mudir 2 Pondok Pasir Tumboh
  • Setiausaha ajk Masjid Mukim Terusan Limbat, Pasir Tumboh
  • Ajk Pengelola Sekolah Agama Ummul Qura, Kg Wakaf (sekarang Madinatul Ilmi)
  • Ajk Kulliyyah Pondok Darulnaim, Pasir Tumboh
  • Ajk PIBG Ma’ahad Muhammadi Lelaki, Pengkalan Chepa
  • Ajk PIBG SMU Taqaddum Ma’arif, Pasir Tumboh
  • Pengerusi ajk Khairat Kematian Gabungan Kampung
  • Ketua PAS cawangan Terusan
  • Ajk PAS Kawasan Kubang Kerian
  • Ajk Dewan Ulama PAS Kelantan
  • KDYMM Sultan Ismail Petra telah mengurniakan Pingat atas jasanya

Sakit

Beliau mulai merasai masalah jantung terutama 2 bulan sebelum meninggal dunia sehingga terpaksa berehat daripada kuliah harian dan mingguan samada di pondok mahu pun di kampung asalnya di Pasir Puteh. Keletihan beliau dalam melawan masalah jantung tidak menghalang untuk turut serta dalam program dengan Syeikh Nuruddin al-Banjari dan juga menyambut kedatangan Dato’ Mufti Kedah di pejabat baru Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Wisma Pondok, Pasir Tumboh lebih kurang sebulan sebelum beliau meninggal dunia

Malah beliau walau pun sibuk menyambut kedatangan rombongan dari Fathoni, Thailand namun pada hari yang sama sempat untuk memenuhi janjinya untuk menghantar Tuan Guru Hj Hashim yang berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Itu merupakan pertemuan terakhir mereka berdua kerana beliau meninggal dunia ketika Tuan Guru Hj Hashim berada di Mekah. Malah ketika dimaklumkan tentang kematian beliau maka Tuan Guru Hj Hashim memberi bayangan kemungkinan silap berita kerana pada andaiannya kemungkinan ibu mertua beliau iaitu isteri kepada al-Marhum Tuan Guru Hj Abdul Aziz yang telah lama sakit yang meninggal bukannya beliau sendiri. Setelah disahkan memang beliau yang meninggal dunia maka Tuan Guru Hj Hashim mengistiharkan solat ghaib di Mekah. Setelah kembali dari Mekah Tuan Guru Hj Hashim tidak lagi mengajar kerana uzur sehinggalah beliau meninggal pada Selasa 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M

Meninggal Dunia

Beliau dijadualkan untuk bertemu doktor pakar di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian pada Rabu 11 Februari 2004 walau pun diberi tarikh lebih awal namun ditolak dengan alasan mahu menyambut Aidil Adha di rumah. Selepas berlalunya hari Tasyriq, beliau bersetuju untuk membuat pemeriksaan lebih awal di Hospital Perdana, Kota Bharu pada petang Khamis 5 Februari 2004. Ahli keluarga terdekat sahaja yang berpeluang ziarah beliau pada malam itu kerana berita kemasukan beliau ke hospital tidak dihebahkan termasuk kepada guru-guru di pondok atas alasan sakit beliau tidak begitu teruk

Kata-kata beliau pada anaknya supaya tidak perlu bimbang tentang keadaannya kerana pagi esok beliau akan pulang awal pagi ke rumah akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau menghembus nafas yang terakhir dalamm usia 57 tahun pada Subuh pagi Jumaat 6 Februari 2004M bersamaan 15 Zulhijjah 1424H jam 6.00 pagi di Hospital Perdana Kota Bharu

 

Suasana Hari kematian

Begitu ramai ahli keluarga, kenalan, warga pondok dalam dan luar Kelantan datang ziarah. Malah hebahan melalui radio Kelantan tentang pemergian beliau menyebabkan berita sedih ini lebih meluas memandangkan pada waktu itu penggunaan telefon bimbit dan internet agak terbatas. Ada juga anak muridnya di Pasir Puteh hanya mengetahui tentang kematian beliau ketika datang untuk mengikuti kuliah mingguan pagi Jumaat di surau Gong Serai.

Di Pondok sendiri pengumuman dibuat oleh Ustaz Hj Abu Bakar selepas mendapat berita daripada anak beliau ketika Jemaah sedang berzikir seusai solat Subuh. Malah anak sulung beliau YB Ustaz Ahmad Baihaki hanya menerima berita daripada salah seorang orang ramai yang ingin mengesahkan berita kematian ketika sedang menyampaikan kuliah Subuh di Pengkalan Chepa

Jalan dari simpang 4 Pasir Tumboh menghadapi kesesakan yang teruk kerana begitu ramai yang datang ziarah. Pertama kali selepas pembinaan masjid pondok 4 tingkat menyaksikan masjid itu dipenuhi para Jemaah untuk solat Jumaat dan Jenazah. YAB Dato’ Bentara Setia TG Hj Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan ketika itu menyampaikan khutbah Jumaat manakala solat jenazah diimamkan oleh oleh anak sulung beliau iaitu YB Ustaz Hj Ahmad Baihaki

 

Antara kata-kata akhir sebelum meninggal dunia

  1. “Ana mahu berehat setelah siap pembinaan Asrama Wakaf 5 tingkat ini”
  2. “Ana mahu supaya Ustaz Hj Abu Bakar mengganti tempat ana untuk mengajar kitab feqah Kasyful Litham selepas Zohor di masjid”

Inilah antara kata-kata akhir beliau yang membayangkan beliau bagaikan sudah merasai bahawa saat ajal hampir tiba. Perkataan rehat dari tugas dan mengajar bagaikan tiada dalam kamus beliau selama ini sehinggalah diluahkan ketika hampir dengan saat pemergian beliau

Doakan kebaikan untuk beliau, para guru, anak murid, ahli keluarga dan sahabat al-Marhum serta seluruh kaum muslimin dan muslimat

اللهم اغفر لآبائنا وأمهاتنا, وارحمهم كما ربّونا صغارا, واغفر لمشايخنا ولمن علّمنا وتعلّم مِنا, اللهم أحسن إلى من أحسن إلينا اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم وعف عنهم اللهم اكرم نزلهم ووسع مدخلهم وغسلهم بالماء والثلج والبرد ونقهم من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس اللهم جازهم بالحسنات احسانا وبالسيئات عفوا وغفرانا اللهم ابدّلهم داراً خيراً من دارهم وأهلاً خيراً من اهلهم اللهم اجعل قبرهم روضة من رياض الجنة ولاتجعلهاحفرة من حفر النار اللهم ثبتهم بالقول الثابت اللهم قهم عذاب القبر وعذاب النار .

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ تَوَفَّنا مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنابِالصَّالِحِينَ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

2 Respons

  1. Assalamualaikum…
    Alhamdulillah…terima kasih,saudara atas perkongsian yang amat menarik.Untuk makluman,ada sedikit pembetulan pada Salasilah Keluarga Arwah Ustaz Haji Atiqullah Bin Haji Yaacob.Arwah ada seorang lagi abang kandung,iaitu Haji Hamat bin Haji Yaacob.Saya merupakan cucu kepada arwah Haji Hamat dan cucu saudara kepada arwah Ustaz Haji Atiqullah.Harap dapat diperbetulkan salasilah ini.Dan saya ingin bertanya adakah penulisan mengenai Salasilah Keluarga Tuan Guru Haji Yaacob juga ditulis oleh saudara?Sekiranya ya,diharap dapat juga diperbetulkan salasilah ini.Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan.In Shaa Allah…yang baik itu datangnya daripada Allah,yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.Syukran…😊

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: